RAKYAT MARHAEN |
- #KL622: Bermula demo tanpa gangguan polis
- Memahami petisyen pilihan raya
- PAS gesa tubuh tribunal dedah kepincangan PRU13
- Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini
- Dakwat Tak Kekal: Siasatan SPRM jangan sekadar redakan amarah rakyat
- Tubuh J/Kuasa Profesional, Elak Persempadanan Tidak Adil Oleh SPR
- Altantuya: Nama Najib Razak cuba ‘dihilangkan’ dari mahkamah?
- Rundingan TPPA beri kesan negeri Pakatan
- Pahang: ‘Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan’
- Bila Petronas akan bayar royalti kepada Kelantan..??
- Hentikan pelaksanaan AES serta-merta
- Forum Perdana Ustaz Azhar Idrus 2 -30 Jun 2013
- MB : Operasi Bersepadu Kutip Hasil Tanah Tingkat Pendapatan Rizab Negeri
- PRK Kuala Besut Jentera Sudah Bergerak Tidak Timbul Soal Boikot
- Tubuh tribunal siasat PRU13 -Bhg.2
- MACC to form anti-corruption coalition
- Anwar: Kadar pengangguran tinggi berbanding diatas kertas
- Selangor harus memimpin usaha bersih sistem p’raya
- MB: RM55 juta daripada Geran Selangorku sudah dibelanja
- Keluarga Taib Mahmud miliki tanah bernilai RM1 bilion?
- Elaun 240 ribu petugas SPR RM201.1 juta, jom kira...????
- Statistik kematian dalam tahanan Zahid Hamidi palsu
- 3 BADUT DIKUATIRI DIBALING KASUT DI KUALA BESUT !
- Law Kana Bainana (Full Version - Malay Lyric)
- KADAR KEMISKINAN: MENTERI BN TERKEBIL-KEBIL TAK MAMPU JAWAB SOALAN INI....
#KL622: Bermula demo tanpa gangguan polis Posted: 01 Jul 2013 07:47 PM PDT Unjuk rasa Gelap (Black) 505 Jun 22 lalu berjaya dijayakan atas separuh kerjasama polis dan para penunjuk rasa yang kecewa terhadap kerja SPR. Penunjuk rasa tidak lagi peduli atas apa polis rasa dan kata tentang demo mempersoal kerajaan selama ini. Polis beri permit atau tak beri permit tidak lagi penting bagi para pro demokrasi. Mereka dengar polis atas segala yang menasabah tetapi tidak lagi peduli dengan dalih polis sekadar melanggar undang-undang dan menimbulkan kekacauan dan kepayahan. Gelap 505 Jun 22, 2013 memenuhi beberapa jalan besar dan utama pusat bandaraya Kuala Lumpur dari beberapa lokasi menuju Padang Merbok tanpa cabaran polis, bahkah kehadiran sepenuh hati atau terpaksa adalah bagi memudahkan kelancaran lalu lintas. Tidak lagi polis sepert di bawah Rahim Nor, Norain Mai dan Musa Hasan yang amat sensitif dengan tunjuk perasaan. Tidak lagi seperti Musa Hasan dan peanggantinya TS Ismail Omar yang baru pencen menangani Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan demo anti pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh Tan Sri Hasan Ahmad dan A Samad Said. Dalam semua demonstrasi, pejuang pro demokrasi ditunggu oleh trak PRU, lori meriam air dan lain-lain kelengkapan senjata polis seperti hendak menghadapi serangan penceroboh asing. Semua yang polis buat itu atas alasan menjaga keamanan dan keteneraman. Mati demokrasi, mati kebebasan menyuarakan kedaulatan rakyat tidak menjadi pertimbangan. Read More / Baca Lagi >> |
Memahami petisyen pilihan raya Posted: 01 Jul 2013 07:44 PM PDT "PEMBAHARUAN menyeluruh kepada sistem dan undang-undang pilihan raya." Itulah antara saranan yang sering disuarakan oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Terakhir saya mendengar saranan tersebut daripada beliau ialah semasa berlangsungnya suatu forum yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari 2013 yang lalu. Ramai yang menyebut, apa lagi tak puashati? Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah Pakatan Rakyat menang. Menjadi omong-omongan juga, "kalau tak puashati juga, bawalah ke mahkamah." Nah, ungkapan inilah yang menjadi fokus saya dalam penulisan ini. Perlu kita ketahui, antara undang-undang yang disandarkan dalam petisyen pilihan raya termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, (Akta 5). Pada kelazimannya, beberapa seksyen diguna termasuklah seksyen 35 dan seksyen 32. Seksyen 35 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut. Sementara itu seksyen 32 antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya. Pemberian rasuah, ugutan dan tindakan melanggar undang-undang terssebut perlulah pula begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> |
PAS gesa tubuh tribunal dedah kepincangan PRU13 Posted: 01 Jul 2013 07:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Read More / Baca Lagi >>Bercakap sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam beliau berkata, terlalu banyak perkara yang dipertikaikan pada pilihan raya lalu yang memerlukan satu siasatan menyeluruh dari sebuah badan yang bebas. "Kita mencadangkan ditubuhkan tribunal untuk melakukan postmortem PRU13. "Anggota tribunal ini pula mestilah dilantik dari kalangan mereka yang diterima semua pihak," katanya. Menurut Ustaz Hadi, beliau yakin jika tribunal ini ditubuhkan untuk menyiasat PRU13 lalu, banyak pendedahan akan timbul berkaitan masalah yang berlaku khususnya berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ianya termasuk isu daftar pemilih yang diragui, isu pengundi warga asing dan termasuk juga isu penggunaan dakwat kekal. Katanya, SPR juga pelu dibuat perubahan dengan membebaskan suruhanjaya itu daripada kongkongan kuasa politik pemerintah. |
Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini Posted: 01 Jul 2013 07:39 PM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini. Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai 'orang tengah'. Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. "Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya," kata sumber itu. Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13. Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan. Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan. |
Dakwat Tak Kekal: Siasatan SPRM jangan sekadar redakan amarah rakyat Posted: 01 Jul 2013 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat jangan sekadar bertujuan meredakan kemarahan rakyat. Meskipun ia dianggap sebagai kejayaan desakan dari siri himpunan Black 505 , SPR diingatkan untuk tidak bersandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap penipuan. "Jangan pula kenyataan mahu siasat SPR dibuat semata-mata mahu meredakan kemarahan. "Rakyat sudah muak dengan jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila sesuatu isu didedahkan," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan. SPR dikecam kerana gagal mengendalikan pilihan raya umum ke-13 dengan dakwat kekal walaupun dijanjikan tidak tanggal dari jadi sehingga 7 hari. Malah, kandungannya menggunakan bahan yang sama dengan pewarna makanan. Sementara itu, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa siasatan berhubung pembelian dakwat wajar dibuat secara telus, bersungguh-sungguh dan terbuka. "Rakyat perlu diberitahu jika wujud kepincangan dalam pembelian dakwat yang kita tahu menggunakan kos yang sangat besar," katanya. "Siasatan harus menyeluruh sama ada wujud penyelewengan dalam proses pemberian tender membekal dakwat," kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily. |
Tubuh J/Kuasa Profesional, Elak Persempadanan Tidak Adil Oleh SPR Posted: 01 Jul 2013 07:34 PM PDT SHAH ALAM, 2 JULAI: Selain penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan bahagian pilihan raya yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak adil. Antara contoh persempadanan yang tidak adil menurut Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perbezaan jumlah pengundi yang sangat besar antara DUN Seri Serdang, 72,769 pengundi berbanding DUN Permatang yang cuma memiliki seramai 19,636 pengundi sahaja. Ini berlaku menurut Azmin lagi, apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria-kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi. Justeru, beliau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor-syor berkenaan urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dalam Negeri Selangor. "Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR," kata Azmin ketika membahaskan Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor dalam Persidangan Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor (DNS) ke 13 di sini semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Altantuya: Nama Najib Razak cuba ‘dihilangkan’ dari mahkamah? Posted: 01 Jul 2013 07:33 PM PDT Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah cuba 'dihilangkan' dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam. Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah. Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis. "Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu," kata Sivarasa. Dalam pada itu, Sivarasa mempersoalkan, sama ada pendakwaraya mahupun peguam bela, kedua pihak tidak pernah mempersoalkan motif pembunuhan. Sedangkan, motif pembunuhan adalah soalan penting dalam perbicaraan. "Soalan yang ditanya langsung tidak menjurus kepada motif pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan secara terancang pasti mempunyai motif. "Jika keduanya tidak mempunyai motif, kita perlu selidik siapa yang mempunyai motif, untuk kita pergi kepada pendedahan yang lebih jelas," katanya. |
Rundingan TPPA beri kesan negeri Pakatan Posted: 01 Jul 2013 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikendali kerajaan Pusat memberi kesan kepada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, terutama Selangor. Justeru, Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali menuntut kerajaan pusat membuat rundingan dengan Selangor sebelum menandatangani perjanjian TPPA. "Persetujuan kerajaan negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya diurus dan diakomodasi negeri," kata Azmin. Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika sesi perbahasan titah diraja Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam. Katanya, antara perihal penting dalam seperti TPPA ialah elemen 'Non Conforming Measures' (NCM). Elemen tersebut mengehendaki kerajaan menyenaraikan 'perkara yang dipersetujui' dan 'perkara yang tidak dipersetujui' dan 'perkara yang dipersetujui oleh negeri' dan 'perkara yang tidak dipersetujui oleh negeri'. "Sebahagian besar perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara yang tercatat dalam 'Senarai Negeri' dan sSenarai Bersama' seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan. Menurut Azmin, TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral. "Namun lebih mencabar kerana ia bukan sahaja melibatkan isu pelaburan dan perdagangan, tetapi juga instrumen baru ekonomi seperti pembelian hakmilik intelektual (intellectual property rights procument), buruh dan kedaulatan negara," katanya. |
Pahang: ‘Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan’ Posted: 01 Jul 2013 07:29 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi. Read More / Baca Lagi >>"Justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. "Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih. Exco itu sebagaimana dilaporkan media menyatakan jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan. |
Bila Petronas akan bayar royalti kepada Kelantan..?? Posted: 01 Jul 2013 07:27 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kewangan menyatakan bilakah Petronas akan mula membayar wang tunai royalti Petroleum kepada Kerajaan Kelantan dan berapakah kadar yang akan dibayar. Read More / Baca Lagi >>Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada PAS yang turut mengemukakan soalan lisan hari ini sebagaimana di bawah. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji dan melaksanakan sistem percukaian berasaskan sistem Islam di Malaysia yang terbukti lebih adil dan saksama. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan terhadap perlaksanan program beras nasional gred ST15%. Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati. |
Hentikan pelaksanaan AES serta-merta Posted: 01 Jul 2013 07:26 PM PDT Pakatan Rakyat mendesak Kementerian Pengangkutan menghentikan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta merta. Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, selepas Peguam Negara menangguhkan dakwaan pesalah AES, rakyat menganggap pelaksanaannya dihentikan kerana mencetuskan banyak masalah. "Saya minta Datuk Seri Hishamuddin Hussien (pemangku Kementerian Pengangkutan) hentikan dan kaji semula pelaksanaan AES seluruh Malaysia," katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam. Teresa sebelum itu diberi jawapan Kementeran Pengangkutan yang mengesahkan pelaksanaan kamera AES di 14 lokasi masih diteruskan. Menurut jawapan tersebut, pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun walaupun pendakwaan bagi kes AES ditangguh. Read More / Baca Lagi >> |
Forum Perdana Ustaz Azhar Idrus 2 -30 Jun 2013 Posted: 01 Jul 2013 07:23 PM PDT |
MB : Operasi Bersepadu Kutip Hasil Tanah Tingkat Pendapatan Rizab Negeri Posted: 01 Jul 2013 07:22 PM PDT |
PRK Kuala Besut Jentera Sudah Bergerak Tidak Timbul Soal Boikot Posted: 01 Jul 2013 07:22 PM PDT |
Tubuh tribunal siasat PRU13 -Bhg.2 Posted: 01 Jul 2013 07:21 PM PDT |
MACC to form anti-corruption coalition Posted: 01 Jul 2013 07:21 PM PDT |
Anwar: Kadar pengangguran tinggi berbanding diatas kertas Posted: 01 Jul 2013 08:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran di negara ini lebih tinggi berbanding dinyatakan kerajaan persekutuan iaitu tiga peratus. Katanya, ini kerana ada diantara rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan namun tidak didaftarkan bagi statistik tersebut. "Kadar pengangguran patut lebih realistik. Bukan hanya ikut nada politik. Kita ambil contoh kadar pengangguran siswazah mencecah 80,000 orang. "Saya minta Senator kalau jawab jangan hanya ikut skrip disediakan pegawai semata-mata," kata Anwar menggamatkan Dewan Rakyat. Soalan tambahan itu diajukan Anwar kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Wahid Omar. Wahid menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (Gombak) bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak hadir Azmin meminta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan menurunkan kadar pengangguran di Malaysia yang statik tiga peratus sejak beberapa tahun lalu. Najib turut gagal menjawab berhubung program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menyerahkannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. |
Selangor harus memimpin usaha bersih sistem p’raya Posted: 01 Jul 2013 08:20 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dicadang menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang profesional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor-syor berkenaan urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya di negei ini. Read More / Baca Lagi >>Justeru, Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ingin menarik perhatian kerajaan negeri berhubung Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberikan kuasa perundangan yang sama kepada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. "Saya mendesak supaya kerajaan negeri segera menggunakan peruntukan ini bagi maksud menyiasat kecurangan dan penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 yang turut berlaku di Negeri Selangor," ujarnya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini. Ini, katanya kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan. Menurutnya, ini selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam. |
MB: RM55 juta daripada Geran Selangorku sudah dibelanja Posted: 01 Jul 2013 08:19 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini sudah membelanjakan lebih RM55 juta daripada RM300 juta yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku. Read More / Baca Lagi >>Peruntukan bagi infrastruktur mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sejumlah lebih RM32.8. Selain itu, sejumlah RM5.6 juta turut dibelanjakan di bawah geran infrastruktur sukan. "Dengan adanya kemudahan infrastruktur lebih baik seperti kerja-kerja menaiktaraf jalan, longkang dan parit, pembinaan jambatan serta lampu jalan banyak membantu memberi kehidupan lebih selesa kepada rakyat. "Selain menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna serta membantu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda disebabkan keadaan longkang dan parit yang tidak diselenggara," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. |
Keluarga Taib Mahmud miliki tanah bernilai RM1 bilion? Posted: 01 Jul 2013 08:18 AM PDT Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memiliki tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion. "Bagaimana keluarga Taib memperoleh tanah 94,700 ekar bernilai RM1 bilion, sedangkan bayaran premium kepada kerajaan negeri kurang RM200 juta?, soal Chong. Melalui perolehan di Jabatan Tanah Sarawak, terdapat tujuh syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai anak, menantu, adik-beradik dan kroni Taib Mahmud. Syarikat itu ialah Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn. Pemegang saham bagi syarikat Monarda misalnya menunukkan saudara Taib iaitu Mahmud Abu Bekir Taib memiliki pegangan saham 52 peratus, Jamilah Taib (12 peratus), Hanifah Hajar Taib (12 peratus) dan menantu Taib iaitu Anisa Hamidah Abdullah (12 peratus). Read More / Baca Lagi >> |
Elaun 240 ribu petugas SPR RM201.1 juta, jom kira...???? Posted: 01 Jul 2013 08:12 AM PDT Kita kira fakta yang disebut Shahidan, untuk 240 ribu petugas PRU13, 5 Mei lalu. Maklumat yang diperolehi, bayaran untuk Kerani Tempat Mengundi yang telah dituntut seorang kawan sebelum ini RM235 setiap seorang. Bayaran elaun untuk Ketua Tempat Mengundi adalah sebanyak RM500 setiap seorang. Kita andaikan semuanya 240 ribu adalah Kerani Tempat Mengundi, jumlah keseluruhan sebanyak RM56.4 juta. Kita andaikan pula semuanya [240 000] adalah Ketua Tempat Mengundi, maka RM120 juta belanja keseluruhannya. Kita ambil belanja paling banyak iaitu RM120 juta. Maka masih berbaki RM81 juta. Kita ingin bertanya baki RM81 juta untuk siapa pula? Kita juga ingin bertanya berapa pula elaun untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR daripada baki tersebut? Boleh Menteri baru ni perjelaskan!! |
Statistik kematian dalam tahanan Zahid Hamidi palsu Posted: 01 Jul 2013 08:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa hanya dua kes sahaja membabitkan salah laku polis sehingga menyebabkan kematian dalam tahanan adalah statistik palsu. "Sampai hati Zahid memberikan statistik palsu sedangkan angka itu tidak benar," kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran. "Dharmendran mati disebabkan kesukaran bernafas sebelum dinafikan laporan bedah siasat menunjukkan beliau bukan sahaja diseksa sampai mati, malah kedua-dua telinganya juga di-staple (diketip dengan dawai kokot)," kata Surendran. Katanya, percanggahan kenyataan polis dengan keputusan bedah siasat menunjukkan bukan yang dicari, tetapi cuba menutup pekung di dada. "Inilah juga dakwaan polis terhadap punca kematian Kugan, iaitu beliau minum segelas air sebelum jatuh lalu mati," ujarnya ketika persidangan Dewan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
3 BADUT DIKUATIRI DIBALING KASUT DI KUALA BESUT ! Posted: 01 Jul 2013 07:50 AM PDT |
Law Kana Bainana (Full Version - Malay Lyric) Posted: 01 Jul 2013 07:47 AM PDT |
KADAR KEMISKINAN: MENTERI BN TERKEBIL-KEBIL TAK MAMPU JAWAB SOALAN INI.... Posted: 01 Jul 2013 07:44 AM PDT Di Parlimen. MP Sibu: BR1M RM500 diterima 5.2 juta orang, tetapi kata kerajaan, kadar kemiskinan turun dari 3.8% (2009) ke 2.4%(2012) Menteri tak menjawab mengapa lebih ramai jumlah penerima BR1M sementara kadar kemiskinan diumumkan berkurangan dari 3.8% pada 2009 kepada 2.4% pada 2012. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan