MIMPI SENJA |
Papa Gomo tak tanding ... DSAI hadapi saingan 3 penjuru, Posted: 20 Apr 2013 02:53 AM PDT 20 April 2013 BUKIT MERTAJAM - Calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail menyifatkan pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini memberi saingan sengit kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Permatang Pauh ni air muka PKR, air muka pakatan pembangkang. Kawasan ini merupakan kawasan tradisi PKR. Sudah pasti berlaku pertandingan yang sengit," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara, Berapit di sini hari ini. Mazlan, 50, bekas Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd akan mencabar Anwar dan seorang calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. Mazlan yang juga bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas negeri berkata dalam keadaan pertandingan tiga penjuru, BN mampu mendapat kemenangan besar pada PRU13 ini berikutan kesemua calon mewakili parti itu adalah anak tempatan. "Penduduk Permatang Pauh sudah cukup matang untuk menghadapi pilihan raya umum ini. Saya dan pasukan saya akan bekerja sebaik mungkin. Kita akan berkhidmat kepada rakyat... bawa satu harapan yang baharu kepada mereka," katanya dipetik Bernama. Sementara itu, Anwar yang ditemui pemberita berkata pertandingan tiga penjuru itu tidak membawa apa-apa perubahan kepadanya dan beliau yakin PKR akan meneruskan tradisi memerintah kubu kuatnya itu. Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada jentera pakatan pembangkang yang mantap dan pihaknya juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seluruh pengundi di Permatang Pauh yang setia menyokong parti itu untuk terus memberi sokongan. "Saya akan serahkan kepada rakan sekerja saya di sini dengan calon lain untuk bekerja kerana saya telah mengumumkan malam tadi, saya juga harus memberi tumpuan di tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak," katanya. Pada PRU 2008, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 13,398 undi sebelum mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil. Anwar mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi. Pertembungan Mazlan dengan Anwar dijangka mencuri tumpuan pada PRU13 ini memandangkan Mazlan mempunyai pengalaman dalam jentera pilihan raya pembangkang ketika bersama Pas. Sebelum itu suasana di pusat penamaan calon itu gamat dengan sorakan penyokong kedua-dua parti yang mula membanjiri kawasan itu seawal 7 pagi dan proses penamaan berjalan lancar dengan kawalan ketat pasukan keselamatan. Menerusi blognya semalam, Papa Gomo berkata dia memutuskan untuk membatalkan hasratnya bertanding di Permatang Pauh menentang Anwar. "Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini," katanya lagi. Katanya, dia menaruh penuh kepercayaan terhadap Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. |
(Video Lucah) Penyiasat Thai Ditahan Di Malaysia [Video] Posted: 20 Apr 2013 12:13 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan