Isnin, 1 Julai 2013

dollah yankee

dollah yankee


Kuala Besut... bila?!

Posted: 01 Jul 2013 01:16 AM PDT


SPR dijangka mengumumkan tarikh untuk PRK Kuala Besut pada minggu ini dan gurkah-gurkah politik di'port' telah membuat spekulasi selepas mendapat berita yang kempen dan hari mengundi hanya akan berlangsung selepas hari raya puasa nanti. Ini kerana BN/Najib begitu konfiden yang BN akan terus mempertahankan kerusi itu dan mereka (BN/Najib) tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menderma dan bersedekah serta berzakat kepada pengundi-pengundi disana jika kempen dijalankan semasa bulan puasa dan hari raya.

Bagaimanapun apabila gurkah-gurkah politik di'port' telah membuat 'survey' terhadap bilik-bilik hotel disana, didapati banyak bilik-bilik telah di booking daripada parti-parti politik pada masa ramadhan sedang rancak berjalan.

Lalu gurkah-gurkah ini tertanya-tanya apa kah PRK ini bakal berlaku semasa bulan puasa? Sebabnya sebuah resort berdekatan dengan Kuala Besut telah pun mengesahkan menerima booking untuk semua bilik-bilik disana daripada sebuah ibu pejabat parti politik terbesar antara 9hb Julai - 22 hb Julai.

Jika diambil kira jangka waktu kempen diantara 10 - 15 hari, besar kemungkinan PRK Kuala Besur ini akan berlaku pada tarikh sepertimana bilik-bilik hotel yang telah ditempah tadi.

Salah seorang pegawai kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang merupakan bekas anak didik gurkah-gurkah politik ini ada menghubungi dan tidak menolak kemungkinan yang pilihanraya kecil ini boleh berlaku pada masa ramadhan, ini disebabkan semasa bulan ramadhan ini lah manusia akan berebut-rebut untuk bersedekah,memberi makan dan minum dan berzakat dan ini merupakan satu kelebihan kepada umno/BN yang boleh 'tabur' secara gila gila ....

dollah yankee -
Kenyang laa orang Kuala Besut kalau kempen masa bulan puasa


Tiada ulasan: