Nuffnang

Pengikut

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


1 dah jumpa ...

Posted: 06 Oct 2013 07:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Senjata api polis yang dilaporkan hilang menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidaklah jatuh ke tangan penjenayah namun ianya berkemungkinan hilang disebabkan jatuh ke dalam laut dan sebagainya... Kata KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kpn-senjata-api-yang-hilang-tidak-jatuh-kepada-penjenayah-23119?cp
............................................................
One of the 44 missing guns which the auditor-general could not find during an audit on the police firearms inventory has been accounted for... it was stolen from a policeman by a snatch thief.
Federal Special Task Force (Operations and Counter-Terrorism) director Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun said the incident was classified as unintentional negligence as the policeman had been threatened by the snatch thief ...
Read more at: http://news.malaysia.msn.com/malaysia-news/one-down-43-to-go-one-of-my-men-reported-his-gun-was-stolen-says-police-task-force-director

dollah yankee -
Baru jumpa 1, lagi 43 masih dok cari ...

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Just how did Zahid threaten the media?

Posted: 06 Oct 2013 09:13 PM PDT

Gagal di panggung, Tanda Putera jadi wayang pacak Felda

Posted: 06 Oct 2013 07:55 PM PDT


Tanda Putera Jadi wayang Pacak FELDA
[BH] Bandar Seri Jempol: FELDA akan menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera, kepada penghuni 317 tanah rancangan di seluruh negara, menerusi Kembara Wayang Padang yang bermula, malam kelmarin.

Audit: AirAsia enggan berpindah

Posted: 06 Oct 2013 07:54 PM PDT

Syarikat Penerbangan AirAsia masih enggan berpindah dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Terminal 1 KKIA, walaupun kerja naik taraf Terminal 1 selesai pada Mac 2010.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, pada awalnya AirAsia bersetuju untuk kembali beroperasi di Terminal 1 pada 1 Julai 2011 sekiranya segalanya selesai, tetapi sebaliknya berlaku.

"Pembinaan Terminal 2 merupakan langkah sementara bagi mengelakkan kesesakan di Terminal 1 yang sedang dalam proses naik taraf.

"Justeru, mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha pada 24 Februari 2011 memutuskan supaya AirAsia berpindah apabila semua kerja penambahbaikan itu siap," lapor Ketua Audit Negara.

Pada pendapat audit, kementerian, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airports Holding Berhad hendaklah tegas serta konsisten dalam perkara ini serta pelan tindakan mengenai pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi agar syarikat penerbangan tambang murah itu berpindah dipatuhi.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: Pengurusan wang Planetarium Melaka lemah

Posted: 06 Oct 2013 07:52 PM PDT

Prestasi kewangan Planetarium Melaka Sdn Bhd (PMSB) kurang memuaskan dan pengurusannya lemah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengauditan yang dijalankan dari bulan April hingga Jun 2012 mendapati PMSB memperoleh keuntungan bersih bagi tahun 2009 dan 2011 masing-masing sejumlah RM578 dan RM175,200 manakala bagi tahun 2010 mengalami kerugian sejumlah RM136,139.

"Secara keseluruhannya prestasi kewangan PMSB adalah kurang memuaskan kerana mengalami kerugian pada tahun 2010 sementara keuntungan pada tahun 2011 adalah kerana bantuan kewangan yang diperoleh daripada Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) sejumlah RM378,036.

"Keuntungan terkumpul PMSB pada akhir tahun 2011 adalah berjumlah RM26,557," kata laporan itu.

Semakan Audit mendapati Sistem Pengeluar Tiket Berkomputer dengan kos RM70,000 gagal mengeluarkan tiket berkomputer kepada pengunjung.

"Sistem gagal mengeluarkan tiket berkomputer kepada pengunjung mulai 31 Disember 2011.

"Semakan Audit selanjutnya mendapati sistem hanya dapat berfungsi sepenuhnya selama lima hari pada Januari 2012 dan 11 hari pada bulan Februari 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Selagi BN tidak mengaku boros, selagi itu masalah berlarutan

Posted: 06 Oct 2013 07:51 PM PDT

Timmy Say

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat mereka di 2013 ialah untuk mengurangkan defisit bajet ke paras 3.5% di 2014 daripada 4%.

Jika betul itu adalah niat Najib, dan selaku Menteri Kewangan, beliau perlu memastikan jumlah pembelanjaan operasi kerajaan tidak lagi ditambah tanpa perlu.

Jika betul pengurangan defisit bajet itu adalah sasaran utama kerajaan Najib, selaku Perdana Menteri, beliau harus menunjukkan contoh yang sesuai.

Tapi tidak.

Selepas menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen untuk RON95 dan diesel, kerajaan pimpinan Najib meminta lagi bajet tambahan sebanyak RM14 bilion di Dewan Rakyat.

Sudah tentu, kerajaan BN mengharapkan rakyat terlupa bahawa di bulan Julai, kerajaan BN telah meminta bajet tambahan sebanyak RM13 bilion.

Jadi jumlah yang diminta ialah RM27 bilion dalam tempoh kurang 3 bulan. Menakjubkan, ke mana semua duit itu nak dibelanjakan?

Kerajaan juga berkata mereka terpaksa mengurangkan subsidi minyak demi kesejahteraan ekonomi, tapi kerajaan tidak pernah memaklumkan pada rakyat bagaimana duit lebihan daripada untung jual minyak kerana harga tinggi minyak di pasaran dunia telah dihabiskan.

Semasa "mengurangkan subsidi minyak" (bukan menaikkan harga minyak mengikut kata timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan), Najib berkata kerajaan bakal dapat berjimat sebanyak RM1.1 bilion untuk bulan-bulan yang tertinggal di 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Politik ala-Azizan menghantui PAS

Posted: 06 Oct 2013 07:47 PM PDT

Juhaidi Yean Abdullah

Penghargaan yang dicurahkan kepada tokoh berjasa adalah sesuatu yang lazim, apatah lagi bagi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan suka berseloroh. Namun, apabila mereka yang diketahui memusuhi beliau juga memberi pujian, timbul rasa pelik dan mual. Sepanjang menjadi Menteri Besar (MB) Kedah mulai 9 Mac 2008, musuh beliau tidak henti-henti menghentam peribadinya, memburukkan nama dan mensabotaj tugasnya. Beberapa kali mereka berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau, namun tidak berjaya.

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai MB, Azizan memberitahu rakyat untuk 'kalih' kerajaan negeri yang diterajui PAS jika ia tidak bagus. Tapi tidak dijangka beliau bahawa yang beriya-iya menukarkannya ialah pemimpin PAS Kedah sendiri, yang berasakan Azizan tidak berkesan kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi dan selalu uzur. Kumpulan yang sering berkomplot ini juga tidak gemar dengan sikap Azizan yang tidak bermusuh dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

Mempertahankan dirinya, Azizan menegaskan: "Budaya orang Kedah cukup terbuka. Suka bergurau, suka berkawan. Ini jugalah yang berkembang di antara Umno dan PAS. Masa kita jadi pembangkang, kita baik dengan Umno. Mereka pun baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun, kita baik dengan mereka. Biar rakyat terima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada. Kalau perlu, kita boleh bekerjasama dengan Umno. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka."

Bersikap rendah diri

Bagi ahli PAS yang menganggap Umno seteru, pendirian Azizan tidak boleh diterima. Kata Ahmad Lutfi Othman yang mengenali Azizan: "Stylenya low profile, tidak sensasi macam Datuk Nik Aziz Nik Mat. Azizan tidak suka pertembungan dan gemar jauhi konflik apabila berdepan Kerajaan Pusat. Hubungan baiknya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) mengundang pelbagai tafsiran. Azizan tidak jadikan pemerintahan BN terdahulu sebagai sasaran. Sikap hati-hati dan toleransi menyebabkan ahli PAS tidak puas hati."

Pemimpin PAS Kedah yang tidak puas hati bercampur keinginan memenuhi cita-cita politik peribadi turut memperbesarkan kelemahan Azizan dan pentadbirannya. Ini termasuk isu pencerobohan hutan di Baling, Kubang Pasu dan Tasik Pedu, pelesenan pusat hiburan dan masalah kewangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta kebajikan pensyarah dan pelajarnya. Isu pembelian 500,000 saham Felda Global Ventures oleh kerajaan negeri, ahli PAS kutuk Azizan sebagai kabur, keliru dan kosong. Dalam kes kenaikan tarif air pula, mereka sanggup mengadakan demonstrasi dan protes di depan pejabat Menteri Besar.
Read More / Baca Lagi >>

HUTANG KRONI YANG DIBIARKAN....!!!

Posted: 06 Oct 2013 07:27 PM PDT

Hutang kroni dibiarkan. Hutang rakyat dicari sampai ke lubang cacing.

Ini lah kerajaan umno bn.

Audit: Tak pelik Umno BN memang boros, rasuah

Posted: 06 Oct 2013 07:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Laporan tahunan Ketua Audit Negara seperti kebiasaannya penuh dengan pendedahan sensasi namun ianya tidak mengejutkan dengan mengambilkira sifat pemerintah Umno BN yang boros, tidak cekap dan rasuah.

"Ketidakcekapan dan ketirisan sebeginilah yang menyebabkan kerajaan saban tahun, tanpa segan silu, memohon belanja tambahan sehingga menjadikan situasi defisit fiskal negara semakin parah," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Malah, katanya untuk tahun 2013, pemerintah memohon RM14.12 billion belanja tambahan, hatta sistem perakaunan kerajaan (Saga) yang sepatutnya digunakan untuk mencatat perbelanjaan pun turut disebut Ketua Audit Negara berdepan masalah.

Menurutnya, antara yang paling membimbangkan, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di dalam syarikat Time dotCom (TdC) Berhad berjumlah sehingga RM209 juta.

Beliau berkata, menggunakan wang amanah pencen pesara untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang pasaran sedia maklum bermasalah merupakan satu keputusan yang membingungkan.

"Sekarang, pelaburan ini mencatatkan kerugian besar. Maka siapa yang harus bertanggungjawab?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014?

Posted: 06 Oct 2013 06:54 PM PDT


Harga Roti Canai Naik
Perkara telah berlaku. Berkemampuan atau tidak, rakyat Malaysia tetap mesti menghadapi lonjakan kenaikan harga barang dan makanan di Malaysia. Belum termasuk lagi kenaikan harga rumah 10% = RM30,000 (DI SINI). Semuanya…..
Semuanya dek kerana kerana pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia (RON 95 & diesel) bulan September lepas.
Seperti biasa & telah dijangka peniaga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama "memeriahkan lagi" lonjakan & gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia ketika ini. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan atas nama kenaikan harga minyak RON 95 & diesel dengan menaikkan harga makanan & minuman sehingga ke paras 20%. Patutkah?

Harga Makanan Naik 0.1%? Realiti @ Fantasi?

Kenaikan Harga Barang 2013
  • Berlainan pula dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek yang hanya menjangkakan harga makanan akan naik 0.1% sahaja.
  • Realitinya yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?
Nampaknya kerajaan Malaysia & menteri yang terbabit tidak belajar daripada kesan rantaian yang berlaku dek kerana pengumuman harga minyak sebelum ini. Malahan kalangan penganalisis dari firma penyelidikan tempatan bersependapat, andaikata harga minyak diturunkan pada bulan depan sekalipun harga barang & makanan tidak akan kembali normal seperti biasa.
Datuk Seri Najib Razak memohon (SEPERTI DI BERITA INI) kalangan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang & makanan. Tetapi….hakikatnya berapa ramai yang mendengar saranan Perdana Menteri?
Read More / Baca Lagi >>

Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup. Tersenarai 5 Terbaik Di Dunia!

Posted: 06 Oct 2013 06:53 PM PDT

Penyeludupan Rokok Malaysia
Nampaknya "ubat batuk" kalangan perokok tegar di Malaysia telah naik (SEPERTI DI SINI). Berapa ramai kalangan rakyat Malaysia terus setia berada dalam kumpulan ini walaupun harga rokok telah naik bermula minggu lepas?
Berkesankah langkah menaikan harga rokok atas nama mengekang kadar penyeludupan yang semakin berleluasa di Malaysia?
Melihatkan sudut gambaran yang lebih Besar, Berita Semasa merasakan sememangnya adalah menjadi hak kerajaan Malaysia samada untuk melaksanakan kenaikan duit eksais ke atas rokok di Malaysia. Tetapi….
Tetapi persoalannya sekarang ini adalah kenaikan harga rokok di Malaysia sehingga 14% mencapai matlamat yang diidamkan kerajaan Malaysia? Samada :
  1. Kerajaan lebih memikirkan habuan yang bakal diterima dek kerana kenaikan cukai eksasi terhadap rokok ataupun…
  2. Mahu membendung gejala penyeludupan yang terus bersarang di Malaysia ketika ini?
  3. Risau mengenai kesihatan rakyat Malaysia (KLIK SINI)

Rokok Cukai VS Rokok Seludup @ Rokok Halal VS Rokok Haram

Walaubagaimanapun, realiti yang berlaku apabila rakyat Malaysia dilihat telah beralih arah dan lebih gemar menghisap "rokok seludup"
  1. Harga "rokok haram" @ rokok yang diseludup @ rokok yang tidak membayar cukai eksais adalah sekitar RM5 sahaja
  2. Harga rokok halal @ rokok yang bayar cukai eksais dijual di Malaysia pada harga RM12
  3. Apa pilihan perokok?

Duti Cukai Eksais Rokok : Meningkat 14% Tahun 2013. Kesannya? 

Semakan Berita Semasa menunjukkan di sini untuk beberapa tahun terkahir ini telah berlaku kenaikan duit eksais terhadap rokok. Antaranya :
  1. Kenaikan duit eksais rokok : 15% (tahun 2010)
  2. Kenaikan duit eksais rokok : 19% (tahun 2008)
  3. Kenaikan duit eksais rokok : 25% (tahun 2007)
  4. Kenaikan duit eksais rokok : 170% (tahun 2004)
Harga Rokok Seludup
Dan setiap kali berlakunya kenaikan harga rook di Malaysia, setiap kali itulah kegiatan penyeludupan rokok ke Malaysia terus melonjak.
Sehingga Berita Semasa tertany-tanya mengapa langkah pengawasan dan pencegahan pihak berkuasa begitu longgar?
Walaupun negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala penyeludupan rokok, malangnya Jabatan Kastam masih belum menemui "penawar" & masih kelihatan lesu bertempur dengan kalangan sindiket penyeludupan di Malaysia.

Statistik Lonjakan Rokok Seludup di Malaysia

Read More / Baca Lagi >>

Bajet Tak Lulus: AS terus buntu

Posted: 06 Oct 2013 06:46 PM PDT

AS buntu
SEHINGGA kini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) masih lumpuh selepas Kongres (Dewan Rakyat) gagal meluluskan Bajet Khas Persekutuan berikutan perbalahan berhubung rang undang-undang Penjagaan Kesihatan Obama (Obamacare).

Kegagalan fungsi kerajaan itu pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.

Rumah Putih dipimpin Parti Demokrat dan parti pembangkang, Parti Republikan masih gagal mencari penyelesaian untuk membolehkan Bajet Khas Persekutuan diluluskan susulan rang undang-undang penjagaan kesihatan berkenaan.

Presiden Barack Obama menuduh parti konservatif yang mendominasi Dewan Perwakilan melancarkan 'perang ideologi' dengan menjadikan bajet khas itu sebagai tebusan untuk membatalkan rang undang-undang penjagaan kesihatan.

"Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Saya mahu semua rakyat AS faham kenapa ia berlaku. Parti Republikan menyebabkan kerajaan lumpuh hanya kerana mahu menafikan penjagaan kesihatan sepatutnya dinikmati berjuta rakyat AS," katanya.

Pada masa sama, Speaker Dewan Perwakilan daripada Parti Republikan, John Boehner berkata, Obama melaksanakan polisi 'kemusnahan' kerana enggan berunding, ketika penyelesaian segera semakin kabur.

"Parti Demokrat tidak mahu terlibat dalam rundingan dua pihak," katanya.

Kebuntuan politik berlarutan apabila pemimpin majoriti daripada Parti Demokrat yang mendominasi Dewan Senat, Harry Reid menolak cadangan Dewan Perwakilan untuk melantik dua wakil rasmi bagi mencapai penyelesaian berhubung isu tersebut.

Tindakan nekad

Read More / Baca Lagi >>

Penahanan tanpa bicara kembali!

Posted: 06 Oct 2013 06:41 PM PDT

SYAHREDZAN JOHAN

AH, penahanan tanpa bicara! Kamu kembali ke pangkuan kami, setelah setahun lebih menghilangkan diri. Setelah dimansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), setelah terhentinya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan
Mencegah Jenayah) apabila Parlimen menamatkan pengisytiharan darurat, kami ingat kamu sudah meninggalkan kami.

Ya, mungkin masih ada penahanan tanpa bicara di bawah Akta Dadah Berbahaya, tetapi dua daripada tiga triniti zalim undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara sudah tiada lagi. Baru kami berhasrat untuk meraikan hak-hak dan kebebasan kami yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan, kau muncul kembali, melabuhkan bayang-bayang kamu ke atas kami.

Siapa sangka kau datang dengan rang undang-undang pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA)? Ya, mungkin ada suara-suara dan desakan-desakan supaya kau kembali, atas alasan jenayah perlu diperangi dengan menahan tanpa bicara, tetapi bukankah kita telah berkali-kali diberitahu oleh bapak dan ibu menteri serta memanda penasihat undang-undang negara bahawa semangat Ordinan Darurat tidak akan kembali? Kami bersangka baik, kadar jenayah tidak akan dijadikan alasan untuk menjemput kamu kembali. Tersasar sangkaan kami, rupanya, nah kamu kini muncul semula.

Mengikut trend Dewan Rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rang undang-undang yang membawa kamu semula diluluskan seminggu selepas ia dibentang. Tiada rundingan bermakna yang berlangsung, hanya seforum dua bagi melepaskan batuk di tangga. Jam Dewan Rakyat 'dihentikan', cemeti parti dilibas bagi memastikan ahli-ahli Dewan mengundi mengikut apa yang ditentukan oleh parti. Luluslah rang undang-undang ini di Dewan Rakyat, kini menanti apa yang sudah pasti iaitu kelulusan Dewan Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Tanggang moden terima hukuman

Posted: 06 Oct 2013 06:26 PM PDT

Tanggang moden terima hukuman  
Seorang rakan yang menemani Nasrun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam, membantu menutup wajah Nasrun dengan jaket bagi mengelak dirakam media.
KUALA TERENGGANU - "Yang Arif, saya ingin bertanya adakah dia (Nasrun) bersalam memohon maaf di hadapan Yang Arif kerana benar-benar insaf atau sekadar lakonan di dalam mahkamah?

"Yang Arif, kalau dia betul-betul ingin minta maaf, kenapa sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya apa lagi bersalam dengan saya... saya duduk di situ berapa lama, tapi dia buat tak tahu saja... kenapa baru hendak  bersalam selepas disuruh oleh mahkamah... saya reda memiliki anak seperti ini, saya reda dia dipenjarakan," kata Mustafa Ismail, 67, dalam nada hampa.

Mustafa meluahkan rasa kecewa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Rosdi Harun, semalam, dalam permohonannya agar memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran di atas tindakannya mengabaikan nafkah terhadap kedua ibu bapa dan dua anaknya yang dipelihara Mustafa.

Terdahulu, Rosdi memerintahkan agar Nasrun bersalam dengan Mustafa susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya itu, selepas memberi tempoh selama satu jam bagi kedua belah pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Rosdi menangguhkan prosiding selepas mendengar alasan Nasrun yang tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa dia tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.

Buat pertama kalinya selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa terhadap anaknya Nasrun pada 2010, pengurus sebuah syarikat cari gali minyak itu muncul di mahkamah semalam, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bulan lalu.

Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun yang sebelum ini digelar 'Si Tanggang Moden' membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam, manakala jumlah yang masih tertunggak iaitu RM11,000 perlu dijelaskan secara ansuran sebanyak RM1,000 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: JKR, JTS kurang pantau projek

Posted: 06 Oct 2013 06:24 PM PDT

Pengurusan Perkhidmatan Perunding di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri  didapati tidak memuaskan, lapor Ketua Audit Negara 2012.

Hasil laporan itu mendedahkan kurangnya pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan  Jabatan Tanah dan Survei (JTS) terhadap kerja yang dilaksanakan oleh perunding menyebabkan 59 daripada 225
projek yang dijalankan oleh dua agensi itu  gagal disiapkan mengikut jadual.

Ini termasuklah projek Skrang Water Supply dan Pakan Water Supply.  Selain itu juga,  50 projek lewat disiapkan dan sembilan projek  atau empat peratus daripada jumlah ini berstatus terbengkalai.

Menurut laporan tersebut, tempoh 2010 sehingga 2012, sebanyak RM529.68 juta digunakan untuk perkhidmatan perunding bagi 360 projek di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri yang secara keseluruhannya bernilai hampir RM8.96 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

PRU guna Harta Kerajaan, Pemilihan UMNO pun guna Harta Kerajaan ke Datuk Seri?

Posted: 06 Oct 2013 06:19 PM PDT

Minggu lalu pencabar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail mendakwa Khairy Jamaluddin menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.

Bagaimanapun dakwaan atau tuduhan itu telah disangkal oleh Khairy, beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.

"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya lapor The Malaysian Insider.

Khairy nafikan menggunakan Kementerian yang diterajuinya untuk berkempen..

Ini pula satu lagi dakwaan oleh individu yang telah diangkut ke sebuah majlis yang Menterinya turut bertanding sebagai calon bagi Ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO bagi 2013 ini..

Baca laporan ini dulu...

SERDANG: Persepsi bahawa sektor pertanian masih di takuk lama dan kotor menyebabkan hanya 15 peratus golongan belia menyertai bidang itu, walaupun ia penyumbang ketiga terbesar ekonomi negara.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Perunding Agropreneur yang baru ditubuhkan membolehkan belia mencetuskan idea dan pandangan kreatif untuk melonjakkan sektor pertanian.

"Bagi menyuntik minat kumpulan sasaran, MOA melalui kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan pelbagai program seperti MYAGROSIS yang boleh menjana pekerjaan serta peluang menjalankan aktiviti keusahawanan berasaskan pertanian.

"Selain itu, transformasi dalam bidang pertanian perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor ini melalui 'jihad memerangi orang tengah' kerana sebelum ini walaupun pelbagai bantuan disalurkan kepada petani, taraf hidup mereka tidak berubah.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: PNK guna diesel bersubsidi lebih kuota

Posted: 06 Oct 2013 05:36 PM PDT

Lapan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) diselia Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)  menggunakan diesel bersubsidi melebihi kuota ditetapkan kerajaan.

Laporan Audit 2012, mendapati 55 transaksi penjualan diesel dari lapan PNK melebihi kuota ditetapkan iaitu sebanyak 165,474 liter, setelah membuat semakan terhadap senarai vesel Kegunaan Diesel
Bulanan e-NSMS bagi bulan April sehingga Disember 2012.

"Lebihan penggunaan subsidi diesel itu melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perlis. Ini berlaku disebabkan transaksi jualan secara manual lewat dimasukkan ke dalam sistem e-NSMS menyebabkan baki kuota  tidak dikemas kini.

"Keadaan sebegini boleh mengakibatkan penyalahgunaan diesel bersubsidi berlaku,"katanya.

Berdasarkan analisis audit terhadap Sistem e-NSMS dengan menggunakan perisian  Audit Command Language (ACL) mendapati 2,002 transaksi dijual pada harga RM1.80 per liter kepada vesel Zon C2 tetapi dijual dengan harga RM1.25 per liter.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Ibu enam anak belum pulang, bapa telah dipujuk penduduk..!!

Posted: 06 Oct 2013 05:34 PM PDT


Ibu enam anak belum pulang  
Keadaan rumah didiami enam beradik berkenaan yang tidak terurus
KUALA SELANGOR - Masih tiada berita mengenai ibu kepada enam kanak-kanak yang ditinggalkan kelaparan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, di sini, kelmarin.

Penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, sehingga kini masih tiada khabar mengenai wanita itu tetap, bapa mereka sudah pulang sebaik dipujuk penduduk.

"Penduduk pun ambil berat masalah keluarga itu dan sentiasa menjenguk bila ibu bapa mereka asyik hilang. Saya pun sedih bila ada ibu bapa yang sanggup buat seperti itu kepada anak mereka.

"Alhamdulillah, nasib anak-anak itu nampaknya dibela bila ada individu yang sudi untuk menjaga sementara waktu dan ada pihak dari kerajaan negeri yang melihat keadaan rumah itu," katanya.

Bagi Hasiah Saat, 53, dia sudah menganggap tiga anak malang yang diambil sejak kelmarin itu seperti cucu sendiri dan kasihnya tidak berbelah bagi.

"Alhamdulillah, sepanjang menjaga mereka cukup mudah seolah-olah mereka memahami keadaan yang berlaku. Nak tidur pun senang tidak ada yang merengek tengah malam.

"Saya pun senang melihat mereka terjaga makan minum, pakaian dan keperluan lain berbanding saat mereka ditemui dengan pakaian agak comot.

Read More / Baca Lagi >>

Zionis Laknatullah: ‘Tebing Barat milik Israel selama-lamanya’

Posted: 06 Oct 2013 05:25 PM PDT

'Tebing Barat milik Israel selama-lamanya'TEBING BARAT - Bandar Tebing Barat didakwa berada di bawah kawalan Israel buat selama-lamanya.

Menurut laporan PIC, kenyataan itu disuarakan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel selepas mendakwa kawasan di Shilafim telah pun diterokai sepenuhnya oleh Israel.

"Semua kawasan terletak di sebelah barat Sungai Jordan dimiliki Israel dan ia akan terus berada di bawah kawalan Israel selama-lamanya," katanya.

Menurutnya, pengesahan itu dilakukan selepas mendakwa pegawai Pihak Berkuasa Palestin menawarkan konsesi dalam rundingan keamanan antara Palestin-Israel untuk mencari penyelesaian penerokaan tanah haram.

Penganalisis bagaimanapun berpendapat, kenyataan itu membuktikan bahawa pemimpin Israel tidak berminat dalam proses keamanan dan mereka hanya mahu membuang masa untuk melanjutkan rundingan penerokaan tanah haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Dunia Akhir Zaman: Ada Pula Kilang Pengeluar 'Anak Haram'...

Posted: 06 Oct 2013 05:22 PM PDT

null
Dailymail: Dr Nayna Patel bersama wanita-wanita yang sewakan rahimnya

INI,berita seram dari India. Sebuah 'kilang bayi' pertama di dunia sedang dibangunkan. Tempat itu akan menjadi rumah bagi ratusan perempuan miskin yang dibayar untuk mengandung dan melahirkan anak-anak bagi pasangan kaya, terutama pasangan dari Eropah dan Amerika, yang tidak boleh hamil.

Dalam tempat ini,  calon orangtua boleh mengirim sperma (embrio) ke sebuah premis di mana seorang perempuan kemudian disewa rahimnya untuk mengandung dan melahirkan anak, sebelum kemudiannya, pihak orangtua datang untuk menjemput anak mereka yang baru lahir.

Klinik yang bernilai multi-juta dollar itu akan dilengkapi apartemen bagi pasangan kaya yang datang berkunjung, satu tingkat untuk para 'surogate mother' (perempuan yang disewa rahimnya untuk mengandung bayi orang lain dengan iseminasi buatan), pejabat, bilik bersalin, sebuah departemen IVF, bahkan restoran serta kedai suvenir.

Doktor di balik klinik pengembangan berteknologi tinggi itu adalah Nayna Patel, menjalankan sebuah klinik yang menampung sekitar 100 perempuan hamil dalam satu rumah. Patel membayar setiap perempuan yang disewa rahimnya dengan tarif USD 8,019 dollar dari orangtua yang mengharapkan anak.
Read More / Baca Lagi >>

Audit memanusiakan manusia - RIDHUAN TEE ABDULLAH

Posted: 06 Oct 2013 05:17 PM PDT

SEJAK dahulu lagi saya tidak suka dengan angka. Sebab itu, saya tukar aliran sains kepada sains sosial (sastera) sehinggalah menjejak kaki ke universiti dan membuat pengkhususan dalam bidang pengajian strategi, politik dan kerajaan.

Itu bukan bermakna, orang sains sosial kurang cerdik seperti orang sains. Cuma, minat berbeza. Semua bidang sama penting.

Kedua-dua bidang ini saling memerlukan, ibarat isi dengan kuku. Tanpa bidang sains sosial, bidang sains akan menjadi pincang. 

Ingatan saya kepada semua, jangan terlalu obses kepada sains sehingga terlupa kepentingan sains sosial. Siapakah yang boleh kita harapkan untuk memberi jawapan kepada laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini, yang menakutkan saban tahun.

Antara perkara pelik boleh dikatakan yang didedahkan kali ini adalah laporan makanan luput tarikh dalam stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis.

Perbelanjaan RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter. Kerugian RM38,000 untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan.

Terdapat GLC yang rugi tetapi dapat bonus. Jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3,810. Bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati.

Sebenarnya banyak lagi 'penyelewengan' yang didedahkan. Cukuplah setakat ini saya ringkaskan. Walaupun penjelasan telah diberikan, 'penyelewengan dan pembaziran' tetap berlaku.

Semua masalah ini berpunca daripada manusia, pengguna teknologi. Harapkan pegar, pegar makan padi. Manusia menjadi rakus apabila mendapat kuasa. Tidak ada rasa God fearing.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Enam beradik ditinggal kelaparan

Posted: 06 Oct 2013 05:14 PM PDT

Enam beradik ditinggal kelaparan  
Kanak-kanak malang yang ditinggalkan ibu bapa mereka lebih 24 jam.
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
"Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
"Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Read More / Baca Lagi >>

Kembalikan pengaruh ulama Pas - Nakhaie Ahmad

Posted: 06 Oct 2013 05:12 PM PDT

Nakhaie Ahmad 
ISU kedudukan ulama dalam Pas kini jadi polemik setelah resolusi multaqa ulama di Alor Setar baru-baru ini yang minta tahaaluf siyaasi dengan PKR dikaji semula, ditolak oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Susulan itu, muncul kecurigaan bahawa kedudukan ulama Pas kini semakin terhakis dalam keadaan parti itu kian didominasi oleh mereka yang bukan ulama, daripada kalangan profesional dan aktivis yang ditambah satu lagi darjat kecurigaan terhadap mereka, dikatakan proksi pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi menilai semula senario ini - apakah ia baik untuk Pas atau memudaratkan lagi parti itu.

Sinar Harian mendapatkan pandangan Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden Pas sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk merangka draf pindaan  perlembagaan baru parti itu yang memartabatkan konsep kepimpinan ulama pada 1982.

Nakhaie juga, dalam kenyataannya kepada wartawan NURULFATIHA MUAAH dan jurufoto, ZULFADHLI ZAKI menegaskan bahawa kuasa tertinggi dalam parti politik seperti Pas adalah muktamar atau mesyuarat agung, bukan presiden atau jawatankuasa.

Jika ahli akar umbi Pas mahu kedudukan ulama diperkasakan semula, mereka harus memanfaatkan peluang menerusi muktamar agung ke 59 pada 22 hingga 24 November ini untuk menyatakan pendirian bagi memastikan hala tuju Pas sebagai  parti yang memperjuangkan Islam, tidak berubah haluan.

Muktamar Pas berlangsung November ini, apa yang perlu mereka fokuskan?
Mereka kena bincang soal perpaduan antara orang Islam dalam negara dan tidak menjadikan soal kepentingan perpaduan orang Islam itu sebagai isu perbalahan politik.

Semua parti politik Islam mesti akur bahawa perpaduan ini penting untuk keselamatan bagi memastikan mereka berkuasa di negara ini.

Jadi soal perpaduan harus difikirkan melampaui matlamat politik kepartian.

Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz mahu jadi naib presiden sebelum Umno “kecundang” dalam PRU14

Posted: 06 Oct 2013 05:07 PM PDT

Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?

"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.

Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Bini Mat Yo: Pak guard Azman jadi selebriti

Posted: 06 Oct 2013 05:04 PM PDT

The flames of war in Homs

Posted: 06 Oct 2013 05:02 PM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kerajaan bazir lebih RM15 juta taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan

Posted: 06 Oct 2013 03:59 PM PDT

Kerajaan bazir lebih RM15 juta taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan

Perbelanjaan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi "Front of Shirt Sponsorship" adalah tidak wajar dan membazir.
Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan (gambar) untuk tempoh setahun.

Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.
vinni-tan_getty_2645418bMungkin perbelanjaan tersebut menjurus kepada bantuan kerajaan yang disalurkan kepada ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang memiliki secara langsung Kelab Bola Sepak EPL Cardiff City tersebut. Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff.
Peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pembantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, sdr Faisal Mustaffa 0172002944 atau emel faisal.mustaffa@rocketmail.com


Rujukan:

Jawapan pertanyaan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan di Dewan Rakyat pada 24 September 2013
Soalan:

YB Tuan Hee Loy Sian minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan

b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.

Jawapan: 

Datuk Seri Mohamed Nzari Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Tuan Yang di-Pertua,

a) Kos keseluruhan bagi menaja "Front of Shirt Sponsorship" ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.

Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:

i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;

ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan

iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.
Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.

b) Melalui penajaan jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong.

Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia.

OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim

Posted: 06 Oct 2013 03:56 PM PDT

OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim

(Oleh: Masdar Wahid)
KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian  selepas Pengarah JKM Daerah Kulim enggan menemui  mereka dan menunggu lebih sejam.


OKUKatanya, memorandum itu berhubung kemudahan OKU di pejabat JKM berkenaan yang didakwa tidak memuaskan hingga menyusahkan mereka untuk berurusan.
Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150 hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang mesra.


"Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas.

"Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu.


"Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respon mengenainya," katanya yang menyifatkan tindakan JKM itu sebagai zalim.


Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu.


Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk hadir.




GoMalaysian

0
sumber :-

GoMalaysian


‘Tebing Barat milik Israel selama-lamanya’

Posted: 06 Oct 2013 05:50 PM PDT

TEBING BARAT - Bandar Tebing Barat didakwa berada di bawah kawalan Israel buat selama-lamanya.

Menurut laporan PIC, kenyataan itu disuarakan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel selepas mendakwa kawasan di Shilafim telah pun diterokai sepenuhnya oleh Israel.

"Semua kawasan terletak di sebelah barat Sungai Jordan dimiliki Israel dan ia akan terus berada di bawah kawalan Israel selama-lamanya," katanya.

Menurutnya, pengesahan itu dilakukan selepas mendakwa pegawai Pihak Berkuasa Palestin menawarkan konsesi dalam rundingan keamanan antara Palestin-Israel untuk mencari penyelesaian penerokaan tanah haram.

Penganalisis bagaimanapun berpendapat, kenyataan itu membuktikan bahawa pemimpin Israel tidak berminat dalam proses keamanan dan mereka hanya mahu membuang masa untuk melanjutkan rundingan penerokaan tanah haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


RUMAH BILIK TEMPAT TINGGA:L HAK ASASI

Posted: 06 Oct 2013 07:00 AM PDT



Kaji semula matlamat pembangunan bandar dan hak memiliki rumah untuk semua warga Malaysia sempena Hari Habitat Sedunia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah menetapkan hari Isnin yang pertama dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai " Hari Habitat Sedunia " (World Habitat Day). Objektif untuk Hari Habitat Dunia adalah untuk membincangkan keadaan bandar-bandar dan masalah-masalahnya dan juga memastikan semua warga dunia menikmati hak-hak asasi mereka dengan sekurang-kurangnya memiliki sebuah rumah yang selesa. Hari Habitat Sedunia tahun ini jatuh pada 7 Oktober 2013 dengan tema "Pengangkutan Bandar ".

Sebagai sebuah negara yang membangun , kerajaan kita seharusnya memandang serius tentang peringatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sempena Hari Habitat Sedunia ini dengan berganding bahu dengan negara-negara lain untuk mencapai matlamat membangun sebuah bandar yang lebih baik,selesa, sejahtera serta memastikan bahawa semua rakyat menikmati hak asasi mereka untuk memiliki rumah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, keluarga orang muda menghadapi masalah untuk memiliki rumah. Kini ramai di antara orang muda terpaksa menanggung beban hidup yang berat termasuk memikul hutang kad kredit, membiayai pinjaman bank untuk kereta mereka dan sebagainya. Bagi mereka yang membeli rumah, mereka juga menjadi generasi hamba rumah yang terpaksa mengguna sejumlah besar pendapatan mereka untuk membiayai pinjaman bank.

Masalah yang dihadapi oleh orang muda dalam negara ini bukan sekadar beban hidup yang berat, malah tiada tempat untuk mereka tinggal. Malangya, kerajaan kita masih tidak memandang serius masalah-masalah ini dan mengambil initiatif untuk mencari penyelesaian demi kepentingan orang-orang muda dan masa depan negara.

Peningkatan harga hartanah boleh mencerminkan ekonomi yang berkembang pesat, tetapi kerajaan tidak boleh mengabaikan kebimbangan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah. Ramai keluarga yang tidak mampu memiliki rumah dan terpaksa sewa atau tinggal di kawasan setinggan. Hasil pembangunan negara tidak dinikmati oleh golongan besar rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, pengumuman kerajaan Pulau Pinang untuk membina kira-kira 20,000 unit rumah mampu milik untuk warganya memang dialu-alukan malah perlu dilaksanakan dengan lebih cepat bagi menampung keperluan yang kian hari kian meningkat di Pulau Pinang.

Pembangunan sebenarnya perlu mendatangkan manfaat kepada orang ramai khasnya golongan bawahan yang merupakan majoriti dalam masyarakat kita. Kerajaan perlu memastikan bahawa semua pembangunan perlu seimbang dengan sosial ekonomi setempat. Jangan sampai membenarkan pembangunan yang tidak terkawal sehingga menghalau rakyat yang sudah tinggal di atas tanah tersebut lebih 30 tahun seperti yang baru-baru ini di Kampung Hakka, Mantin serta Permatang Tok Suboh di Bukit Mertajam.

Pihak pemaju juga perlu memikul tanggungjawab untuk melindungi hak memiliki rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah dalam masyarakat ini, Dalam usaha mencari keuntungan, malah tanggungjawab sosial pemaju perlu dijalankan agar golongan ini tidak menjadi mangsa dalam pembangunan ekonomi.

Oleh itu, dalam zaman di mana jurang kekayaan dan kemiskinan yang semakin besar, tanggungjawab kerajaan adalah lebih berat agar rakyat tidak terpinggir atau ditindas oleh pemaju yang hanya mengaut keuntungan.

Marilah kita berjuang untuk hak rumah kepada semua rakyat serta melindungi rakyat bawahan yang susah.  

LEE KHAI LOON
ADUN MACHANG BUBUK
KETUA PENERANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)


-------

BAHAYA MAKANAN LAUT DARI JEPUN

Posted: 06 Oct 2013 12:30 AM PDT






LIHAT BAGAIMANA PENIPUAN BERJALAN
bayangkan teknoloji jepun gagal
bayangkan jepun pembuat kereta tersohor
jenama kereta tersohor
pengekspot kereta terbesar di dunia
dalamk hal nukelar jepun gagal
kini kita di asia tenggara dalam bahayta
makan ikan dari lautan teduh

KEMUDIAN
bayangkan malaysia mahu membuat loji nuklear
bayangkan keupayaan malaysia
yang hinnga kini 
masih gagal untuk
membuat  cermin tingkap kereta proton 



--------------

TUKAR TIUB DI BUKTKAN TEPAT DAN BENAR

Posted: 05 Oct 2013 11:30 PM PDT





TUKAR TIUB
DIBUKTIKAN BETUL TEPAT
dan BENAR
EEE MERATA RATA
Awas geng mamak dimana mana. Dari tukang sapu sampai ceo semua ada.politik takyah cerita lah ramai gila spesies ni. Bagi aku mereka semua sama kaki penipu putar alam.kalau kerja mesti bwk masuk kroni sebab tu susah jatuh dan mudah naik.jeng jeng jeng dah tahu siapa? Awasi diri anda agar tidak termakan jerat mamak...dia naik ....habis............... on TUKAR TIUB AKHIR NYA DIBUKTIKAN BETUL
Anonymous
on 10/5/13

EEE BERASAL DARI KASTA PARIA
Koh..Koh..Koh... EEE ini memang species bahaya...rela tukar identiti semata-mata nak tunjuk MEEELAYU lagi hebat dari MELAYU (sebab E yang banyak lagi hebat dari 1 E ..he..he..)..... maklumlah kalau nak dikaitkan dgan india

 ..depa ni rata rata dari golongan kasta Pa**a...jadi bila anak cucu dah duduk malaysia berlaku transformasi lah...macam sumpah sumpah tukar warna ikut persekitaran..... contoh: dalam cerita orang putih tahun 1996..

"Ransom" yang dilakonkan oleh Mel Gibson...ada watak polis saEEEkor yang sebenarnya adalah kepala geng yang menculik anak Mel Gibson....tapi bla polis cilaka saEEEkor ni dapat tahu yang penyamarannya mungkin terbongkar kerana siasatan yang rapi...si badigol ni tukar plot ..sanggup bunuh kawan kawan yang bersekongkol dgannya...dan kononnya jadi hero kerana dapat menyelamatkan anak itu..... 

oleh itu berwaspadalah dengan species begini.... tetapi pujian harus diberi juga kepada species ni pasai depa boleh yakinkan MELAYU yang walaupun dia nampak macam on TUKAR TIUB AKHIR NYA DIBUKTIKAN BETUL

INI BUKTI
MAHKLOK INI
IALAH SAEKOR EE
;-

------------

SALAKAN SAEKOR EE

Posted: 05 Oct 2013 10:00 PM PDT


SALAKAN SEKOR  EE



SAEKOR EE TAK FAHAM BAHASA INGGERIS

DAP's PJ Utara parliamentarian Tony Pua gets a ticking off from BN's Reezal Merican for a FB posting on Sept 29, calling the ROS and Malay daily Utusan 'Umno running dogs

Kepala Batas BN MP Reezal Merican hit out at Tony Pua over the DAP MP's Sept 29 Facebook posting labelling the Registrar of Societies (ROS) and Malay daily, Utusan Umno's running dogs.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.. APA KAH DIA ANJING BERLARI?.... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA SAEKOR EE INI MARAH... kah kah kah..

kah kah kah..ANJING BERLARI BUKAN ANJING... kah kah kah..

kah kah kah..ANJING BERLARI ERTINYA  BARUA... kah kah kah

woit..ITULAH SURAH BELJAR LARI... kah kah kah..

kah kah kah...MASUK UNIVERSITI BELAJAR MALAY STUDIES... kah kah kah

---------

PELIK TETAPI BENAR

Posted: 05 Oct 2013 08:00 PM PDT



 TUNGGU SAMPAI MURTAD
Polis bongkar makmal dadah
 di pangsapuri mewah
GEORGE TOWN 5 Okt. - Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah yang beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, di sini awal hari ini.
Ketika serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di tingkat tujuh dengan membawa dua beg.

Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.

Polis yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia serta peralatan memproses dadah.

Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... SEKALI BACA MACAM BERITA BIASA...kah kah kah..

kah kah kah...BACA SEKALI LAGI... kah kah kah...

kah kah kah..GUNAKAN FIKIRAN KETIKA MEMBACA...kah kah kah..

woit...MACAM MANA POLIS TAHU PENJAHAT KELUAR RUMAH..kah ..

 kah ..BUKAN SAJE KELUAR RUMAH.. TAHU BAWA DUA BEG...kah .

kah kah kah... POLIS TAHU JUGA JENIS KERETA... kah kah kah..

kah kah kah...POLIS NAMPK KE ORANG JAHAT INI?... kah kah kah

woit.. SOALAN... MANA PENJAHAT TAHU POLIS NAK DATANG...kah .

kah kah kah..INI JAM 1:00 PAGI... kah kah kah..

kah kah kah... BERAPA BANYAK KERETA PROTON MERAYAU ...kah kah
NOTA
selalu rampasan dadah dijalankan
bila rumah sudah kosong
kah kah kah

bila kereta bawa dadah ditahan
driber sempat lari dalam sawah
pelik tetapi benar
kah kah kah

----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT