WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
ISU KETUA CABANG ROMPIN - TIADA KENA MENGENA DENGAN USAHA MENYELAMATKAN KERUSI BN Posted: 20 Apr 2013 02:34 PM PDT uLaTbUKu.cOm19 April 2013 4:15 PTG CALUN MUADZAM SHAH TIDAK DIPILIH OLEH AKAR UMBI CABANG. SDR NORDIN TIDAK DIKENAL OLEH KEBANYAKAN PENGUNDI KERANA TAK MENGGERAKAN PARTI APATAH LAGI DIPENEMPATAN ORG ASAL. KEBANYAKANNYA LEBIH KENAL SDR RABIDIN KERANA BELIAU LEBIH MESRA DENGAN PENGUNDI. SAYA MENGANDAIKAN PEMILIHAN CALUN KEPADA NORDIN ADALAH TELAH DIRANCANG SUPAYA DUN MUADZAM MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KEPADA MAZNAH MAZLAN YANG JUGA MERUPAKAN ADIK IPAR DATU FAUZI. DAN TAK MUSTAHIL INI ADA KERJASAMA DARI CALU CALUN PARLIMEN DAN DUN BARISAN NASIONAL KAWASAN ROMPIN.....NAMPAKNYA PERMAINAN SANDIWARA PKR SEMAKIN TERSERLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN TERSEBARNYA PENYINGKIRAN SEMUA KETUA CABANG PKR SELURUH MALAYSIA YANG MENYOKONG DATUK ZAID IBRAHIM SEWAKTU PEMILIHAN DULU DARI TERPILIH SEBAGAI CALUN. INI LAH DIA KATA ORANG TUA TUA DULU: MENGATA DULANG PAKU SERPIH........" RUPANYA PERANGAI UMNO TETAP ADA DALAM PKR. TIADA DEMOKRASI SEBENARNYA DALAM PKR. KALAU DALAM PARTI SENDIRI PUN DAH ADA CAH KETING.......APAKAH NASIB RAKYAT AKAN DATANG? (Petikan komen seorang pembaca Blog ini) ------------------------------------------------------------------------------------------------- BEGITULAH bunyinya komen yang agak pedas dari penulis di atas terhadap hilangnya nama Ketua Cabang Rompin, Sdr Wak Rabidin Kasmawi dari calon Dun Muadzam Shah. Aku memahami perasaan penulis berkenaan dan secara peribadi aku bersetuju bahawa Sdr Wak Rabidin sememangnya tokoh terkenal, rajin dan mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli parti bahkan dari rakan-rakan PAS sendiri.
Aku banyak kali juga terlibat di dalam program yang dianjurkan oleh Cabang Rompin, dan Wan Rabidin adalah orang yang sering panggil aku ceramah di kawasan beliau. Setiap kali program, aku tidak nampak muka lain atau tokoh yang begitu aktif bergerak selain dari Wak Rabidin. Terus terang, aku sendiri tidak mengenali Sdr Nordin walaupun aku berada dalam Majlis Pimpinan Negeri Pahang. Tetapi, aku langsung tidak setuju dengan Penulis yang mendakwa 'hilang'nya nama Wak Rabidin dari calon Dun Muadzam adalah kerana ingin memberikan kemenangan mudah kepada 'adik Ipar' Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang. Untuk maklumat Penulis, nama Wak Rabidin adalah tersenarai teratas yang diberikan oleh Ibu Pejabat Negeri kepada Pusat. Malahan, sewaktu Ibu Pejabat meletakkan nama Sdr Nordin sebagai calon, pihak Negeri sedaya upaya cuba meminta penjelasan daripada Pusat mengapa nama Wak Rabidin 'hilang'. Usaha untuk meletakkan semula Wak Rabidin sebagai calon dibuat sehingga ke peringkat Presiden Parti, DS Wan Azizah hadir ke Kuantan yang mana pada asalnya untuk mengumumkan calon yang terpilih. Untuk makluman Penulis juga, bukan Wak Rabidin sahaja yang cuba diusahakan oleh Negeri untuk dicalonkan tetapi beberapa nama calon kawasan lain turut terlibat. Oleh kerana desakan Negeri, DS Wan Azizah tidak jadi untuk mengumumkan senarai calon yang dianggap oleh Negeri kurang sesuai untuk dipilih di antara lain adalah kerana tidak pernah turun padang atau tidak dikenali oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Negeri memohon agar Pusat mengkaji semula senarai pilihan calon yang dikeluarkan oleh Negeri untuk diterima pakai oleh Pusat. Maka, DS Wan Azizah bersetuju untuk menangguhkan dulu pengumuman calon pada malam tersebut kerana terdapat beberapa nama yang dipilih oleh Negeri 'hilang' di dalam senarai calon yang dibawa oleh DS Wan Azizah. Akhirnya, pihak Pusat membuat beberapa pindaan terhadap kedudukan calon-calon malangnya masih terdapat beberapa nama pilihan Negeri 'hilang' dari senarai termasuk nama Wak Rabidin. Apakah yang mampu Negeri boleh lakukan lagi tambahan pula senarai nama yang dimuktamadkan oleh Pusat tiba dua hari sebelum hari Penamaan Calon? Pusat mempunyai alasan tertentu mengapa beberapa nama baru wujud di dalam senarai walaupun alasan mereka kita tidak boleh menerima atau bersetuju. Akhirnya kita terpaksa kembali kepada adab berjemaah dan berparti di mana kita berhak menegur pihak atasan tetapi terpaksa akur dengan pihak atasan jika mereka telah buat keputusan. Ertinya, kehilangan nama Wak Rabidin dari senarai calon tiada langsung kena mengena dengan usaha untuk membantu waris atau adik ipar sesiapa kerana bukan satu kes sahaja yang terlibat. Aku berpendapat adalah lebih baik dan praktikal di masa akan datang, calon Dun hendaklah ditentukan oleh Negeri setelah mendapat sokongan dari Cabang dan pihak Pusat kenalah menerima pandangan Negeri. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |