Biaqpila |
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 18/01/2014
- GAMBAR HIMPUNAN KANGKUNG 1.0
- TARIAN PUNGGUNG LAGI TERUK DARI FLASH MOB KANGKUNG
KEPUTUSAN LIGA SUPER 18/01/2014 Posted: 18 Jan 2014 09:33 AM PST | ||
Posted: 18 Jan 2014 04:18 AM PST Gambar Sekitar Himpunan Menentang Penghinaan Terhadap Najib Oleh UMNO..Sebentar tadi telah berlangsung satu demonstrasi aman membantah tindakan yang telah dilakukan Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon dan beberapa pengikut dari kalangan masyarakat Cina yang secara sinis menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika karikatur Datuk Seri Najib. Penghinaan yang agak melampau ini hanya di hadiri oleh masyarakat Cina yang dilihat lebih signifikan dengan tindakan yang boleh dikategorikan sebagai penghinaan yang radikal kepada PM dan juga kepada pemimpin Melayu khususnya.Demo yang dianjurkan itu hanya dihadiri kira-kira 15 orang sahaja Bertempat di perkarangan Bandar Sunway Seberang Jaya,peserta yang dianggarkan kira-kira 1200 orang telah berkumpul dan melakukan perarakan secara aman ke perkarangan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall.Keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan dari pihak Polis. Datuk Reezal Merican Naina Merican yan juga Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang dalam ucapannya,beliau menganggap perbuatan adun PKR itu sebagai satu tindakan yang biadap dan melampau dari Adun tersebut. "Tindakan Adun PKR itu adalah satu penghinaan yang besar terhadap PM dan khususnya masyarakat Malaysia ". "Kami mencabar adun PKR itu buat sekali lagi,dan kita akan lihat rakyat jelata akan bersama siapa"katanya dengan penuh semangat kepada peserta demo bantahan tersebut. Ucapan juga telah diberikan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam,saudara Zaidi atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi,Ketua UMNO Permatang Pauh. Demo tersebut juga turut disertai beberapa NGO sekitar P.Pinang yang merasa tercabar dengan tindakan adun PKR itu lapor UtaraNews. Menarik bukan.. Polis membantu mengawal lalu lintas.. Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsikan bersama.. darisungaiderhaka | ||
TARIAN PUNGGUNG LAGI TERUK DARI FLASH MOB KANGKUNG Posted: 18 Jan 2014 04:06 AM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga. Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu. Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah. Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'. "Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul dari segi agama atau pelakuan (moral)" tanya Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui semasa lawatan ke Sungai Lembu semalam. "Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan," katanya. Rabu Rabu, kira-kira 15 orang menyertai flash mob membantah inflasi yang semakin meningkat, dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib yang diperbuat daripada styrofoam. Pemimpin Umno mengecam Lee sebagai "kurang ajar, kebudak- budakan, bermentaliti rendah, serta tidak wajar sebagai seorag wakil rakyat" kerana menghina pemimpin nombor satu negara itu, dan menuntut Lee memohon memohon maaf atas tindakannya itu. Manakala ADUN Pulau Betong, Farid Saad pula meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan supaya mengambil mengambil tindakan terhadap Lee. Farid menyokong Najib dengan berkata ucapan perdana menteri diambil di luar konteks sedangkan beliau hanya bermaksud walaupun harga barangan keperluan meningkat, tetapi yang lainnya turun, seperti kangkung. Najib telah menjelaskan kenyataannya, dengan berkata beliau menggunakan sayur-sayuran sebagai contoh mengenai bagaimana kuasa pasaran menentukan harga makanan. MK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan