Ahad, 6 Oktober 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kerajaan bazir lebih RM15 juta taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan

Posted: 06 Oct 2013 03:59 PM PDT

Kerajaan bazir lebih RM15 juta taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan

Perbelanjaan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi "Front of Shirt Sponsorship" adalah tidak wajar dan membazir.
Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan (gambar) untuk tempoh setahun.

Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.
vinni-tan_getty_2645418bMungkin perbelanjaan tersebut menjurus kepada bantuan kerajaan yang disalurkan kepada ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang memiliki secara langsung Kelab Bola Sepak EPL Cardiff City tersebut. Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff.
Peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pembantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, sdr Faisal Mustaffa 0172002944 atau emel faisal.mustaffa@rocketmail.com


Rujukan:

Jawapan pertanyaan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan di Dewan Rakyat pada 24 September 2013
Soalan:

YB Tuan Hee Loy Sian minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan

b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.

Jawapan: 

Datuk Seri Mohamed Nzari Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Tuan Yang di-Pertua,

a) Kos keseluruhan bagi menaja "Front of Shirt Sponsorship" ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.

Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:

i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;

ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan

iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.
Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.

b) Melalui penajaan jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong.

Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia.

OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim

Posted: 06 Oct 2013 03:56 PM PDT

OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim

(Oleh: Masdar Wahid)
KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian  selepas Pengarah JKM Daerah Kulim enggan menemui  mereka dan menunggu lebih sejam.


OKUKatanya, memorandum itu berhubung kemudahan OKU di pejabat JKM berkenaan yang didakwa tidak memuaskan hingga menyusahkan mereka untuk berurusan.
Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150 hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang mesra.


"Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas.

"Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu.


"Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respon mengenainya," katanya yang menyifatkan tindakan JKM itu sebagai zalim.


Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu.


Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk hadir.



Tiada ulasan: