Isnin, 27 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mahkamah Keluar Waran Tangkap terhadap Lelaki Rogol Budak Perempuan yang Dikahwininya Kemudian

Posted: 27 Jan 2014 04:32 AM PST


[Bernama] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pengurus operasi restoran yang gagal hadir untuk prosiding jatuh hukum selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya.

Waran tangkap terhadap Riduan Masmud, 40, dikeluarkan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad yang turut menetapkan 3 Feb ini untuk semakan waran tangkap itu.

Satu sijil perubatan daripada Hosiptal Queen Elizabeth di sini dikemukakan menyatakan pengurus restoran itu tidak sihat untuk hadir di mahkamah.

Bagaimanapun, Ummu Khaltom tidak berpuas hati dengan butiran di dalam sijil itu yang tidak menyatakan penyakit dihidapinya dan bila dia boleh hadir di mahkamah.

Peguam YS Lo menyerahkan perkara itu diputuskan oleh mahkamah selepas beliau gagal menghubungi anak guamnya dan anggota keluarganya untuk menentukan penyakit dihidapinya semasa prosiding ditangguh selama sejam.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin berkata agak menghairankan apabila Riduan tiba-tiba jatuh sakit dan tidak hadir untuk jatuh hukum sedangkan dia hadir pada hari kes itu diputuskan Jumaat lepas.

Riduan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol budak sekolah berumur 12 tahun itu antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Feb tahun lepas di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah yang dia telah menikahi budak perempuan itu.

Pihak pendakwaan memanggil 19 saksi dalam perbicaraan antara 1 Julai dan 14 Nov tahun lepas, manakala Riduan, yang tidak diwakili peguam semasa diperintah membela diri, mengemukakan tiga saksi termasuk dirinya.

Peguam Mary Lee bertindak sebagai peguam pemerhati Sabah Women's Action Resource Group (SAWO), Women's Centre for Change, Penang (WCC Penang), Sisters in Islam dan Mama Anne of Bukit Harapan, manakala peguam Mary Florence Gomez bagi Persatuan Undang-undang Sabah dan Voice of the Children Malaysia. - 27/1/14


Rafizi Bakal Bertanding di DUN Kajang?

Posted: 27 Jan 2014 04:12 AM PST

Adun PKR Kajang Letak Jawatan, Beri Laluan Anwar atau Rafizi Bertanding?



Speaker Selangor Hannah Yeoh mengesahkan kekosongan kerusi DUN Kajang petang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.

[TMI] Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.

Diantara yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.


Lee, 42, yang merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang mendapat 15 kerusi DUN.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. – 27 Januari, 2014.

Surat peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.



[Video] ADUN Kajang Letak Jawatan, Beri laluan kepada Anwar? Apa Kata Khalid Ibrahim?

Posted: 27 Jan 2014 04:04 AM PST


[MK] Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

"Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Anwar Akan Bertanding di Kajang?

[MK] Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang membuka persoalan sama ada tempat itu akan ditandingi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad (kiri) berkata, walaupun hanya mengetahui pengunduran itu melalui media, beliau difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil," katanya

Menjawab SMS Malaysiakini hari ini, beliau berkata, beliau akan membincangkan perkembangan itu dengan PAS negeri dan pusat dan merasakan ia masih memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

"Perkara seperti ini sepatutnya dibincang dengan semua parti," katanya ketika ditanya sama ada PAS Selangor bersetuju dengan pengunduran Lee itu.


Spekulasi itu timbul ekoran laporan The Star Online bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Portal itu melaporkan bahawa Khalid bersetuju melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.

Anwar bagaimanapun menafikannya.

DAP: Tak pernah bincang


Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua (kanan) berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau persetujuan dibuat untuk menggantikan menteri besar Selangor dibuat.

"Tidak pernah dibincangkan," katanya menjawab soalanMalaysiakini.

Sementara itu, Yeoh yang juga ADUN DAP bagi kawasan Subang Jaya jari ini turut ditanya berhubung kemungkinan calon untuk kawasan itu.

"Saya tidak mahu cakap perihal calon dan saya tidak mahu mengulas khabar angin. Agak awal untuk membuat spekulasi. Sehingga hari ini kerusi ini kosong. Itu sahaja," katanya.

Yeoh juga berkata, oleh kerana ia kerusi PKR, parti itu yang akan mengumumkannya.

Penganalisis: Anwar jadi PM? Mustahil


Sementara itu, penganalisis politik James Chin (kiri) pula beranggapan mustahil Anwar akan menjadi menteri besar Selangor kerana kedudukannya sekarang sebagai pemimpin nasional.

"Jika beliau jadi menteri besar dia akan berada di kedudukan sama dengan Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang. Itu mustahil," kata beliau ketika dihubungiMalaysiakini.

Chin menganggap cerita 'kurang senang' mengenai PKR itu berkaitan dengan pemilihan parti itu April depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang.

Undang-undang menetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.



Khalid: Tukar MB Mesti Muafakat Bersama

[MK] Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pelantikan menteri besar di negeri itu perlu mendapat konsensus daripada tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendapat perkenan sultan.

"Tak ada. Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan dipersetujui ketiga-tiga parti.

"Mereka juga akan memberitahu kepada Tuanku Sultan dan perkenan Sultan. Jadi banyak tatacaranya," katanya bagi menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya sama ada peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh sebagai usaha menyingkirkan beliau sebagai menteri besar.

Ditanya sama ada ura-ura Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar bertanding di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil dan menggantikan beliau, Khalid berkata:

"Tidak ada perbincangan (mengenainya)," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada "ura-ura" mengenainya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan sekiranya PAS dan DAP bersetuju beliau berbuat demikian, Khalid berkata:

"Ia boleh dilakukan dengan ketiga-tiga parti duduk bersama. Kena ada perbincangan. Tapi sekarang tidak ada lagi". -27/1/14


Respons Anwar di sini.

[Edisi Lawak] Saman 100 Juta: Blogger Pro-UMNO Tidak Mengaku Dirinya Papagomo

Posted: 27 Jan 2014 12:40 AM PST



Tolong gelak:


P/s: Kita tidak pernah lupa Popegomo ini pernah mencabar Anwar Ibrahim menyamannya. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Apabila disaman, blogger lucah ini hilang telur yang mungkin dicampak untuk dimakan itik.




Debat Kalimah Allah: Noh Tetap ke Karangkraf...Respons Khalid Samad...

Posted: 27 Jan 2014 12:17 AM PST



[MK] Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.


"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

"Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.

Awal pagi ini, penganjur debat, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mengumumkan pembatalan debat tersebut.

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan saat akhir itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.


Sementara itu Khalid (kanan) membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian.

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.

"Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog. 27/1/14



P/s: Buat apa Noh Omar ke Karangkraf? Kalau di Sinar batal, anjurkan di tempat lain. Jika tidak, rakyat beranggapan Noh Omar hanya berani mencabar sahaja.


Respons Khalid Samad:

Lihat hasil dahulu bukan terus batal debat - Khalid

[HD] KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berpendapat sepatutnya semua pihak perlu melihat terlebih dahulu hasil daripada debat berkaitan isu kalimah Allah bukannya terus membatalkan program tersebut.

Jelasnya, debat merupakan langkah untuk menyelesaikan segala kekeliruan yang berlaku dan menjawab segala persoalan yang melanda masyarakat sekarang.

"Saya menghormati keputusan dari pihak Sinar Harian yang memaklumkan pembatalan debat tersebut dan tak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat.

"Pada pendapat saya sepatutnya kita perlu melihat terlebih dahulu hasil dari debat yang akan dianjurkan, apa yang boleh diputuskan daripadanya sama ada dari sudut negatif mahupun positif.

"Kalau ia dibatalkan tanpa kita mengetahui hasilnya, apa yang kita akan rumuskan adakah debat itu terus mengelirukan masyarakat, menimbulkan ketegangan atau sebaliknya," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang menerima makluman melalui sistem pesanan ringkas (sms) tentang pembatalan itu turut memberitahu, persiapan bagi debat telah pun dilaksanakan termasuk jemputan dan juga fakta-fakta yang akan dibentang pada program tersebut.

Sehubungan itu,, beliau bersedia untuk hadir jika ada mana-mana pihak yang sudi menganjur dan menjemput beliau dalam membincangkan isu tersebut jika perkara itu dapat menguraikan kekeliruan yang ada.

"Perkara yang baik sepatutnya diteruskan dan jika ada mana-mana pihak jemput saya sebagai pendebat, saya akan hadir.

"Kita kena perjelaskan dan menyelesaikan kekeliruan yang ada sekarang ini, bukan untuk bergaduh ataupun menunjuk siapa yang hebat tetapi kita mahu mencari penyelesaiannya," sambung beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah Allah antara beliau dengan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang dijadualkan hari ini (27 Januari) terpaksa dibatalkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dalam satu kenyataan berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. - Muhammad Faizal/ 27/1/14


Respons lanjut Noh yang menegaskan mahu meneruskan debat tersebut di sini.

Tiada ulasan: