DIALOG RAKYAT |
- Isu air: Mesti lantik Faekah, Suhaimi
- Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta
- Anwar: Dasar BN untungkan elit Melayu dan kroni
- Pengerusi SMM dipanggil polis bantu siasatan himpunan Turun
- Chandra harus hormat mahkamah, akui tarik fitnah terhadap Anwar
- Kerajaan ibarat 'tubuh yang sudah tidak berfungsi, setiap anggota menghadap
- Kerajaan tak telus naikkan harga barang
- Di saat kos sara hidup naik, gerai peniaga mahu diroboh
- Jais diarah dapatkan status Bible daripada KDN
- Saman fitnah Nurul Izzah terhadap Utusan 14 April ini
- Mahkamah Pilihan Raya tolak peguam pempetisyen
- Rakyat Malaysia cedera terkena serpihan peluru sesat
- Harga makanan kantin sekolah naik
- Individu dipertikai integriti terajui GLC Kedah?
- 'Takkanlah Ku Nan tak tahu Hard Rock Cafe macam mana'
- MAIS: Kenyataan MKPN cetus salah tanggap
- SPRM tahan reman pegawai khas menteri
Isu air: Mesti lantik Faekah, Suhaimi Posted: 09 Jan 2014 04:54 AM PST SHAH ALAM - Kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju untuk mengambil alih kawalan industri air Selangor mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 dengan Selangor menetapkan syarat iaitu meletakkan dua orang pentadbir syarikat konsesi. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dua pentadbir dicadangkan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin serta Presiden Kumpulan Darul Ehsan, Suhaimi Kamarulzaman. Abdul Khalid berkata, kedua-dua calon itu dilantik bagi menjalankan pengurusan air di negeri ini kerana Selangor memiliki kebanyakan aset air di negeri ini dan Kuala Lumpur. "Saya berbincang dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)) semalam (kelmarin) dan bersetuju untuk memberi kerjasama penuh dengan beberapa syarat antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua orang pentadbir. "Kerajaan negeri secara dasarnya bersetuju untuk pelaksanaan pembinaan Loji Air Langat 2 dan kedua-dua pentadbir ini bertanggungjawab untuk merealisasikannya di mana perkara-perkara disebut ini sudah pun diperincikan kepada Maximus secara rasmi melalui surat dihantar pagi ini (semalam)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam. Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk menjayakan penyusunan semula industri perkhidmatan air serta pengambilalihan syarikat konsesi air kerana ternyata syarikat konsesi didakwa gagal memberi perkhidmatan yang baik dengan tarif berpatutan walaupun mengaut keuntungan tinggi. Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk menyusun semula industri air seperti dihasratkan menerusi WSIA 2006 antaranya membatalkan penswastaan industri air supaya rakyat mendapat perkhidmatan lebih baik dengan tarif munasabah. Katanya, kerajaan negeri memberikan komitmen melalui perbincangan berterusan sejak 2009 bersama KeTTHA, SPAN dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Beliau berkata, pada masa sama kerajaan negeri turut berbincang bersama empat syarikat konsesi air di negeri ini dengan menawarkan RM9.65 bilion untuk mengambil ekuiti syarikat berkenaan. "Walau bagaimanapun, perbincangan kami lakukan atas dasar 'willing buyer willing seller' seperti ditetapkan kementerian gagal dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu 31 Disember tahun lalu. "Kami percaya punca utama kegagalan penyelesaian ini adalah akibat jangkaan tidak realistik di kalangan pemegang saham berkenaan terhadap nilai ketara pegangan ekuiti mereka dalam syarikat konsesi air di Selangor," katanya. | ||
Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta Posted: 09 Jan 2014 04:46 AM PST KEADILAN DAILYPETALING JAYA : Pemimpin Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah mendapat untung atas angin RM13 juta berikutan pambatalan kontrak pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli Menurut Rafizi, kontrak Awan Megah Sdn Bhd bagi membina Puspahanas telah lama lupus, sekaligus menjadikannya batal dan memberi keuntungan RM13 juta melalui deposit kerajaan. "Dengan terbatalnya perjanjian diantara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah, bermakna wang deposit yang telah dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Sebelum ini Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiah menandatangani perjanjian jual beli dengan Boustead Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd yang dikuasai peniaga permadani, Deepak Jaikishan. Rafizi yang juga pemegang saham Boustead berkata, projek Puspahanas sebelum ini dianugerahkan kepada Awan Megah memerlukan bon tanah sebagai jaminan kerja (performance bond) kepada kerajaan. Namun, syarat perjanjian (conditons precedent) diantara Awan Megah dan Boustead yang ditandatangani pada 27 Disember 2012 gagal dipatuhi. Kandungan syarat ialah perjanjian penswastaan baru pembinaan Puspahanas, persetujuan kerajaan Selangor memindah hakmilik tanah dan pembatalan perjanjian dengan Guppy Unip. Kata Rafizi, Menteri Pertahanan dalam jawapannya di Parlimen pada 2 Oktober 2013 mengesahkan perjanjian baru masih belum dimuktamadkan. "Bon tanah baru masih belum diserahkan oleh Awan Megah Sdn Bhd," kata Rafizi. Justeru beliau akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek Puspahanas dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status berkenaan. | ||
Anwar: Dasar BN untungkan elit Melayu dan kroni Posted: 09 Jan 2014 04:43 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Dasar ekonomi kerajaan Barisan Nasional hanya menguntungkan kelompok elit Melayu dan kroni, bukannya majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu di semenanjung atau bumiputera di Sabah dan Sarawak. Justeru, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan tentang konsep keadilan Islam yang turut diperjuangkan Pakatan Rakyat fokus kepada bantuan untuk mereka yang berhak, bukannya atas dasar warna kulit dan agama. "Contohnya DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dikatakan memberi manfaat kepada orang Melayu. Ini tidak sepenuhnya benar. Kerana dasar ini hanya menguntungkan segelintir elit Melayu," kata Anwar dalam sesi soal jawab bersama ahli Oxford & Cambridge Society Malaysia malam tadi. Justeru kata Anwar, masyarakat bukan Melayu di negara ini jangan terperangkap dengan propaganda melalui reaksi semberono, seolah-olah hanya orang Melayu yang dibela. "Sebab itu saya seru kepada anak muda berbangsa Cina untuk menangani isu ini dengan cermat. Kerana yang sebenarnya berlaku adalah eksploitasi (ekonomi) atas nama Melayu. "Kita kena faham bahawa orang Melayu selain bumiputera di Sabah dan Sarawak adalah golongan majoriti termiskin di negara ini. Ini isu paling asas dan kritikal," ujarnya. Tambah Anwar, melalui dasar ekonomi Pakatan Rakyat, semua rakyat di negara ini mempunyai peluang saksama, manakala yang lemah dan ketinggalan terus dibela. "Ini isu penting untuk memastikan kedudukan dan masa depan mereka terjamin. Semua punya peluang sama rata, manakala kelompok majoriti mendapat manfaat," kata Anwar. Tambahnya, dasar kerajaan hari ini seolah-olah meletakkan orang Melayu dalam keadaan minda terkepung (siege mentality) yang hanya mempertahankan kepentingan elit. "Hal ini melangkaui dari sekadar apa yang kita pelajari (di universiti)," tegasnya | ||
Pengerusi SMM dipanggil polis bantu siasatan himpunan Turun Posted: 09 Jan 2014 04:41 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka malam tahun baru 2014 lalu. Menurut Bukhairy, kandungan notis memaklumkan beliau kini disiasat engikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dan diminta hadir jam 3 petang esok di ibu pejabat polis Dang Wangi. SMM merupakan salah satu dari penganjur himpunan Turun malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka yang menghimpunkan lebih 10,000 peserta. Selain SMM, turut dinamakan sebagai penganjur ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). Dalam pada itu, pendengaran kes saman kerajaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) bersambung jam 10 pagi esok di tingkat 3, Kompleks Mahakamah Jalan Duta. Kerajaan menyaman Bersih dengan menamakan bekas pengerusi Datuk Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur untuk menuntut ganti rugi RM122,000 kerana dikatakan gagal mengawal perhimpunan pada 28 April 2012 menyebabkan 15 kenderaan milik kerajaan rosak. Dalam saman. kerajaan menyatakan defendan bertanggungjawab memastikan perhimpunan tidak menyebabkan kerosakan kepada harta benda, mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), kesemua Turut dinamakan sebagai defendan ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K Arumugam, S Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Won dan Andrew Khoo. | ||
Chandra harus hormat mahkamah, akui tarik fitnah terhadap Anwar Posted: 09 Jan 2014 04:39 AM PST Basyar Abkadir KUALA LUMPUR : Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar diberi amaran supaya menghormati keputusan mahkamah dan mengakui penarikan fitnahnya terhadap ketua Umum keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan dikeluarkan Biro Guaman KEADILAN, Chandra telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan penarikan fitnahnya sebelum ini adalah sebagai 'imbalan balik' daripada penarikan dua kenyataan yang pernah dibuat Anwar sebelum ini. "Chandra mendakwa dia menarik balik dakwaan palsu beliau terhadap bunyi loceng kuil dalam pertikaian Kampung Rawa , sebagai isyarat timbal balik kerana Anwar telah menarik balik dua tuntutan lain terhadap dia. "Penyataan Chandra adalah terang-terangan mengelirukan, tidak benar dan bertentangan dengan penarikan tuduhan beliau terhadap Anwar," kenyataan peguam Latheefa Koya dan N Surendran dipetik. Menurut Latheefa, kenyataan Chandra mengelirukan kerana Anwar langsung tiada membuat sebarang penarikan kenyataan sebagaimana yang didakwa Chandra. "Anwar tidak pernah menarik balik apa-apa tuntutan terhadap Chandra, tetapi tahun lepas hanya dipinda kenyataan tuntutan untuk menjelaskan isu-isu dalam kes mahkamah . "Kedua, tuntutan Chandra bahawa penarikan balik beliau dakwaan di mahkamah pada 7 Januari 2014 merupakan suatu isyarat timbal balik adalah tidak masuk akal, kerana pindaan tuntutan itu telah dibuat setahun yang lalu. "Jika berlaku sedemikian mengapa tidak Chandra membuat apa yang dipanggil 'isyarat timbal balik' tahun lalu apabila Anwar meminda samannya?, soal Latheefa. Sehubungan itu mereka menggesa agar Chandra bersikap secara jujur terhadap sebarang dakwaan yang dilakukan dan mengakui penarikan fitnah terhadap Anwar yang pernah dibuat mahkamah sebelum ini. "Kami menyeru Dr Chandra Muzaffar untuk mengakui bahawa penarikan balik fitnah beliau adalah tanpa syarat, dan dan jujur dalam kenyataan penarikan fitnah beliau, " katanya. Chandra Muzafar pada 6 Mac 2008 telah membuat kenyataan fitnah dengan menyatakan bahawa Anwar akan menghentikan bunyi kuil di seluruh negara berhubung pertikaian bunyi loceng di salah sebuah kuil di kampung Rawa. Bagaimanapun fitnah tersebut ditarik balik oleh Chandra di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 7 Januari lalu. | ||
Kerajaan ibarat 'tubuh yang sudah tidak berfungsi, setiap anggota menghadap Posted: 09 Jan 2014 04:32 AM PST Kita sedang berada di dalam tahun baru, 2014. Masing-masing masih lagi menerima dan Kerajaan ibarat 'tubuh yang sudah tidak berfungsi, setiap anggota menghadapmenghantar ucapan selamat tahun baru di antara satu dengan lain. Masing-masing berharap akan ada perubahan yang drastik terhadap negara sambil mengharapkan segala atau setidak-tidaknya kebanyakan isu yang dihadapi rakyat berbilang kaum di negara ini dapat diselesaikan. Walaupun ramai yang tidak begitu yakin keadaan akan bertambah baik, namun rakyat tetap mengharapkan ada kelainan dalam semua bidang kehidupan pada tahun ini. Bagi ramai orang berpendapat, jika Najib dan barisan kepimpinannya tidak mampu untuk mencari penyelesaian yang abadi, maka adalah tanggungjawab rakyat untuk mengubahnya. Tahun 2013 merupakan tahun paling mencabar kerana banyak isu besar yang tidak dapat dikira jumlahnya berlaku dan semuanya telah mengakibatkan keresahan rakyat yang ketara. Dari Perlis hingga ke Sabah, masalah timbul satu lepas satu dan tidak ada satu pun telah diselesaikan oleh Najib dan kepimpinan beliau. Jika di ibaratkan negara ini sebagai sebatang tubuh manusia, masalah kesihatan tubuh itu datang satu demi satu sebelum dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota tubuh yang lain sebelumnya. Sekarang semua anggota tubuh itu sedang menghadapi masalah. Tubuh itu sedang berhadapan dengan darah tinggi pada mulanya. Sampai sekarang penyakit darah tinggi itu belum selesai tetapi urat saraf pula tidak berfungsi dengan baik lagi. Dalam pada itu timbul masalah kaki yang tidak lagi mampu untuk menahan beban berat badan maka tubuh bergerak begitu perlahan untuk sampai kemana-mana destinasi. Dalam pada itu lutut pula sakit maka terpaksa berjalan terdengkot-dengkot. Tetapi apa yang menakutkan telinga pula tidak boleh lagi mendengar, maka itu sebabnya tubuh ini tidak sensitif terhadap apa yang orang lain bincangkan. Tubuh ini tidak sedar ia telah pekak. Kencing manis pula datang dan akibatnya mata pula tidak boleh melihat dengan jelas. Berbagai-bagai lagi penyakit yang baru datang sedangkan penyakit-penyakit yang lama belum juga dapat diselesaikan. Apabila semua anggota tubuh dihinggapi penyakit maka sudah tentu ia akan mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan akibatnya amalan dan ibadah sudah tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Jika 'tubuh yang sebenarnya tubuh', maksud saya batin kita tidak cekal dan lemah lagi fakir, maka dikhuatiri pula ia akan mengakibatkan jiwanya tidak tenteram. Jiwa yang tidak tenteram adalah padang permainan yang amat enak bagi syaitan dan yang bathil. Itulah yang berlaku dalam kepimpinan kita sekarang ini. Barisan kepimpinan kita 'ibarat sebatang tubuh yang sudah hampir tidak mampu untuk berfungsi dengan baik selain dari hanya berkemampuan untuk bernafas dan nafas-nafasnya adalah nafas yang pendek-pendek'. Ia mengakibatkan negara menjadi lemah. Itu sebab kita lihat sekarang ini UMNO dan barisan pimpinan hari ini menyelesaikan masalah dengan mengambil ubat 'pain killer' sahaja tetapi tidak akan mampu lagi untuk menyembuhkan penyakit. Sekarang ini PM Najib dan rakan-rakan lantikan beliau hanya menumpukan kepada pemberian 'pain killer' sahaja. Memberikan makan 'pain killer' semata-mata tidak akan dapat penyelesaiannya dan akhirnya nanti 'pain killer' ini tidak akan efektif lagi kerana sudah 'immune' dengan sistem tubuh yang tidak sihat tadi. Sekarang ini 'pain killer' tadi sudah tidak berfungsi lagi maka rakyat dan pimpinan sendiri sudah tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. Jika tidak ada perubahan kepada pimpinan baru, maksud saya orang yang baru dengan 'mentality' yang baik tubuh ini akan terbaring dan terlantar dihadapan mata rakyat. 'Partisan politics' bukan jawapannya kerana dalam parti-parti alternatif itu sendiri adalah dikalangan mereka yang sudah pasti akan menghadapi penyakit yang sama dan penyelesaian sekarang ini bukan parti-parti politik lagi. 'Virus' yang sama juga ada didalam sistem tubuh parti-parti pembangkang ini. Alang-alang hendak berubah kita ubah semua yang nampak akan memberikan masalah kepada kita. Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak juga menghadapi masalah dengan rakyat yang mereka pimpin. Maka semua pemimpin-pemimpin di sana wajar bersatu melakukan perubahan ini kerana mereka di Malaysia Timur juga sedang menghadapi masalah besar sebagai ahli kepada persekutuan yang besar ini. Persatuan rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini baik di antara kaum dan agama akan menjadi masalah jika 'virus' yang merbahaya yang sedang menghinggapi Malaysia Barat akan menular ke Malaysia Timur pula. Sikap berhati-hati rakyat dan pemimpin di sana amat diperlukan kerana dalam jangka yang pendek sahaja mereka di sana akan berpecah seperti kita di Semenanjung ini. malahan perpecahan mereka di sana itulah yang diharapkan peh pimpinan Persekutuan untuk membolehkan mereka terus berkuasa seperti sekarang ini. Bukannya kita tidak tahu, pimpinan hari ini wujud dan kekal kerana perpecahan rakyat di antara wilayah, bangsa dan agama. Sebagai yang saya sebutkan awal-awal tadi perpecahan seperti ini, merupakan 'condusive playing ground' untuk mereka yang batil dan yang bencikan mereka yang kuat dengan agama masing-masing. Semoga tahun 2014 ini akan membawa perubahan yang abadi bagi negara yang berbilang kaum, agama dan cara hidup ini. Kita tinggalkan pimpinan yang sentiasa berada dalam kefakiran jiwa kemaknusiaan seperti sekarang ini.http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||
Kerajaan tak telus naikkan harga barang Posted: 09 Jan 2014 04:26 AM PST Masalah sekarang ini kerajaan tak telus, beritahulah rakyat mengenai fakta sebenar, kata Ahli parlimen BN. SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak telus dalam keputusannya menaikkan harga barang. Beliau berkata, kerajaan tidak memberitahu rakyat fakta sebenar mengenai kedudukan kewangan walaupun dan punca sebenar sehingga menyebabkan timbulnya kemarahan rakyat. "Masalah sekarang ini kerajaan tak telus, beritahulah rakyat mengenai fakta sebenar supaya rakyat boleh rancang perbelanjaan untuk mengurangkan impaknya," katanya dalam wacana Kejutan Ekonomi Selepas PRU13 di sini hari ini. Turut hadir sebagai panel Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Pakar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Amir Hussin Baharuddin. Ahli Parlimen BN-Pulai itu turut menyokong kenyataan bahawa tindakan kerajaan yang merancang untuk menaikkan harga tol sebagai tidak wajar kerana kebanyakan pengendali konsesi tol dimiliki syarikat milik kerajaan sendiri. "Kebanyakan syarikat konsesi tol dimiliki syarikat oleh kerajaan. Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dimiliki Khazanah, tuan-tuan punya juga," katanya yang kemudiannya mendapat tepukan dan sorakan penonton di Dewan Sultan Muhammad V di Kompleks Karangkraf. Namun katanya kenaikan harga barang adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kerajaan sudah terlalu lama menahan sedangkan harga pasaran luar dan global terus meningkat secara mendadak. Beliau turut membidas agenda pembangkang bahawa menukar kerajaan juga bukan satu jaminan harga barang mampu kekal pada aras yang sama. `Masalah rakyat' "Kerajaan tak boleh selesaikan semua masalah rakyat," katanya yang bagaimanapun enggan memberikan kenyataan mengenai jalan penyelesaian terbaik bagi menanganinya seperti menteri kabinet yang lain. Kenyataan Nur Jazlan itu turut disokong Rafizi yang menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya mengumumkan kenaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, punca utama krisis ini adalah struktur ekonomi yang lemah sedangkan pendapatan negara termasuk kutipan cukai diumum terus bertumbuh dengan baik. "Pendapatan negara terus naik tapi BN buat cara terbalik. "Perbelanjaan boros dan tidak terkawal lebih tinggi dari pendapatan," katanya. Keadaan ini menurut Rafizi akan bertambah parah apabila negara menghadapi masalah berganda, iaitu kesan inflasi dan pada masa yang sama kadar kenaikan gaji pekerja tidak mencukupi untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang. Tegasnya, rakyat perlu terus menyuarakan bantahan kerana mampu memberi kesan yang kuat kepada sistem kerajaan. "Ini bukan satu pemberontakan tetapi kita cuma nak suarakan bantahan," katanya. | ||
Di saat kos sara hidup naik, gerai peniaga mahu diroboh Posted: 09 Jan 2014 02:08 AM PST HAZAYANI ZAKARIA KUALA LUMPUR: Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, sekumpulan peniaga di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang bakal kehilangan punca pendapatan. 23 gerai menjual makanan dan pakaian yang dibina dengan titik peluh mereka sendiri dalam kawasan PPR tersebut akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apa yang menghairankan mereka, semasa bergoyong-royong mendirikan gerai-gerai tersebut, DBKL datang memantau namun tidak mengeluarkan sebarang arahan agar gerai tersebut dirobohkan. Namun apabila hampir 100 peratus gerai siap dibina dan ada yang sudah memulakan perniagaan, DBKL mengeluarkan notis arahan agar gerai mereka dirobohkan. Notis pertama dikeluarkan pada 14 Disember lalu diikuti dengan notis amaran pada 4 Januari yang memberi tempoh sehingga semalam untuk peniaga mengosongkan gerai mereka. Menurut wakil peniaga, Mohd Rosli Hamid, mereka sudah berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab untuk membantu mereka namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga mereka memohon bantuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk campur tangan. "Saya berterima kasih kepada YB Tian Chua yang sudi turun berbincang dengan DBKL dan meminta mereka memberi tempoh kepada kami. "Kami minta DBKL jangan robohkan gerai kami. Kalau suruh kami bayar sewa, kami akan bayar tapi tolong benarkan kami berniaga di PPR kami sendiri. "Orang yang tak ada kad pengenalan, tak tahu datang dari mana boleh hidup mewah kaya-raya kita anak jati Malaysia nak berniaga pun tak boleh dan masih duduk rumah PPR," katanya ketika ditemui selepas perbincangan dengan Tian Chua dan pihak DBKL, di kawasan gerai, siang tadi. Sementara itu, Tian Chua berkata, beliau mempunyai tempoh seminggu untuk berunding dengan DBKL agar tidak merobohkan gerai penduduk. Tian berkata, semalam beliau berjumpa dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan pihak kementerian memberikan penangguhan seminggu kepada penduduk sebelum gerai dirobohkan. "Saya ada seminggu untuk berjumpa DBKL dan bawa kes ini bagi pihak peniaga dan saya harap rundingan ini dapat dilakukan secepat mungkin. "Dulu kawasan ini penuh dengan semak-samun dan penduduk ambil inisiatif bersihkan kawasan ini dan mereka bahagikan lot tertentu untuk teruskan perniagaan. Sepanjang tempoh pembersihan dan mengelokkan kawasan DBKL pantau dan tidak ada arahan dan panduan oleh pihak mereka. Sekarang sudah bersih dan semua sedia untuk berniaga teapi hujung tahun lalu ada ancaman daripada DBKL kata gerai ini harus dirobohkan. Peniaga cuba cari semua pihak untuk dapat penjelasan dan akhirnya saya dimaklumkan dan saya cuba menyelesaikan dan harap ada satu persetujuan di antara peniaga dan DBKL," katanya. Peniaga rayu DBKL jangan sekat punca rezeki Dalam pada itu, beberapa peniaga yang ditemui meluahkan kekecewaan terhadap sikap Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak prihatin dengan nasib mereka. Zainab Zakaria, 45 berharap menteri dan pihak yang berkaitan turun sendiri mendengar masalah mereka. Katanya, perniagaan tersebut merupakan punca rezeki dia dan anak-anak. "Dapat duit berniaga nak bayar sewa rumah. Kalau kita lambat bayar DBKL datang nak kunci. Jadi mana janji ditepati yang mereka itu? "Peniaga harapkan rezeki ini untuk bayar sewa rumah. Dalam keadaan harga barang naik, sewa rumah naik, elektrik naik macam mana kami yang tak ada duit ini nak hidup? Tolonglah simpati. "Minta Ku Nan dengarlah luahan ibu tunggal kat sini. Yang berniaga di sini ibu tunggal, ada yang anak OKU. Tolonglah dengar luahan hati kami rakyat 1Malaysia ini. Suruh dia turun sendiri tengok keadaan rakyat. Saya dah naik pejabat Datuk Shahrizat, naik turun tangga tapi mereka tak simpati dengan kita. "Mana janji mereka untuk dahulukan rakyat? Masa macam inilah kita perlukan mereka," luahnya. Wakil peniaga, Zul Yusuf pula berkata, hanya Menteri Wilayah yang dapat menyelesaikan masalah mereka dan dia tidak akan berputus asa untuk memperjuangkan nasib mereka. "Kami dah berniaga setahun lebih, ada berniaga tiga hingga empat tahun. "Majoriti yang berniaga orang susah, penduduk PPR sendiri, bukan orang luar. Yang boleh menyelesaikan masalah kita ini hanyalah menteri. Ku Nan sahaja yang boleh selesaikan masalah. "Tolong beritahu Ku Nan tak kira dari parti mana pun,kami tetap manusia. "Saya orang kuat Umno. Pada ketika ini kita jangan berfikir pasal parti. Ada yang bergantung sepenuhnya pada perniagaan. Tolong prihatin penduduk di sini," katanya. | ||
Jais diarah dapatkan status Bible daripada KDN Posted: 09 Jan 2014 01:59 AM PST SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status naskah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas jabatan itu daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara minggu lepas. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jika Bible yang dirampas itu mematuhi Resolusi Penyelesaian 10 Perkara, beliau akan mengarahkan Jais memulangkan semula Bible itu kepada persatuan berkenaan. "Antara syarat resolusi itu ialah membenarkan untuk mengimport, mengguna dan mencetak Bible dalam bahasa Melayu. "Kita juga mahu tahu bagaimana Bible ini boleh masuk ke Selangor dan negeri lain kerana setiap buku yang diimport atau dicetak perlu ada pengesahan daripada KDN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, semalam. Kerajaan Selangor turut menasihatkan Jais supaya menjalankan siasatan secara profesional dengan mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian di negeri ini. Pada 2 Jan lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988. Mengulas isu kalimah Allah, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tetap berpegang kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris yang melarang orang bukan Islam mengguna pakai beberapa perkataan termasuk kalimah Allah dalam mana-mana penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan sebarang kenyataan seperti mana yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988. "Oleh sebab itu, kita juga merancang mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam di negeri ini untuk memberi pemahaman kepada mereka mengenai titah Sultan dan enakmen itu," katanya. Abdul Khalid berkata Jais turut diarah mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini oleh kerajaan negeri dalam sebarang operasi penguatkuasaannya berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata prosedur itu termasuk memaklumkan mengenai operasi Jais kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). - Bernama | ||
Saman fitnah Nurul Izzah terhadap Utusan 14 April ini Posted: 09 Jan 2014 01:58 AM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 April bagi perbicaraan kes saman fitnah Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Raihanah Ariffin bagi pihak Utusan. Azhana ketika ditemui pemberita memberitahu mahkamah menetapkan 14, 15 dan 18 April untuk perbicaraan kes itu. Beliau berkata kes itu sepatutnya dibicarakan selama tiga hari bermula 22 Jan ini namun ditangguhkan kerana peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Utusan terlibat dalam petisyen pilihan raya pada tarikh berkenaan. Pada 23 Nov 2012, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu. Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan akhbar berkenaan pada 6 dan 7 Nov 2012. Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama | ||
Mahkamah Pilihan Raya tolak peguam pempetisyen Posted: 09 Jan 2014 01:58 AM PST IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak permohonan seorang peguam untuk membenarkannya mewakili seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau yang mahu membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas. Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif dan hujahan pihak responden. Pada prosiding semalam, Datuk Firoz Hussein Ahmad yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak berkata pada peringkat awal perbicaraan petisyen itu 13 Ogos lepas, mahkamah itu turut menolak permohonan peguam Chan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen berikutan kegagalannya mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Menurutnya perintah itu hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya untuk memfailkan petisyen pilihan raya, dan bukannya firma guaman. "Mereka (pempetisyen) kemudian membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan petisyen ini diarah untuk dibicarakan semula di sini hari ini. Namun, pada peringkat itu langsung tidak timbul berkenaan permintaan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen dalam perbicaraan hari ini," katanya. Siti Salmah selaku responden pertama diwakili empat peguam diketuai Firoz dan Abu Bakar As Sidiq, responden kedua ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan responden ketiga, Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lubok Merbau Abdul Halim Hamed. Abdul Rahman kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar perbicaraan penuh petisyen itu. Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang. Pada PRU13, Siti Salmah, calon Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu. - Bernama | ||
Rakyat Malaysia cedera terkena serpihan peluru sesat Posted: 09 Jan 2014 01:52 AM PST HARAKAHDAILY KAHERAH: Seorang graduan Usuluddin Usuluddin Al-Azhar cedera di bahagian muka apabila terkena objek dipercayai serpihan peluru sesat ketika melalui satu kawasan demonstrasi anti kudeta. Ketika kejadian, siswazah berkenaan, Zahed M.Naser, 27 dalam perjalanan menghantar isterinya yang sedang menuntut di kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar ke kuliah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Ketika itu juga pihak tentera kudeta sedang menggempur peserta himpunan di hadapan Masjid Salam, Hayyu Asyir, di sini. Menurut maklumat, pemuda tersebut terkena tembakan rambang yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap demonstran aman di hadapan masjid itu. Ekoran itu beliau cedera di bahagian bibir dan pipi, namun isteri beliau bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecedaran. Beliau juga telah mendapatkan rawatan di hospital dan telah dibenarkan pulang. Sementara itu, wakil keduataan, wakil Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) serta wakil HEP Selangor Mesir turut menziarahi siswazah terbabit hari ini. | ||
Harga makanan kantin sekolah naik Posted: 09 Jan 2014 01:50 AM PST SHAH ALAM: Pengusaha-pengusaha kantin terpaksa menaikkan harga sajian makanan sekirannya mereka terus dibebankan dengan lambakan kenaikan harga barangan di pasaran sehingga menjejaskan kos operasi mereka. Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah-Sekolah Malaysia, Hamzah Omar, berkata ia bagaimana pun berlaku pada kadar yang minimum dan tidak membebankan mana-mana pihak khususnya ibu bapa. "Selaku organisasi yang bertanggungjawab kepada pengusaha kantin ini, kami sentiasa memantau dan memastikan agar setiap pengusaha kantin mematuhi kontrak dengan mengekalkan harga tanpa melakukan perubahan harga sesuka hati "Namun, apabila harga barangan dipasaran melambung naik, sedikit perubahan harga makanan terpaksa dilakukan pengusaha kantin. Itu pun dinaikkan pada kadar minimum bagi menampung kos operasi mereka dan bukannya untuk membuat keuntungan berlibat ganda," jelasnya ketika dihubungi Selangor Kini. Mengulas lanjut, Hamzah berkata proses sebut harga dan pemberian tender dari sekolah kepada pengusaha kantin sudah cukup membuktikan hanya pengusaha terbaik dilantik dalam memastikan semua pihak khususnya ibu bapa tidak terkesan. "Setiap kali sekolah buka sebut harga dan tender baru, sekurang-kurangnya berbelas pengusaha akan memohon. Jadi mereka perlu bersaing dan hanya pengusaha yang memberi sebut harga terbaik akan dipilih oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). "Ini bermaksud, kenaikan harga yang minima itu adalah persetujuan bersama antara sekolah dan PPD. Kenaikan harga yang minima itu, pada saya adalah sangat wajar ekoran lambakan kenaikan harga barangan yang melambung naik hari ini," jelasnya. Menjawab keluhan ibu bapa berhubung kenaikan harga makanan di kantin menjelang tahun ini, Hamzah berkata para pengusaha kantin juga terkesan dan bukan sewenangnya mahu mengambil kesempatan meraih keuntungan. "Kita faham beban yang ditanggung semua ibu bapa ini. Namun, ibu bapa juga perlu memikirkan beban yang ditanggung pengusaha kantin. "Mereka ini pun terdiri dari kalangan ibu bapa yang turut memerlukan sumber pendapatan," katanya. Sebelum ini, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata Kerajaan pusat perlu mengawal harga makanan di kantin sekolah bagi mengelakkan ibu bapa mengalami bebanan dengan kenaikan kos sara hidup di negara ini. Katanya, Kerajaan Pusat perlu memikirkan kaedah untuk membantu ibu bapa bagi memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas.- Selangor Kini | ||
Individu dipertikai integriti terajui GLC Kedah? Posted: 09 Jan 2014 01:48 AM PST ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah mempersoalkan pengumuman oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) kepada Bursa Malaysia mengenai calon Pengarah Urusan Kumpulan itu sebagaimana dilaporkan akhbar The Star siaran 8 Januari baru-baru ini. Menurut beliau, dari maklumat diperolehinya, perkhidmatan individu tersebut di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang akan tamat pada 31 Januari ini, mendapat rungutan banyak pihak. "Terdapat rasa tidak puas hati terhadap beliau dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNMB, pihak pengurusan PNMB serta kakitangan PNMB. "Malahan terdapat 'ugutan' dikeluarkan pihak Kesatuan Sekerja PNMB bahawa sekiranya kontrak beliau dilanjutkan, mereka akan turun berpiket! "Sudah tentu kesemua pihak tersebut mempunyai sebab mereka tidak mahu kontrak beliau dilanjutkan," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah. Jelas Amiruddin, beliau difahamkan individu sedang disiasat oleh pihak Juru Audit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salah laku. Selain itu, kakitangan juga sanggup turun berpiket kerana didakwa beliau mempunyai masalah 'public relation' PR yang kronik dengan kakitangan. "Kita tidak mengatakan bahawa beliau bersalah di atas kes-kes salah laku yang masih dalam peringkat siasatan. "Namun pihak BDB atau Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan pemegang saham terbesar dalam BDB melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) seharusnya mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga diputuskan sama ada beliau bersalah atau tidak. "Ini adalah kerana beliau akan menjadi peneraju utama di BDB dan adalah amat malang sekiranya individu yang tercalar integritinya di syarikat lain diambil untuk mengepalai satu-satunya syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dipapan utama Bursa Malaysia," ujarnya. Terang Amiruddin lagi, beliau bertanya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (sekitar bulan Jun 2013) mengenai kedudukan Pengarah Urusan Kumpulan BDB yang lalu. Ketika itu beliau masih berkhidmat serta berjaya meningkatkan prestasi BDB dari keuntungan sebanyak RM16.5juta pada tahun 2007 kepada RM30.1juta pada tahun 2012. Malah, kontrak perkhidmatannya hanya akan tamat pada Mac 2015. Bagaimanapun, Mukhriz memberitahu yang Pengarah Urusan Kumpulan tersebut akan diberi notis untuk diberhentikan kerana sudah mempunyai calonnya sendiri dengan visi baru untuk BDB. "Namun setelah hampir 7 bulan kemudian baru pengisian jawatan ini dibuat. Saya menjangkakan yang MB mempunyai calon yang 'extraordinary' dan mungkin berjaya menarik minat anak Kedah yang berada di luar negara melalui Talent Corp untuk kembali menabur bakti di Kedah. "Apakah setelah 7 bulan berlalu, seorang yang integritinya dipersoalkan diambil untuk mengepalai BDB? Saya juga mendapat maklumat terdapat perkara yang 'aneh' berlaku setelah individu tersbut dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BDB dan Pengerusi Exco sehingga BDB hilang hasilnya berjuta-juta ringgit. "Saya belum bersedia untuk mendedahkan perkara ini kerana masih mengumpulkan maklumat. Saya menyeru kepada MB Kedah untuk menangguhkan pelantikan individu terbabit sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB sehinggalah dibuktikan tiada kes salah laku semasa beliau di dalam PNMB. "Sudah tentu Negeri Kedah yang berbangga menjadi negeri pertama yang menandatangani Janji Integriti dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa, seharusnya 'walk her talk' dengan tidak melantik mana-mana individu yang tercalar integritinya," pertikai Amiruddin. | ||
'Takkanlah Ku Nan tak tahu Hard Rock Cafe macam mana' Posted: 09 Jan 2014 01:44 AM PST PUTRAJAYA: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa kerajaan akan membenarkan kewujudan kelab hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya jika beropersi secara Islamik hanya untuk meredakan kemarahan orang ramai. Kenyataan itu juga dianggap sekadar untuk menutup kesilapan beliau dengan kenyataannya sebelum ini yang akan mempertimbangkan permohonan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran negara itu. "Takkanlah Tengku Adnan tak tahu macamana Hard Rock Cafe sehinggakan mahu menetapkan syarat tiada sebarang penjualan minuman keras, serta hanya menyediakan hiburan versi nasyid. "Beliau sebenarnya saja mengatakan demikian bagi meredakan kemarahan orang ramai dan menutup kesilapan beliau ekoran kenyataannya sebelum ini," tegas Yang Di Pertua PAS (YDP) Putrajaya, Kamaruzzaman Mohamad. Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Kamaruzzaman berkata pihaknya akan menentang sebarang usaha untuk menubuhkan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran negara itu yang dianggapnya tidak perlu. Bagaimanapun, Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, sebelum ini menyatakan tiada sebarang permohonan yang diterima perbadanan daripada pihak Hard Rock Cafe untuk mewujudkan kelab hiburan tersebut. Justeru, Kamaruzzaman berkata pihaknya menyambut baik kenyataan tersebut dan mengharapkan tiada sebarang permohonan untuk tujuan sedemikian. "Kami harap biarlah tiada permohonan seperti itu kerana tidak nampak sebarang keperluan untuk Putrajaya ini untuk sebuah kelab hiburan begitu. Jika selepas ini ada permohonan dan akan dipertimbangkan, kami di Putrajaya akan menentang usaha tersebut," tegas beliau. Sebelum ini, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya. | ||
MAIS: Kenyataan MKPN cetus salah tanggap Posted: 09 Jan 2014 01:36 AM PST MALAYSIAKINIMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendakwa kenyataan Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional yang dilapor media "tidak tepat dan menyebabkan salah tanggap masyarakat" terhadap Jabatan Islam Agama Selangor (JAIS) berhubung serbuan agensi itu ke atas Persatuan Bible Malaysia (BSM). Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata kenyataan itu dibuat tanpa menyemak fakta sebenar dan ia menggambarkan seolah-olah tindakan JAIS semata-mata kerana cetakan Bible berkenaan adalah dalam versi bahasa Melayu. "MAIS juga menegaskan bahawa tindakan JAIS bukan atas dasar cetakan Bible berkenaan di dalam versi bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah telah digunakan dalam Bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti sama ada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988," katanya. Berikut adalah kenyataan penuh MAIS: Kenyataan media Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung tindakan penguatkuasa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan orang Islam) 1988. Kenyataan media ini dibuat bagi menjelaskan tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS sebagai badan penguatkuasa undang-undang Islam di negeri Selangor. MAIS menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh JAIS pada 2 Januari 2014 dengan memasuki premis perniagaan di Damansara Kim atas nama Bible Society of Malaysia, Petaling Jaya seterusnya menyita sebilangan jumlah kitab Bible (Al-Kitab) bersi Bahasa Melayu termasuk nashkah cetakan Bahasa Melayu Injil Lukas yang tertera Kalimah Allah adalah selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah undang-undang khususnya di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembanhan di kalangan Orang Islam) 1988 (selepas ini dirujuk sebagai Enakmen). Tindakan JAIS adalah satu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan setelah aduan orang ramai diperolehi berkaitan dengan kegiatan penerbitan kitab Bible (Al-Kitab) yang menggunakan kalimah Allah di dalam kitab Bible (Al-Kitab) berkenaan yang merupaka suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988. Pihak JAIS mempunyai kuasa melakukan tindakan pemeriksaan dan penyiasatan walaupun melibatkan orang bukan Islam oleh kerana Enakmen 1988 adalah terpakai bukan sahaja kepada orang Islam tetapi orang bukan Islam juga dan peruntukan Seksyen 12 Enakmen 1988 yang dibaca bersama Jadual di dalam Enakmen 1988 berkenaan jelas memberi kuasa kepada pihak JAIS di samping pihak polis untuk melakukan penyiasatan. MAIS juga menegaskan bahawa tindakan JAIS bukan atas dasar cetakan Bible berkenaan di dalam versi bahawa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah telah digunakan dalam Bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti sama ada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988. Malangnya pihak media termasuklah kenyataan Pengerusi National Unity Consultative Council (NUCC) seperti yang dilaporkan dalam akhbar semalam telah melaporkan fakta yang tidak tepat sama sekali bagi menggambarkan seolah-olah tindakan JAIS adalah semata-mata kerana cetakan Bible berkenaan adalah di dalam versi bahasa Melayu. Tindakan pihak-pihak berkenaan amatlah dikesali kerana mereka telah membuat kenyataan tanpa menyemak fakta yang sebenar. Ini menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan JAIS. Di samping itu, pihak MAIS juga menegaskan bahawa JAIS tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana ini akan mengganggu proses penyiasatan yang hendak dilakukan. Walau bagaimanapun tindakan pihak JAIS ini dilakukan setelah pihak MAIS mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan MAIS agar pihak JAIS mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor. Tindakan JAIS ini hendaklah jangan disalah anggap sebagai satu tindakan yang bersifat menyekat atau campur tangan terhadap kebebasan beragama oleh penganut-penganut agama lain sepertimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana tindakan JAIS sekadar menguatkuasakan satu undang-undang yang sedia ada yang telah digubal menurut peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ianya tidak ada kena mengena dengan unsur-unsur menyekat kebebasan penganut agama lain daripada melaksanakan amalan agama mereka. JAIS tidak langsung mengambil tindakan menyekat orang-orang yang beragama Kristian dan melaksanakan upacara keagamaan mereka seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan. Adalah juga diingatkan kepada orang awam bahawa di samping Enakmen 1988 mengenai pengawalan penggunaan kalimah Allah, terdapat juga fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama bukan Islam yang lain. Malah fatwa Jawatankuasa Negeri ini konsisten dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82. Di samping itu, Mahkamah Rayuan di dalam kes Menteri Dalam Negeri & 8 Yang Lain lawan Titular Roman Catholic Arcbishop of Kuala Lumpur (Rayuan Sivil No. W-01-1-2010) telah memutuskan pasda 14 Oktober 2013 bahawa penggunaan kalimah Allah di dalam agama Kristian akan menyebabkan kekeliruan di dalam masyarakat dan kalimah Allah bukanlah merupakan asas atau tunjang utama kepada kefahaman agama Kristian. Keputusan kes ini walaupun sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan setakat ini keputusan berkenaan mengikat semua pihak di Negara ini. Berikutan dengan Fatwa yang dikeluarkan di peringkat Negeri dan Kebangsaan serta keputusan Mahkamah Rayuan dengan juga mengambil kira peruntukan undang-undang di bawah Enakmen 1988, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam negeri Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan agar setiap tindakan yang bakal diambil oleh badan pengutkuasaan agama negeri Selangor perlulah seleras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada yang terpakai di negeri Selangor khususnya Enakmen 1988. Dengan penjelasan ini, MAIS meminta orang ramai tidak mengambil kesempatan untuk memprolemikkan isu ini agar penyiasatan dapat dijalankan tanpa sebarang tekanan dari mana-mana pihak demi mencapai matlamat penyiasatan yang adil dan efektif Datuk Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa Pengerusi MAIS | ||
SPRM tahan reman pegawai khas menteri Posted: 09 Jan 2014 01:33 AM PST MALAYSIAKINISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri dan seorang ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung pemberian tender pembersihan di sebuah kementerian. Pegawai khas berkenaan ditahan di sebuah restoran malam tadi oleh pegawai SPRM. Menurut satu kenyataan SPRM, Ketiga mereka yang berumur antara 30-an dan 40-an dibawa ke Mahkamah Putrajaya jam 8.30 pagi tadi. Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman selama tiga dan empat hari bagi semua yang disiasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan