Addin |
- Kisah Sebenar Pesawat Mewah Najib Terbongkar?..
- Bibit Perbezaan Najib Dan Muhyiddin Mula Ketara.. Ini Buktinya
- "Najib Bukan Keramat Hidup" - Bekas Pengarang NST
Kisah Sebenar Pesawat Mewah Najib Terbongkar?.. Posted: 08 Jan 2014 08:29 AM PST Siapa kata Dr.Maza memfitnah? @drmazacom OLEH blogger Aku-Tak-Peduli Kalau bukan macam dibawah, gambar macam di atas itulah agaknya keadaan dalaman pesawat yang disewa Kerajaan Malaysia dengan belanja ratusan juta RM? Atau... Macam kat bawah siap bawa Permata Negara sekali? Aku petik penjelasan dari Admin Dr.MAZA.com berhubung kekecuhan berhubung bentuk ruang dalaman pesawat A320 yang disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan VVIP negara sementara semua pesawat milik kerajaan ketika itu sama ada sedang diselenggara atau dibaik pulih. Semasa Dr.MAZA teruk dibelasah sahabat sahabat blogger pro-Umno sehari dua ni,hendak aje aku mencelah dengan fakta fakta saperti dibawah,tapi aku tangguhkan niat aku itu kerana yakin pihak admin tweeter dan blog dan FB Dr.MAZA pasti akan melakukan research mereka sendiri,dan alhamdulillah mereka menjumpai jawapan mereka saperti dibawah. Kepada mereka yang tak berapa familiar dengan industri penerbangan mungkin mudah saja untuk menuding jari kearah Dr.MAZA dan mengatakan beliau "ULAMAK KAKI FITNAH".Tapi pada yang biasa dan tahu akan industri ini ianya bukanlah satu "rahsia" yang hanya boleh diketahui pihak pihak tertentu sahaja. Lama sebelum kekecuhan terbaru ini aku pernah keluarkan satu artikel (sekitar Nov 2012) tentang Pesawat Pesawat Eksekutif Milik Kerajaan Malaysia dan aku ada "hint" di situ bagaimana cara untuk kita "track" setiap penerbangan yang dilakukan pesawat pesawat ini... Kemana? Oleh siapa? Berapa lama? Resmi atau tidak? Kalau resmi ada melencung kemana ke? Kalau melancung pun ada melencung ke? Dan macam macam lagi maklumat terperinci termasuk flight path dan cosign pesawat yang digunakan. Jadi aku hanya tersenyum bila melihat Dr.MAZA teruk dibelasah sehari dua ini dan percaya jawapan akan beliau temui juga akhirnya saperti dibawah.Jadi kepada para sahabat bloggers pro-Umno sila baca penjelasan dibawah dengan hati terbuka dan berlapang dada.. Apakah DrMAZA.com menipu? Adakah admin FB page DrMAZA.com silap dan menipu dalam isu gambar jet mewah kegunaan kerajaan pusat? Beberapa hari yang lalu, DrMAZA.com telah memaparkan sebuah gambar hiasan dalaman sebuah jet peribadi yang telah disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Perdana Menteri. Entri FB Page beliau adalah seperti berikut: Kemudian, beberapa blogger telah tampil ingin merubah fokus rakyat terhadap isu tersebut dan mendakwa DrMAZA.com telah melakukan fitnah dalam isu ini. Persoalan?! Adakah benar beliau memfitnah dan tidak jujur membawa berita tersebut? Jawapannya, beliau hampir pasti tidak salah sekiranya orang ramai melakukan semakan terhadap laman web rasmi syarikat Comlux Aviation Services (CAS) di Malta. Ini kerana kerajaan Malaysia secara rekod menggunakan kapal terbang peribadi dan super mewah dengan CAS untuk kegunaan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri dan isteri. Ini berdasarkan maklumat keluar masuk kapal terbang di KLIA, di laman web Flight Radar 24, Airbus ACJ320 (9H-AWK) melakukan penerbangan keluar terakhir pada 31 Disember 2013 menggunakan nama "NR2". Gambar diatas menunjukkan dua penerbangan NR2 (Najib Razak?), Perdana2 melakukan penerbangan. Manakala maklumat kecil disebelah kiri atas adalah maklumat jenis kapal terbang tersebut. Jenis kapal terbang tersebut adalah: ModeS: 4D204F Reg: 9H-AWK Typecode: A320 Type: Airbus A320-214 Serial Number: 4199 Airline: Comlux Malta Bagaimana untuk kita ketahui bahawa gambar yang diletakkan oleh DrMAZA.com tidak silap adalah dengan melihat katalog syarikat Comlux Malta (CAS). Bagi pengetahuan pembaca, pihak syarikat terbabit memaparkan dengan jelas bentuk luaran dan hiasan dalaman setiap khidmat kapal terbang yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Maklumat dan latarbelakang syarikat ini adalah seperti berikut: Comlux Malta Ltd Valetta – Malta With an Air Operator Certificate (AOC) in Malta since September 2008, Comlux benefits from being registered in a member state of the European Union, operating at the most important levels in terms of safety and quality. Its ideal location at the junction between Europe, Africa and Middle East gives Malta a strategic position for Comlux operations. With a valuable legal system and a large network of well known banks, Malta is as well the country of establishment of Comlux Holding Ltd. From Malta, Comlux takes care of Crew training, Flight Operations and CAMO support. Address: Comlux Malta Ltd, Villa Margherita, Ta'Xbiex Terrace, Ta' Xbiex Malta Tel:+356 2385 0300 Fax:+356 2166 2284 Email: fly.malta@comluxaviation.com Web: http://www.comluxaviation.com/portfolio/comlux-malta-ltd/ Semakan terhadap jenis kapal terbang yang disewa dan diguna pakai seperti didalam maklumat penerbangan diatas, boleh juga dilakukan. Malah, web tersebut membekalkan bersama gambar-gambar yang sama seperti yang dipaparkan oleh DrMAZA.com. Rujukan web bagi maklumat pesawat (Reg: 9H-AWK, Typecode: A320) (See:http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/04/comlux-9H-AWK.pdf) Tambahan gambar-gambar mewah hiasan dalaman pesawat ini seperti yang ditunjukkan oleh laman web rasmi syarikat pembekal perkhidmatan pesawat dan jet mewah ini adalah seperti berikut: (See: http://www.comluxaviation.com/portfolio/airbus-a320-9h-awk/) Kesemua gambar-gambar mewah diatas adalah gambar yang asli dari laman web rasmi Comlux, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan khidmat pesawat ini kepada pimpinan negara Malaysia. Adakah ia mesti susunan dan hiasan dalaman yang sama?! Ini bukanlah satu isu yang besar, kerana sebagai contoh, apabila seseorang ingin menempah hotel, ia akan berpandukan kepada gambaran bilik yang telah dipaparkan oleh pihak hotel di web mereka. Sekiranya blogger yang mendakwa ia adalah fitnah, maka seeloknya, pesawat sebenar yang digunakan oleh pimpinan kerajaan dan hiasan dalamannya dimaklumkan kepada umum sebagai langkah berani dan telus terhadap rakyat. Maka, DrMAZA.com secara jelas tidak berbohong atau memfitnah. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, Pejabat Perdana Menteri (PMO) TIDAK MENAFIKAN atau MENOLAK dakwaan bahawa inilah pesawat yang digunakan. Juga, mengikut beberapa maklumat yang diberikan oleh Malaysiakini dan diterbitkan semula oleh Malta Independent penggunaan pesawat ini selama hanya SATU JAM memakan belanja duit rakyat sebanyak US$8,350.31 ( atau RM27,501.75). (See:http://www.independent.com.mt/articles/2014-01-05/news/malaysian-pm-jetting-around-in-new-luxury-aircraft-registered-in-malta-3604283392/). Sememangnya ia adalah satu fakta dimana jumlah pembayaran sebanyak itu diperlukan bagi setiap jam penyewaan pesawat tersebut. Buktinya: See more: http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/05/A320%20BJT%200612.pdf Pada persidangan parlimen 7 November 2013 yang lalu, Parlimen diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM 14.95 juta untuk minyak penerbangan VVIP negara dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM 160.08 juta. Maka, diharapkan agar anda tidak tertipu dengan cubaan sesetengah blogger untuk mengubah perhatian rakyat terhadap gaya mewah pemimpin negara dan perbelanjaan tidak-masuk-akal oleh mereka! Terima kasih. |
Bibit Perbezaan Najib Dan Muhyiddin Mula Ketara.. Ini Buktinya Posted: 07 Jan 2014 08:27 PM PST Sekembalinya daripada percutian hujung tahun dan negara diselebungi dengan pelbagai masalah serta kekalutan, Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak menyembunyikan kekecewaan sepanjang hanya tidak sampai dua minggu ketiadaannya. Dalam kemunculan sulungnya di tahun 2014 ini iaitu berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam, antara perkara yang disentuh Najib dalam ucapannya ialah meminta semua pihak bertenang dan mengikut saluran undang-undang dalam isu berkaitan kalimah Allah yang kembali hangat ketika ini. Isu kedua yang disentuh Najib ialah berkenaan subsidi dan dengan tegas beliau menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan. Ini bermakna selepas pemotongan subsidi beberapa bulan lalu yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan petrol, di masa mendatang ini akan berlaku lagi beberapa kenaikan akibat pemotongan subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan. Ketika isu kalimah Allah mula meletus dan Umno Selangor berhasrat mengadakan demonstrasi di depan gereja bagi menyatakan bantahan, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menyatakan sokongan terhadap langkah itu dengan menyatakan ia merupakan hak Umno Selangor untuk berbuat demikian. Demo di depan gereja itu, walaubagaimanapun akhirnya dibatalkan setelah Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar tidak membenarkannya, sebaliknya telah diadakan di padang Kelab Sultan Sultan, Klang yang turut dihadiri beberapa pemimpin Umno negeri itu. Tetapi sokongan Muhyiddin itu telah diketahui umum dan ia berlaku ketika ketiadaan Najib di dalam negara. Ketika ketidaan Najib juga di mana setelah berlakunya demonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka pada malam sambutan sambutan tahun baru, Muhyiddin turut berkata bahawa kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi secara holistik bagi memastikan ia benar-benar membantu golongan sasaran iaitu rakyat miskin dan golongan berpendapatan rendah. Dalam kedua-dua perkara yang disentuh oleh Muhyiddin, ia jelas ada perbezaan dengan pendekatan Najib. Ketika Muhyiddin menyokong demontrasi di depan gereja, Najib mahu semua pihak bertenang. Ketika Muhyiddin membuat kenyataan lunak bahawa rasionalisasi subsidi akan dilihat dan dikaji semula, Najib tetap bertegas dengan berkata "tidak" mengenainya. Selain memperkenalkan dasar 1Malaysia, Najib juga memperlihatkan dirinya lebih toleransi dengan penganut Kristian. Beliau bukan saja mengunjungi Pope dan menjemput paderi Kristian beramah-mesra dengannya, malah menginisiatifkan penyelesaian 10-perkara yang antara lainnya membenarkan penggunaan nama Allah dan pengedaran Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Muhyiddin pula, dengan melihat perkembangan semasa yang menunjukkan semakin membesarnya kemarahan golongan konservatif Islam berhubung penggunaan kalimah Allah ini, cuba menonjolkan dirinya bersama-sama dengan perjuangan mereka itu. Sokongannya terhadap demontrasi di gereja (walaupun tidak menjadi) tetapi telah menunjukkan Muhyiddin lebih pro Islam berbanding Najib. Begitu juga dengan kenyataannya untuk melihat semula dasar rasionalisasi subsidi, selari dengan kemarahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup, Muhyiddin juga cuba menunjukkan beliau pro rakyat. Namun, Najib nampaknya tidak menunggu lama untuk memangkah kenyataan Muhyiddin itu dan memberitahu bahawa beliau masih lagi Perdana Menteri dan nakhoda dalam negara ini, walaupun dalam suasana semakin banyak masalah dan penyakit yang timbul. Najib, menurut ramai pemerhati, dengan meminta semua pihak bertenang berhubung isu kalimah Allah dan kemudian menyatakan subsidi tidak mungkin akan dikekalkan, walaupun menujukannya kepada semua rakyat tetapi seperti dalam masa yang sama sedang menyindir timbalannya itu. Lebih-lebih lagi, kelihatan wajah Muhyiddin yang tidak ceria dan macam mencuka ketika berdiri di belakang Najib di perhimpunan itu. Di dalam akhbar dan beberapa portal berita, wajah Muhyiddin yang masam itu amat jelas kelihatan, malah mereka yang menonton berita di televisyen juga menyatakan perkara yang sama. Bibit perbezaan antara Najib dan Muhyiddin ini bukan saja mula dirasai, malah sudah mula menjadi bualan di kalangan rakyat dan di dalam Umno sendiri. Dengan pelbagai isu yang berlaku dalam negara sekarang, Najib bukan saja semakin kurang popular, malah keyakinan terhadap kepimpinannya sedang berada di tahap paling rendah sekali. Berlakunya terus perbezaan antara pemimpin nombor satu dengan nombor dua memang sukar dielakkan, tidak terkecuali antara Najib dengan Muhyiddin tetapi kebijaksanaan dan kecekapan akan menentukan bagaimana ianya akan berakhir nanti. ~shahbudindotcom |
"Najib Bukan Keramat Hidup" - Bekas Pengarang NST Posted: 07 Jan 2014 06:19 PM PST Penyokong pro kerajaan patut sedar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh dikritik akibat keputusan Putrajaya untuk memotong subsidi rakyat hingga menyebabkan kenaikan harga, kata bekas pengarang akhbar yang ada kaitan dengan Umno. Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menerusi tulisan dalam blognya, berkata Najib dan penasihatnya patut ditegur apabila rakyat memberi reaksi terhadap cara Putrajaya mengendalikan ekonomi negara. "Najib dan penasihatnya ketika pilihan raya umum yang berjanji kepada rakyat bahawa harga tidak akan dinaikkan. Jadi, sekarang siapa yang mungkir janji," katanya dalam posting terbaru dalam blognya, The Scribe semalam. Beliau juga mempersoalkan adakah perdana menteri raja berkuasa mutlak sehingga tidak boleh dikritik atau disentuh. "Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan," katanya yang turut menjadi pengarang kumpulan New Straits Times ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sejak September, Putrajaya memperkenalkan beberapa siri kaedah pemotongan kos untuk mengawal defisit bajet yang kronik dan ini termasuk mengurangkan subsidi minyak, pemansuhan subsidi gula, membenarkan peningkatan tarif elektrik dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Putrajaya juga dikatakan sedang menyemak kadar tol manakala rebat 20% yang ditawarkan kepada pengguna kerap lebuh raya di Lembah Klang dikatakan akan dimansuhkan. Peningkatan kos barangan dan perkhidmatan juga mencetuskan bantahan pada malam sambutan tahun baru oleh organisasi bukan kerajaan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Turun, sehingga menarik penyertaan lebih daripada 10,000 orang. Mempertahankan kritikan lantangnya terhadap Najib, Kadir berkata, pengkritiknya yang mendakwa beliau hanya membelasah perdana menteri mengenai pengurusan ekonomi tetapi tidak menawarkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar. Kadir berpendapat pengkritiknya tidak membaca 'nasihat panjang' yang diberikan kepada Najib dan kerajaan menerusi blognya dan melalui beberapa tulisannya di tempat lain. Katanya, beliau mengkritik Putrajaya sejak 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri susulan daripada peningkatan drastik harga minyak, gas memasak yang kemudiannya diikuti dengan kenaikan harga barangan asas dan perkhidmatan. "Saya menulis beberapa rencana mengingatkan kerajaan mengenai kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna," kata pemilik Berita Publishing yang menerbitkan majalah Malaysian Business itu. Beliau berkata, bukan tanggungjawabnya untuk mengajar Putrajaya mengenai pengurusan ekonomi kerana ia adalah bidang kuasa kementerian, agensi kerajaan dan penasihat perdana menteri yang ramai, hebat dan tersohor. "Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangannya. Inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula oleh sikap partisan yang melampau," katanya. Kadir berkata, beliau berulang-kali mengatakan bahawa subsidi yang tidak lestari (unsustainable), mengherotbenyotkan (distort) ekonomi dan menyebabkan pergantungan terhadap kerajaan. "Tetapi saya mempertikaikan cara kerajaan, khasnya pada zaman Abdullah dan Najib menguruskan subsidi, memantau dan mengawal kenaikan harga, mengagihkan penjimatan subsidi dan mengurangkan pembaziran sumber kewangan negara," katanya. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan