Isnin, 1 Julai 2013

dollah yankee

dollah yankee


Kuala Besut... bila?!

Posted: 01 Jul 2013 01:16 AM PDT


SPR dijangka mengumumkan tarikh untuk PRK Kuala Besut pada minggu ini dan gurkah-gurkah politik di'port' telah membuat spekulasi selepas mendapat berita yang kempen dan hari mengundi hanya akan berlangsung selepas hari raya puasa nanti. Ini kerana BN/Najib begitu konfiden yang BN akan terus mempertahankan kerusi itu dan mereka (BN/Najib) tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menderma dan bersedekah serta berzakat kepada pengundi-pengundi disana jika kempen dijalankan semasa bulan puasa dan hari raya.

Bagaimanapun apabila gurkah-gurkah politik di'port' telah membuat 'survey' terhadap bilik-bilik hotel disana, didapati banyak bilik-bilik telah di booking daripada parti-parti politik pada masa ramadhan sedang rancak berjalan.

Lalu gurkah-gurkah ini tertanya-tanya apa kah PRK ini bakal berlaku semasa bulan puasa? Sebabnya sebuah resort berdekatan dengan Kuala Besut telah pun mengesahkan menerima booking untuk semua bilik-bilik disana daripada sebuah ibu pejabat parti politik terbesar antara 9hb Julai - 22 hb Julai.

Jika diambil kira jangka waktu kempen diantara 10 - 15 hari, besar kemungkinan PRK Kuala Besur ini akan berlaku pada tarikh sepertimana bilik-bilik hotel yang telah ditempah tadi.

Salah seorang pegawai kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang merupakan bekas anak didik gurkah-gurkah politik ini ada menghubungi dan tidak menolak kemungkinan yang pilihanraya kecil ini boleh berlaku pada masa ramadhan, ini disebabkan semasa bulan ramadhan ini lah manusia akan berebut-rebut untuk bersedekah,memberi makan dan minum dan berzakat dan ini merupakan satu kelebihan kepada umno/BN yang boleh 'tabur' secara gila gila ....

dollah yankee -
Kenyang laa orang Kuala Besut kalau kempen masa bulan puasa


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


#KL622: Bermula demo tanpa gangguan polis

Posted: 01 Jul 2013 07:47 PM PDT

Unjuk rasa Gelap (Black) 505 Jun 22 lalu berjaya dijayakan atas separuh kerjasama polis dan para penunjuk rasa yang kecewa terhadap kerja SPR.

Penunjuk rasa tidak lagi peduli atas apa polis rasa dan kata tentang demo mempersoal kerajaan selama ini. Polis beri permit atau tak beri permit tidak lagi penting bagi para pro demokrasi. Mereka dengar polis atas segala yang menasabah tetapi tidak lagi peduli dengan dalih polis sekadar melanggar undang-undang dan menimbulkan kekacauan dan kepayahan.

Gelap 505 Jun 22, 2013 memenuhi beberapa jalan besar dan utama pusat bandaraya Kuala Lumpur dari beberapa lokasi menuju Padang Merbok tanpa cabaran polis, bahkah kehadiran sepenuh hati atau terpaksa adalah bagi memudahkan kelancaran lalu lintas.

Tidak lagi polis sepert di bawah Rahim Nor, Norain Mai dan Musa Hasan yang amat sensitif dengan tunjuk perasaan. Tidak lagi seperti Musa Hasan dan peanggantinya TS Ismail Omar yang baru pencen menangani Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan demo anti pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh Tan Sri Hasan Ahmad dan A Samad Said.

Dalam semua demonstrasi, pejuang pro demokrasi ditunggu oleh trak PRU, lori meriam air dan lain-lain kelengkapan senjata polis seperti hendak menghadapi serangan penceroboh asing. Semua yang polis buat itu atas alasan menjaga keamanan dan keteneraman. Mati demokrasi, mati kebebasan menyuarakan kedaulatan rakyat tidak menjadi pertimbangan.
Read More / Baca Lagi >>

Memahami petisyen pilihan raya

Posted: 01 Jul 2013 07:44 PM PDT

"PEMBAHARUAN menyeluruh kepada sistem dan undang-undang pilihan raya." Itulah antara saranan yang sering disuarakan oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Terakhir saya mendengar saranan tersebut daripada beliau ialah semasa berlangsungnya suatu forum yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari 2013 yang lalu.

Ramai yang menyebut, apa lagi tak puashati? Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah Pakatan Rakyat menang. Menjadi omong-omongan juga, "kalau tak puashati juga, bawalah ke mahkamah." Nah, ungkapan inilah yang menjadi fokus saya dalam penulisan ini.

Perlu kita ketahui, antara undang-undang yang disandarkan dalam petisyen pilihan raya termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, (Akta 5). Pada kelazimannya, beberapa seksyen diguna termasuklah seksyen 35 dan seksyen 32.

Seksyen 35 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut.

Sementara itu seksyen 32 antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya.

Pemberian rasuah, ugutan dan tindakan melanggar undang-undang terssebut perlulah pula begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa tubuh tribunal dedah kepincangan PRU13

Posted: 01 Jul 2013 07:43 PM PDT


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bercakap sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam beliau berkata, terlalu banyak perkara yang dipertikaikan pada pilihan raya lalu yang memerlukan satu siasatan menyeluruh dari sebuah badan yang bebas.

"Kita mencadangkan ditubuhkan tribunal untuk melakukan postmortem PRU13.

"Anggota tribunal ini pula mestilah dilantik dari kalangan mereka yang diterima semua pihak," katanya.

Menurut Ustaz Hadi, beliau yakin jika tribunal ini ditubuhkan untuk menyiasat PRU13 lalu, banyak pendedahan akan timbul berkaitan masalah yang berlaku khususnya berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya termasuk isu daftar pemilih yang diragui, isu pengundi warga asing dan termasuk juga isu penggunaan dakwat kekal.

Katanya, SPR juga pelu dibuat perubahan dengan membebaskan suruhanjaya itu daripada kongkongan kuasa politik pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini

Posted: 01 Jul 2013 07:39 PM PDT

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai 'orang tengah'.

Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. "Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13. Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Dakwat Tak Kekal: Siasatan SPRM jangan sekadar redakan amarah rakyat

Posted: 01 Jul 2013 07:36 PM PDT

edy_nor_reduan_sammKUALA LUMPUR, 2 JULAI: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat jangan sekadar bertujuan meredakan kemarahan rakyat.
Meskipun ia dianggap sebagai kejayaan desakan dari siri himpunan Black 505 , SPR diingatkan untuk tidak bersandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap penipuan.
"Jangan pula kenyataan mahu siasat SPR dibuat semata-mata mahu meredakan kemarahan.
"Rakyat sudah muak dengan jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila sesuatu isu didedahkan," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
SPR dikecam kerana gagal mengendalikan pilihan raya umum ke-13 dengan dakwat kekal walaupun dijanjikan tidak tanggal dari jadi sehingga 7 hari.
Malah, kandungannya menggunakan bahan yang sama dengan pewarna makanan.
fuziahSementara itu, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa siasatan berhubung pembelian dakwat wajar dibuat secara telus, bersungguh-sungguh dan terbuka.
"Rakyat perlu diberitahu jika wujud kepincangan dalam pembelian dakwat yang kita tahu menggunakan kos yang sangat besar," katanya.
"Siasatan harus menyeluruh sama ada wujud penyelewengan dalam proses pemberian tender membekal dakwat," kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.

Tubuh J/Kuasa Profesional, Elak Persempadanan Tidak Adil Oleh SPR

Posted: 01 Jul 2013 07:34 PM PDT

SHAH ALAM, 2 JULAI: Selain penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan bahagian pilihan raya yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak adil.
Antara contoh persempadanan yang tidak adil menurut Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perbezaan jumlah pengundi yang sangat besar antara DUN Seri Serdang, 72,769 pengundi berbanding DUN Permatang yang cuma memiliki seramai 19,636 pengundi sahaja.
Ini berlaku menurut Azmin lagi, apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria-kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi.
Justeru, beliau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor-syor berkenaan urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dalam Negeri Selangor.
"Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR," kata Azmin ketika membahaskan Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor dalam Persidangan Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor (DNS) ke 13 di sini semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya: Nama Najib Razak cuba ‘dihilangkan’ dari mahkamah?

Posted: 01 Jul 2013 07:33 PM PDT

altantuyaNama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah cuba 'dihilangkan' dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam.
Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah.
Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis.
"Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu," kata Sivarasa.
Dalam pada itu, Sivarasa mempersoalkan, sama ada pendakwaraya mahupun peguam bela, kedua pihak tidak pernah mempersoalkan motif pembunuhan.
Sedangkan, motif pembunuhan adalah soalan penting dalam perbicaraan.
"Soalan yang ditanya langsung tidak menjurus kepada motif pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan secara terancang pasti mempunyai motif.
"Jika keduanya tidak mempunyai motif, kita perlu selidik siapa yang mempunyai motif, untuk kita pergi kepada pendedahan yang lebih jelas," katanya.

Rundingan TPPA beri kesan negeri Pakatan

Posted: 01 Jul 2013 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikendali kerajaan Pusat memberi kesan kepada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, terutama Selangor.
Justeru, Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali menuntut kerajaan pusat membuat rundingan dengan Selangor sebelum menandatangani perjanjian TPPA.
"Persetujuan kerajaan negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya diurus dan diakomodasi negeri," kata Azmin.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika sesi perbahasan titah diraja Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.
Katanya, antara perihal penting dalam seperti TPPA ialah elemen 'Non Conforming Measures' (NCM).
Elemen tersebut mengehendaki kerajaan menyenaraikan 'perkara yang dipersetujui' dan 'perkara yang tidak dipersetujui' dan 'perkara yang dipersetujui oleh negeri' dan 'perkara yang tidak dipersetujui oleh negeri'.
"Sebahagian besar perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara yang tercatat dalam 'Senarai Negeri' dan sSenarai Bersama' seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan.
Menurut Azmin, TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral.
"Namun lebih mencabar kerana ia bukan sahaja melibatkan isu pelaburan dan perdagangan, tetapi juga instrumen baru ekonomi seperti pembelian hakmilik intelektual (intellectual property rights procument), buruh dan kedaulatan negara," katanya.

Pahang: ‘Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan’

Posted: 01 Jul 2013 07:29 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.

"Justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini.

"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih.

Exco itu sebagaimana dilaporkan media menyatakan jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Petronas akan bayar royalti kepada Kelantan..??

Posted: 01 Jul 2013 07:27 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kewangan menyatakan bilakah Petronas akan mula membayar wang tunai royalti Petroleum kepada Kerajaan Kelantan dan berapakah kadar yang akan dibayar.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada PAS yang turut mengemukakan soalan lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Kewangan
menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji dan melaksanakan sistem percukaian berasaskan sistem Islam di Malaysia yang terbukti lebih adil dan saksama.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan terhadap perlaksanan program beras nasional gred ST15%.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati.
Read More / Baca Lagi >>

Hentikan pelaksanaan AES serta-merta

Posted: 01 Jul 2013 07:26 PM PDT

NO_TO_AESPakatan Rakyat mendesak Kementerian Pengangkutan menghentikan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta merta.
Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, selepas Peguam Negara menangguhkan dakwaan pesalah AES, rakyat menganggap pelaksanaannya dihentikan kerana mencetuskan banyak masalah.
"Saya minta Datuk Seri Hishamuddin Hussien (pemangku Kementerian Pengangkutan) hentikan dan kaji semula pelaksanaan AES seluruh Malaysia," katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.
Teresa sebelum itu diberi jawapan Kementeran Pengangkutan yang mengesahkan pelaksanaan kamera AES di 14 lokasi masih diteruskan.
Menurut jawapan tersebut, pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun walaupun pendakwaan bagi kes AES ditangguh.
Read More / Baca Lagi >>

Forum Perdana Ustaz Azhar Idrus 2 -30 Jun 2013

Posted: 01 Jul 2013 07:23 PM PDT

MB : Operasi Bersepadu Kutip Hasil Tanah Tingkat Pendapatan Rizab Negeri

Posted: 01 Jul 2013 07:22 PM PDT

PRK Kuala Besut Jentera Sudah Bergerak Tidak Timbul Soal Boikot

Posted: 01 Jul 2013 07:22 PM PDT

Tubuh tribunal siasat PRU13 -Bhg.2

Posted: 01 Jul 2013 07:21 PM PDT

MACC to form anti-corruption coalition

Posted: 01 Jul 2013 07:21 PM PDT

Anwar: Kadar pengangguran tinggi berbanding diatas kertas

Posted: 01 Jul 2013 08:23 AM PDT

dsaiKUALA LUMPUR, 1 JULAI: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran di negara ini lebih tinggi berbanding dinyatakan kerajaan persekutuan iaitu tiga peratus.
Katanya, ini kerana ada diantara rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan namun tidak didaftarkan bagi statistik tersebut.
"Kadar pengangguran patut lebih realistik. Bukan hanya ikut nada politik. Kita ambil contoh kadar pengangguran siswazah mencecah 80,000 orang.
"Saya minta Senator kalau jawab jangan hanya ikut skrip disediakan pegawai semata-mata," kata Anwar menggamatkan Dewan Rakyat.
Soalan tambahan itu diajukan Anwar kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Wahid Omar.
Wahid menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (Gombak) bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak hadir
Azmin meminta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan menurunkan kadar pengangguran di Malaysia yang statik tiga peratus sejak beberapa tahun lalu.
Najib turut gagal menjawab berhubung program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menyerahkannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Selangor harus memimpin usaha bersih sistem p’raya

Posted: 01 Jul 2013 08:20 AM PDT


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dicadang menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang profesional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor-syor berkenaan urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya di negei ini.
Justeru, Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ingin menarik perhatian kerajaan negeri berhubung Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberikan kuasa perundangan yang sama kepada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

"Saya mendesak supaya kerajaan negeri segera menggunakan peruntukan ini bagi maksud menyiasat kecurangan dan penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 yang turut berlaku di Negeri Selangor," ujarnya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Ini, katanya kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan.

Menurutnya, ini selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam.

Read More / Baca Lagi >>

MB: RM55 juta daripada Geran Selangorku sudah dibelanja

Posted: 01 Jul 2013 08:19 AM PDT


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini sudah membelanjakan lebih RM55 juta daripada RM300 juta yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku.

Peruntukan bagi infrastruktur mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sejumlah lebih RM32.8.

Selain itu, sejumlah RM5.6 juta turut dibelanjakan di bawah geran infrastruktur sukan.

"Dengan adanya kemudahan infrastruktur lebih baik seperti kerja-kerja menaiktaraf jalan, longkang dan parit, pembinaan jambatan serta lampu jalan banyak membantu memberi kehidupan lebih selesa kepada rakyat.

"Selain menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna serta membantu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda disebabkan keadaan longkang dan parit yang tidak diselenggara," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Read More / Baca Lagi >>

Keluarga Taib Mahmud miliki tanah bernilai RM1 bilion?

Posted: 01 Jul 2013 08:18 AM PDT

Taib_MahmudAhli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memiliki tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion.
"Bagaimana keluarga Taib memperoleh tanah 94,700 ekar bernilai RM1 bilion, sedangkan bayaran premium kepada kerajaan negeri kurang RM200 juta?, soal Chong.
Melalui perolehan di Jabatan Tanah Sarawak, terdapat tujuh syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai anak, menantu, adik-beradik dan kroni Taib Mahmud.
Syarikat itu ialah Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn.
Pemegang saham bagi syarikat Monarda misalnya menunukkan saudara Taib iaitu Mahmud Abu Bekir Taib memiliki pegangan saham 52 peratus, Jamilah Taib (12 peratus), Hanifah Hajar Taib (12 peratus) dan menantu Taib iaitu Anisa Hamidah Abdullah (12 peratus).
Read More / Baca Lagi >>

Elaun 240 ribu petugas SPR RM201.1 juta, jom kira...????

Posted: 01 Jul 2013 08:12 AM PDT

Shahidan_KassimThe Malaysian Insider sebelum ini menyebut RM201.1 juta adalah sebagai bonus. Ia diperbetulkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim yang berkata jumlah tersebut adalah elaun untuk 240 ribu petugas dan pekerja SPR.
Kita kira fakta yang disebut Shahidan, untuk 240 ribu petugas PRU13, 5 Mei lalu. Maklumat yang diperolehi, bayaran untuk Kerani Tempat Mengundi yang telah dituntut seorang kawan sebelum ini RM235 setiap seorang. Bayaran elaun untuk Ketua Tempat Mengundi adalah sebanyak RM500 setiap seorang.
Kita andaikan semuanya 240 ribu adalah Kerani Tempat Mengundi, jumlah keseluruhan sebanyak RM56.4 juta. Kita andaikan pula semuanya [240 000] adalah Ketua Tempat Mengundi, maka RM120 juta belanja keseluruhannya.
Kita ambil belanja paling banyak iaitu RM120 juta. Maka masih berbaki RM81 juta. Kita ingin bertanya baki RM81 juta untuk siapa pula? Kita juga ingin bertanya berapa pula elaun untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR daripada baki tersebut?

Boleh Menteri baru ni perjelaskan!!

Statistik kematian dalam tahanan Zahid Hamidi palsu

Posted: 01 Jul 2013 08:06 AM PDT

N.SurendranKUALA LUMPUR, 1 JULAI: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa hanya dua kes sahaja membabitkan salah laku polis sehingga menyebabkan kematian dalam tahanan adalah statistik palsu.
"Sampai hati Zahid memberikan statistik palsu sedangkan angka itu tidak benar," kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.
"Dharmendran mati disebabkan kesukaran bernafas sebelum dinafikan laporan bedah siasat menunjukkan beliau bukan sahaja diseksa sampai mati, malah kedua-dua telinganya juga di-staple (diketip dengan dawai kokot)," kata Surendran.
Katanya, percanggahan kenyataan polis dengan keputusan bedah siasat menunjukkan bukan yang dicari, tetapi cuba menutup pekung di dada.
"Inilah juga dakwaan polis terhadap punca kematian Kugan, iaitu beliau minum segelas air sebelum jatuh lalu mati," ujarnya ketika persidangan Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

3 BADUT DIKUATIRI DIBALING KASUT DI KUALA BESUT !

Posted: 01 Jul 2013 07:50 AM PDT



Law Kana Bainana (Full Version - Malay Lyric)

Posted: 01 Jul 2013 07:47 AM PDT

KADAR KEMISKINAN: MENTERI BN TERKEBIL-KEBIL TAK MAMPU JAWAB SOALAN INI....

Posted: 01 Jul 2013 07:44 AM PDT


Di Parlimen.

MP Sibu: BR1M RM500 diterima 5.2 juta orang, tetapi kata kerajaan, kadar kemiskinan turun dari 3.8% (2009) ke 2.4%(2012)

Menteri tak menjawab mengapa lebih ramai jumlah penerima BR1M sementara kadar kemiskinan diumumkan berkurangan dari 3.8% pada 2009 kepada 2.4% pada 2012.

GoMalaysian

GoMalaysian


Sultan Tegur MCA

Posted: 01 Jul 2013 04:28 PM PDT

Komentar Kini

Komentar Kini


Apakah yang boleh kita katakan

Posted: 01 Jul 2013 05:10 PM PDT



Apakah yang boleh kita kata apabila Datuk Seri Ahmad Said isytihar Terengganu tidak akan hantar pelajar negeri kaya rakyat miskin ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir.

Kebanyakan rakyat Terengganu merasa hairan dengan isytihar menteri besar yang dilantik penggal kedua untuk menerajui Terengganu yang menang PRU 13 dengan nisbah 15-17 itu.

Penulis tak hairan pun, kerana sesiapa pun yang tak berminat dengan dunia pendidikan Islam akan bertindak demikian, miskipun mereka mengaku beragama Islam.

Macam juga ibubapa yang tidak berminat dengan pendidikan Islam. Mana mungkin mereka akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah agama.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada antara mereka berkata, belajar dibidang pendidikan Islam tiada nilai ekonomi, termasuk ada yang telah berkata, keluar nanti nak kerja apa.

Sehubungan dengan itu, ramai juga ibubapa yang tak akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah menengah Inggeris,kerana takut dan bimbang anak yang lulus nanti jadi macam orang kafir.

Memang ada kebenaranya, kerana kebanyakan pelajar yang belajar disekolah menengah Inggeris yang ditaja pihak kerajaan melanjutkan pelajar keluar Negara ikut macam kafir dan jadi macam kafir.Tak solat lima waktu sehari semalam. Arak dijadikan minuman biasa.Demikian juga zina.

Oleh itu, Turki yang di terajui Mustafa Kalam Ata Turk mengharamkan rakyatnya melanjutkan pelajaran ke university Al Azhar.

Tak kisahlah, kerana Mustafa Kamal Ata Turk adalah seorang pemimpin berketurunan yakjuj makjuj dan layak digelar yakjuj makjuj moden.

Akan tetapi ini, MB Terengganu yang masih beragama Islam juga telah isytihar tak akan hantar pelajar negeri ini melanjutkan pelajar ke university Al Azhar.

Mustahil nak ikut tindakan orang orang yakjuj makjuj yang memang bertujuan untuk merosakan dan melakukan bencana diatas muka bumi Allah ini.



 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PELIK TETAPI BENAR

Posted: 01 Jul 2013 06:30 PM PDT




SAEKOR EEE





Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Pengerusi Tabung HajiTerkini

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Isnin.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. INI SAEKOR EE ...kah kah kah..

kah kah kah...HABISLAAA DUIT  PAK LEBAI.... kah kah kah..

kah kah kah..HABISLAA DUIT MAK LEBAI... kah kah kah

kah kah kah...RAMAI AKAN TARIK DUIT KELUAR.... kah kah kah...

kah kah kah...TAKUT DENGAN BEKAS PEMUNGUT KERETA PIANG... kah kah kah..

NOTA
inilah kejayaan saekor ee
dari pelayan shah motel
kini menjadi tukang kelentong jula agama
kah kah kah

PUKUL TALIPON
SEKARANG
UNTUK DAPATKAN TIKET


---------

PENGHASUT DI BAWA KE MAHKAMAH PAGI INI

Posted: 01 Jul 2013 05:00 PM PDT



ENAM PENGHASUT
DI BAWA KE MAHKAMAH JALAN DUTA
PAGI INI JAM 9:00 
mereka dihadapkan dengan AKTA HASUTAN
mereka dituduh telah menghasut orang ramai
dalam dewan china
pada  malam 13 mei 2013 yang lalu

ADAM ADLI

SAFUAN ANANG


HARRIS IBRAHIM

YB TIAN CHUA


 TAMRIN GHAFFAR


-----------

BETUL KE BERITA INI

Posted: 01 Jul 2013 07:00 AM PDT


Pemilihan Umno: Nama Ku Li muncul lagi...
KETIKA Umno dikatakan mahu menjadikan partinya lebih demokratik dalam menentukan pucuk pimpinan parti, nama yang tidak asing lagi meniti di bibir pemerhati ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...PERKEMABANGN INI AMAT MENARIK.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI....kah kah kah..

kah kah kah.... TAPI APA HAH?.... kah kah kah

-----

PETANG INI

Posted: 01 Jul 2013 06:00 AM PDT





PETANG INI 7/7/2013



TETIBA HILANG
saperti biasa aku disitu
lalu aku perhatikan alam
lalu aku perhatikan bumi



sebelah kiri kuala lumpur 
langitnya gelap dan mendung

sebelah  kanan  seremban
langitnya biru dan cerah berawan puteh 

aku ditengah-tengah
memerhatikan perangai alam

burung burung pipit uban
berkumpul kumpul
sekelompok berterbangan
diikut yang lain
puluhan mereka menjunam ke bumi
sepintas mata hilang dari pandangan
meragut biji rumput
tetiba  terbang kembali
perpusing pusing bermain dengan angin




lalu aku teringatkan tanah sawah
lalu aku teringatkan kerbau di kubang


tetiba angin kuat sampai 
memukul datang awan mendung
burung pipit uban dipukul angin
hilang entah kemana

aku perhatikan
kanan seremban menjadi gelap
angin semakin kencang
membawa gugur butir butir air

ah! dimanakah agaknya hujan turun

aku bergegas pulang
ada jemuran wajib diselamatkan
------

SENI BANGUN MELAWAN

Posted: 30 Jun 2013 11:00 PM PDT



'Selak Serak', teater deraan Anwar dalam tahanan

Selak-SerakKUALA LUMPUR, 30 JUN : Teater 'Selak : Serak' didedikasikan khas untuk mangsa deraan dalam tahanan, termasuk kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipentaskan bermula 11 hingga 14 Julai ini.
Teater 'Selak : Serak' turut merakam kes penderaan dan pembunuhan dalam tahanan termasuk kematian Teo Beng Hock, Kugan, Ahmad Sarbaini dan Dharmedran.
Penerbit Eksekutifnya, Faisal Mustaffa berkata, ia merupakan usaha rakyat bagi meletakkan satu titik noktah kepada penderaan dan pembunuhan dalam siasatan.
"Cukuplah, sudah-sudahlah, kenapa masih perlu ada penderaan dan kematian seperti ini, rakyat sangat mengharapkan perlindungan dari pihak keselamatan, bukan sekumpulan beruniform yang menakutkan," katanya.
Beliau turut menyifatkan usaha mementas dan membawa isu rakyat melalui platform seni bukan lagi perkara baru, namun akan terus disegarkan dan ditambah baik agar mesej dapat dikongsi seluruh rakyat.
Tegasnya, matlamat akhir teater 'Selak: Serak' supaya kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu kematian dalam tahanan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC
"Kes penderaan dan kematian dalam tahanan ni kes berat, tapi kita cuba mudahkan agar dapat difahami semua," katanya
'Selak : Serak' adalah arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT).
Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam.
Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 melalui tempahan dalam talian di www.tix.my atau tempahan panggilan di 03-79600439 dan 017-2289846.
Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan.

--------

SATU TANDA AWAL KEJAYAN

Posted: 30 Jun 2013 10:00 PM PDT



    TANPA JALAN RAYA
    KITA TIDAK AKAN DAPAT
    APA APA
     KOMENTAR TUKAR TIUB
  • jika betul 
  • ini adalah satu perkembangan yang baik
  • jika betul ini adalah hasil perjuangan menentang penipuan\
  • jika betul ini adalah hasil gerakan 505

  • jika betul 
  • ini bermakna  
  • jika kita membantah
  • jika kiat bersuara
  • jika kita turun ke jalan raya
  • pasti membawa hasil

  • tanpa bantahan
  • tanpa suara marah
  • tanpa jalan raya
  • penipu akan terus menipu

  • NOTA
  • kita juga wajib berwaspada
  • jaga jagan jangan
  • terkena sandiwara
  • kah kah kah


  • Isu dakwat kekal: SPRM siasat SPR
Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan Sinar Harian menyebut, Mustafar mengesahkan bahawa satu pasukan siasatan dibentuk sejak minggu lalu, susulan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menanda jari pemilih yang telah membuang undi itu.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa SPRM menyiasat isu ini sama ada terdapatnya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat)," katanya seperti dipetik Sinar Harian.


ANAK MUDA
TERUSKAN LAGI
ANAK MUDA MENJANA
PERUBAHAN

----------

RUMAH MENTERI DIPECAH ROMPAK

Posted: 30 Jun 2013 08:30 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
berita  rumah dirompak ini berita sedih
ini berita  yang tidak enak didengar

kita wajib bersimpati
kepada sesiapa sahaja yang rumahnya dipecah
kepada mereka yang disamun
kepada sesiapa nyang menjadi mangsa ragut

kepada menteri muda yang rumah di rompak
kita nyatakan simpati

walau pun berita kemalangan
berita tidak molek  untuk menteri ini dan keluarganya
tetapi kerana kecurian ini pada rumah menteri
ianya tidak akan  menjadi stastik

hanya harapan kami
jangan nanti pihak keselamatan
akan berbondong bondong mengawal rumah menteri
hinggakan lupa kami yang tinggal
dikawasan kawasan sempit  yang berasak-asak

Rumah dirompak, KJ anggap jenayah negara serius
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.


-----------

SATU PERSOALAN YANG WAJIB DI JAWAB

Posted: 30 Jun 2013 08:00 PM PDT








KOMENTAR TUKAR  TIUB
ini satu persoalan yang wajib dijawab
ini persoalan penting
nampaknya
ananda ini bukan sahaja ada bangunan tinggi
bukan sahaja ada syarikat talipon
cari gali minyak dapat kontrek

CARI GALI DI TERANGGANU

Kenapa Mahathir masih jadi penasihat Petronas?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (lihat klip video)berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.

"Di bawah peruntukan apa  Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.


----------

KERETA YANG MEMBERAHIKAN

Posted: 30 Jun 2013 07:30 PM PDT



NOTA
jonker walk adalah  tempat yang menarik pelancung
setiap pelawat dari luar kota melaka 
akan menebeng
akan meleser
akan berligar di jalan ini

banyak yang hanya tengok tengok
banyak yang hanya lihat lihat

ada awek cun
ada balak kacak

ada barangan yang boleh dilihat
ada gula keras dipahat
ada cendul melaka
ada ada ada
ada macam macam

kita yang bukan warga kota melaka
hanya datang tengok dan berjalan

rupa rupanya dikatakan peniaga
dijalan ini menggangu lalu  lintas
betul ke?
yang ini kita dari luar melaka tak tahu

sebenrnya:
ada tiga ego disini
semuanya ego orang politik
ego ketua menteri melaka
ego yb pembankang
dan ego menteri pelancungan

tapi ego ketua menteri lebih besar
belum sebulan jadi ketua menteri
dah mula buat perangai
jelas si mamat ini  tak akan lama di kerusi

sayangnya
tidak ditanya pula pandangan pelancung
pelancung  dan pejalan kaki
yang memenuhi jalan ini

kalau tak ada jalan jonker ini 
samalah saperti kuala lumpur kita ini
tak ada jalan petaling
tak ada jalan masjid india

seharusnya ketua menteri wajib
menggalakan pelancung berjalan
mengalakkan meleser

ada pelancung yang datang dengan kereta
tapi ramai juga yang datang berjalan
terutama yang bukan  warga malaysia

jalan yang penuh dengan kereta
bukan satu tarikan untuk pelancung

kalau nak tengok jalan penuh dengan kereta
kalau fetish dengan kereta
sila berdiri  jambatan atau  dijejambat 
yang melintasi lebuh raya persekutuan
berdiri dari jam 5 petang hinngga jam 6 
nikmatilah rupa  bentuk segalan jenis kereta

JALAN JONKER DI MELAKA


Keputusan buka jalan Jonker Walk diteruskan
Komen
Melaka Tengah: Kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan membuka semula jalan di sekitar Jonker Walk, di sini, untuk laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. »

Menteri: Pasar malam Jonker Walk perlu kekal
 
Menteri pelancongan Mohd Nazri Aziz berkata beliau akan meminta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron agar mempertimbang semula keputusan menutup pasar malam Jonker Walk yang menurutnya menyumbang kepada pelancongan di Melaka.


KETUA MENTERI MELAKA
INGIN JADIKAN
TRAFIK JAM
SEBAGAI SATU DAYA TARIKAN
UNTUK MELAWAT MELAKA

------