Sabtu, 20 April 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU KETUA CABANG ROMPIN - TIADA KENA MENGENA DENGAN USAHA MENYELAMATKAN KERUSI BN

Posted: 20 Apr 2013 02:34 PM PDT

 
CALUN MUADZAM SHAH TIDAK DIPILIH OLEH AKAR UMBI CABANG. SDR NORDIN TIDAK DIKENAL OLEH KEBANYAKAN PENGUNDI KERANA TAK MENGGERAKAN PARTI APATAH LAGI DIPENEMPATAN ORG ASAL. KEBANYAKANNYA LEBIH KENAL SDR RABIDIN KERANA BELIAU LEBIH MESRA DENGAN PENGUNDI. SAYA MENGANDAIKAN PEMILIHAN CALUN KEPADA NORDIN ADALAH TELAH DIRANCANG SUPAYA DUN MUADZAM MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KEPADA MAZNAH MAZLAN YANG JUGA MERUPAKAN ADIK IPAR DATU FAUZI. DAN TAK MUSTAHIL INI ADA KERJASAMA DARI CALU CALUN PARLIMEN DAN DUN BARISAN NASIONAL KAWASAN ROMPIN.....NAMPAKNYA PERMAINAN SANDIWARA PKR SEMAKIN TERSERLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN TERSEBARNYA PENYINGKIRAN SEMUA KETUA CABANG PKR SELURUH MALAYSIA YANG MENYOKONG DATUK ZAID IBRAHIM SEWAKTU PEMILIHAN DULU DARI TERPILIH SEBAGAI CALUN. INI LAH DIA KATA ORANG TUA TUA DULU: MENGATA DULANG PAKU SERPIH........" RUPANYA PERANGAI UMNO TETAP ADA DALAM PKR. TIADA DEMOKRASI SEBENARNYA DALAM PKR. KALAU DALAM PARTI SENDIRI PUN DAH ADA CAH KETING.......APAKAH NASIB RAKYAT AKAN DATANG? (Petikan komen seorang pembaca Blog ini)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

BEGITULAH  bunyinya komen yang agak pedas dari penulis di atas terhadap hilangnya nama Ketua Cabang Rompin, Sdr Wak Rabidin Kasmawi dari calon Dun Muadzam Shah.  Aku memahami perasaan penulis berkenaan dan secara peribadi aku bersetuju bahawa Sdr Wak Rabidin sememangnya tokoh terkenal, rajin dan mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli parti bahkan dari rakan-rakan PAS sendiri.

Sdr Rabidin Kasmawi - Ketua Cabang Rompin
Aku banyak kali juga terlibat di dalam program yang dianjurkan oleh Cabang Rompin, dan Wan Rabidin adalah orang yang sering panggil aku ceramah di kawasan beliau.  Setiap kali program, aku tidak nampak muka lain atau tokoh yang begitu aktif bergerak selain dari Wak Rabidin.  Terus terang, aku sendiri tidak mengenali Sdr Nordin walaupun aku berada dalam Majlis Pimpinan Negeri Pahang.

Tetapi, aku langsung tidak setuju dengan Penulis yang mendakwa 'hilang'nya nama Wak Rabidin dari calon Dun Muadzam adalah kerana ingin memberikan kemenangan mudah kepada 'adik Ipar' Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang.  Untuk maklumat Penulis, nama Wak Rabidin adalah tersenarai teratas yang diberikan oleh Ibu Pejabat Negeri kepada Pusat.  Malahan, sewaktu Ibu Pejabat meletakkan nama Sdr Nordin sebagai calon, pihak Negeri sedaya upaya cuba meminta penjelasan daripada Pusat mengapa nama Wak Rabidin 'hilang'.  Usaha untuk meletakkan semula Wak Rabidin sebagai calon dibuat sehingga ke peringkat Presiden Parti, DS Wan Azizah hadir ke Kuantan yang mana pada asalnya untuk mengumumkan calon yang terpilih.

Untuk makluman Penulis juga, bukan Wak Rabidin sahaja yang cuba diusahakan oleh Negeri untuk dicalonkan tetapi beberapa nama calon kawasan lain turut terlibat.  Oleh kerana desakan Negeri, DS Wan Azizah tidak jadi untuk mengumumkan senarai calon yang dianggap oleh Negeri kurang sesuai untuk dipilih di antara lain adalah kerana tidak pernah turun padang atau tidak dikenali oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Negeri memohon agar Pusat mengkaji semula senarai pilihan calon yang dikeluarkan oleh Negeri untuk diterima pakai oleh Pusat.  Maka, DS Wan Azizah bersetuju untuk menangguhkan dulu pengumuman calon pada malam tersebut kerana terdapat beberapa nama yang dipilih oleh Negeri 'hilang' di dalam senarai calon yang dibawa oleh DS Wan Azizah.

Akhirnya, pihak Pusat membuat beberapa pindaan terhadap kedudukan calon-calon malangnya masih terdapat beberapa nama pilihan Negeri 'hilang' dari senarai termasuk nama Wak Rabidin.  Apakah yang mampu Negeri boleh lakukan lagi tambahan pula senarai nama yang dimuktamadkan oleh Pusat tiba dua hari sebelum hari Penamaan Calon?  Pusat mempunyai alasan tertentu mengapa beberapa nama baru wujud di dalam senarai walaupun alasan mereka kita tidak boleh menerima atau bersetuju.  Akhirnya kita terpaksa kembali kepada adab berjemaah dan berparti di mana kita berhak menegur pihak atasan tetapi terpaksa akur dengan pihak atasan jika mereka telah buat keputusan.

Ertinya, kehilangan nama Wak Rabidin dari senarai calon tiada langsung kena mengena dengan usaha untuk membantu waris atau adik ipar sesiapa kerana bukan satu kes sahaja yang terlibat.  Aku berpendapat adalah lebih baik dan praktikal di masa akan datang, calon Dun hendaklah ditentukan oleh Negeri setelah mendapat sokongan dari Cabang dan pihak Pusat kenalah menerima pandangan Negeri. 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Papa Gomo tak tanding ... DSAI hadapi saingan 3 penjuru,

Posted: 20 Apr 2013 02:53 AM PDT



20 April 2013
Mazlan & Anwar
BUKIT MERTAJAM - Calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail menyifatkan pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini memberi saingan sengit kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Permatang Pauh ni air muka PKR, air muka pakatan pembangkang. Kawasan ini merupakan kawasan tradisi PKR. Sudah pasti berlaku pertandingan yang sengit," katanya  kepada pemberita selepas penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara, Berapit di sini hari ini.

Mazlan, 50, bekas Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd akan mencabar Anwar dan seorang calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin.

Mazlan yang juga bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas negeri berkata dalam keadaan pertandingan tiga penjuru, BN mampu mendapat kemenangan besar pada PRU13 ini berikutan kesemua calon mewakili parti itu adalah anak tempatan.

"Penduduk Permatang Pauh sudah cukup matang untuk menghadapi pilihan raya umum ini. Saya dan pasukan saya akan bekerja sebaik mungkin. Kita akan berkhidmat kepada rakyat... bawa satu harapan yang baharu kepada mereka," katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, Anwar yang ditemui pemberita berkata pertandingan tiga penjuru itu tidak membawa apa-apa perubahan kepadanya dan beliau yakin PKR akan meneruskan tradisi memerintah kubu kuatnya itu.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada jentera pakatan pembangkang yang mantap dan pihaknya juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seluruh pengundi di Permatang Pauh yang setia menyokong parti itu untuk terus memberi sokongan.

"Saya akan serahkan kepada rakan sekerja saya di sini dengan calon lain untuk bekerja kerana saya telah mengumumkan malam tadi, saya juga harus memberi tumpuan di tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.

Pada PRU 2008, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 13,398 undi sebelum mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil.

Anwar mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi.

Pertembungan Mazlan dengan Anwar dijangka mencuri tumpuan pada PRU13 ini memandangkan Mazlan mempunyai pengalaman dalam jentera pilihan raya pembangkang ketika bersama Pas.

Sebelum itu suasana di pusat penamaan calon itu gamat dengan sorakan penyokong kedua-dua parti yang mula membanjiri kawasan itu seawal 7 pagi dan proses penamaan berjalan lancar dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Menerusi blognya semalam, Papa Gomo berkata dia memutuskan untuk membatalkan hasratnya bertanding di Permatang Pauh menentang Anwar.

"Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini," katanya lagi.

Katanya, dia menaruh penuh kepercayaan terhadap  Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini.

(Video Lucah) Penyiasat Thai Ditahan Di Malaysia [Video]

Posted: 20 Apr 2013 12:13 AM PDT

bumiperak

bumiperak


Suasana penamaan calon di P71 Gopeng

Posted: 20 Apr 2013 01:18 AM PDT

KARPET KUNING

KARPET KUNING


PRU Ke 13 - Selamat mengundi kepada semua.

Posted: 20 Apr 2013 04:40 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU 13 : Pengumuman Penamaan Calon Bertanding Di Parlimen Sembrong

Posted: 20 Apr 2013 07:34 PM PDT

Kerusi-Kerusi Pilihan PRU 13 - (Khas)

Posted: 20 Apr 2013 07:31 PM PDT

GE13: 'Lembah Pantai candidate supporters'

Posted: 20 Apr 2013 11:24 AM PDT

A Samad Said: Kita mahu 'Pilihanraya' bukan 'pilihan kaya'

Posted: 20 Apr 2013 11:23 AM PDT

GE13 : Pakatan Rakyat at Nomination Center for K.K.( Luyang , Api- Api & Likas )

Posted: 20 Apr 2013 10:40 AM PDT

Anwar Ibrahim: 2 Minggu Ini Bukan Menentu Nasib Calon-Calon Kita Di Dun Atau Parlimen

Posted: 20 Apr 2013 10:38 AM PDT

Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding Dalam PRU-13

Posted: 20 Apr 2013 10:33 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Proses penamaan calon PRU-13 di seluruh negara telah pun selesai. Kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak dipertandingkan. Tidak ada satu kerusi pun yang dimenangi tanpa bertanding seperti pada pilihan raya sebelum ini.

Perkembangan ini menunjukkan UBN di dalam keadaan benar-benar diasak kiri dan kanan. Selalunya ada calon-calon UBN khasnya Umno akan di istyharkan menang tidak bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini tidak ada. Ini memberi gambaran bahawa UBN tidak boleh goyang kaki dan pilihan raya ini sesuatu yang memerit dan mendebarkan. UBN benar-benar ditentang dengan penuh dendam untuk ditumbangkan.

Presiden Umno Mohd Najib Razak dan timbalannya Muhyuddin Yassin juga terpaksa mengharungi pertarungan sengit di kawasan masing-masing. Mereka diasak calon-calon PKR dan PAS. Ini menunjukkan kedua sosok itu tidak dihairakan dan dimalui sesaiapa lagi. Mencabar calon Umno hari ini bukan mubah tetapi sudah wajib. Ia menjelaskan kalau mereka popular sudah tentu mereka akan diberi laluan menang tanpa bertanding.

Razaleigh diberi ucapan tahniah selepas selesai nomination.
Walaupun tidak ada mana-mana calon menang tanpa bertanding, yang menjadi kejutan dalam pilihan raya kali ini, tetapi masih tetap ada beberapa peristiwa yang mengejutkan terutamanya di pihak UBN. Antara berita mengejutkan ialah tindakan Naib Ketua Wanita, Kamalia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas untuk merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar, Perak. Kejadian seperti ini adalah sejarah paling pahit buat Umno.

Seingat saya belum pernah sepanjang sejarah parti itu, pemimpin wanitanya yang dilihat kumpulan yang setia, jujur dan selalu bekerja kuat serta gigih kepada parti boleh bertindak melawan parti sendiri. Langkah Kamalia itu tidak syak lagi menunjukkan Umno sudah gagal untuk menjinak ahli wanitanya. Atau wanita Umno juga sudah bosan dengan parti berkenaan sehinggakan sanggup 'memakin suami' di depan ramai? Apa yang berlaku di Kuala Kangsar itu adalah gambaran bahawa wanita sudah senak dan terkedu dengan Umno. Read More / Baca Lagi >>

GE13: BATTLE FOR MALAYSIA BEGINS!

Posted: 20 Apr 2013 10:13 AM PDT

Nominations are done. The battle has begun with BN's future hanging precariously on the dacing. This is the ground reality that needs no Wall Street analyst to interpret.
Even migrant workers are no more fighting shy to express their opinions on the way BN has been behaving lately. You do not believe? Well take a walk down town and speak to the Indon or Bangla at the marketplace or take note of your maid's expression while she watches TV news.
Nomination day ends, BATTLE FOR MALAYSIA BEGINS!The latest fracas and assault on DAP was a heaven sent sign even for fence sitters. It is a shame that BN has to stoop so low – that is the tone of opinions being swiftly shared via the new media by the rakyat. Gone are the days where the citizens kept their viewpoints close to their locked bosoms.
The frustration, disappointment and disapproval towards BN's and especially UMNO's election tactics and strategies are being openly questioned – not just by the educated and professional circles, but even by petty traders and maids.
The very fact that the masses are willing to come out in droves in support of the opposition leaders is not to be dismissed as 'curious crowds'. The sense of bonding and bridging between the three coalition parties – DAP, PKR and PAS, is not a convergence of conveniences anymore. Nor is it a strategy of sorts. The harsh reality is it is, by all measures, an inevitable maturation speeded up by BN's doing and the rakyat's increasing determination to see through a transforming change.
Today, the rakyat are on that final countdown, determined to give that final push for transforming change. Not just change for the sake of change as the BN supremoes want to believe. But change to transform the nation from the strangle-holds of gutter politics.
In fact, the very thought in the minds of growing millions of voters is much like the Nike slogan, "Just do it".
Extreme disappointment in BN
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Ibrahim Ali Dan Zul Nordin Lebih Dihargai Berbanding Kamilia

Posted: 20 Apr 2013 10:11 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Diantara semua calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan hari ini, Kamilia Ibrahim yang paling menonjol kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau yang sebelum ini melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO, akhirnya memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai jalan keluar kepada sengsara yang ditanggungnya.

Sebaik mengesahkan bertanding, Kamilia bukan saja mengumumkan beliau keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tetapi tentunya menjadikan jiwanya bertambah tenang selepas ini.

Jika beliau terus kekal di dalam UMNO, batinnya pasti lebih menderita lagi.

Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian, lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang dan mempersenda UMNO.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: JUMLAH KERUSI YANG DTANDINGI BN, PAS, PKR DAN DAP.

Posted: 20 Apr 2013 10:04 AM PDT

BN bertanding dlm 221 kerusi Parlimen 505 DUN. 
PAS bertanding dlm 73 kerusi Parlimen 236 DUN.
 PKR bertanding dlm 99 kerusi Parlimen 172 DUN.
 DAP bertanding dlm 51 kerusi Parlimen 102 DUN.

PRU13: Ansari tak tanding, tapi anak gadisnya bertanding di Tuaran

Posted: 20 Apr 2013 09:47 AM PDT


 
Persoalan sama ada Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah akan membuat kejutan dengan bertanding atas tiket bebas atau parti lain akhirnya terjawab pagi tadi setelah beliau tidak menghantar borang pencalonan ketika proses penamaan calon.

Sebaliknya, anaknya, Erveana Ansari yang juga naib ketua AMK yang bertanding sebagai calon bebas bagi merebut jawatan ahli parlimen kawasan tersebut.

Isu pencalonan Ansari sebagai calon PKR di Tuaran menjadi hangat baru-baru ini setelah beliau diketepikan daripada menjadi calon.

Malahan, daripada tujuh nama yang dikemukan beliau, hanya seorang yang terpilih iaitu Jonathan Yassin yang akan bertanding di parlimen Ranau.

Pada pilihan raya 2004 dahulu, Ansari telah memperoleh 8,555 undi walaupun tewas kepada pencabar beliau ketika itu, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Read More / Baca Lagi >>

Calon adik-beradik, pertembungan keluarga warnai PRU13

Posted: 20 Apr 2013 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyaksikan pertembungan calon yang mempunyai pertalian keluarga di beberapa buah kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
Pertembungan paling mencuri tumpuan pastinya membabitkan adik-beradik Kitingan di Sabah di kerusi Parlimen Keningau antara Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan adiknya Datuk Dr Jeffrey daripada Parti Reformasi Negeri (Star).
  
Ini merupakan percubaan kedua Dr Jeffrey selepas tewas kepada abangnya pada dua pilihan raya umum sebelum ini.
  
Turut menarik perhatian ialah penglibatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan adiknya Khalid, masing-masing di Parlimen Johor Baharu dan Shah Alam.
  
Walaupun bersaudara, perjuangan dan ideologi politik yang berbeza membawa mereka ke gelanggang berlawanan, Shahrir akan mempertahankan kerusi Johor Baharu atas tiket BN manakala Khalid melalui PAS.

Sementara itu, di utara Semenanjung kedudukan Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mungkin tergugat apabila bakal ditentang sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali daripada BN di kerusi DUN Sungai Limau yang disandangnya ketika ini.
  
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 8 kawasan Parlimen dikenal pasti kerusi panas

Posted: 20 Apr 2013 09:36 AM PDT


Saingan kerusi Parlimen
Saingan kerusi Parlimen
Saingan kerusi Dun
Saingan kerusi Dun
KUALA LUMPUR -  Kerusi Parlimen Gelang Patah (Johor), Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Permatang Pauh (Pulau Pinang) adalah antara kerusi panas daripada 222 kawasan Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
  
Pertembungan di Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) dan Shah Alam (Selangor) yang juga termasuk dalam kelompok kerusi panas menjadi tumpuan masyarakat dan pemerhati politik kerana ditandingi beberapa veteran politik selain membabitkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru.
  
Kerusi Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 106,864 pengundi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.Read More / Baca Lagi >>

275 pertandingan berbilang penjuru kuasai PRU13

Posted: 20 Apr 2013 09:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April — Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menyaksikan 452 pertandingan satu lawan satu dan 275 pertandingan berbilang penjuru membabitkan kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen, dengan  kerusi Parlimen Kalabakan dan DUN Sulabayan di Sabah merekodkan pertandingan tujuh penjuru masing-masing.
Di Lembah Pantai, calon BN Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menentang penyandang Nurul Izzah Anwar (PKR) dan calon Bebas Rusli Baba. — Gambar oleh Boo Su-LynTidak seperti pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan penguasaan pertarungan satu lawan satu kecuali di Sabah, kali ini pertandingan berbilang penjuru dominan di seluruh negara dengan penyertaan calon Bebas dan parti seperti Berjasa, Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), Parti Cinta Malaysia (PCM).
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Sabah masih mengatasi negeri lain dengan merekodkan 36 pertandingan empat penjuru termasuk 23 peringkat DUN.
Di Semenanjung, Selangor paling banyak mencatatkan pertandingan berbilang penjuru dengan kerusi Parlimen Kapar dan DUN Kota Damansara serta Kajang masing-masing menyaksikan pertandingan enam penjuru, selain pertembungan lima penjuru di lima kerusi DUN lain.
DUN Sidam di Kedah dan Machang Bubuk di Pulau Pinang, masing-masing ditandingi enam calon, manakala di Perak mencatatkan 19 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: ROS hantar surat malam semalam, tak halang DAP guna lambang roket

Posted: 20 Apr 2013 09:29 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP  jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai halangan bagi DAP menyertai pilihan raya umum  menggunakan lambang roket.
Dua  pegawai ROS yang hadir ke Ibu Pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difaks tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.
"Adalah jelas mereka mengeluarkan surat itu setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal," kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke ketika dihubungi media.
Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman itu menyebut, "Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk DAP menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 menggunakan simbolnya."
Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon DAP diterima bertanding  menggunakan lambang roket.

PRU13: Selangor Negeri Tumpuan - (Khas)

Posted: 20 Apr 2013 09:18 AM PDT

Nomination Day: Anwar arrives in style

Posted: 20 Apr 2013 09:15 AM PDT


Nomination Day: Calm and cool ahead of Anwar's arrival

Posted: 20 Apr 2013 09:14 AM PDT


GE13: BN has been in power for too long

Posted: 20 Apr 2013 09:13 AM PDT


15 days to GE13, Anwar optimistic of winning the federal govt

Posted: 20 Apr 2013 09:12 AM PDT


GE13: Anwar draws 30,000 crowd stretching 2km to nomination centre:Confident of taking Putrajaya

Posted: 20 Apr 2013 09:11 AM PDT

BERAPIT, Penang - A three-cornered fight awaits Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim at Permatang Pauh, a constituency he has held from the 1980s, but that is unlikely to worry him much. The more than 30,000-strong crowd stretching at least 2km long that accompanied him to the nomination centre at the Institut Kemahiran Belia Negara in Berapit, Penang is a testament to his huge popularity and resurgence as the country's foremost Malay leader.
Anwar draws 30,000 crowd stretching 2km to nomination centre:Confident of taking PutrajayaThe huge crowd of mostly everyday people from all age groups also underscores the amount of hope Malaysians have pinned on him and his Pakatan Rakyat coalition to effect change in the country. They want him not only to win the Permatang Pauh parliamentary seat but also to wrest the federal government from Prime Minister Najib Razak and corruption-riddled Umno-BN coalition.
"We are quite optimistic (of wining the federal government) but we have to work very hard," Anwar told Malaysia Chronicle as his minders forged a way for him to get back onto his Jelajah Merdeka Rakyat bus.
Focus on federal government, Permatang Pauh a sure-win for Anwar
In Permatang Pauh, Anwar will face Umno's Mazlan Ismail, an engineer and vice president with Telekom Malaysia who was also a former PAS member. An independent candidate Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin, a Penang-based medical practitioner, is the surprise third contestant.
There is little doubt that Anwar will steamroll over both Mazlan and Abdullah, who are political lightweights compared to the 64-year-old former deputy prime minister, who is not only well respected within Malaysia but maintains close rapport with top leaders from around the world.
Indeed, if Pakatan wins more than half of the federal Parliament's 222 seats, Anwar will become the country's 7th prime minister and go down in history as the first man to ever effect a regime change in Malaysia, which has been ruled by the Umno-BN since 1957.
Many pundits believe that in the past few weeks the odds have further shifted to Anwar's favor. One example cited is the latest controversy allegedly instigated by Umno-BN over the DAP's right to use its traditional 'Rocket' logo in the coming May 5 general election.
Although a late announcement from the Registrar of Societies finally confirming it would not challenge the DAP's use of the Rocket on the balloting papers, it may be too late for the Umno-BN government to regain voters' trust.
"It is too late. The way the ROS and Prime Minister Najib Razak's administration handled the issue stinks to high heaven. Few voters doubt there was an attempt to shackle the DAP and the sympathy votes will flow to the Pakatan," Eddie Wong, a PKR veteran told Malaysia Chronicle.
GE13 off to a spirited start
Be that as it may, supporters from both camps are already staking claims to victory outside the IKBN compound.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 579 calon tanding kerusi Parlimen 1,321 Dun

Posted: 20 Apr 2013 09:09 AM PDT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini.
PRU13: 579 calon tanding kerusi Parlimen 1,321 Dun Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
  
"Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Pencalonan di kerusi Dun yang ditolak bagaimanapun tidak dinyatakan.
  
Kamaruddin berkata tiada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun, dan tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun  ke atas.
  
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Siapa Arahkan Che Johan Tidak Bertanding Di Pasir Mas?

Posted: 20 Apr 2013 09:07 AM PDT

Umno sebenarnya empat kali dimalukan hari ini.

Pertama, akibat calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang sepatutnya menyerahkan borang pencalonan, akhirnya tidak berbuat demikian.

Kedua, keputusan naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Kangsar menentang calon BN sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS, Khairil Idham Lim, seterusnya membuat pengumuman keluar Umno serta-merta.

Manakala sebab ketiga adalah semakin ramai ahli Umno bertanding atas tiket bebas termasuk bekas menteri pertanian, Shariff Omar di parlimen Tasek Gelugor serta bekas Exco kerajaan Kedah, Fadzil Hanafi yang menongkah arus bertanding sebagai calon bebas di DUN Alor Mengkudu.

Dan terakhir, tiada satu pun kerusi yang ditandingi mendapat laluan mudah, kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN mesti dihadapi dengan apa cara sekalipun termasuk rasuah dan politik lucah.

Bagaimanapun, dari tiga sebab tersebut, melarikan diri dari medan perang lebih dianggap serius dan memalukan Umno sebagai tunjang BN di seluruh negara kecuali di Sarawak.

Sebab pertama hanyalah menentang keputusan parti dan BN dan tidak lari dari berperang tetapi cabut lari ketika berperang sudah tentu gerombolan tentera akan dianggap sebagai pengecut.

Kegagalan Che Johan menyerahkan borangnya pagi tadi dianggap pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Umno Terus Buat KERJA BODOH!

Posted: 20 Apr 2013 09:04 AM PDT

Nasi sudah menjadi bubur, tetapi Umno terus buat kerja bodoh selepas penamaan calon selesai tengah hari tadi.

Akibat tidak mendengar suara akar umbi selain syok sendiri, Umno dilihat makin bercelaru dan hari biru.

Kamilia Ibrahim secara rasmi telah pun keluar dari Umno tanpa didesak atau disuruh, tetapi Umno mahu juga mengeluarkan surat pemecatan kononnya sudah tidak setia kepad parti reput itu.

Jadi untuk apa Umno keluarkan surat pemecatan sedangkan Kamilia sudah pun mengisytharkan dirinya keluar sebaik proses penamaan calon di parlimen Kuala Kangsar selesai jam 10.45 pagi tadi.

Mana tidaknya, sudahlah ketuanya, Shahrizat Jalil tidak bertanding, suara wanita Umno langsung hilang dari persada parlimen negara.

Hanya mengharapkan suara Azalina Othman Said, itu pun jika menang dalam pertandingan tiga penjuru di parlimen Pengerang, ini tidak boleh lagi didiamkan.

Malah jika calon wanita Umno di parlimen Sungai Besar sekalipun, Noriah Kasnon menang pun belum tentu dilantik sebagai menteri penuh mewakili wanita Umno. Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini

Posted: 20 Apr 2013 09:03 AM PDT


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi  membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof (gambar) dalam satu kenyataan petang ini.

Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Di sebalik pencalonan Che'gu Bard.. (LM)

Posted: 20 Apr 2013 08:49 AM PDT

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. 

Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal. 

Senarai Lengkap Calon Parlimen dan DUN PRU-13 (LM)

Posted: 20 Apr 2013 06:32 AM PDT

VIDEO PENAMAAN CALON DI PERMATANG PAUH DAN LAIN TEMPAT

Posted: 20 Apr 2013 06:18 AM PDT






Malaysia 007 - LISTEN to the People! [大马007] (中文字幕/English Subtitled)

Posted: 20 Apr 2013 06:04 AM PDT


APA CERITA?

Posted: 20 Apr 2013 05:53 AM PDT

  • PAS, PKR bertembung di 7 kerusi
  • dikemaskini 6.14pm PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan enam DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.  




  • Runding telah berjalan.namun sikap sebegini dilihat bukan sahaja melemahkan semangat penyokong, malahan sudah tentulah Umno akan menang.Sebab Umno akan menang kerana pimpinan harus membuktikan persetujuan yang dicapai demi menentang Bn/Umno.

    Sementara itu ada juga ahli DAP dan PAS juga PKR yang bertanding bebas kerana perbezaan kawasan dan juga tidak terpilih.

    DAP dah pecat, Umno yang selalu dok kutuk pun pecat ahli yang bertanding bebas.PKR pecat atau ahli terus hanyut dengan angan-angan nak jadi YB...PAS bagaimana pula. kita tunggu sehari dua ni kenyataan Dato Tuan Ibrahim atau Mustaffa Ali.
     

Sia-sia Makcik Felda sokong Umno... (LM)

Posted: 19 Apr 2013 11:06 PM PDT

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana segala khidmat dan sokongan sayap wanita Umno berkenaan tidak langsung mendapat tempat di hati Rosmah, suami Najib Razak.

Dengan ketiadaan Ketua Wanita bertanding dalam PRU-13 dan kini Naib Ketua Wanita yang telah dipecat secara automatik, apakah makcik-makcik felda akan terus memberikan sokongan kepada Umno? 

Terbukti, perjuangan makcik-makcik felda kini adalah usaha yang sia-sia, di dunia mahu pun di akhirat

Seterusnya mengenai nasib Datuk kamilia...:  Sia-sia Makcik Felda sokong Umno...