DIALOG RAKYAT |
- Dicaprio sahkan anak Rosmah ‘tulang belakang’ filem lakonannya
- Abdul Khalid jumpa pengurusan PKNS bincang status Azmin
- Barang naik: Menteri Wilayah salahkan pula 'orang tengah'
- Filem Hollywood anak Rosmah diharam di M'sia
- ADUN: Flash mob kangkung tak bermaksud hina sesiapa
- DAP mau lagi 13 Mei? tanya peserta protes Umno
- Laporan kangkung BBC menjadi berita dunia
- Umno balas ‘flash mob kangkung’ dengan amaran 13 Mei
- Penyamun dibelasah orang ramai
- Hanya Setelah Fenomena Kangkung, Barulah Menteri-Menteri Sibuk Turun Ke Pasar
- Sasar 4 juta orang muda jadi ahli sebelum PRU14
- ‘Wasatiyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan – Anwar
- Ku Nan: Orang tengah cuba burukkan kerajaan
- Ikhlas gesa hapuskan AP
- Terima kasih kangkung; isu sebenar telah dikembalikan
- Thaipusam bukan lagi upacara keagamaan
- Bajet pendidikan Felda dikurang, dakwa Anak
- Ambiga cabar PM isytihar harta
- Seikat kangkung bagi secawan kopi
- 'Hanya tinggal RCI ruang untuk skandal PKFZ'
- P Pinang bantah penjaja bayar RM50 kursus kendali makanan
- Umno usah berlagak jaguh kritik kerajaan negeri
- Selangor mampu terus program bantuan rakyat, saat ekonomi negara kritikal
- Pengguna mampu kawal pasaran
- Isu harga naik: Kena ikut cara MB N.Sembilan
Dicaprio sahkan anak Rosmah ‘tulang belakang’ filem lakonannya Posted: 18 Jan 2014 03:39 PM PST SHAH ALAM: Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio (gambar) mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia. Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan. "Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini," katanya. Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah "tulang belakang" kepada filem berkenaan. "Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street. "Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk 'Joe' dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?," katanya di Twitter. Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey. DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu. Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya, Rosmah Mansor. | ||
Abdul Khalid jumpa pengurusan PKNS bincang status Azmin Posted: 18 Jan 2014 03:37 PM PST KUALA SELANGOR: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Isnin ini, bagi membincangkan status Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu. Beliau akan berbincang dengan pengurus besar dan setiausaha kerja PKNS bagi menyelesaikan perkara berkenaan. "Kita tidak akan buat apa-apa (tindakan) atau keluarkan apa-apa (kenyataan) sehingga kita mengadakan pertemuan bersama Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja PKNS...kita akan memanggil mereka pada Isnin ini (untuk membincangkan perkara tersebut)," kata Abdul Khalid kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama peneroka di sini, hari ini. Pengguguran Azmin daripada perbadanan itu baru-baru ini, dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR Selangor apabila setiausahanya Amirudin Shari menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid mengenai perkara itu. Susulan itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam pengguguran Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang mahu menamatkan khidmat Azmin pada penghujung bulan ini. Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek. Norita dalam satu kenyataannya Khamis lepas memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS. Katanya pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu. PKNS adalah konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor. Sementara itu, mengulas mengenai usul Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang mahu beliau disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada rakyat dan parti. - Bernama | ||
Barang naik: Menteri Wilayah salahkan pula 'orang tengah' Posted: 18 Jan 2014 03:33 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang. Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat. "Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot di sini hari ini. Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu 'kangkung' sebagai bodoh. "Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu connotation (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata. "Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya. Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Adnan meminta peniaga-peniaga masyarakat Acheh menyokong usaha Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kenaikan harga barang. "Peniaga-peniaga Acheh yang ada di Jalan Raja Bot, Datuk Keramat, Kampung Baru dan persekitaran negara ini, saya merayu agar membantu kerajaan BN kerana kebelakangan ini banyak orang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. "Saya berharap Persatuan Peniaga Acheh akan menjadi contoh untuk menurunkan harga supaya rakyat di negara ini dapat menikmatinya," katanya. Pada majlis itu, Tengku Adnan turut dipakaikan songkok khas sebagai tanda pelantikan beliau sebagai Penaung Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia. - Bernama | ||
Filem Hollywood anak Rosmah diharam di M'sia Posted: 18 Jan 2014 03:29 PM PST MALAYSIAKINIFilem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah. "Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter. Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz (kiri) yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, hasil daripada perkahwinan pertamanya. Filem Hollywood yang diarahkan Martin Scorcese itu menyaksikan pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik bagi kategori komedi dan muzikal pada anugerah Golden Globe ke-71 Ahad lalu. Presiden Red Granite Pictures, Christian Mercuri dipetik oleh THR sebagai berkata kandungan filem itu bermasalah bagi wilayah-wilayah tertentu . "Sebahagian daripada kandungan dalam filem itu menjadikannya sukar dibenar tayang di wilayah tertentu di mana mereka membuat tapisan dan boleh mengharamkan tayangan sesebuah filem," beliau dipetik sebagai berkata. "Anda cuba membuat filem untuk penonton di seluruh dunia . Ini sebuah filem yang menakjubkan sepanjang tiga jam tayangannya. Adalah mengecewakan apabila negara-negara tertentu tidak membenarkan seni ditayangkan secara keseluruhan," katanya. Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit. Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara. Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan. Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat antarabangsa. | ||
ADUN: Flash mob kangkung tak bermaksud hina sesiapa Posted: 18 Jan 2014 03:22 PM PST MALAYSIAKINIDalam reaksinya terhadap serangan peribadi terhadapnya berhubung flash mob kangkung Rabu lalu, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menjelaskan tindakan menjemput perdana menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa. Berikut adalah kenyataan penuh beliau berhubung isu tersebut: Berkenaan dengan pelbagai serangan peribadi terhadap saya oleh pemimpin Umno/BN sejurus selepas dengan flash mob "I LOVE Kangkung" yang telah diadakan pada jam 6.30 petang, 15 Januari 2014 (Rabu), saya ingin menegaskan bahawa tindakan menjemput Perdana Menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa. Saya tidak faham kenapa Umno/BN dan penyokong mereka menyamakan tindakan tersebut sebagai suatu tanda penghinaan. Sebenarnya tindakan kreatif tersebut mempunyai simbolik yang menuntut Perdana Menteri supaya boleh berprihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada harga barang naik. Kenyataan kangkung yang dibuat oleh Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan seolah-olah bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan. Dengan itu, seluruh sosial media internet serta media massa telah penuh dengan pelbagai komedi dan sindiran yang berasaskan kangkung untuk menyindir Perdana Menteri. Namun demikian, saya telah dijadikan kambing hitam dan diserang secara peribadi sebenarnya hanya menunjukkan kenyataan dan perbuatan mereka tersebut mempunyai jurang besar dengan pandangan realiti umum serta tidak memandang serius tentang kemarahan rakyat yang semakin panas. Sebab-sebab kenaikan harga barang adalah seperti amalan rasuah, ketirisan dan pemborosan oleh kerajaan Persekutuan, pengurusan ekonomi yang lemah, serta berpihak kepada syarikat-syarikat besar. Kerajaan Persekutuan yang lama diterajui oleh Umno/BN telah menyebabkan hutang negara yang meningkat setiap tahun, defisit kewangan dan akhirnya mangsanya adalah rakyat biasa yang perlu tanggung akibat tersebut. Dengan itu, Umno/BN tidak dapat lari daripada tanggungjawab tersebut. Saya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih perlu bertanggungjawab serta berani bersuara. Tindakan saya mengkritik Perdana Menteri dan dasar kerajaan bukan sesuatu kesalahan. Dengan itu, saya menegaskan bahawa tindakan flash mob tersebut adalah bertujuan untuk mencerminkan pandangan awam. Pemimpin Umno/BN perlu memandang serius tentang masalah kenaikan harga barang. Saya akan teruskan mengadakan program-program komuniti untuk membantah cukai GST dan harga barang naik pada masa akan datang supaya suara rakyat berkenaan dengan keadaan dan pandangan mereka dapat disalurkan melalui pelbagai saluran. Saya berharap Perdana Menteri dan pemimpin Umno/BN boleh mendengar suara rakyat, suara keramat dan bukannya terjerumus dalam serangan peribadi atau mengapi-apikan semangat perkauman yang sempit. Demonstrasi 'kangkung' bantah kenaikan harga Najib: 'Saya suka makan kangkung' 'Ejek PM bermakna anda ejek diri sendiri' DAP mau lagi 13 Mei? tanya peserta protes Umno Laporan polis terhadap ADUN Machang Bubuk | ||
DAP mau lagi 13 Mei? tanya peserta protes Umno Posted: 18 Jan 2014 03:20 PM PST MALAYSIAKINIFlash mob kangkung oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon telah menimbulkan kemarahan ahli Umno dan sekutu mereka, yang mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya membantah perbuatan Lee yang didakwa biadap terhadap pemimpin tertinggi negara. Sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall. Terdahulu, kumpulan itu berarak dari gelanggang futsal yang berhampiran, yang terletak 1km dari pusat membeli-belah, sambil melaungkan "Allahu Akbar " dan "Hidup Melayu". Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang menyifatkan perbuatan menghina PM macam menghina Melayu, ABCD - Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam. Sepanduk yang paling menarik berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa? ' Kumpulan itu mendengar beberapa ucapan berapi-api selepas tiba di pintu masuk utama Sunway Carnival Mall. Pemimpin yang menyampaikan ucapan termasuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican; Setiausaha Umno negeri yang juga ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Rahim dan bekas Ketua Pemuda negeri, Sheikh Hussein Mydin. Bekas ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Ketua Wira PERKASA negeri, Ridzuan Azudin turut hadir tetapi tidak berucap. | ||
Laporan kangkung BBC menjadi berita dunia Posted: 18 Jan 2014 07:16 AM PST Isu kangkung melangkah setapak lagi apabila terus mendapat liputan dalam siaran radio World Service BBC. Rancangan itu melaporkan fenomena media sosial di Malaysia termasuk blog, Twitter dan Facebook dibanjiri dengan pelbagai cerita dan sindiran kangkung. Dalam siaran 7.30 malam tadi, penyampai Mukul Devichand berkata warga Malaysia berbicara dan gemar berjenaka mengenai kangkung pada minggu ini dan sukar untuk lari dari topik itu. Devichand merujuk kepada kemarahan rakyat Malaysia dengan mempermainkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan kangkung bagi mendapat pujian rakyat. Penyampai itu turut melaporkan laporan berita BBC di laman sesawang pada Selasa sukar diakses. "Pada Rabu, ramai warga Malaysia dilaporkan menghadapi kesukaran mengakses laporan itu meskipun tiada masalah pada laman sesawang BBC. "Terdapat teori konspirasi mengenai sekatan kerajaan. Telekom Malaysia berkata sebarang persoalan mengenai sekatan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa. "Namun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata mereka tidak menyekat sebarang laman atau menerima arahan untuk berbuat demikian," katanya. Penyampai itu berkata sewaktu SKMM memberi maklum balas, kebanyakan warga Malaysia sudah dapat mengakses laman sesawang BBC. "Cerita kecil mengenai sayur-sayuran tetapi banyak isu yang dimainkan termasuk kos sara hidup, harga barangan dan perkhidmatan, kebebasan bersuara dan ahli politik," katanya. | ||
Umno balas ‘flash mob kangkung’ dengan amaran 13 Mei Posted: 18 Jan 2014 07:13 AM PST Susulan daripada tarian "flash mob kangkung" baru-baru ini, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya Pulau Pinang dengan membawa sepanduk berusurkan provokatif dan turut mengancam akan berlakunya tragedi 13 Mei sekiranya isu itu terus dimainkan. Ia merupakan sebahagian daripada tindakan bantahan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menganjurkan program parodi kangkung awal minggu lalu. Flash mob yang diadakan oleh Lee itu terutamanya membabitkan adegan memasukkan sayur tersebut kepada replika wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keyang mengundang kemarahan kumpulan Umno di mana selain berarak hampir satu kilometer hingga ke kompleks beli belah Sunway Carnival sambil memegang sepanduk dan melaungkan slogan "Allahu Akhbar" dan "Hidup Melayu" Manakala sepanduk yang dipegang tertera dengan ayat "Menghina PM seperti menghina Melayu", "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung", "ABCD_ Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam. Selain itu terdapat juga sepanduk berbunyi, "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?" Pemimpin Umno negeri juga antara yang kelihatan menyertai kumpulan tersebut bertindak mengutuk Lee dalam ucapannya dihadapan kompleks beli belah tersebut. Setiausaha Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi amaran kepada Lee dan Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak bermain dengan merendahkan pemimpin, agama Islam, polis dan institusi Melayu lain. "Sekiranya kami hilang kesabaran jangan salahkan kami," katanya. Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pula berkata tarian flash mob yang dianjurkan Lee itu tidak membantu menyelesaikan masalah. Katanya gambar program parodi itu tersebar ke Timur Tengah di negara yang begitu menghormati Najib dan ia menyebabkan imej perdana menteri terjejas teruk. Shabudin memberi amaran kepada Lee bahawa raja melayu merupakan simbol Islam dan perdana menteri merupakan pemimpin Melayu nombor satu di negara ini. "Cara PR itu terlalu tidak masuk akal dan merendahkan pemimpin kami sekaligus telah mengancam lambang institusi Melayu dan Islam," katanya, Dalam nada hampir berlawak beliau berkata "Anda juga turut makan kangkung dengan makanan 'Yong tao foo'. "Malah kamu makan lebih dari kami maka kamu sebenarnya yang menerima manfaat apabila harga kangkung turun," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencabar Lee untuk menganjurkan program flash mob lain. Beliau berkata Umno pastinya akan bersemuka secara berdepan dengan pemimpin tersebut. Tambahnya tidak akan menjadi satu masalah sekiranya berlainan pandangan namun bukan sehingga ke tahap menghina. "Lagipun Najib seorang perdana menteri, beliau dilantik kerana mandat orang ramai, rakyat telah membuat pilihan dan kerana itu ia perlulah dihormati," katanya. Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata akan merancang himpunan membantah perbuatan Lee pada esok jam 10 pagi berdekatan dengan kawasan wakil pusat perkhidmatan PKR. Bekas Ketua Pemuda Umno Dr Sheikh Hussein Mydin mengingatkan kepada PR bahawa Umno masih lagi memegang kerusi di Pulau Pinang dan akan menghentam Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana enggan berdebat. Beliau yang menekankan isu kalimah Allah berkata penganut kristian sepatutnya menyerah memberi perkataan itu kepada Muslim dan menggunakan ayat gantian lain. Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi flash mob kangkung disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang. Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung kedalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu Lenggang-Lenggang Kangkung. Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan pemimpinnya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan flash mob tersebut. | ||
Penyamun dibelasah orang ramai Posted: 18 Jan 2014 07:09 AM PST BAGAN SERAI - Seorang penjenayah bukan hanya berputih mata kerana gagal menyamun seorang pengusaha bengkel kereta dengan menggunakan pistol mainan malah dia cedera selepas dibelasah orang ramai di Batu 8, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek berusia lingkungan 40-an terbabit memasuki premis milik T Anthony Dass, 41, dan mengugut peniaga itu supaya menyerahkan wang tunai kepadanya. Anthony berkata, dia yang sedang bersendirian di bengkelnya terkejut diacukan pistol oleh suspek yang memasuki premisnya melalui pintu utama. Menurutnya, suspek yang berada berdekatan pintu utama bengkel itu mengugut untuk menembaknya sekiranya mangsa gagal menyerahkan wang tunai dan barang berharga. "Panik dengan kejadian itu, saya terus menolak pintu utama dan menyebabkan pencuri itu terhumban keluar, manakala pistolnya terlepas dari pegangannya. "Melihat suspek terjatuh, saya segera menjerit meminta tolong dan tindakan saya itu menyebabkan suspek cuba melarikan diri. "Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya dihalang adik saya dan orang ramai yang berada di sekitar bengkel," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam. Anthony berkata, sejurus selepas suspek diberkas, berlaku pergelutan antara lelaki terbabit dan sekumpulan orang ramai berikutan suspek bertindak agresif untuk melepaskan diri. Menurutnya, insiden itu segera dimaklumkan kepada sepasukan anggota pasukan sukarelawan Bagan Serai yang kemudiannya membantu membawa suspek ke balai polis. "Tindakan agresif suspek membawa padah apabila orang ramai yang berang dengan sikapnya bertindak membelasahnya. "Hanya setelah suspek tidak lagi agresif, barulah dia diserahkan kepada anggota keselamatan untuk tindakan lanjut," katanya. Anthony berkata, dia kemudiannya terkejut selepas dimaklumkan bahawa senjata digunakan suspek untuk mengugutnya itu hanyalah pistol mainan. Susulan kejadian tersebut, Anthony membuat laporan di Balai Polis Bagan Serai dan suspek serta motosikal dinaikinya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. | ||
Hanya Setelah Fenomena Kangkung, Barulah Menteri-Menteri Sibuk Turun Ke Pasar Posted: 18 Jan 2014 07:00 AM PST shahbudindotcom Selama ini apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang, ramai yang menjawab ianya adalah fenomena biasa. Malah apabila harga minyak dan gula dinaikkan melalui dasar rasionalisasi subsidi, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dengan bangganya berkata, harga minyak dan gula di negara kita masih rendah berbanding di beberapa negara jiran yang lain. Najib dan semua pemimpin kerajaan pula, sama ada lebih banyak membisu atau terus mempertahankan kenaikan harga barang dengan menganggapnya sebagai fenomena biasa. Mereka seolah-olah cuba menyembunyikan hakikat bahawa apa yang dirungutkan rakyat ialah kenaikan harga yang berpunca daripada kenaikan harga minyak, gula dan tarif letrik sebenarnya adalah berpunca daripada kerajaan. Dalam erti kata yang lain, rakyat merasakan kerajaan ada saham besar dalam kenaikan harga barang ini. Dalam masa yang sama, Najib terus mempertahankan langkah menghapuskan subsidi dengan pelbagai hujah dan alasan yang direka-reka demi menghalalkan tindakannya itu. Rungutan dan rintihan rakyat mengenai kos sara hidup mereka yang kian meningkat langsung tidak dipedulikan. Bagaimanapun tindakan Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang dengan mengambil contoh kangkung sebagai rujukan telah mencetuskan sesuatu yang diluar jangkaan sama-sekali. Bermula dengan contoh kangkung itu dipersendakan, ucapannya diremix menjadi lagu yang kemudian disusuli dengan pelbagai kemunculan lain seperti tarian lenggang kangkung, t-shirt berlogo kangkung, membayar secawan kopi dengan seikat kangkung dan sebagainya lagi yang dikaitkan dengan kangkung, akhirnya selama hampir seminggu Najib menjadi "masak" dan lunyai dikangkungkan oleh tentera maya pro pembangkang. Walaupun episod kangkung ini dilihat cukup memalukan Najib sehingga ada yang membuat laporan polis berkenaan dengannya, ia akhirnya menyerlahkan rahmat di sebaliknya. Jika sebelum ini tiada siapa yang peduli dengan kenaikan harga barang dan lebih menganggapnya sebagai sesuatu yang normal, tetapi setelah Najib dikangkungkan, barulah mereka yang bergelar pemimpin ini sedar daripada khayal dan lena yang mungkin disebabkan kerana minum terlalu banyak air ketum. Barulah ditubuhkan jawatankuasa itu dan jawatankuasa ini untuk memantau kenaikan harga barang. Pemuda UMNO pula segera menubuhkan skuad pemantau harga barangnya di seluruh negara bagi menyampaikan maklumat kepada kerajaan mengenai peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Dua hari lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengetuai pergerakan itu turun padang melakukan tinjauan di Pasar Borong Selayang untuk melihat sendiri kenaikan harga barang dan kesannya kepada rakyat. Sebagai susulannya, Pemuda UMNO WP pula melakukan perkara yang sama yang dengan melawat Pasar Chow Kit sehari selepas itu. Hari ini pula, Muhyiddin Yassin yang sebelum ini diberi amanah oleh kabinet mengetuai Jawatankuasa Memantau Kenaikan Harga Barang, turut melakukan lawatan turun padang dengan meninjau empat tempat sekaligus iaitu Pasar Harian Selayang, Pasaraya NSK di Selayang, sebuah mini market di Greenwood serta sebuah restoran di Sri Gombak untuk melihat sendiri kenaikan harga barang dan kesannya kepada rakyat. Dalam program turun padang ini, Muhyiddin turut diiringi oleh dua lagi menteri ialah Hasan Malek dan Ismail Sabri Yaakob. Beberapa pemimpin lain juga mulai mengeluarkan kenyataan dengan menubuhkan pasukan untuk memantau kenaikan harga barang di kawasan masing-masing atau menyampaikan maklumat mengenai tindakan peniaga yang menaikkan harga barang secara sesuka hati. Mahu atau tidak, terjaganya semua mereka ini daripada mimpi dan segera melakukan kerja turun padang adalah kesan daripada Najib dikangkungkan. Hanya setelah Najib dikangkungkan barulah mereka ini sedar bahawa kenaikan harga barang dan beban kos sara hidup yang kian meningkat adalah rungutan hampir keseluruhan rakyat yang berpendapatan rendah serta sederhana. Hanya setelah dikangkungkan juga, barulah Najib dan semua menteri kabinet faham suara kemarahan rakyat. Jika tidak kerana episod kangkung ini, Najib dah semua menteri masih lena diulit mimpi dan bercakap dalam mempertahankan kenaikan harga barang pula seolah-olah seorang yang sedang khayal kerana meminum terlalu banyak air ketum. Langsung tidak menampakkan mereka itu menyebelahi rakyat sedangkan ketika memerlukan undi dan sokongan, rakyatlah yang sering dipuji dan diberi sanjungan. Tetapi setelah dapat jadi menteri, semua kesalahan dibebankan kepada rakyat, bahkan janji mendahulukan rakyat tidak ubah janji seorang kasanova saja layaknya. Kepada penggiat media sosial yang mencetuskan idea mengangkungkan Najib sehingga ia menjadi fenomena antarabangsa dan kemudian menyedarkan pimpinan kerajaan daripada lena dek khayal air ketum, rakyat tentunya amat terhutang budi kepada mereka itu. Tanpa mereka dan jika Najib tidak dikangkungkan, tidak pernah Muhyiddin melakukan empat lawatan hanya dalam satu pagi. Walaupun melakukan lawatan turun padang ke pasar-pasar belum tentu menghasilkan sesuatu yang positif dari segi penurunan harga barang, melainkan ada keberanian di tangan kerajaan untuk segera bertindak berdasarkan kuasa sebagai sebuah kerajaan, sekurang-kurangnya nampak jugalah inisiatif mahu turun ke bawah dan mendapatkan lebih maklumat. Itulah hebatnya penangan kangkung. | ||
Sasar 4 juta orang muda jadi ahli sebelum PRU14 Posted: 18 Jan 2014 06:58 AM PST TAIPING - Umno menyasar pendaftaran empat juta orang dalam kalangan generasi muda sebagai anggota parti serta pengundi baharu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi kempen yang lebih kreatif, kata Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Mohd Shafie, yang juga Pengerusi Biro Keahlian Umno, berkata parti menyedari bahawa separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi, iaitu kira-kira enam juta orang, adalah generasi muda yang merupakan pemilih baharu. "Umno juga memberi sedikit insentif kepada negeri yang mencatat jumlah keanggotaan yang tinggi, saya berharap usaha ini dapat terus dipergiat kerana Umno tidak seharusnya selesa dengan jumlah anggota dan pengundi sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kempen Keahlian Pergerakan Puteri Umno Malaysia di Taman Tasik Taiping hari ini. Terdahulu, dalam ucapannya, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata usaha menambah anggota parti sewajarnya tidak hanya memfokus kepada kuantiti malah kualiti jiwa golongan muda juga perlu ditawan kerana mereka akan bersama-sama parti sewaktu susah dan senang dalam menegakkan perjuangan. - Bernama | ||
‘Wasatiyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan – Anwar Posted: 18 Jan 2014 06:53 AM PST PERMATANG PAUH - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep 'wasatiyah' atau kesederhanaan yang dilaungkan kerajaan cuma slogan tanpa amalan. Katanya, dalam usaha memupuk kesederhaan dalam kehidupan, kerajaan mesti menunjukkan teladan yang boleh diikuti oleh rakyat melalui dasar perbelanjaan dan pengurusan negara. "Jika wasatiyyah menjadi luahan bibir semata-mata, tetapi ketirisan, penyelewengan, pemborosan,penyalahgunaan kuasa, pembohongan dan penganiayaan menjadi amalan, siapa sahaja mampu untuk menzahirkan perkataan wasatiyyah, "Seringkali wasatiyyah atau kesederhanaan menjadi lafaz di bibir, tetapi tidak berjaya menjadi amalan untuk dipraktikkan dalam kehidupan, kata Anwar lagi dalam tazkirah Maghrib di Surau Taman Cermai, Sama Gagah, Permatang Pauh, semalam. Semalam, 17 Januari genap dua tahun pelancaran Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Penubuhan dia institusi itu kononnya bagi melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawan yang menerajui semangat kesederhanaan dan keseimbangan seperti tokoh Islam terkemuka al-Imam Ibnul Qayyim Namun, langkah itu tidak digambarkan melalui tindakan kerajaan seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara selama bertahun-tahun mengenai pemborosan dan ketirisan yang berjumlah puluhan bilion ringgit. Menurut Ernst and Young, salah satu daripada empat firma audit terbesar di dunia, dalam kajian mereka 'Asia-Pacific Fraud Survey Report Series', mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup di dunia. Global Financial Index (GFI) mendedahkan, jumlah aliran wang haram dari negara ini mencecah USD54 bilion bagi 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011. Manakala menurut Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) Malaysia di tangga ke-53 daripada 177 negara berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38. Justeru kata Anwar, slogan wasatiyah yang dilaungkan kerajaan dan pimpinan BN hanya mainan dibibir bagi mengaburi mata rakyat, langsung tanpa amalan sebenar. "Sekiranya pemborosan dan rasuah berleluasa, ketirisan dan pembaziran menjadi amalan kerajaan, ia tidak membawa apa-apa perubahan untuk diteladani oleh rakyat khususnya golongan bawahan yang mengharapkan pembelaan dari mereka," katanya. | ||
Ku Nan: Orang tengah cuba burukkan kerajaan Posted: 18 Jan 2014 06:46 AM PST KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendedahkan kenaikan harga barangan antara lain berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab orang tengah yang cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan. Menurut beliau, dengan menaikkan harga barangan pada kadar tidak munasabah berbanding pengurangan subsidi, rakyat akan menyalahkan kerajaan tanpa menyedari taktik kotor itu. "Kita sedar banyak orang tengah ini menyokong pembangkang. "Apa yang dilakukan mereka ini gunakan kaedah ini supaya rakyat benci kepada kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Maulidur Rasul bersama masyarakat Acheh Kampung Baru, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, kaedah ini terus dipakai orang tengah itu untuk memburuk-buruk kerajaan BN meski pun kenaikan kadar tol telah ditangguhkan pelaksanaannya. Jelasnya, pengurangan subsidi yang menyebabkan berlaku sedikit kenaikan barangan perkhidmatan itu tidak dapat dielakkan bagi memastikan pembangunan negara berjalan secara berterusan. "Kebanyakan orang tengah ini mereka sokong pembangkang, walaupun tol tidak dinaikkan, mereka terus memburuk-burukkan kerajaan. "Kita sedar kerajaan terpaksa lakukan ini memastikan fizikal negara ini tidak mempunyai masalah, demi masa depan rakyat Malaysia juga," katanya lagi. | ||
Posted: 18 Jan 2014 06:45 AM PST SHAH ALAM - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) menggesa kerajaan supaya menghapuskan Dasar Permit Import (AP) sebagai langkah awal untuk membanteras monopoli perniagaan yang telah menyumbang kepada kenaikan harga barangan yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini. Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, amalan pemberian AP itu hanya menggalakkan taikun dalam menentukan harga pasaran khususnya yang melibatkan komoditi dan keperluan rakyat. "Mereka ini mempunyai pengaruh dalam menentukan turun dan naik harga pasaran. "Jika dasar itu mahu diteruskan, ia perlu dikaji semula dan berikan AP itu kepada 100 syarikat dan dengan cara ini harga barangan akan turun kerana banyak persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. | ||
Terima kasih kangkung; isu sebenar telah dikembalikan Posted: 18 Jan 2014 06:41 AM PST Semasa rata-rata masih terasa "penat", khususnya ibu bapa yang terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan anak-anak memasuki sesi persekolahan baru 2014, macam-macam kontroversi panas berkaitan agama pula timbul. Dalam tulisan minggu lalu, saya menukilkan beberapa reaksi pembaca yang tidak selesa apabila isu sebenar -- kenaikan kos hidup -- seolah-olah mahu ditutup atau disamarkan dengan persoalan lain, yang memang nampak kritikal dan urgent tetapi seolah-olah direkayasa. Ada yang bernada emosi, marah-marah sambil mengingatkan agar Harakah jangan terpesong daripada "perjuangan" sebenar, ketika media lain membakar sentimen dan melarikan perhatian umum. Semangat demonstrasi aman Turun, menuju Dataran Merdeka pada malam tahun baru, yang menuntut penyelesaian segera punca keresahan rakyat yang gelisah dengan pelbagai kenaikan kos hidup itu, nampaknya seperti cuba dipadamkan. Sebelum itu, saya berbesar hati untuk merakamkan penghargaan tinggi kepada ibu bapa, sebahagiannya berpendapatan sederhana rendah, yang tetap meletakkan prioriti tinggi kepada kualiti pendidikan agama anak-anak mereka, biarpun terpaksa berbelanja di luar kemampuan. Mereka bersusah-payah menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah agama swasta -- tidak terkecuali maahad tahfiz -- dengan yuran bulanan agak tinggi, paling minimum RM200 (walaupun bagi keperluan sekolah berkenaan, ia hanya "cukup makan" menampung keperluan), hanya atas satu keyakinan, yakni memastikan anak-anak diasuh sempurna di bawah sistem pendidikan Rabbani. Juga syukur dan terima kasih. Kenyataan sensasi Perdana Menteri, Najib Razak semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, 12 Januari lalu, telah mengembalikan perhatian umum terhadap isu sebenar yang mengasak kehidupan rakyat. Laman sosial meriah sekali apabila dipenuhi posting yang begitu menarik dan menghiburkan. Mereka mengulas kenyataan Najib mengenai penurunan harga kangkung secara kreatif sekali. Malah, ucapannya itu "diolah" seperti lirik sebuah lagu yang menyenangkan, ditambah pengulangan yang mengundang ketawa berpanjangan. "Eloklah hang tengok video Najib itu, lega sikit stress dan boleh kurangkan serabut di kepala," usik seorang rakan selepas menyedari saya terlambat mengikuti "video kangkung" itu. Sebenarnya, agak menyedihkan apabila aksi Perdana Menteri dalam nada serius, malah seperti mahu memberi amaran kepada rakyat, tetapi disambut dengan gelak ketawa. Ketika era Abdullah Ahmad Badawi, kita juga berdepan situasi sama. Gambar-gambar Pak Lah terlena dalam majlis rasmi, yang disaksikan ramai orang, menjadi bahan lawak. Rupanya, di zaman Najib, gurau senda itu berterusan! Bagi saya, isu besarnya bukan sekitar harga barang dan sayur naik. Saya lebih terkesan dan pelik; mengapa Najib cukup sensitif terhadap kritikan rakyat yang mempersalahkan kerajaan? Tetapi, dari satu segi, sememangnya satu sikap yang baik apabila pemimpin tertinggi tidak memandang enteng atau meremehkan keluhan akar umbi, 'kan? (Soalnya, apakah benar Najib betul-betul serius atau sekadar memberi respons spontan). Cuma, mengapa perlu menagih pujian dan pada masa sama tidak bersikap terbuka kepada persepsi negatif rakyat? Soalnya, kenapa Najib seperti mengharapkan sangat agar rakyat memuji atau memberi penghargaan kepadanya (dan kerajaan) jika harga barang turun? Dan lebih aneh apabila contoh yang diberikannya adalah sayur kangkung. "Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik ... Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kenyataan Najib di Kemaman itu dipetik. Melalui video yang disebarluaskan itu, saya memerhatikan mimik muka dan intonasi Najib. Mana tahu, mungkin dia dalam mood bergurau seperti kebanyakan pemimpin lain ketika berucap dalam situasi seperti itu, misalnya Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Tidak. Najib dalam mood serius, termasuk ketika beliau menekankan: "Ini tidak adil." Segera saya terlintas babak filem Tiga Abdul ketika P Ramlee (Abdul Wahub) membantah cara abang sulungnya (Abdul Wahab) mengagihkan pusaka harta bapa mereka! Sedangkan yang dituntut rakyat adalah penyelesaian tuntas dan menyeluruh kepada peningkatan beban kos hidup, kesan berganda daripada kenaikan bahan bakar, harga gula, tarif elektrik, kadar cukai pintu, selain menanti siri panjang kenaikan yang lain, termasuk tol dan tambang kenderaan awam. Dan tanpa perlu diisytihar secara rasmi, tambang bas sekolah, harga makanan dan minuman di restoran, barangan mentah di pasar, air batu, peralatan sekolah, kadar sewa premis dan banyak lagi. Sebagai peminat nasi kandar, saya turut risau dengan pengumuman Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed, tentang cadangan menaikkan harga makanan di premis mereka sehingga 15 peratus. Apa pun, sekali lagi terima kasih kepada Dato' Najib kerana menimbulkan kembali isu kenaikan kos hidup ini, yang juga membentangkan polemik terbuka kepada persoalan "bila sepatutnya kita memuji atau menyalahkan kerajaan". Menarik, 'kan isu ini? Secara peribadi, saya mengharapkan Pengerusi Turun, Azan Safar, dapat menggembleng potensi dan kekuatan mahasiswa, bukan sekadar berdemonstrasi menuntut keadilan buat rakyat tetapi turun bersama merasai denyut nadi masyarakat, di desa terpencil mahupun di tengah kota, yang tidak dapat lari daripada asakan menyeluruh ini. Seterusnya, dengan data dan fakta terkini, yang datang langsung daripada medan sebenar, maka gerakan pelajar dapat menjuarai isu ini seadanya, sepertimana mereka pernah membuktikannya satu ketika dahulu. Satu bukti nyata bahawa mahasiswa prihatin sememangnya layak menjadi jurubicara masyarakat. II. Masih tentang Najib. Kali ini merujuk tulisan adiknya, Nazir Razak, tentang kematian ayahanda mereka, Tun Abdul Razak Hussein, 38 tahun lalu, tanggal 14 Januari 1976. Bahagian yang menarik minat saya ialah ketika Nazir menceritakan peristiwa beliau adik beradik meminta Tun Razak membina sebuah kolam renang di Seri Taman, kediaman rasmi perdana menteri. Mereka diminta membentangkan hujah logik dan rasional menyokong syor itu. Nazir menulis: "Kami benar-benar fikirkan bahawa kami telah mengutarakan cadangan yang bernas dengan hujah-hujah yang mantap, sehinggalah kami terlihat air mukanya yang semakin berubah dan diiringi dengan tenungan yang tajam. "Ayahanda saya memberitahu dengan jelas bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman rasmi kami tetapi ia sebenarnya hak negara; bermakna, hak rakyat. Apa sahaja yang dibelanjakan untuk rumah itu adalah daripada tabung negara dan beliau tidak akan membenarkan negara menampung perbelanjaan bagi sesuatu yang tidak penting seperti kolam renang. "Apa akan rakyat fikir nanti?" tengking beliau. Ya, kata kuncinya adalah tabung negara atau dana awam tidak akan dibenarkan untuk menampung perbelanjaan yang tidak penting. Dan menjadi kerisauan Tun Razak, seperti yang dirakamkan Nazir: "Apa akan rakyat fikir nanti?" Masalah yang menimpa negera sekarang, khususnya di zaman anakanda Tun Razak, bukan lagi "perbelanjaan yang tidak penting" tetapi pembaziran melampau, yang menipiskan kantung negara dan menghanguskan wang pembayar cukai. Lebih menjengkelkan apabila aksi pemborosan tanpa limit itu membabitkan isteri perdana menteri. "Wanita Pertama" tidak segan silu menayangkan kemewahan. Dan berbeda sekali dengan lakaran Nazir mengenai ibunya, Tun Rahah Mohd Noah, semasa Tun Razak menjalani rawatan perubahan di Eropah, Oktober 1975: "Mungkin beliau (Tun Razak) telah merasakan bahawa perjalanan itu adalah yang terakhir tetapi oleh kerana beliau ingin berjimat cermat, beliau tidak membenarkan ibu saya untuk mengiringinya, mungkin juga kerana beliau mahukan supaya ibu mempunyai simpanan yang cukup dan berada di dalam kemampuan bagi meneruskan kehidupan apabila ketiadaan beliau." Soalnya, "apa Najib-Rosmah peduli dengan tanggapan rakyat terhadap gelagat dan karenah mereka berdua, termasuk bantahan menggunakan pesawat mewah bukan atas urasan rasmi." Dan kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat untuk kegunaan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Parlimen dimaklumkan, sepanjang 2012, kos bahan api dan penyelenggaraannya sebanyak RM175 juta. (Dalam laman rasmi yayasantunrazak.org.my, Rahah digambarkan sebagai "pendiam orangnya, tidak pernah menonjolkan diri, tetapi mempunyai kehebatan yang tersendiri ... sifatnya yang lemah lembut, sederhana dan bersahaja adalah resepi utama yang menyebabkan beliau disenangi oleh masyarakat di kampung dan bandar. Sifatnya yang sederhana ini amat bersesuaian dengan kehendak suaminya yang tidak mahu isterinya menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan dalam semua hal.") Selain itu, cukuplah bukti-bukti salahguna kuasa, korupsi dan penyelewengan yang ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun walaupun itu semua hanya contoh-contoh kecil. Amalan tumbuk rusuk berleluasa, seperti kata Daim Zainuddin lama dahulu lagi, dari peringkat atasan sehinggalah kepada pemain bolasepak yang mengatur perlawanan. Mungkin ada yang cuba mengingatkan saya tentang langkah berjimat Najib untuk mengurangkan belanja kerajaan baru-baru ini, antara lain pemotongan elaun keraian 10 peratus membabitkan perdana menteri, timbalannya, menteri-menteri dan timbalan mereka. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KeADILan, yang membuat kiraan lengkap menjelaskan, hanya RM604,238 berjaya dijimatkan dalam masa setahun hasil langkah pemotongan 10 peratus itu. "Najib hanya memotong sebanyak RM1,698 sebulan dari peruntukannya yang berjumlah berbilion ringgit. Daripada RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada beliau untuk projek berbentuk kempen politik (melalui dana fasilitasi RM4 bilion, penyusunan masyarakat RM900 juta, program mesra rakyat RM665 juta, program pembangunan RM1.1 bilion dan projek khas RM202 juta), satu sen pun tidak dipotong sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi. Akhirnya, teringin juga mendengar komen Tun Rahah ke atas personaliti menantunya yang seorang ini, Rosmah, ketika satu lagi dakwaan baru timbul. Anak Rosmah dengan suami terdahulu, Riza Aziz, yang pernah dikaitkan dengan pembelian kondo mewah di New York bernilai lebih RM100 juta dituduh menerima sumbangan daripada ibunya untuk membiayai sebuah filem Hollywood, tentulah dengan kos yang cukup lumayan, Sukar untuk dipercayai tetapi tiada yang mustahil,'kan? | ||
Thaipusam bukan lagi upacara keagamaan Posted: 18 Jan 2014 06:35 AM PST Upacara keagamaan yang sudah menjadi "pesta" turut menjadi medan untuk menentukan siapa "dewa". Kemeriahan sambutan Thaipusam masih terasa. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya memilih untuk tidak ke Batu Caves atas alasan peribadi. Sebaliknya, saya mengikuti segala perkembangan menerusi laman rangkaian sosial, khususnya Facebook yang kini sudah menjadi media penyampai maklumat terpantas berbanding media konvensional. Hakikat yang boleh dipertikaikan tetapi tidak dapat dinafikan adalah bahawa sambutan Thaipusam – khususnya di Batu Caves – sudah menjadi pesta besar-besaran yang semakin tersasar daripada tujuan asal perayaan keagamaan itu. Memandangkan tahun 2014 sudah diiktiraf sebagai Tahun Melawat Malaysia, tentulah sambutan Thaipusam dan Batu Caves dijadikan tempat "pesta" dan "tarikan" pelancong. Kementerian Pelancongan pasti akan mengatakan bahawa rakyat Malaysia – khususnya kaum India dan penganut agama Hindu – perlu berbangga kerana patung Dewa Murugan setinggi 140 kaki di Batu Caves merupakan patung dewa Hindu yang kedua tertinggi di dunia. Perhatikan bahawa saya menggunakan istilah "patung" dan bukannya "berhala". Menurut penerangan dalam Kamus Dewan, "berhala" bermakna "patung-patung dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam" manakala "patung" pula "arca atau bentuk orang/binatang yang diukir daripada batu dan sebagainya". Sesungguhnya penjelasan ini adalah daripada segi istilah dalam konteks Bahasa Malaysia dan terpakai di Malaysia sahaja. Untuk memahami sepenuhnya perbezaan antara "berhala" dan "patung dewa", seseorang perlu ada pengetahuan asas mengenai ikonografi. Apa-apa pun, sepertimana saya paparkan menerusi Facebook pada 17 Januari 2014, tumpuan visual dan paparan visual berkaitan Thaipusam di Batu Caves kini sudah beralih kepada patung gergasi – bukan "berhala" atau "idol" – bercat emas (bukan diperbuat daripada emas!) di luar kuil. Semoga patung dewa itu tidak mula disembah orang! Kebimbangan ini adalah amat berasas memandangkan ramai juga penganut Hindu yang pergi ke Batu Caves tidak memiliki pengetahuan agama dan pemahaman asas berkaitan ikonografi. Mereka adalah "Hindu ikut-ikutan". Asalkan ada patung menyerupai dewa Hindu, maka dianggap sebagai berhala yang layak disembah. Amalan ini sebenarnya bertentangan dengan "agama" (Bahasa Sanskrit, bukan Bahasa Malaysia) iaitu ajaran dan panduan yang terkandung dalam kitab-kitab Veda. Cadangan MHS ditolak 'Jabba' Suatu lagi kebimbangan dalam kalangan pencinta agama Hindu dan golongan yang waras adalah apabila pihak pengurusan kuil yang diterajui oleh R Nadarajah meminggirkan peraturan dan garis panduan yang diperkenalkan oleh Malaysia Hindu Sangam (MHS). Garis panduan itu antara lain menetapkan syarat bagi "kavadi", cadangan pakaian yang sesuai serta melarang minuman beralkahol dan "vuvuzela" (alat bunyi yang popular sejak bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan). MHS yang sudah sedia tidak bertaring dan tidak dihormati ramai khabarnya dibidas oleh Nadarajah yang mempersoalkan hak MHS menetapkan syarat dan peraturan berkenaan. Malah bekas presiden MHS, A Vaithilingam dikutuk oleh Nadarajah sebagai "orang tua yang tak ada tenaga untuk berjalan pun". Nadarajah pula mula digelar sebagai "Jabba" di ruang siber sempena watak dalam filem Star Wars. Dalam segala kekalutan ini yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penganut Hindu, kita perlu juga faham bahawa Thaipusam turut menarik minat dan perhatian masyarakat Bukan Hindu dan Bukan India. Marina Mahathir, misalnya, tidak lupa mengucapkan "Happy Thaipusam everyone" menerusi Facebook. Susulan ucapan itu, seorang individu bernama Mythili Slp memberikan maklum balas secara sopan: "Maaf, kami (Hindu) tidak menyambut/meraikan Thaipusam. Sebaliknya ia upacara keagamaan bagi membayar nazar kepada Dewa Murugan". Marina menerima teguran itu secara positif dan bertanya apakah bentuk "ucapan" yang lebih sesuai, wajar dan tepat. "Semoga nazar anda tertunai?" Marina mencadangkan. Pada saya, dialog antara mereka berdua adalah amat positif dan membina. Malah, menjurus kepada usaha memupuk persefahaman, teguran membina, saling menghormati dan berkongsi maklumat. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menganjurkan "Konvoi Rumah Ibadat" ke rumah-rumah ibadat pelbagai agama sejak 2010. Salah satu objektif adalah untuk membantu masyarakat saling memahami agama orang lain supaya boleh hidup harmoni. Gunakan peluang membimbing orang ramai Namun begitu, perlu juga diakui bahawa ada individu yang tidak bersetuju dengan komen Mythili. Alasan yang diberikan adalah bahawa sambutan Thaipusam memang suatu upacara gembira ("happy") dan tidak salah jika "Happy Thaipusam" diucapkan. Tanpa menafikan hakikat "gembira" yang dialami pihak tertentu, saya memilih untuk menyokong Mythili yang bersikap lebh matang dan mahu membimbing orang ramai lebih memahami semangat sebenar Thaipusam. Dalam suatu catatan di blog, saya pernah menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan gambaran negatif mengenai Thaipusam yang disajikan menerusi sebuah makalah dalam majalah Dewan Budaya (Mac 2012) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebaliknya, rujukan yang sesuai bagi mendapatkan maklumat betul adalah menerusi makalah bertajuk "Keunikan Perayaan Thaipusam" tulisan P Thiruselvam di majalah Dewan Budaya (Jun 2012). Tentu sahaja makalah itu diusahakan oleh Kavyan bagi "membetulkan" kesalahan maklumat dalam makalah terdahulu. Pada 1 Februari 2012, saya diundang ke studio TV Selangor dan diwawancara secara santai oleh Zubli Zainordin untuk berkongsi maklumat asas berkenaan sambutan keagamaan itu bersama khalayak pelbagai kaum dan agama. Saya turut menulis sebuah artikel ringkas untuk siaran di sebuah portal berita dalam talian beberapa hari kemudian serta didokumentasikan di blog saya sebagai rujukan umum. Sesungguhnya sambutan Thaipusam di Batu Caves amat kalut dan terbabas daripada tujuan asal yang ditetapkan dan diterapkan dalam agama Hindu. Malangnya hanya mereka yang tahu mengenai tujuan sebenar Thaipusam akan memahami hakikat ini. Rungutan yang timbul sejak beberapa tahun lalu adalah mengenai tindakan pihak tertentu menggantungkan kelapa dan durian menggunakan cangkuk pada badan sebagai cara membayar nazar. Begitu juga dengan perbuatan berjalan di atas barisan parang tajam. Semua ini khabarnya masih berleluasa tanpa kawalan pada Thaipusam kali ini; khususnya selepas Nadarajah menolak bulat-bulat garis panduan yang dicadangkan oleh MHS. Berdasarkan paparan di Facebook, kavadi paling "unik" pada tahun ini adalah kavadi yang dibuat khusus untuk memuja seorang "dewa" bernama Balakrishnan Vellasamy yang digelar para pengikutnya sebagai "Datuk Seri Guruji" sambil melaungkan slogan "Yoga Jnana Sitthar Om Sri Raja Yoga Guru Saranam". Seorang lagi idola yang khabarnya menjadi pujaan Nadarajah, MIC dan pihak pengurusan kuil di Batu Caves adalah seorang "dewa" bernama Datuk Seri Najib Tun Razak yang nampaknya muncul pada tahun ini tanpa diiringi pasangan "dewi" anggun, Datin Seri Rosmah Mansor. Para penganut Hindu yang tahu "agama" (Bahasa Sanskrit) usah terkejut sekiranya semasa sambutan Thaipusam pada tahun hadapan, patung dan berhala di Batu Caves sudah digantikan dengan "dewa-dewi" yang "maha berkuasa" ini. Selamat Menyambut Thaipusam dan Tahun Melawat Malaysia. Uthaya Sankar SB memblog di www.uthayasb.blogspot.com | ||
Bajet pendidikan Felda dikurang, dakwa Anak Posted: 18 Jan 2014 06:25 AM PST Mazlan Aliman berkata, Felda telah memotong bajet tahunan kolej dari RM16 juta kepada RM5 juta. PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menempelak Felda kerana memotong bajet kolej Felda dari RM16 juta setahun kepada hanya RM5 juta. Pemimpin PAS Pusat itu menyindir Felda yang diterajui oleh Tan Sri Isa Samad tu. "Beli hotel, apartmen, ladang dan berbagai pelaburan bernilai bilion ringgit dibuat dengan cepat, untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira," kata Mazlan. Isa juga adalah Pengerusi Yayasan Felda, manakala Pengarah Urusan Felda Datuk Faizoull Ahmad adalah salah seorang ahli lembaganya. Mazlan turut mendakwa, projek usahasama pendidikan dengan Universiti Lim Kok Wing memakan belanja berkali ganda jika dibandingkan dengan Kolej Felda. Kolej Felda, katanya tidak pernah disemak sejauh mana kejayaannya. "Kenapa Kolej Felda yang cuma ada di Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu di ganggu?. "Mana dia pembangunan modal insan yang acap kali di sebut oleh Faizoull Ahmad?," tanya Mazlan. Beliau bertanya lagi, apa gunanya perjanjian persefahaman dengan Kolej West Cheshire dan Universiti Chester yang di war-warkan. Kurang fokus Dalam isu berkaitan, Mazlan mendakwa kertas cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia yang menyebut secara jelas bahawa Felda akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan sosial. Hujahnya, FGVH adalah syarikat senaraian awam yang berteraskan perdagangan. Ia bukan lagi terikat kepada perkhidmatan seperti mula-mula ditubuhkan. "Saya berpandangan inilah kesan2 yang menjadi mala petaka kepada warga Felda khususnya anak-anak peneroka yang dahagakan kursus dan latihan kemahiran. "Pemotongan bajet terhadap Kolej Felda jika dilaksanakan akan membunuh impian ribuan anak-anak peneroka seluruh negara. "Saya tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Isa Samad dan Faizoul Ahmad. Saya mengharapkan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu depan, bukan memotong bajet untuk Kolej Felda, tetapi peruntukan ditambah sebanyak mungkin. "Bukan itu sahaja, perkembangan pendidikan di Felda yang dulunya ada insentif untuk anak-anak yang berjaya masuk ke IPTA, peruntukan tuisyen percuma untuk UPSR/ SPM, pembangunan sekolah berasrama penuh Felda, MRSM Felda di Trolak ditingkatkan pembiayaannya agar lebih ramai yang beroleh manfaat," kata Mazlan lagi. Presiden Anak itu juga amat berharap Isa, Faizoull dan Ahli Lembaga Pengarah Felda waras dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. Katanya, jangan lupa sejarah panjang bagaimana Felda dibangunkan kerana kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya amat dalam. "Ada kuasa dan pengaruh, biar berjasa. Hidup dikenang orang, diingati khidmat baktinya sepanjang hayat. Jangan dibariskan sebagai petualang dan pengkhianat terhadap bangsanya sendiri," tambah beliau lagi. | ||
Ambiga cabar PM isytihar harta Posted: 18 Jan 2014 12:16 AM PST MALAYSIAKINIPerdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah. Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya. Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campu rtangan dalam kerjanya. Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri. Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi. Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4). Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik. Ambiga, seorang peguam kanan dan bekas presiden Majlis Peguam berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memberi kuasa kepada pegawai suruhanjaya untuk bertindak walaupun hanya disyaki. Bagaimanapun, katanya, SPRM kelihatan seolah-olah "mengikat tangannya sendiri" dengan mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Ambiga berkata Akta tersebut juga membolehkan penyiasat SPRM memaksa pegawai awam mengisytiharkan harta mereka. "Mereka (pegawai SPRM) bimbang (pengisytiharan harta) akan membahayakan keselamatan (mereka yang disiasat). | ||
Seikat kangkung bagi secawan kopi Posted: 18 Jan 2014 12:06 AM PST MALAYSIAKINIRamai pelanggan lama dan baru sebuah kedai kopi di Seksyen 13, Petaling Jaya hari ini hadir menyambut promosi khas 'kangkung-untuk-kopi' ketika negara hangat dengan isu 'kangkung'. Pelanggan tidak perlu lagi membayar RM5 untuk secawan kopi hitam. Mereka hanya perlu membawa seiikat kangkung. Sehelai daunnya dikembalinya sebagai resit. Artisan Coffee, yang mempunyai cawangan di beberapa tempat di Lembah Klang telah diundi sebagai kedai kopi terbaik Kuala Lumpur pada 2012, dan juga disenaraipendek dalam pertandingan sama pada 2013. Bagaimanapun tawaran khas ini hanya untuk hari ini - mulai waktuu operasinya bermula hingga jam 1 tengahari di cawangan Bangsar dan Seksyen 13. Sebuah lagi cawangannya di Taman Tun Dr Ismail tidak mengambil bahagian. Kira-kira jam jam 11.30 pagi, petugas di cawangan Petaling Jaya memberitahu Malaysiakini bahawa pelanggan tampil menebus 30 cawan kopi menggunakan sayuran popular tersebut. Seorang pelanggan, Lionel Kueh berkata beliau kurang mengentahui bagaimana 'isu kangkung' ini mula terjadi, dan mendapat tahu mengenai tawaran ini dari papan tanda yang dipamerkan di kafe itu beberapa hari lalu. Beliau hadir bersama dua lagi kawannya hari ini, tapi hanya membawa dua ikat kangkung. Bagaimanapun ia bukan masalah sebagai pelanggan tetap yang datang hampir setiap hari. "Secawan lagi kopi percuma kerana saya amat rapat dengan barista," kata beliau kepada Malaysiakini. Menurutnya, seeikat kangkung dibeli hanya dengan harga RM1, dan menyifatkan tawaran itu sebagai 'berpatutan'. Lawak kangkung bermula bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Januari lalu mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji. "Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib dalam video ucapan beliau tersebut. Seorang pengunjung di Artisan Coffee hari ini, Loo Cheng Feng berkata komen perdana menteri itu tidak sesuai. "Orang ramai tidak gembira dengan harga barangan dan kita dengar pemimpin berkata mereka akan kawal harga. Apa yang kita lihat di sekeliling bagaimanapun ialah harga makanan naik sekurang-kurangnya 20 peratus. "Lebih-lebih lagi, ada kenaikan lain seperti harga petrol dan elektrik. Bayaran untuk gelanggang futsal yang dikunjungi kawan saya telah naik kepada RM20 sejam - naik 40 peratus. "Dengan mengatakan harga kangkung telah turun sekarang, ia buat ramai tidak gembira," kata jurutera berusia 28 tahun itu. Loo, pelanggan pertama kali datang ke kafe ini dengan seorang kawan yang membayar kopi mereka dengan dua batang kangkung yang diselamatkan dari kuali ibunya. Promosi Artisan Coffee ini bagaimanapun mendapat sedikit penentangan dengan sebuah laman Facebook baru dibuka khas untuk memboikot kafe tersebut malam sebelum promosi ini. Laman yang dikendali orang tak dikenali itu mendakwa Artisan Coffee menambah lemak babi kepada semua minuman dan makanan yang dijualnya, namun tidak mendapat sambutan. | ||
'Hanya tinggal RCI ruang untuk skandal PKFZ' Posted: 18 Jan 2014 12:01 AM PST MALAYSIAKINIEkoran luahan hati bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik berkaitan pendakwaan terhadapnya, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata ia menguatkan lagi gesaannya berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI ) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang( PKFZ). Katanya, ia untuk memastikan Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mendapat keadilan sekiranya benar mereka telah salah dituduh rasuah dalam skandal PKFZ. Lim berkata demikian sebagai mengulas temubual di akhbar Sinchew Daily semalam, di mana Ling mendakwa Pejabat Peguam Negara (AGC) mula mengumpul keterangan terhadapnya hanya selepas dia didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu berhubung projek PKFZ. Ling dibebaskan Oktober tahun lepas, manakala tuduhan yang sama terhadap Chan digugurkan pada 13 Januari tahun ini. Ekoran pendakwaan terhadapnya itu, Ling berkata, beliau telah hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman dan tidak dapat memaafkan AGC. | ||
P Pinang bantah penjaja bayar RM50 kursus kendali makanan Posted: 17 Jan 2014 11:58 PM PST MALAYSIAKINI Kerajaan Pulau Pinang membantah tindakan kementerian kesihatan mengswastakan kepada enam syarikat di negeri itu pengendalian kursus pengendalian makanan bagi penjaja dengan dikenakan bayaran RM50. Menurutnya, tindakan tersebut akan menambah beban kewangan penjaja yang berpendapatan rendah, khususnya "apabila mereka sedang menderita akibat kenaikan harga yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan BN." Para penjaja di Pulau Pinang, katanya, kini tergesa-gesa mendaftarkan diri untuk kursus pengendalian makanan kerana takut disaman atau dipenjarakan selepas tarikh akhir 23 Januari untuk mendapatkan sijil. Penjaja boleh dikenakan denda maksima RM10,000 atau penjara maksima dua tahun, atau kedua-duanya, sekiranya gagal memperolehi sijil itu di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sehubungan itu, tegas Lim, kerajaan negeri telah mengarahkan Exco Kesihatan negeri itu, Dr Afif Bahardin supaya menghantar surat kepada kerajaan persekutuan berhubung perkara itu. Menurutnya, kementerian kesihatan membenarkan enam syarikat di negeri itu mengenakan caj RM50 untuk kursus pengendalian makanan yang mudah, manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh mengendalikannya untuk percuma. "Mengapakah kementerian kesihatan tidak boleh mengendalikan kursus ini secara percuma atau menerima bayaran nominal, daripada membenarkan syarikat swasta mengaut keuntungan daripada kumpulan berpendapatan rendah seperti penjaja? "Penjaja yang marah dengan yuran RM50 ini sedang mempersoalkan sama ada tindakan ini satu penswastaan atau 'pelanunan'"," kata Lim dalam satu kenyataan. Lim berkata, kerajaan negeri menyokong sebarang usaha untuk meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan makanan. "Tidak harus ada kompromi dalam soal penguatkuasaan kesihatan dengan lebih 10,000 kes keracunan makanan yang dilaporkan tahun lepas. "Bagaimanapun, matlamat untuk mengurangkan kes keracunan makanan tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk membenarkan beberapa syarikat swasta untuk mengaut keuntungan," tambahnya. Menurut Lim, kenaikan harga barangan telah memaksa penjaja di Pulau Pinang membayar lebih untuk gula, petrol, tarif elektrik, tol lebuh raya dan kini kursus pengendalian makanan sebanyak RM50. "Berbeza dengan BN, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak meningkatkan cukai tanah, cukai taksiran, lesen perniagaan dan mengendalikan kursus pengendalian makanan secara percuma. Oleh itu, mesyuarat exco pada 15 Januari telah bersetuju Exco Kesihatan, Dr Afif Bahardin menulis kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantah tindakan tersebut. | ||
Umno usah berlagak jaguh kritik kerajaan negeri Posted: 17 Jan 2014 11:50 PM PST Oleh : LIZAWATI MADFA SHAH ALAM: Sikap hipokrit Umno yang kononnya memperjuangkan pendidikan belia Melayu dalam isu Pusat Latihan Giat Mara Selayang adalah sangat menjengkelkan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, berkata selama ini Umno tidak pernah peduli akan keadaan pusat latihan itu yang didirikan atas tapak tidak sah status tanah dengan keadaan bangunan dan kemudahan yang serba kekurangan. Katanya, Umno harus membuktikan terlebih dahulu akan 'keprihatinan' mereka terhadap pendidikan belia Melayu sebelum sibuk menyalak menyalahkan kerajaan negeri. "Jadi, saya minta kepada Umno supaya berhenti menjadi pejuang hipokrit dalam isu bangsa dan agama seperti yang mereka laungkan selama ini. "Sebaliknya, buktikan kepada semua melalui tindakan yang sewajarnya walaupun saya memang ragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka," kata Zaidy dalam status laman 'Facebook' yang dimuat naik semalam. Umno sebelum ini giat mengkritik pentadbiran kerajaan negeri yang didakwanya tidak bertimbang rasa sehingga sanggup mengusir Pusat Latihan Giat Mara dalam notis 12 bulan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menjelaskan bahawa hasil pemantauan "Task Force' kerajaan negeri mendapati keadaan bangunan berkenaan kurang memuaskan di samping bidang latihan yang disediakan tidak produktif, pada 15 Januari lalu. Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, kerajaan negeri akan menimbang semula keputusan itu dan bersedia memberi bantuan kewangan untuk menaik taraf bangunan jika pihak Giat MARA tidak berkemampuan. Mengulas lanjut, Zaidy yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor berkata, beliau sedia berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan latihan itu dapat terus dikekalkan untuk kemudahan belia setempat. "Pada masa sama, saya juga berharap usaha ini mendapat kerjasama baik daripada pihak Giat Mara dalam menaik taraf pusat latihan ke tahap lebih baik lagi. "Jika memang kawasan itu tidak sesuai, saya sendiri akan membantu untuk mengenal pasti tempat yang lebih sesuai di sekitar Selayang," katanya. Semalam, Zaidy turut berkesempatan melawat ke pusat latihan berkenaan dan disambut baik pihak pengurusan dan tenaga pengajar yang bertugas. Hasil lawatan singkat itu, Zaidy mendapati keadaan infrastruktur bangunan memang perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar khususnya dewan kuliah yang ditempatkan di dalam kabin dua tingkat serba kekurangan selain persekitaran sangat sempit dan tidak selesa. Beliau diberitahu, bangunan berkenaan sebenarnya diubah suai daripada sebuah dewan orang ramai yang terbiar sebelum ini. Justeru, beliau berharap kerajaan pusat dan Giat Mara lebih prihatin dengan memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar terjaga bagi membolehkan mereka menimba ilmu juga latihan dengan baik. -NFN- | ||
Selangor mampu terus program bantuan rakyat, saat ekonomi negara kritikal Posted: 17 Jan 2014 11:48 PM PST Oleh : NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM :Selangor mampu meneruskan pelbagai program membantu rakyat seperti skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan menampung perbelanjaan penting lain jika kerajaan pusat berhadapan masalah kewangan yang semakin kritikal. Keupayaan itu berikutan amalan pengurusan kewangan cemerlang dengan mengawal pembaziran, ketelusan dan menghindar amalan budaya rasuah secara total yang diamalkan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata amalam itu adalah faktor utama yang membolehkan kerajaan negeri mengumpul rizab hampir RM3 bilion. "Ini salah satu sebab mengapa kita kena pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Pengurusan kewangan yang baik mampu menampung kekurangan jika keadaan kewangan parah di pusat nanti dan Selangor masih boleh pertahan program membantu rakyat hasil simpanan dan harta kerajaan negeri. "Kerajaan negeri ada kemampuan untuk meneruskan pelbagai skim sedia ada bagi membantu rakyat ketika kerajaan pusat tidak mmepunyai keupayaan untuk melaksanakannya kerana tidak mempunyai kedudukan kewangan dan harta yang kukuh seperti Selangor," katanya ketika ditemu bual Selangor Kini, di Ibu Pejabat PKR, baru-baru ini. Katanya, rakyat negara ini termasuk di Selangor bakal terkesan dengan dasar baru yang terpaksa dilaksanakan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah kewangan peringkat persekutuan yang semakin meruncing. "Kuasa menetapkan kadar faedah, petrol, barangan keperluan, gaji dan banyak dasar lain semuanya ditetapkan kerajaan pusat. Kerajaan negeri lebih berkuasa seperti soal tanah dan jika masalah seperti itu berlaku, kedudukan kewangan pusat yang lemah menyebabkan kadar faedah naik serta gaji kakitangan awam turun," katanya. Sementara itu, kakitangan awam yang berada di bawah skim kerajaan negeri dan gaji mereka dibayar seperti peringkat sokongan dijangka terselamat daripada pemotongan gaji dan skim pemberhentian pekerja yang bakal dilaksanakan kerajaan pusat bagi mengurangkan perbelanjaan. Sebelum ini, Rafizi berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji jika gagal mengawal hutang negara terus mencecah paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Katanya, langkah itu diambil sebagai memenuhi syarat yang akan dikenakan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa jika kerajaan terpaksa mengambil pinjaman kewangan daripada salah satu bank terbabit bagi menjana semula dana kerajaan. Pada 25 November 2013, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen menyatakan bahawa kadar hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6 peratus berbanding KDNK, sekali gus menghampiri 55 peratus had siling hutang yang dibenarkan.-NFN- | ||
Posted: 17 Jan 2014 11:45 PM PST BERMULA dengan pengurangan subsidi RON95 sebanyak 20 sen, kemudian diikuti dengan gula sebanyak 34 sen, dan 30 peratus kenaikan tambang bas sudah cukup membebankan. Tidak cukup dengan itu beberapa pengumuman kenaikan terus dilakukan kerajaan termasuk pelaksanaan tarif elektrik yang baru bermula 1 Januari 2014 sudah cukup menggelisahkan rakyat. Ramai yang menggambarkan tahun 2014 sebagai tahun membebankan namun hakikatnya kita sebagai pengguna berperanan besar dalam pasaran. Bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan susulan pengumuman dibuat kerajaan itu, pengguna perlu tahu apakah tindakan yang perlu diambil agar tidak tertekan dengan kenaikan harga barang di pasaran. Ikuti temubual wartawan, Robiatuladawiyah Abd Rashad dan jurufoto Afiq Razali bersama Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), MUHAMMAD SHA'ANI ABDULLAH mengenai isu kenaikan harga barangan. SINAR HARIAN: Walaupun sudah 40 tahun Fomca ditubuhkan, tetapi masih ada yang kurang jelas tentang fungsi dan peranan Fomca dalam isu kepengunaan? MUHAMMAD SHA'ANI: Fomca adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. Fomca bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna. Keutamaan bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. Fomca berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. SINAR HARIAN: Berapa banyak pertubuhan yang bernaung dibawah Fomca? MUHAMMAD SHA'ANI: Sebanyak 71 buah persatuan pengguna telah berdaftar dan kini 17 buah pertubuhan yang bergabung dibawah Fomca. SINAR HARIAN: Apakah bentuk aduan yang diterima pihak Fomca? MUHAMMAD SHA'ANI: Kami menerima semua jenis aduan yang sama ada dalam bentuk barangan dan perkhidmatan yang melibatkan pengguna sendiri bukan ke atas barangan yang melibatkan perniagaan. Kami umpama pusat sehenti kepada pengguna. Pengguna yang ada masalah tidak perlu buat aduan kepada agensi terlibat, kami boleh membantu mengajukan permasalahan itu pihak berwajib. SINAR HARIAN: Dalam sehari berapa banyak aduan yang Fomca terima? MUHAMMAD SHA'ANI: Lebih 100 aduan diterima melalui e-mel, telefon dan ada yang datang terus ke pejabat. SINAR HARIAN: Apakah bentuk aduan yang selalu diterima dan apakah kekangan di pihak Fomca? MUHAMMAD SHA'ANI: Selalunya melibatkan soal kenaikan harga makanan, bagaimanapun kes seumpama ini susah untuk di justifikasikan kerana harga yang tidak didalam senarai harga barangan kawalan tidak boleh diambil tindakan. Contohnya, ada kedai menaikan harga roti canai atau teh tarik, pada dasarnya ini bukan satu kesalahan kerana itu hak peniaga untuk meletakkan berapa nilai harga barangan yang dijual. Bagaimanapun, jika kenaikan itu terlalu melampau aduan boleh dibuat kepada pihak kementerian yang terlibat untuk membuat tindakan susulan. Tetapi kami sering kali menerima aduan yang tidak lengkap mengenai isu ini, seperti tiada perbandingan harga dibuat, tiada nama premis dan alamat yang lengkap. SINAR HARIAN: Ramai yang mengangap 2014 adalah tahun kenaikan dan tahun membebankan, pada pandangan pihak Fomca sendiri bagaimana? MUHAMMAD SHA'ANI: Objektif peniaga adalah untuk memaksimumkan keuntungan, maka peniaga akan sentiasa menaikan harga mereka ikut situasi. Bila kerajaan umumkan kenaikan gaji, maka peniaga akan anggap rakyat ada duit. Kerajaan naikan tarif elektrik dan umumkan kenaikan tol, pengangkutan awam dan sebagainya pada 2014, kenaikan ini melibatkan semua orang, peniaga juga akan terjejas juga bila tarif elektrik naik. Contoh air batu perlukan tenaga elektrik yang tinggi maka mereka perlu naikan harga. Apabila untung mengecil maka mereka akan naikan harga uintuk kekal keuntungan. Pengumuman kenaikan itu, membuatkan 2014 nampak sebagai tahun kenaikan. Kenaikan ini akan digunakan untuk mewajarkan kenaikan barangan yang lain. Kenaikan tarif elekterik menyebabkan banyak barang lain akan naik kerana melibatkan semua sektor. Bagaimanapun, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kenaikan yang dibuat tidak menggambarkan kos sebenar. SINAR HARIAN: Adakah tindakan kerajaan mengurangkan subsidi itu satu langkah yang membebankan rakyat? MUHAMMAD SHA'ANI: Subsidi bukan satu jalan yang terbaik, kerana apabila kita subsidikan banyak barang orang orang kaya yang lebih menikmati subsidi itu kerana mereka lebih banyak membeli. Subsidi adalah bantuan untuk golongan susah. Bagaimanapun, kerajaan perlu kawal kenaikan harga di pasaran di samping membina skim bantuan terus kepada kumpulan berpendapatan rendah contohnya BR1M. Bagaimanapun, saya berpendapat pemberian tunai juga boleh ditukar kepada bentuk baucer kerana dibimbangi wang tunai itu disalah gunakan untuk tujuan keperluan asas. SINAR HARIAN: Jadi apakah barangan atau perkhidmatan yang perlu kerajaan subsidikan? MUHAMMAD SHA'ANI: Perkhidmatan sosial, seperti kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan perumahan. Sektor ini perlu diberikan subsidi yang banyak kerana segala kemudahan ini adalah tanggungjawab kerajaan. Selalunya, pengangkutan awam digunakan oleh orang yang berpendapatan rendah begitu juga di hospital kerajaan. SINAR HARIAN: Terbaru harga ais batu naik, pada penelitian pihak Fomca apakah barang lain lagi dijangka akan naik pada tahun 2014? MUHAMMAD SHA'ANI: Saya jangka banyak lagi barang akan naik kerana semua pihak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik. Bukan sahaja barangan keperluan tetapi juga perkhidmatan kerana peniaga yang mempunyai premis akan mengalami beban penambahan kos, maka mereka akan lakukan perubahan harga pada barangan dan perkhidmatan yang diberikan. SINAR HARIAN: Apa yang perlu dilakukan untuk berdepan dengan musim kenaikan harga barang ini? MUHAMMAD SHA'ANI: Pengguna berkuasa dalam pasaran, pengguna jangan rasa mereka berseorangan. Jika semua orang sepakat untuk boikot, saya percaya kita dapat mengawal harga di pasaran. Apabila sesuatu barangan itu diboikot, peniaga tidak dapat tanggung kerugian dan lama kelamaan mereka akan akur. Perlu ada panduan harga berpatutan untuk mudah kita bertindak. Contoh, selalunya harga ayam RM6 sekilogram dipasaran. Kita anggap kalau ada yang jual RM6.50 itu masih dalam garis harga berpatutan, tiba-tiba musim perasaan harga itu naik sampai RM9, sedangkan kos pengeluaran tidak naik, peniaga sengaja menggunakan alasan permintaan tinggi untuk menaikan harga. Bahan mentah ini tidak tahan lama, maka bila orang tidak beli, berlaku lambakan barangan , maka peniaga akan akur dam kurangkan harga. Sehubungan itu pengguna perlu berani bertindak, jangan beli jika harga itu diluar daripada harga berpatutan. Kita perlu berkorban untuk kepentingan kita dimasa akan datang kerana dikemudian hari peniaga tidak akan mudah ambil kesempatan. SINAR HARIAN: Akibat kenaikan harga ini siapa yang paling terkesan? MUHAMMAD SHA'ANI: Orang yang makan gaji yang paling terkesan. Sebab mereka ada had pendapatan bulanan. SINAR HARIAN: Apakah nasihat Fomca kepada pengguna dalam berdepan dengan banyak kenaikan di tahun 2014 ini? MUHAMMAD SHA'ANI: Semua di tangan pengguna. Pengguna perlu bijak buat pilihan, buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum beli. Kerajaan juga perlu main peranan supaya tidak melakukan pembaziran kerana rakyat kini semakin bijak. | ||
Isu harga naik: Kena ikut cara MB N.Sembilan Posted: 17 Jan 2014 11:39 PM PST SHAH ALAM - Pengguna laman sosial Facebook berharap para menteri dapat mengikut cara Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam berdepan dengan isu kenaikan harga barang. Melalui sebuah video ucapannya yang berdurasi 5.01 minit pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan itu, Isnin lepas yang disebar di Facebook, Mohamad Hasan menjelaskan soal penarikan subsidi gula dan minyak. Antara petikan ucapan tersebut menyebut "kalau boleh setiap bulan panggil mesyuarat, beritahu apa yang naik, apa sebab gula naik. "Kerajaan tarik subsidi, jadi naiklah harganya. Bukan sebab nak elak orang kencing manis," katanya. Pemilik akaun Facebook, M Suhaimi Alfitri menyebarkan video itu dengan kapsyen yang memuji ucapan tersebut. "Penjelasan terbaik berhubung harga gula dan petrol naik oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. "Saya berharap ianya datang dari mulut Datuk Seri Najib Razak atau Tan Sri Muhyidin Yassin tapi tidak," tulisnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan