Isnin, 27 Januari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Beginilah akibatnya buat kerja fitnah ...

Posted: 27 Jan 2014 03:19 AM PST

Tampaknya nasib Husam sudah jadi semacam Hang Tuan di zaman sultan Mahmud Shah di Melaka lebih 500 tahun lalu. 

Sultan atas nasihat orang yang jahat dan busuk hati telah memfitnah Hang Tuah sehinggakan Sultan memerintah Hang Tuah dibunuh....

Kini sesudah kerajaan Kelantan disaman RM230 juta baru Husam dicari dan diminta penjelasan. 

Apabila berlaku keadaan gawat baru ingatkan Husam. Baru susah payah telefon orang itu dan orang ini minta Husam memberi penjelasan berhubung sejarah projek berkenaan. 

Nampak sangat perangai jahat dan busuk hati. Apakah kata kalau Husam tidak sedia membantu, menjelaskan duduk perkara tentang projek itu? 

Tidak menjadi satu dosa buat Husam kalau beliau tidak hadir dan memberi penjelasan kerana beliau sudah dilucutkan segala tanggungjawab. 

Jadi kalau Husam tidak sedia memberi kerjasama janganlah salahkan dia. Cukuplah dengan apa dilakukan ke atasnya.Baca sepenuhnya di sini

Anwar Ibrahim bakal gantikan Khalid?

Posted: 27 Jan 2014 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat. 

Perletakan jawatan ADUN PKR yang berkuat kuasa hari ini disahkan oleh Speaker Hannah Yeoh dalam satu sidang media petang tadi. 

 Ada bisik-bisik melaporkan ini adalah sebagai langkah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding pilihanraya kecil yang bakal diadakan di kawasan tersebut dan seterusnya untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor? Sumber di sini   dan di sini

Bagaimanapun MB Khalid menafikan berita tersebut dan pengundurannya tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri, katanya di sini

Kalau Husam Musa masih dikekalkan ...

Posted: 26 Jan 2014 05:03 PM PST

Berita sepenuhnya ada di sini

 Heboh bukan main beritanya! Blogger pencacai Umno ada yang kata Kelantan akan bengkrap kerana kena saman oleh syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd. Penacai-macai ni lupa gamaknya bahawa projek tersebut la ni adalah projek bersama dengan Kerajaan Pusat! Kah! Kah! Kah! Korang baca dulu, aku cerita kat hujung entri ni sat lagi! Kah! Kah! Kah!

Sebelum ini dilapotkan akhbar Harakah
"sebuah syarikat dari Korea Selatan berminat melaksanakan projek berkenaan, bagaimanapun menarik diri kemudiannya."
Tetapi syarikat Korea tersebut menyangkalnya di sini :
"However, on Oct 13 last year, the first defendant decided to discontinue the project although negotiations between the parties to prepare official documents pertaining to the project was ongoing," Zaidon told reporters outside the court. 

He added the first defendant and PMBK failed to reply to an application by the plaintiff to hold a meeting to discuss the matter. 
  Yang mana satu laporan atas tu yang betul ni? Kalau akhbar Utusan Meloya yang melaporkannya sudah tentu mudah nak menekanya!

 Tapi apa-apa pun aku percaya, kalau Husam Musa masih dikekalkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, kejadian seumpama ini mungkin tidak akan terjadi.Betulkan?
 
 Kerajaan persekutuan sepatutnya sudah lama melaksanakan projek lebuh raya tersebut memandangkan ianya sudah pun diluluskan semasa Rancangan Malaysia Kelima dan sekali lagi semasa Rancangan Malaysia Kesembilan.

 Hanya setelah komplot  penyingkiran secara tipu muslihat Nik Aziz sebagai MB dan Husam Musa, barulah Kerajaan Pusat bersetuju untuk membiayai sebahagian projek lebuh raya tersebut.

Tiada ulasan: