Roslan SMS Corner |
- Biarlah kami dengan kalimah "Allah" (2/1/14)
- Kelantan dan Tahun Melawat Malaysia 2014 (2/1/14)
- 2014 dan berikutnya.....realiti yang perlu dihadapi (2/1/14)
Biarlah kami dengan kalimah "Allah" (2/1/14) Posted: 02 Jan 2014 01:12 AM PST Kontroversi meletus hari ini ekoran tindakan pihak Jabatan Aagama Islam Selangor menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas sejumlah kitab yang dikatakan mengandungi kalimah "Allah" di dalamnya. Sebelum itu dilaporkan pihak polis akan merekod kenyataan pengarang akhbar mingguan Katholik The Herald iaitu Father Lawrence Andrew yang pada 27 Disember lalu mengeluarkan kenyataan bahawa gereja seluruh Selangor akan terus menggunakan kalimah "Allah". Di Selangor terdapat peruntukkan yang melarang penggunaan kalimah "Allah" dan selain itu Tuanku Sultan juga telah menitahkan agar kalimah berkenaan tidak digunakan oleh mana-mana agama lain bagi mengelakkan perselisihan dan ketagangan antara agama.Sekiranya semua tindakan di atas dilakukan menurut peraturan dan undang-undang yang sedia ada, biarlah proses undang-undang berjalan. Apa pun saya merasakan selama ini tiada gangguan dan halangan terhadap mana-mana agama untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan mereka samada di Selangor mahupun seluruh Negara. Isu tercerus apabila ada pihak yang mahu menggunakan kalimah "Allah" dalam kegiatan dan aktiviti mereka.Demi keharmonian dan keamanan semua apalah salahnya jangan disentuh perkara sensitive seumpama ini. Selama ini bebas dan aman pun kegiatan agama mereka tanpa menggunakan kalimah berkenaan, mengapa hari ini berkeras mahu digunakan sehingga mengundang tindakan seperti di atas. Biarlah orang Islam Malaysia dengan kalimah "Allah" mereka. |
Kelantan dan Tahun Melawat Malaysia 2014 (2/1/14) Posted: 01 Jan 2014 11:43 PM PST Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 pihak media memetik kenyataan MB Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob yang menyebut bahwa Kelantan tidak melarang aktiviti kebudayaan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum dan peraturan Islam. Seni budaya Kelantan contohnya Makyong dan Wayang Kulit kata beliau sekiranya memiliki nilai-nilai pendidikan dan tidak bertentangan dengan Islam boleh terus dipentaskan di Kelantan.Kelantan ternyata "consistent" dengan slogan "Membangun Bersama Islamnya" dan begitu prihatin memastikan yang segala yang berkenaan dengan urusan dan kuasa dan negeri tunduk dan selari dengan matlamat dan cara Islam yang diperjuangkan Dari sejak Tok Guru Nik Abd Aziz menjadi MB sehinggalah kini diganti oleh Ustaz Ahmad, ternyata Islam terus menjadi agenda kerajaan negeri walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran, halangan dan tentangan samada dalam bentuk politik mahupun bukan politik. Rakyat mahu melihat sejauh mana kesungguhan PAS dalam memperjuang dan mendaulatkan Islam, lantas Kelantan menjadi model. Perlaksanaan Islam bukan sesuatu yang mudah kecuali memerlukan komitmen dan kesungguhan semua pihak dari MB, EXCO, ADUN dan ahli parlimen sehinggalah rakyat jelata di bawah.Oleh itu kenyataan MB di atas adalah cerminan kelangsungan komitmen Kelantan dalam hal ini. Islam tidak boleh menjadi penumpang dan duduk di "seat" belakang kenderaan, dipandu dan dibawa sesuka hati pemandu, sebaliknya ia mestilah menjadi pemandu yang memandu kenderaan berkenaan ke arah destinasi keredhaan Allah swt. Semoga terus kekal berjaya. |
2014 dan berikutnya.....realiti yang perlu dihadapi (2/1/14) Posted: 01 Jan 2014 10:08 PM PST Turun tak turun hakikatnya hidup ini perlu diteruskan dan oleh itu bebanan dan tanggungjawab terus perlu dipikul. Dalam akhbar The Star hari ini Ketua Ekonomis Maybank Investment Bank menyatakan dengan realiti yang ada, para pengguna perlu mengawal corak perbelanjaan hidup mereka masing-masing dengan membeli hanya yang perlu dan mengelakkan dari sebarang pembelian tidak perlu.Menurut beliau 3 tahun yang mendatang ini akan menyaksikan tekanan kenaikan harga barangan akibat perlaksanaan GST pada bulan April tahun hadapan selain penarikan balik subsidi. Dan beliau menjangkakan bagi sebuah keluarga 4 orang ahli di Kuala Lumpur jumlah pendapatan isi rumah yang dikira boleh menampung tekanan ini dengan mampu berjimat sedikit untuk simpanan adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah sekitar RM7,000 ke 10,000 sebulan. Andaian ini berdasarkan kedua ibu napa bekerja, mempunyai 2 buah kereta, pinjaman perumahan selain perbelanjaan asas yang lain.Bagaimana dengan mereka di bawah paras itu? Di bawah paras itu dengan keluarga yang lebih ramai? Kesimpulannya tahun mendatang ini akan perit buat rakyat kebanyakkan yang jatuh di bawah kelompok ini. Ia realiti dan ia bukan rekaan. Bagi mereka yang kreatif, punya kekuatan luar dalam, barangkali boleh merancang untuk melakukan kerja tambahan, cari pendapatan tambahan. Mungkin ada yang telah pun memulakannya, tetapi ramai yang terus gelisah saya pasti. Serabut dan penuh tekananlah hidup masing-masing keluarga yang terjejas. Masing-masing berhadapan dengan bebanan masing-masing. Apa pun selain berusaha teruslah berdoa dan memohon bantuan dari Allah swt.Mereka yang cekal dan sabar serta istiqomah dalam ibadahnya pasti akan berjaya menghadapinya, semoga kita berada dalam kelompok berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan