RAKYAT MARHAEN |
- Just how did Zahid threaten the media?
- Gagal di panggung, Tanda Putera jadi wayang pacak Felda
- Audit: AirAsia enggan berpindah
- Audit: Pengurusan wang Planetarium Melaka lemah
- Selagi BN tidak mengaku boros, selagi itu masalah berlarutan
- Politik ala-Azizan menghantui PAS
- HUTANG KRONI YANG DIBIARKAN....!!!
- Audit: Tak pelik Umno BN memang boros, rasuah
- Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014?
- Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup. Tersenarai 5 Terbaik Di Dunia!
- Bajet Tak Lulus: AS terus buntu
- Penahanan tanpa bicara kembali!
- Boleh Land: Tanggang moden terima hukuman
- Audit: JKR, JTS kurang pantau projek
- PRU guna Harta Kerajaan, Pemilihan UMNO pun guna Harta Kerajaan ke Datuk Seri?
- Audit: PNK guna diesel bersubsidi lebih kuota
- Boleh Land: Ibu enam anak belum pulang, bapa telah dipujuk penduduk..!!
- Zionis Laknatullah: ‘Tebing Barat milik Israel selama-lamanya’
- Dunia Akhir Zaman: Ada Pula Kilang Pengeluar 'Anak Haram'...
- Audit memanusiakan manusia - RIDHUAN TEE ABDULLAH
- Boleh Land: Enam beradik ditinggal kelaparan
- Kembalikan pengaruh ulama Pas - Nakhaie Ahmad
- Mukhriz mahu jadi naib presiden sebelum Umno “kecundang” dalam PRU14
- Kerana Bini Mat Yo: Pak guard Azman jadi selebriti
- The flames of war in Homs
Just how did Zahid threaten the media? Posted: 06 Oct 2013 09:13 PM PDT |
Gagal di panggung, Tanda Putera jadi wayang pacak Felda Posted: 06 Oct 2013 07:55 PM PDT |
Audit: AirAsia enggan berpindah Posted: 06 Oct 2013 07:54 PM PDT Syarikat Penerbangan AirAsia masih enggan berpindah dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Terminal 1 KKIA, walaupun kerja naik taraf Terminal 1 selesai pada Mac 2010. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, pada awalnya AirAsia bersetuju untuk kembali beroperasi di Terminal 1 pada 1 Julai 2011 sekiranya segalanya selesai, tetapi sebaliknya berlaku. "Pembinaan Terminal 2 merupakan langkah sementara bagi mengelakkan kesesakan di Terminal 1 yang sedang dalam proses naik taraf. "Justeru, mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha pada 24 Februari 2011 memutuskan supaya AirAsia berpindah apabila semua kerja penambahbaikan itu siap," lapor Ketua Audit Negara. Pada pendapat audit, kementerian, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airports Holding Berhad hendaklah tegas serta konsisten dalam perkara ini serta pelan tindakan mengenai pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi agar syarikat penerbangan tambang murah itu berpindah dipatuhi. Read More / Baca Lagi >> |
Audit: Pengurusan wang Planetarium Melaka lemah Posted: 06 Oct 2013 07:52 PM PDT Prestasi kewangan Planetarium Melaka Sdn Bhd (PMSB) kurang memuaskan dan pengurusannya lemah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2012. Pengauditan yang dijalankan dari bulan April hingga Jun 2012 mendapati PMSB memperoleh keuntungan bersih bagi tahun 2009 dan 2011 masing-masing sejumlah RM578 dan RM175,200 manakala bagi tahun 2010 mengalami kerugian sejumlah RM136,139. "Secara keseluruhannya prestasi kewangan PMSB adalah kurang memuaskan kerana mengalami kerugian pada tahun 2010 sementara keuntungan pada tahun 2011 adalah kerana bantuan kewangan yang diperoleh daripada Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) sejumlah RM378,036. "Keuntungan terkumpul PMSB pada akhir tahun 2011 adalah berjumlah RM26,557," kata laporan itu. Semakan Audit mendapati Sistem Pengeluar Tiket Berkomputer dengan kos RM70,000 gagal mengeluarkan tiket berkomputer kepada pengunjung. "Sistem gagal mengeluarkan tiket berkomputer kepada pengunjung mulai 31 Disember 2011. "Semakan Audit selanjutnya mendapati sistem hanya dapat berfungsi sepenuhnya selama lima hari pada Januari 2012 dan 11 hari pada bulan Februari 2012. Read More / Baca Lagi >> |
Selagi BN tidak mengaku boros, selagi itu masalah berlarutan Posted: 06 Oct 2013 07:51 PM PDT Timmy Say Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat mereka di 2013 ialah untuk mengurangkan defisit bajet ke paras 3.5% di 2014 daripada 4%. Jika betul itu adalah niat Najib, dan selaku Menteri Kewangan, beliau perlu memastikan jumlah pembelanjaan operasi kerajaan tidak lagi ditambah tanpa perlu. Jika betul pengurangan defisit bajet itu adalah sasaran utama kerajaan Najib, selaku Perdana Menteri, beliau harus menunjukkan contoh yang sesuai. Tapi tidak. Selepas menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen untuk RON95 dan diesel, kerajaan pimpinan Najib meminta lagi bajet tambahan sebanyak RM14 bilion di Dewan Rakyat. Sudah tentu, kerajaan BN mengharapkan rakyat terlupa bahawa di bulan Julai, kerajaan BN telah meminta bajet tambahan sebanyak RM13 bilion. Jadi jumlah yang diminta ialah RM27 bilion dalam tempoh kurang 3 bulan. Menakjubkan, ke mana semua duit itu nak dibelanjakan? Kerajaan juga berkata mereka terpaksa mengurangkan subsidi minyak demi kesejahteraan ekonomi, tapi kerajaan tidak pernah memaklumkan pada rakyat bagaimana duit lebihan daripada untung jual minyak kerana harga tinggi minyak di pasaran dunia telah dihabiskan. Semasa "mengurangkan subsidi minyak" (bukan menaikkan harga minyak mengikut kata timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan), Najib berkata kerajaan bakal dapat berjimat sebanyak RM1.1 bilion untuk bulan-bulan yang tertinggal di 2013. Read More / Baca Lagi >> |
Politik ala-Azizan menghantui PAS Posted: 06 Oct 2013 07:47 PM PDT Juhaidi Yean Abdullah Penghargaan yang dicurahkan kepada tokoh berjasa adalah sesuatu yang lazim, apatah lagi bagi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan suka berseloroh. Namun, apabila mereka yang diketahui memusuhi beliau juga memberi pujian, timbul rasa pelik dan mual. Sepanjang menjadi Menteri Besar (MB) Kedah mulai 9 Mac 2008, musuh beliau tidak henti-henti menghentam peribadinya, memburukkan nama dan mensabotaj tugasnya. Beberapa kali mereka berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau, namun tidak berjaya. Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai MB, Azizan memberitahu rakyat untuk 'kalih' kerajaan negeri yang diterajui PAS jika ia tidak bagus. Tapi tidak dijangka beliau bahawa yang beriya-iya menukarkannya ialah pemimpin PAS Kedah sendiri, yang berasakan Azizan tidak berkesan kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi dan selalu uzur. Kumpulan yang sering berkomplot ini juga tidak gemar dengan sikap Azizan yang tidak bermusuh dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN). Mempertahankan dirinya, Azizan menegaskan: "Budaya orang Kedah cukup terbuka. Suka bergurau, suka berkawan. Ini jugalah yang berkembang di antara Umno dan PAS. Masa kita jadi pembangkang, kita baik dengan Umno. Mereka pun baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun, kita baik dengan mereka. Biar rakyat terima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada. Kalau perlu, kita boleh bekerjasama dengan Umno. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka." Bersikap rendah diri Bagi ahli PAS yang menganggap Umno seteru, pendirian Azizan tidak boleh diterima. Kata Ahmad Lutfi Othman yang mengenali Azizan: "Stylenya low profile, tidak sensasi macam Datuk Nik Aziz Nik Mat. Azizan tidak suka pertembungan dan gemar jauhi konflik apabila berdepan Kerajaan Pusat. Hubungan baiknya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) mengundang pelbagai tafsiran. Azizan tidak jadikan pemerintahan BN terdahulu sebagai sasaran. Sikap hati-hati dan toleransi menyebabkan ahli PAS tidak puas hati." Pemimpin PAS Kedah yang tidak puas hati bercampur keinginan memenuhi cita-cita politik peribadi turut memperbesarkan kelemahan Azizan dan pentadbirannya. Ini termasuk isu pencerobohan hutan di Baling, Kubang Pasu dan Tasik Pedu, pelesenan pusat hiburan dan masalah kewangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta kebajikan pensyarah dan pelajarnya. Isu pembelian 500,000 saham Felda Global Ventures oleh kerajaan negeri, ahli PAS kutuk Azizan sebagai kabur, keliru dan kosong. Dalam kes kenaikan tarif air pula, mereka sanggup mengadakan demonstrasi dan protes di depan pejabat Menteri Besar. Read More / Baca Lagi >> |
HUTANG KRONI YANG DIBIARKAN....!!! Posted: 06 Oct 2013 07:27 PM PDT |
Audit: Tak pelik Umno BN memang boros, rasuah Posted: 06 Oct 2013 07:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Laporan tahunan Ketua Audit Negara seperti kebiasaannya penuh dengan pendedahan sensasi namun ianya tidak mengejutkan dengan mengambilkira sifat pemerintah Umno BN yang boros, tidak cekap dan rasuah. Read More / Baca Lagi >>"Ketidakcekapan dan ketirisan sebeginilah yang menyebabkan kerajaan saban tahun, tanpa segan silu, memohon belanja tambahan sehingga menjadikan situasi defisit fiskal negara semakin parah," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan. Malah, katanya untuk tahun 2013, pemerintah memohon RM14.12 billion belanja tambahan, hatta sistem perakaunan kerajaan (Saga) yang sepatutnya digunakan untuk mencatat perbelanjaan pun turut disebut Ketua Audit Negara berdepan masalah. Menurutnya, antara yang paling membimbangkan, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di dalam syarikat Time dotCom (TdC) Berhad berjumlah sehingga RM209 juta. Beliau berkata, menggunakan wang amanah pencen pesara untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang pasaran sedia maklum bermasalah merupakan satu keputusan yang membingungkan. "Sekarang, pelaburan ini mencatatkan kerugian besar. Maka siapa yang harus bertanggungjawab?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan. |
Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014? Posted: 06 Oct 2013 06:54 PM PDT Perkara telah berlaku. Berkemampuan atau tidak, rakyat Malaysia tetap mesti menghadapi lonjakan kenaikan harga barang dan makanan di Malaysia. Belum termasuk lagi kenaikan harga rumah 10% = RM30,000 (DI SINI). Semuanya….. Semuanya dek kerana kerana pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia (RON 95 & diesel) bulan September lepas. Seperti biasa & telah dijangka peniaga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama "memeriahkan lagi" lonjakan & gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia ketika ini. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan atas nama kenaikan harga minyak RON 95 & diesel dengan menaikkan harga makanan & minuman sehingga ke paras 20%. Patutkah? Harga Makanan Naik 0.1%? Realiti @ Fantasi?
Nampaknya kerajaan Malaysia & menteri yang terbabit tidak belajar daripada kesan rantaian yang berlaku dek kerana pengumuman harga minyak sebelum ini. Malahan kalangan penganalisis dari firma penyelidikan tempatan bersependapat, andaikata harga minyak diturunkan pada bulan depan sekalipun harga barang & makanan tidak akan kembali normal seperti biasa. Datuk Seri Najib Razak memohon (SEPERTI DI BERITA INI) kalangan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang & makanan. Tetapi….hakikatnya berapa ramai yang mendengar saranan Perdana Menteri? Read More / Baca Lagi >> |
Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup. Tersenarai 5 Terbaik Di Dunia! Posted: 06 Oct 2013 06:53 PM PDT Nampaknya "ubat batuk" kalangan perokok tegar di Malaysia telah naik (SEPERTI DI SINI). Berapa ramai kalangan rakyat Malaysia terus setia berada dalam kumpulan ini walaupun harga rokok telah naik bermula minggu lepas? Berkesankah langkah menaikan harga rokok atas nama mengekang kadar penyeludupan yang semakin berleluasa di Malaysia? Melihatkan sudut gambaran yang lebih Besar, Berita Semasa merasakan sememangnya adalah menjadi hak kerajaan Malaysia samada untuk melaksanakan kenaikan duit eksais ke atas rokok di Malaysia. Tetapi…. Tetapi persoalannya sekarang ini adalah kenaikan harga rokok di Malaysia sehingga 14% mencapai matlamat yang diidamkan kerajaan Malaysia? Samada :
Rokok Cukai VS Rokok Seludup @ Rokok Halal VS Rokok Haram Walaubagaimanapun, realiti yang berlaku apabila rakyat Malaysia dilihat telah beralih arah dan lebih gemar menghisap "rokok seludup"
Duti Cukai Eksais Rokok : Meningkat 14% Tahun 2013. Kesannya? Semakan Berita Semasa menunjukkan di sini untuk beberapa tahun terkahir ini telah berlaku kenaikan duit eksais terhadap rokok. Antaranya :
Dan setiap kali berlakunya kenaikan harga rook di Malaysia, setiap kali itulah kegiatan penyeludupan rokok ke Malaysia terus melonjak. Sehingga Berita Semasa tertany-tanya mengapa langkah pengawasan dan pencegahan pihak berkuasa begitu longgar? Walaupun negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala penyeludupan rokok, malangnya Jabatan Kastam masih belum menemui "penawar" & masih kelihatan lesu bertempur dengan kalangan sindiket penyeludupan di Malaysia. Statistik Lonjakan Rokok Seludup di MalaysiaRead More / Baca Lagi >> |
Bajet Tak Lulus: AS terus buntu Posted: 06 Oct 2013 06:46 PM PDT SEHINGGA kini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) masih lumpuh selepas Kongres (Dewan Rakyat) gagal meluluskan Bajet Khas Persekutuan berikutan perbalahan berhubung rang undang-undang Penjagaan Kesihatan Obama (Obamacare). Read More / Baca Lagi >>Kegagalan fungsi kerajaan itu pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun. Rumah Putih dipimpin Parti Demokrat dan parti pembangkang, Parti Republikan masih gagal mencari penyelesaian untuk membolehkan Bajet Khas Persekutuan diluluskan susulan rang undang-undang penjagaan kesihatan berkenaan. Presiden Barack Obama menuduh parti konservatif yang mendominasi Dewan Perwakilan melancarkan 'perang ideologi' dengan menjadikan bajet khas itu sebagai tebusan untuk membatalkan rang undang-undang penjagaan kesihatan. "Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Saya mahu semua rakyat AS faham kenapa ia berlaku. Parti Republikan menyebabkan kerajaan lumpuh hanya kerana mahu menafikan penjagaan kesihatan sepatutnya dinikmati berjuta rakyat AS," katanya. Pada masa sama, Speaker Dewan Perwakilan daripada Parti Republikan, John Boehner berkata, Obama melaksanakan polisi 'kemusnahan' kerana enggan berunding, ketika penyelesaian segera semakin kabur. "Parti Demokrat tidak mahu terlibat dalam rundingan dua pihak," katanya. Kebuntuan politik berlarutan apabila pemimpin majoriti daripada Parti Demokrat yang mendominasi Dewan Senat, Harry Reid menolak cadangan Dewan Perwakilan untuk melantik dua wakil rasmi bagi mencapai penyelesaian berhubung isu tersebut. Tindakan nekad |
Penahanan tanpa bicara kembali! Posted: 06 Oct 2013 06:41 PM PDT SYAHREDZAN JOHAN AH, penahanan tanpa bicara! Kamu kembali ke pangkuan kami, setelah setahun lebih menghilangkan diri. Setelah dimansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), setelah terhentinya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) apabila Parlimen menamatkan pengisytiharan darurat, kami ingat kamu sudah meninggalkan kami. Ya, mungkin masih ada penahanan tanpa bicara di bawah Akta Dadah Berbahaya, tetapi dua daripada tiga triniti zalim undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara sudah tiada lagi. Baru kami berhasrat untuk meraikan hak-hak dan kebebasan kami yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan, kau muncul kembali, melabuhkan bayang-bayang kamu ke atas kami. Siapa sangka kau datang dengan rang undang-undang pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA)? Ya, mungkin ada suara-suara dan desakan-desakan supaya kau kembali, atas alasan jenayah perlu diperangi dengan menahan tanpa bicara, tetapi bukankah kita telah berkali-kali diberitahu oleh bapak dan ibu menteri serta memanda penasihat undang-undang negara bahawa semangat Ordinan Darurat tidak akan kembali? Kami bersangka baik, kadar jenayah tidak akan dijadikan alasan untuk menjemput kamu kembali. Tersasar sangkaan kami, rupanya, nah kamu kini muncul semula. Mengikut trend Dewan Rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rang undang-undang yang membawa kamu semula diluluskan seminggu selepas ia dibentang. Tiada rundingan bermakna yang berlangsung, hanya seforum dua bagi melepaskan batuk di tangga. Jam Dewan Rakyat 'dihentikan', cemeti parti dilibas bagi memastikan ahli-ahli Dewan mengundi mengikut apa yang ditentukan oleh parti. Luluslah rang undang-undang ini di Dewan Rakyat, kini menanti apa yang sudah pasti iaitu kelulusan Dewan Negara. Read More / Baca Lagi >> |
Boleh Land: Tanggang moden terima hukuman Posted: 06 Oct 2013 06:26 PM PDT Seorang rakan yang menemani Nasrun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam, membantu menutup wajah Nasrun dengan jaket bagi mengelak dirakam media. KUALA TERENGGANU - "Yang Arif, saya ingin bertanya adakah dia (Nasrun) bersalam memohon maaf di hadapan Yang Arif kerana benar-benar insaf atau sekadar lakonan di dalam mahkamah?"Yang Arif, kalau dia betul-betul ingin minta maaf, kenapa sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya apa lagi bersalam dengan saya... saya duduk di situ berapa lama, tapi dia buat tak tahu saja... kenapa baru hendak bersalam selepas disuruh oleh mahkamah... saya reda memiliki anak seperti ini, saya reda dia dipenjarakan," kata Mustafa Ismail, 67, dalam nada hampa. Mustafa meluahkan rasa kecewa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Rosdi Harun, semalam, dalam permohonannya agar memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran di atas tindakannya mengabaikan nafkah terhadap kedua ibu bapa dan dua anaknya yang dipelihara Mustafa. Terdahulu, Rosdi memerintahkan agar Nasrun bersalam dengan Mustafa susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya itu, selepas memberi tempoh selama satu jam bagi kedua belah pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah. Rosdi menangguhkan prosiding selepas mendengar alasan Nasrun yang tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa dia tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010. Buat pertama kalinya selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa terhadap anaknya Nasrun pada 2010, pengurus sebuah syarikat cari gali minyak itu muncul di mahkamah semalam, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bulan lalu. Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun yang sebelum ini digelar 'Si Tanggang Moden' membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam, manakala jumlah yang masih tertunggak iaitu RM11,000 perlu dijelaskan secara ansuran sebanyak RM1,000 sebulan. |
Audit: JKR, JTS kurang pantau projek Posted: 06 Oct 2013 06:24 PM PDT Pengurusan Perkhidmatan Perunding di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri didapati tidak memuaskan, lapor Ketua Audit Negara 2012. Hasil laporan itu mendedahkan kurangnya pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) terhadap kerja yang dilaksanakan oleh perunding menyebabkan 59 daripada 225 projek yang dijalankan oleh dua agensi itu gagal disiapkan mengikut jadual. Ini termasuklah projek Skrang Water Supply dan Pakan Water Supply. Selain itu juga, 50 projek lewat disiapkan dan sembilan projek atau empat peratus daripada jumlah ini berstatus terbengkalai. Menurut laporan tersebut, tempoh 2010 sehingga 2012, sebanyak RM529.68 juta digunakan untuk perkhidmatan perunding bagi 360 projek di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri yang secara keseluruhannya bernilai hampir RM8.96 bilion. Read More / Baca Lagi >> |
PRU guna Harta Kerajaan, Pemilihan UMNO pun guna Harta Kerajaan ke Datuk Seri? Posted: 06 Oct 2013 06:19 PM PDT Bagaimanapun dakwaan atau tuduhan itu telah disangkal oleh Khairy, beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno. "Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan. "Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya lapor The Malaysian Insider. Khairy nafikan menggunakan Kementerian yang diterajuinya untuk berkempen.. Ini pula satu lagi dakwaan oleh individu yang telah diangkut ke sebuah majlis yang Menterinya turut bertanding sebagai calon bagi Ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO bagi 2013 ini.. Baca laporan ini dulu... SERDANG: Persepsi bahawa sektor pertanian masih di takuk lama dan kotor menyebabkan hanya 15 peratus golongan belia menyertai bidang itu, walaupun ia penyumbang ketiga terbesar ekonomi negara.Read More / Baca Lagi >> |
Audit: PNK guna diesel bersubsidi lebih kuota Posted: 06 Oct 2013 05:36 PM PDT Lapan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) diselia Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggunakan diesel bersubsidi melebihi kuota ditetapkan kerajaan. Laporan Audit 2012, mendapati 55 transaksi penjualan diesel dari lapan PNK melebihi kuota ditetapkan iaitu sebanyak 165,474 liter, setelah membuat semakan terhadap senarai vesel Kegunaan Diesel Bulanan e-NSMS bagi bulan April sehingga Disember 2012. "Lebihan penggunaan subsidi diesel itu melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perlis. Ini berlaku disebabkan transaksi jualan secara manual lewat dimasukkan ke dalam sistem e-NSMS menyebabkan baki kuota tidak dikemas kini. "Keadaan sebegini boleh mengakibatkan penyalahgunaan diesel bersubsidi berlaku,"katanya. Berdasarkan analisis audit terhadap Sistem e-NSMS dengan menggunakan perisian Audit Command Language (ACL) mendapati 2,002 transaksi dijual pada harga RM1.80 per liter kepada vesel Zon C2 tetapi dijual dengan harga RM1.25 per liter. Read More / Baca Lagi >> |
Boleh Land: Ibu enam anak belum pulang, bapa telah dipujuk penduduk..!! Posted: 06 Oct 2013 05:34 PM PDT Penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, sehingga kini masih tiada khabar mengenai wanita itu tetap, bapa mereka sudah pulang sebaik dipujuk penduduk. "Penduduk pun ambil berat masalah keluarga itu dan sentiasa menjenguk bila ibu bapa mereka asyik hilang. Saya pun sedih bila ada ibu bapa yang sanggup buat seperti itu kepada anak mereka. "Alhamdulillah, nasib anak-anak itu nampaknya dibela bila ada individu yang sudi untuk menjaga sementara waktu dan ada pihak dari kerajaan negeri yang melihat keadaan rumah itu," katanya. Bagi Hasiah Saat, 53, dia sudah menganggap tiga anak malang yang diambil sejak kelmarin itu seperti cucu sendiri dan kasihnya tidak berbelah bagi. "Alhamdulillah, sepanjang menjaga mereka cukup mudah seolah-olah mereka memahami keadaan yang berlaku. Nak tidur pun senang tidak ada yang merengek tengah malam. "Saya pun senang melihat mereka terjaga makan minum, pakaian dan keperluan lain berbanding saat mereka ditemui dengan pakaian agak comot. |
Zionis Laknatullah: ‘Tebing Barat milik Israel selama-lamanya’ Posted: 06 Oct 2013 05:25 PM PDT TEBING BARAT - Bandar Tebing Barat didakwa berada di bawah kawalan Israel buat selama-lamanya. Menurut laporan PIC, kenyataan itu disuarakan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel selepas mendakwa kawasan di Shilafim telah pun diterokai sepenuhnya oleh Israel. "Semua kawasan terletak di sebelah barat Sungai Jordan dimiliki Israel dan ia akan terus berada di bawah kawalan Israel selama-lamanya," katanya. Menurutnya, pengesahan itu dilakukan selepas mendakwa pegawai Pihak Berkuasa Palestin menawarkan konsesi dalam rundingan keamanan antara Palestin-Israel untuk mencari penyelesaian penerokaan tanah haram. Penganalisis bagaimanapun berpendapat, kenyataan itu membuktikan bahawa pemimpin Israel tidak berminat dalam proses keamanan dan mereka hanya mahu membuang masa untuk melanjutkan rundingan penerokaan tanah haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis. |
Dunia Akhir Zaman: Ada Pula Kilang Pengeluar 'Anak Haram'... Posted: 06 Oct 2013 05:22 PM PDT Dailymail: Dr Nayna Patel bersama wanita-wanita yang sewakan rahimnya Dalam tempat ini, calon orangtua boleh mengirim sperma (embrio) ke sebuah premis di mana seorang perempuan kemudian disewa rahimnya untuk mengandung dan melahirkan anak, sebelum kemudiannya, pihak orangtua datang untuk menjemput anak mereka yang baru lahir. Klinik yang bernilai multi-juta dollar itu akan dilengkapi apartemen bagi pasangan kaya yang datang berkunjung, satu tingkat untuk para 'surogate mother' (perempuan yang disewa rahimnya untuk mengandung bayi orang lain dengan iseminasi buatan), pejabat, bilik bersalin, sebuah departemen IVF, bahkan restoran serta kedai suvenir. Doktor di balik klinik pengembangan berteknologi tinggi itu adalah Nayna Patel, menjalankan sebuah klinik yang menampung sekitar 100 perempuan hamil dalam satu rumah. Patel membayar setiap perempuan yang disewa rahimnya dengan tarif USD 8,019 dollar dari orangtua yang mengharapkan anak. |
Audit memanusiakan manusia - RIDHUAN TEE ABDULLAH Posted: 06 Oct 2013 05:17 PM PDT SEJAK dahulu lagi saya tidak suka dengan angka. Sebab itu, saya tukar aliran sains kepada sains sosial (sastera) sehinggalah menjejak kaki ke universiti dan membuat pengkhususan dalam bidang pengajian strategi, politik dan kerajaan. Itu bukan bermakna, orang sains sosial kurang cerdik seperti orang sains. Cuma, minat berbeza. Semua bidang sama penting. Kedua-dua bidang ini saling memerlukan, ibarat isi dengan kuku. Tanpa bidang sains sosial, bidang sains akan menjadi pincang. Ingatan saya kepada semua, jangan terlalu obses kepada sains sehingga terlupa kepentingan sains sosial. Siapakah yang boleh kita harapkan untuk memberi jawapan kepada laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini, yang menakutkan saban tahun. Antara perkara pelik boleh dikatakan yang didedahkan kali ini adalah laporan makanan luput tarikh dalam stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis. Perbelanjaan RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter. Kerugian RM38,000 untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan. Terdapat GLC yang rugi tetapi dapat bonus. Jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3,810. Bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati. Sebenarnya banyak lagi 'penyelewengan' yang didedahkan. Cukuplah setakat ini saya ringkaskan. Walaupun penjelasan telah diberikan, 'penyelewengan dan pembaziran' tetap berlaku. Semua masalah ini berpunca daripada manusia, pengguna teknologi. Harapkan pegar, pegar makan padi. Manusia menjadi rakus apabila mendapat kuasa. Tidak ada rasa God fearing. Read More / Baca Lagi >> |
Boleh Land: Enam beradik ditinggal kelaparan Posted: 06 Oct 2013 05:14 PM PDT Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan. Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ. "Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'. "Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah. "Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu. "Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya. Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang. |
Kembalikan pengaruh ulama Pas - Nakhaie Ahmad Posted: 06 Oct 2013 05:12 PM PDT Susulan itu, muncul kecurigaan bahawa kedudukan ulama Pas kini semakin terhakis dalam keadaan parti itu kian didominasi oleh mereka yang bukan ulama, daripada kalangan profesional dan aktivis yang ditambah satu lagi darjat kecurigaan terhadap mereka, dikatakan proksi pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi menilai semula senario ini - apakah ia baik untuk Pas atau memudaratkan lagi parti itu. Sinar Harian mendapatkan pandangan Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden Pas sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk merangka draf pindaan perlembagaan baru parti itu yang memartabatkan konsep kepimpinan ulama pada 1982. Nakhaie juga, dalam kenyataannya kepada wartawan NURULFATIHA MUAAH dan jurufoto, ZULFADHLI ZAKI menegaskan bahawa kuasa tertinggi dalam parti politik seperti Pas adalah muktamar atau mesyuarat agung, bukan presiden atau jawatankuasa. Jika ahli akar umbi Pas mahu kedudukan ulama diperkasakan semula, mereka harus memanfaatkan peluang menerusi muktamar agung ke 59 pada 22 hingga 24 November ini untuk menyatakan pendirian bagi memastikan hala tuju Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tidak berubah haluan. Muktamar Pas berlangsung November ini, apa yang perlu mereka fokuskan? Mereka kena bincang soal perpaduan antara orang Islam dalam negara dan tidak menjadikan soal kepentingan perpaduan orang Islam itu sebagai isu perbalahan politik. Semua parti politik Islam mesti akur bahawa perpaduan ini penting untuk keselamatan bagi memastikan mereka berkuasa di negara ini. Jadi soal perpaduan harus difikirkan melampaui matlamat politik kepartian. |
Mukhriz mahu jadi naib presiden sebelum Umno “kecundang” dalam PRU14 Posted: 06 Oct 2013 05:07 PM PDT Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN). "Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti? "Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu. Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya. Read More / Baca Lagi >> |
Kerana Bini Mat Yo: Pak guard Azman jadi selebriti Posted: 06 Oct 2013 05:04 PM PDT |
Posted: 06 Oct 2013 05:02 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan