Ahad, 6 Oktober 2013

GoMalaysian

GoMalaysian


‘Tebing Barat milik Israel selama-lamanya’

Posted: 06 Oct 2013 05:50 PM PDT

TEBING BARAT - Bandar Tebing Barat didakwa berada di bawah kawalan Israel buat selama-lamanya.

Menurut laporan PIC, kenyataan itu disuarakan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel selepas mendakwa kawasan di Shilafim telah pun diterokai sepenuhnya oleh Israel.

"Semua kawasan terletak di sebelah barat Sungai Jordan dimiliki Israel dan ia akan terus berada di bawah kawalan Israel selama-lamanya," katanya.

Menurutnya, pengesahan itu dilakukan selepas mendakwa pegawai Pihak Berkuasa Palestin menawarkan konsesi dalam rundingan keamanan antara Palestin-Israel untuk mencari penyelesaian penerokaan tanah haram.

Penganalisis bagaimanapun berpendapat, kenyataan itu membuktikan bahawa pemimpin Israel tidak berminat dalam proses keamanan dan mereka hanya mahu membuang masa untuk melanjutkan rundingan penerokaan tanah haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Tiada ulasan: