Sabtu, 18 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Tan Sri Khalid Ibrahim: Kerajaan Negeri Kawal Harga, Pemberian Air Percuma Diteruskan

Posted: 18 Jan 2014 09:14 AM PST




[Selangorku]  SHAH ALAM 15 JAN : Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menentukan kadar harga air di Selangor dalam penstrukturan industri air.

Manakala pemberian 20 meter padu air percuma dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada rakyat diteruskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam penstrukturan air di Selangor dan boleh menentang hasrat Kerajaan Pusat sekiranya bertindak mengawal keseluruhan industri air.

Katanya, sekiranya Kerajaan Pusat mengawalnya ia bertentangan dengan Akta 655 Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) yang menyatakan ia mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Pusat menggunakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 lalu.

"Kerajaan Negeri boleh menggunakan Seksyen 115 iaitu ia akan diserahkan kepada orang yang memiliki aset-aset air iatu Kerajaan Negeri," katanya.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri masih mengekalkan tawaran sebanyak RM9.65 bilion dalam penstrukturan itu.

"Modus operandi pembayaran akan dibincangkan kemudian bersekali dengan pemilikian saham emas yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat," kata Abdul Khalid - Norhayati Umor


Filem Anak Hajah Rosmah DIHARAMKAN di Malaysia

Posted: 18 Jan 2014 07:52 AM PST

Babak yang dikatakan diambil daripada filem tersebut.

[MK] Filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.

"Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.

Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz (kiri) yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Filem Hollywood yang diarahkan Martin Scorcese itu menyaksikan pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik bagi kategori komedi dan muzikal pada anugerah Golden Globe ke-71 Ahad lalu.

Presiden Red Granite Pictures, Christian Mercuri dipetik oleh THR sebagai berkata kandungan filem itu bermasalah bagi wilayah-wilayah tertentu .

"Sebahagian daripada kandungan dalam filem itu menjadikannya sukar dibenar tayang di wilayah tertentu di mana mereka membuat tapisan dan boleh mengharamkan tayangan sesebuah filem," beliau dipetik sebagai berkata.


"Anda cuba membuat filem untuk penonton di seluruh dunia . Ini sebuah filem yang menakjubkan sepanjang tiga jam tayangannya.
Adalah mengecewakan apabila negara-negara tertentu tidak membenarkan seni ditayangkan secara keseluruhan," katanya.

Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.

Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.

Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan.

Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat antarabangsa. -18/1/14


P/s: Ulama dan tuk mufti UMNo sudah hilang suara untuk memberikan pandangan? Pejuang Islam Malaysia pun hilang suara dalam hal ini.



Wajah Guru Mualaf yang Dipaksa Buka Tudung oleh Ahli Lembaga Pengurus Sekolah

Posted: 18 Jan 2014 07:18 AM PST

Chiew Swee Tuan dan Choi Yi Shan (baju merah) bersalaman dan diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, semalam. – Gambar daripada Utusan Malaysia.
Isu Paksa Buka Tudung Guru Mualaf Selesai

[TMI] Isu melibatkan seorang guru wanita mualaf di Johor yang dipaksa membuka tudungnya kini dianggap selesai apabila Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka.

Menurut Utusan Malaysia, permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Muhibah yang dihadiri guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, semalam.

"Saya terima dengan hati terbuka permohonan maaf ini. Harap-harap pihak lain yang ambil berat tentang kes ini dapat meredakan hati dan tidak diperbesarkan lagi sebab ini memang isu sensitif," kata Choi, yang masih merahsiakan nama Islamnya.

Phang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati meminta maaf secara peribadi kepada Choi dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam berikutan tindakannya itu.

"Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Chiew berkata, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan dan murid beragama Islam memakai tudung di sekolah tersebut kerana memahami bahawa memakai tudung adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh wanita Muslim.

"Sebagai guru besar saya pasti menghormati agama Islam dan guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum. Sebagai penjawat awam, saya mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya janji akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.

"Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata tidak munasabah yang diperkatakan secara tidak sengaja menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin.

Sementara itu, Choi menganggap kes itu selesai dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier sebagai pendidik dan seorang muslimah.

Beliau juga bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya bulan depan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Choi dipaksa membuka tudungnya oleh ahli lembaga pengurus sekolah tempatnya mengajar.

Beliau kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan dipindahkan serta merta atas faktor keselamatan. - MOHD FARHAN DARWIS/18 Januari, 2014.



Dicaprio Sahkan Anak Rosmah ‘Tulang Belakang’ Penerbitan Filem "The Wolf of Wall Street"

Posted: 18 Jan 2014 06:57 AM PST



[Selangorku] SHAH ALAM, 18 JAN : Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.

Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

"Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini," katanya.

Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah "tulang belakang" kepada filem berkenaan.

"Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street.

"Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk 'Joe' dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?," katanya di Twitter.


Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.

Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya. -AFEEQA AFEERA/18/1/14


P/s: Gambar yang DIDAKWA diambil daripada filem tersebut:


Mukadimah Zina: Guru Besar Ditahan Ketika Berada di atas Badan Guru Wanita

Posted: 18 Jan 2014 06:36 AM PST


Mukadimah Zina: Guru Besar, Guru Diarah Bela Diri

[SH] KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan. - 17/1/14

Tiada ulasan: