Ahad, 12 Januari 2014

Biaqpila

Biaqpila


PHUIIIIIIII ARRRRRRR

Posted: 12 Jan 2014 04:26 AM PST

DEY MACHA!!! NI KENA SALAHKAN ANWAR BARU ADIL KOT HOHO

KALAU DAH TAK NAK DISALAHKAN TAK PAYAH JADI KERAJAAN LA

Harga naik: Tak adil salahkan kerajaan semata-mata kenaikan harga.

OLEH:Tarikh: January 12, 2014

KEMAMAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Ini kerana, kata perdana menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.

Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

"Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.

Pada majlis itu, kerajaan menerusi kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan menyalurkan sumbangan berupa produk barangan seperti televisyen, peti sejuk, bantal dan tilam serta dapur kepada mangsa banjir di Terengganu.

Buat julung kalinya, sebanyak 19,205 keluarga di Terengganu menerima bantuan merangkumi produk bernilai RM5,000 selain bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri. - Bernama

SH

LAWAK AHAD: KEMBAR DALAM PERUT

Posted: 11 Jan 2014 05:00 PM PST



Cerite mengisahkan 3 orang kembar yg ade dalam perut ibunya....

KEMBAR 1 : aku ingatlah, bile dah beso nanti aku nak jadi pengarah bank.

KEMBAR 2 : kenape kau nak jadi pengarah bank?

KEMBAR 1 : sebab aku nak luluskan loan untuk kite semua, buat rumah besor2. kau tengok kite skang duduk berhimpit. sempit sempit....tak selesa.

KEMBAR 3 : oooo...cun tu!

KEMBAR 2 : aku pulak nak jadi pengarah TNB. bile aku dah besor nanti aku nak rumah kite terang benderang! biar ibu dan korang senang! tak macam sekarang...gelap je.

KEMBAR 3 : oooo....gempaklah!

KEMBAR 1 : kau pulak dik? dah besor nanti kau nak jadi ape pulak? kiteorang semua dah cakap ape kiteorang nak jadi nanti...turn kau pulak cerite.

KEMBAR 3 : aku dah puas pikir....aku pikir aku nak jadi detektif la.

KEMBAR 2 : kau ni ape lah...low class betul! org sibok nak jadi pengarah kau nak jadi detektif je?

KEMBAR 1 : entahnye! takde wawasan betul. kenape kau nak jadi detektif?

KEMBAR 3 : sebabnye aku nak siasat....sapelah budak botak yg selalu main2 hulur kepale tiap2 malam! kejap kuar kejap masuk! dah tu, last sekali mesti die ludah kite semua! kuang hajor betol! tak puas hati betol aku ni!

Tiada ulasan: