Komentar Kini |
Apakah yang boleh kita katakan Posted: 01 Jul 2013 05:10 PM PDT Apakah yang boleh kita kata apabila Datuk Seri Ahmad Said isytihar Terengganu tidak akan hantar pelajar negeri kaya rakyat miskin ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Kebanyakan rakyat Terengganu merasa hairan dengan isytihar menteri besar yang dilantik penggal kedua untuk menerajui Terengganu yang menang PRU 13 dengan nisbah 15-17 itu. Penulis tak hairan pun, kerana sesiapa pun yang tak berminat dengan dunia pendidikan Islam akan bertindak demikian, miskipun mereka mengaku beragama Islam. Macam juga ibubapa yang tidak berminat dengan pendidikan Islam. Mana mungkin mereka akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah agama. Bukan setakat itu sahaja, malah ada antara mereka berkata, belajar dibidang pendidikan Islam tiada nilai ekonomi, termasuk ada yang telah berkata, keluar nanti nak kerja apa. Sehubungan dengan itu, ramai juga ibubapa yang tak akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah menengah Inggeris,kerana takut dan bimbang anak yang lulus nanti jadi macam orang kafir. Memang ada kebenaranya, kerana kebanyakan pelajar yang belajar disekolah menengah Inggeris yang ditaja pihak kerajaan melanjutkan pelajar keluar Negara ikut macam kafir dan jadi macam kafir.Tak solat lima waktu sehari semalam. Arak dijadikan minuman biasa.Demikian juga zina. Oleh itu, Turki yang di terajui Mustafa Kalam Ata Turk mengharamkan rakyatnya melanjutkan pelajaran ke university Al Azhar. Tak kisahlah, kerana Mustafa Kamal Ata Turk adalah seorang pemimpin berketurunan yakjuj makjuj dan layak digelar yakjuj makjuj moden. Akan tetapi ini, MB Terengganu yang masih beragama Islam juga telah isytihar tak akan hantar pelajar negeri ini melanjutkan pelajar ke university Al Azhar. Mustahil nak ikut tindakan orang orang yakjuj makjuj yang memang bertujuan untuk merosakan dan melakukan bencana diatas muka bumi Allah ini. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan