Anak Sungai Derhaka |
- Ariel Sharon dijangka mati dalam masa empat hari lagi..
- Halalkan Darah Peserta Himpunan: Ini Dari Dr. Asri buat Harussani...
- Guan Eng Beli Merc Baru Tak Kena Masa kata Rafizi
- Peserta Himpunan 'TURUN' Pemberontak, dihalalkan darahnya kata Harussani
- Polis Mohon Maaf kerana tertipu dengan gambar sebaran macai UMNO..
Ariel Sharon dijangka mati dalam masa empat hari lagi.. Posted: 02 Jan 2014 07:42 AM PST Kesihatan bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon dilaporkan "merosot" dengan kegagalan "organ-organ penting". Sharon diserang strok yang teruk dan koma sejak hampir lapan tahun lalu selepas serangan tersebut. Para doktor di Hospital Tel Hashomer berkata, keadaan kesihatan Sharon semakin kritikal dan nyawa bekas presiden itu berada di dalam keadaan bahaya. Pengarah di kemudahan kesihatan tersebut, Zeev Rotstein berkata, kemerosotan fungsi beberapa organ utama Sharon sejak beberapa hari lalu memberi kesan terhadap kelangsungan hidup Sharon. "Pegawai-pegawai perubatan dan ahli keluarganya kini terpaksa bersedia dengan kemungkinan buruk. Seluruh keluarga kini berada disamping beliau," tambahnya. Ariel Sharon near death after grave deterioration in his condition Comatose former prime minister Ariel Sharon's condition has gravely deteriorated and he is near death, doctors said on Wednesday. A spokesperson for Sheba Hospital in Tel Hashomer said Sharon's condition began taking a turn for the worse in recent days. Doctors said Sharon, 85, who has been in a vegetative state since 2006, was suffering from renal failure that could lead to multiple organ system failure and death. Hebrew media reports late Wednesday said doctors had told the family that Sharon had, at most, no more than four days to live. "The situation now depends mainly on the family and the decisions they make," a senior doctor at the Sheba Hospital told Walla News. Channel 2 reported that doctors were unlikely to take drastic measures to keep him alive given his condition and age. In September, doctors reinstalled a feeding tube in Sharon's digestive system. The procedure was completed without incident, and the former prime minister was returned to the hospital's Department of Respiratory Care and Rehabilitation, where he has been in treatment in recent years. Sharon is one of Israel's most iconic and controversial figures. As one of Israel's most famous generals, Sharon was known for bold tactics and an occasional refusal to obey orders. As a politician he became known as "the bulldozer," a man contemptuous of his critics while also capable of getting things done. As defense minister, he led Israel's 1982 invasion of Lebanon, and was forced to resign the post after a commission of inquiry found him responsible for failing to prevent the massacre by Christian Phalangists of Palestinian refugees in Beirut's Sabra and Shatilla camps ~ Times Of Israel Sabra and Shatila Massacre Remembered Sabra and Shatila, the names of two Palestinian refugee camps in Beirut have become the symbol of the Palestinian plight. These camps were the scene of one of the most horrendous crimes ever. After the Israeli invasion of most of Beirut in 1982, Israeli Defense Minister at the time Ariel Sharon moved to wipe out what he claimed some "2,000 terrorists" who were still hiding in the refugee camps of Sabra and Shatila. The Israeli troops were tasked with totally surrounding and bombarding the camps in this very area, and the next few days, the right-wing Lebanese militia, known as the Phalangists, which was trained and armed by Israel, was given the task of clearing the camp. Israel made sure that no civilian in the camp escapes the horrid killings that lasted for three days. Ellen Siegel a Jewish American nurse who provided humanitarian aid in a Beirut hospital during the Israeli occupation of Beirut recalls the massacre she says she can never forget: The perpetrators have never been punished. In 2001 a lawsuit was filed in Belgium by the survivors of the massacre and relatives of the victims, who accused Ariel Sharon of being directly involved in the massacre. Although the case was won, US interference led to the Belgian Parliament gutting the universal jurisdiction law. Israel's impunity for many aggressions like its attacks on Lebanon and the Gaza strip will never lead to the so-called peace.Observers say peace begins with an end to occupation: Kamal Maruf's son Jamal is still missing to this day after the militia men handed him over with hundreds of young men to the Israeli army. International sources estimated that the number of casualties was around 800; while local counts through the families of the victims say the number was more than 3000 Palestinian and Lebanese civilians killed and many missing. After 31 years the unarmed men women and children who were slaughtered in Sabra and Shatila have not been forgotten. |
Halalkan Darah Peserta Himpunan: Ini Dari Dr. Asri buat Harussani... Posted: 02 Jan 2014 03:30 AM PST Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat. Rentetan dari itu juga, ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran Kristian. Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia. Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh al-Zahabi, daripada Anas bin Malik, berkata: "Nabi s.a.w tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu, ketika itu, orang ramai pun turut menanggalkannya. Nabi s.a.w bertanya: 'Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?' Mereka menjawab: 'Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan'. Nabi s.a.w bersabda, 'Jibril telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran'." Dalam riwayat Ibn Khuzaimah, ditambah: "Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya." Ertinya, bukan satu masalah yang besar, bahkan diizinkan solat memakai kasut jika bersih. Namun ia dijadikan isu kerana ada kepentingan politik. Betapa ramai yang pergi konsert yang pelbagai dalam negara ini yang entah bila mereka bersolat pun tiada siapa yang tahu. Tidak pernah pula menjadi isu pun bagai 'agamawan politik' ini, tiba-tiba yang bersolat berkasut pula menjadi isu. Topeng vendetta memanglah bukan dari ajaran Islam, tapi sejak bila pula ia dari ajaran Kristian?! "V for Vendetta" adalah hasil dari novel David Llyold dan Tony Weare pada tahun 1982. Ia menjadi terkenal kerana difilemkan pada tahun 2005 dengan tajuk "V for Vendetta". Dalam sejarah, topeng itu menggambarkan keberanian Guy Fawkes dan kumpulannya yang menentang penguasa yang menindas rakyat pada tahun 1605. Cuma dalam kisah topeng ini kumpulan pemuda yang menentang penguasa itu agak ekstrim dengan merancang untuk membunuh King James dan meletupkan negara. Dikatakan mereka juga ingin menghapuskan parlimen dan mengembalikan monarki Katolik. Dari sudut itu, ia bukan satu perlambangan yang baik. Cuma, sebenarnya bukan isu Kristianisasi yang ditakuti, sebaliknya isu politik yang hendak dikaitkan. Betapa ramai orang politik negara ini yang hadir dalam majlis sambutan Krismas, Depavali, sambutan itu dan ini yang dari segi latar sejarahnya memang mempunyai unsur agama. Tidaklah pula mereka itu dikaitkan dengan Kristianisasi, Hinduisasi ataupun seumpamanya. Demikian juga apabila ada pihak yang mengharamkan seorang Muslim menyertai parti musuhnya yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar kerana dianggap menolak Islam. Namun kemudiannya membolehkan Muslim menyertai parti lain yang tidak berteraskan Islam sebagai dasar disebabkan parti itu berbaik dengan mereka. Semua hukuman yang tidak selaras dan terpilih ini akibat dari menjadikan agama sebagai senjata dalam berpolitik. Percampuran antara politik dan agama boleh membawa kesan yang positif yang diredhai dan dikehendaki Allah dan RasulNya, tapi boleh juga membawa kesan yang negatif yang merosakkan agama Allah dan RasulNya. Ia semua amat bergantung kepada siapa yang mengendalikan percampuran tersebut. Atas apa hasrat dia ingin mencampurkan agama dan politik menentukan hasil percampuran itu. Jika dia mencampurkan keduanya untuk mendapat panduan Tuhan dalam memimpin manusia secara adil dan amanah, maka itu membawa kepada kebaikan. Namun, jika percampuran politik dan agama atas hasrat menguatkan kedudukan politik cuma, maka itu akan merosakkan nama Allah dan agamaNya. Agama hanya akan menjadi mainan kepentingan penguasa dan segala tafsiran mempunyai kepentingan mereka yang terbabit dalam politik. Dalam sejarah Kristian, ketika golongan agama di Vatican menguasai politik, betapa ramai tokoh-tokoh yang dihukum mati atas tuduhan heresy (murtad) hanya kerana tidak bersetuju dengan penyelewengan pihak gereja dan kuasa politik. Umpamanya dalam isu penjualan 'indulgences' atau borang pahala yang dijadikan saluran untuk golongan agama mengaut harta dengan cara menipu fakta agama, ramai dibunuh kejam hanya kerana mengkritik. Demikian juga isu 'purgatory', 'relics', 'saints' dan pelbagai lagi yang menjadikan cara golongan agama menipu orang awam. Mereka yang jujur bangun mengkritik dijatuhkan hukuman mati dan dibakar hidup-hidup. Inilah nasib yang menimpa Jan Huss (1370-1415) yang merupakan reformis agama Bohemian, yang dibakar hidup-hidup di khalayak ramai. Demikian tekanan yang dikenakan kepada reformis agung Kristian, Martin Luther (1483-1546) dan para pengikutnya yang sebahagian mereka dibakar hidup-hidup. Golongan politik mengambil kekuatan dari cengkaman kuasa agama ke atas rakyat. Penyelewengan pengurusan dan harta negara bagaikan diampun Tuhan kerana golongan agama bersama mereka. Inilah hasilnya apabila kuasa politik dicampur dengan agama yang dikendalikan oleh mereka yang berkepentingan. Di negara kita kini, lihat bagaimana ada pihak yang 'so-called' agamawan yang sibuk membaca dalil kepada rakyat supaya bersyukur dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan. Dalam masa yang sama tidak pula aktif membaca nas-nas ini kepada golongan atasan. Persoalannya, apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan, samada sultan ataupun menteri, ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? Ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan bunuh. Padahal bughah adalah istilah mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata. Dalam konteks hari ini, apakah bughah dilakukan rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara? Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah awam sedemikian rupa? Lihatlah bagaimana agama boleh menjadi senjata kuasa politik sehingga perintah dibenarkan menumpah darah rakyat yang lemah. Saya tidak menyeru kepada pengasingan agama dari politik kerana itu bukan tabiat Islam. Pun begitu, jika agama sekadar senjata untuk kepentingan politik, lebih baik ia diasingkan. Politik Islam itu bukan semestinya membaca dalil agama itu dan ini sedangkan intipatinya tidak memenuhi maksud rahmat dan keadilan yang menjadi tujuan ajaran Islam. Sekali lagi saya nukilkan kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar'iyyah: "Berkata al-Shafi'i: 'Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak'. Kata Ibn 'Aqil: 'Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu "Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak" iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah... apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agamaNya... bahkan Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya'." ~ Mohd Asri Zainul Abidin |
Guan Eng Beli Merc Baru Tak Kena Masa kata Rafizi Posted: 02 Jan 2014 12:30 AM PST Dalam usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengamalkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan perubahan baru yang dibuat apabila beliau memperolehi Mercedes Benz S300L warna Perak menjelang tahun baru 2014. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait dalam kenyataan beliau menyatakan kereta tersebut yang asalnya berharga RM657,218 itu dibeli dengan harga diskaun RM298,263.75 dan boleh digunakan oleh Ketua Menteri selain beliau pada masa yang akan datang. Manakala kereta Toyota Camry yang telah digunakan baru dua bulan itu telah ditukar atas persetujuan Majlis Mesyuarat Exco Negeri pada bulan November yang lalu. Sementara itu 15 kereta Toyota Camry yang dibeli oleh Kerajaan Negeri pada 31 Oktober 2013 dengan harga RM113,500 setiap buah turut menjadi persoalan kepada masyarakat khususnya rakyat negeri ini. Bendahari NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Pulau Pinang, Abdullah Md Nor yang dihubungi berkata, dalam situasi yang tidak menentu, rakyat ingin melihat pemimpin turut menunjukkan teladan dengan berjimat cermat. "Jika pemimpin menasihatkan rakyat supaya berjimat-cermat, maka mereka juga harus menunjukkan cara yang terbaik untuk diteladani. "Namun begitu, sekiranya pemimpin sendiri tidak menuruti apa yang dilaung-laungkan dalam isu penjimatan, sudah pasti rakyat mempunyai persepsi yang akan menimbulkan prejudis bahawa ia hanya slogan semata-mata, " jelasnya lagi. Bagi Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak pula ketika diminta untuk memberi pandangannya berkata, tindakan Ketua Menteri tersebut seolah-olah tidak mempunyai integriti apabila mementingkan kedudukan melalui mandat yang diberikan oleh rakyat. "Jika Perdana Menteri dan timbalannya boleh menggunakan kereta nasional,kenapa seorang pemimpin negeri yang sering melaungkan slogan CAT tidak dapat memanfaatkan kereta nasional. "Sekiranya benar beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berjuang untuk menurunkan kos kehidupan, adalah memadai baginya menggunakan kereta Toyota Camry yang baru dibeli dalam tempoh dua bulan oleh Kerajaan Negeri. "Dalam usaha Kerajaan Pusat sedaya upaya mengurangkan kos urus tadbir, sebaliknya Ketua Menteri DAP tanpa disedari cuba membazirkan kos urus tadbir dengan menjadikan isu keselamatan terpelihara dengan menggunakan Mercedes Benz S300L. "Bagi saya, pemimpin sebegini rupa merupakan pemimpin yang tiada berintegiriti, malah kepentingan diri melebihi keutamaan yang tidak seharusnya menjadi ikutan kepada pimpinan yang lain, " ujar Rahmad lagi lapor MalaysiaGazette Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengulas mengenai pembelian tersebut menyifatkannya sebagai pembelian dilihat tidak memilih masa tepat untuk membeli kereta mewah Mercedes Benz S300L ekoran ianya memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat (PR). Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Guan Eng harus lebih peka kepada sensitiviti rakyat yang kini menanggung beban kenaikan harga barang dan penarikan semula subsidi. "Saya rasa semua pengamal politik harus mempunyai sensitiviti yang sama sama ada dari pihak barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan kerana rakyat kini sedang menempuhi kesukaran dan 2014 akan menjadi lebih sukar," katanya kepada pemberita baru-baru ini. "Sungguhpun nilainya sangat bagus, saya pasti tiada siapa yang akan mempersoalkan tindakan (Guan Eng) membelinya. Tetapi saya rasa ianya akan memberi ruang kepada BN untuk memanipulasikan isu tersebut," jelas Rafizi. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, rakan Pakatannya harus lebih berhati-hati untuk tidak terjerumus kepada 'perangkap' BN mengenai isu ini. "Dalam kes kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ini, saya rasa ianya perbelanjaannya berbaloi kerana kereta tersebut sangat bagus. Maka ianya baik untuk pelaburan," ujarnya lagi lapor RakyatNews |
Peserta Himpunan 'TURUN' Pemberontak, dihalalkan darahnya kata Harussani Posted: 01 Jan 2014 10:27 PM PST Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)". "Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran. Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu. "Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran," katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian. Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang. "Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka," beliau dipetik sebagai berkata ~ Malaysiakini |
Polis Mohon Maaf kerana tertipu dengan gambar sebaran macai UMNO.. Posted: 01 Jan 2014 04:30 PM PST Kurang pasti apakah puncanya pihak PDRM kelihatan amat terdesak untuk memburuk-burukkan himpunan 'Turun' sehingga mereka melakukan kesilapan yang memalukan ini. Pasukan yang punya ribuan penyiasat itu dengan tidak usul periksa dan menyiasat dulu kesahehan gambar yang telah dimuatnaik oleh macai UMNO kelaman Facebook miliknya telah memuatnaik semula gambar tersebut ke laman Facebook milik PDRM. Menurut macai UMNO kononnya ianya adalah gambar seorang anggota DBKL yang cedera dikepala akibat dilontar batu oleh peserta himpunan 'TURUN'. Kemudian pihak polis telah menggunakan gambar tersebut untuk dimuatnaik di dalam facebook Polis Diraja Malaysia dengan mendakwa lelaki yang berdarah itu sebagai salah seorang anggotanya. Bagaimanapun tindakan pihak PDRM itu telah mendapat kecaman banyak pihak dilaman Facebook tersebut. Menyedari ianya adalah satu kesilapan bilamana pemilik asal atau individu dalam gambar tersebut membuat laporan Polis mengatakan gambarnya telah disalahguna macai UMNO pihak PDRM kemudiannya telah memohon maaf.. Persoalannya sekarang ialah adakah Facebook ini sah dan dikawal oleh anggota PDRM? Jikalau ia sah pegawai tersebut patut dikenakan tindakan, beliau seharusnya peka dan sensitif dengan suasana politik dan permasalah antara rakyat dan kerajaan masa ini. Cara beliau memaparkan kisah tersebut seumpama "Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Orang Lain" dan ini amat memalukan PDRM. Di harapkan PDRM memandang perkara ini dengan serius. Ini adalah soal integriti dan kredibiliti PDRM dan keyakinan RAKYAT terhadap PDRM. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan