RAKYAT MARHAEN |
- PRU 13 : Pengumuman Penamaan Calon Bertanding Di Parlimen Sembrong
- Kerusi-Kerusi Pilihan PRU 13 - (Khas)
- GE13: 'Lembah Pantai candidate supporters'
- A Samad Said: Kita mahu 'Pilihanraya' bukan 'pilihan kaya'
- GE13 : Pakatan Rakyat at Nomination Center for K.K.( Luyang , Api- Api & Likas )
- Anwar Ibrahim: 2 Minggu Ini Bukan Menentu Nasib Calon-Calon Kita Di Dun Atau Parlimen
- Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding Dalam PRU-13
- GE13: BATTLE FOR MALAYSIA BEGINS!
- PRU13: Ibrahim Ali Dan Zul Nordin Lebih Dihargai Berbanding Kamilia
- PRU13: JUMLAH KERUSI YANG DTANDINGI BN, PAS, PKR DAN DAP.
- PRU13: Ansari tak tanding, tapi anak gadisnya bertanding di Tuaran
- Calon adik-beradik, pertembungan keluarga warnai PRU13
- PRU13: 8 kawasan Parlimen dikenal pasti kerusi panas
- 275 pertandingan berbilang penjuru kuasai PRU13
- PRU13: ROS hantar surat malam semalam, tak halang DAP guna lambang roket
- PRU13: Selangor Negeri Tumpuan - (Khas)
- Nomination Day: Anwar arrives in style
- Nomination Day: Calm and cool ahead of Anwar's arrival
- GE13: BN has been in power for too long
- 15 days to GE13, Anwar optimistic of winning the federal govt
- GE13: Anwar draws 30,000 crowd stretching 2km to nomination centre:Confident of taking Putrajaya
- PRU13: 579 calon tanding kerusi Parlimen 1,321 Dun
- PRU13: Siapa Arahkan Che Johan Tidak Bertanding Di Pasir Mas?
- PRU13: Umno Terus Buat KERJA BODOH!
- PRU13: Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini
PRU 13 : Pengumuman Penamaan Calon Bertanding Di Parlimen Sembrong Posted: 20 Apr 2013 07:34 PM PDT | ||
Kerusi-Kerusi Pilihan PRU 13 - (Khas) Posted: 20 Apr 2013 07:31 PM PDT | ||
GE13: 'Lembah Pantai candidate supporters' Posted: 20 Apr 2013 11:24 AM PDT | ||
A Samad Said: Kita mahu 'Pilihanraya' bukan 'pilihan kaya' Posted: 20 Apr 2013 11:23 AM PDT | ||
GE13 : Pakatan Rakyat at Nomination Center for K.K.( Luyang , Api- Api & Likas ) Posted: 20 Apr 2013 10:40 AM PDT | ||
Anwar Ibrahim: 2 Minggu Ini Bukan Menentu Nasib Calon-Calon Kita Di Dun Atau Parlimen Posted: 20 Apr 2013 10:38 AM PDT | ||
Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding Dalam PRU-13 Posted: 20 Apr 2013 10:33 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Proses penamaan calon PRU-13 di seluruh negara telah pun selesai. Kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak dipertandingkan. Tidak ada satu kerusi pun yang dimenangi tanpa bertanding seperti pada pilihan raya sebelum ini. Perkembangan ini menunjukkan UBN di dalam keadaan benar-benar diasak kiri dan kanan. Selalunya ada calon-calon UBN khasnya Umno akan di istyharkan menang tidak bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini tidak ada. Ini memberi gambaran bahawa UBN tidak boleh goyang kaki dan pilihan raya ini sesuatu yang memerit dan mendebarkan. UBN benar-benar ditentang dengan penuh dendam untuk ditumbangkan. Presiden Umno Mohd Najib Razak dan timbalannya Muhyuddin Yassin juga terpaksa mengharungi pertarungan sengit di kawasan masing-masing. Mereka diasak calon-calon PKR dan PAS. Ini menunjukkan kedua sosok itu tidak dihairakan dan dimalui sesaiapa lagi. Mencabar calon Umno hari ini bukan mubah tetapi sudah wajib. Ia menjelaskan kalau mereka popular sudah tentu mereka akan diberi laluan menang tanpa bertanding.
Seingat saya belum pernah sepanjang sejarah parti itu, pemimpin wanitanya yang dilihat kumpulan yang setia, jujur dan selalu bekerja kuat serta gigih kepada parti boleh bertindak melawan parti sendiri. Langkah Kamalia itu tidak syak lagi menunjukkan Umno sudah gagal untuk menjinak ahli wanitanya. Atau wanita Umno juga sudah bosan dengan parti berkenaan sehinggakan sanggup 'memakin suami' di depan ramai? Apa yang berlaku di Kuala Kangsar itu adalah gambaran bahawa wanita sudah senak dan terkedu dengan Umno. Read More / Baca Lagi >> | ||
GE13: BATTLE FOR MALAYSIA BEGINS! Posted: 20 Apr 2013 10:13 AM PDT Nominations are done. The battle has begun with BN's future hanging precariously on the dacing. This is the ground reality that needs no Wall Street analyst to interpret. Read More / Baca Lagi >>Even migrant workers are no more fighting shy to express their opinions on the way BN has been behaving lately. You do not believe? Well take a walk down town and speak to the Indon or Bangla at the marketplace or take note of your maid's expression while she watches TV news. The latest fracas and assault on DAP was a heaven sent sign even for fence sitters. It is a shame that BN has to stoop so low – that is the tone of opinions being swiftly shared via the new media by the rakyat. Gone are the days where the citizens kept their viewpoints close to their locked bosoms. The frustration, disappointment and disapproval towards BN's and especially UMNO's election tactics and strategies are being openly questioned – not just by the educated and professional circles, but even by petty traders and maids. The very fact that the masses are willing to come out in droves in support of the opposition leaders is not to be dismissed as 'curious crowds'. The sense of bonding and bridging between the three coalition parties – DAP, PKR and PAS, is not a convergence of conveniences anymore. Nor is it a strategy of sorts. The harsh reality is it is, by all measures, an inevitable maturation speeded up by BN's doing and the rakyat's increasing determination to see through a transforming change. Today, the rakyat are on that final countdown, determined to give that final push for transforming change. Not just change for the sake of change as the BN supremoes want to believe. But change to transform the nation from the strangle-holds of gutter politics. In fact, the very thought in the minds of growing millions of voters is much like the Nike slogan, "Just do it". Extreme disappointment in BN | ||
PRU13: Ibrahim Ali Dan Zul Nordin Lebih Dihargai Berbanding Kamilia Posted: 20 Apr 2013 10:11 AM PDT Oleh Shahbudin Husin Diantara semua calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan hari ini, Kamilia Ibrahim yang paling menonjol kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang sebelum ini melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO, akhirnya memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai jalan keluar kepada sengsara yang ditanggungnya. Sebaik mengesahkan bertanding, Kamilia bukan saja mengumumkan beliau keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tetapi tentunya menjadikan jiwanya bertambah tenang selepas ini. Jika beliau terus kekal di dalam UMNO, batinnya pasti lebih menderita lagi. Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian, lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang dan mempersenda UMNO. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13: JUMLAH KERUSI YANG DTANDINGI BN, PAS, PKR DAN DAP. Posted: 20 Apr 2013 10:04 AM PDT | ||
PRU13: Ansari tak tanding, tapi anak gadisnya bertanding di Tuaran Posted: 20 Apr 2013 09:47 AM PDT Persoalan sama ada Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah akan membuat kejutan dengan bertanding atas tiket bebas atau parti lain akhirnya terjawab pagi tadi setelah beliau tidak menghantar borang pencalonan ketika proses penamaan calon. Read More / Baca Lagi >>Sebaliknya, anaknya, Erveana Ansari yang juga naib ketua AMK yang bertanding sebagai calon bebas bagi merebut jawatan ahli parlimen kawasan tersebut. Isu pencalonan Ansari sebagai calon PKR di Tuaran menjadi hangat baru-baru ini setelah beliau diketepikan daripada menjadi calon. Malahan, daripada tujuh nama yang dikemukan beliau, hanya seorang yang terpilih iaitu Jonathan Yassin yang akan bertanding di parlimen Ranau. Pada pilihan raya 2004 dahulu, Ansari telah memperoleh 8,555 undi walaupun tewas kepada pencabar beliau ketika itu, Datuk Wilfred Madius Tangau. | ||
Calon adik-beradik, pertembungan keluarga warnai PRU13 Posted: 20 Apr 2013 09:42 AM PDT KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyaksikan pertembungan calon yang mempunyai pertalian keluarga di beberapa buah kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN). Pertembungan paling mencuri tumpuan pastinya membabitkan adik-beradik Kitingan di Sabah di kerusi Parlimen Keningau antara Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan adiknya Datuk Dr Jeffrey daripada Parti Reformasi Negeri (Star). Ini merupakan percubaan kedua Dr Jeffrey selepas tewas kepada abangnya pada dua pilihan raya umum sebelum ini. Turut menarik perhatian ialah penglibatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan adiknya Khalid, masing-masing di Parlimen Johor Baharu dan Shah Alam. Walaupun bersaudara, perjuangan dan ideologi politik yang berbeza membawa mereka ke gelanggang berlawanan, Shahrir akan mempertahankan kerusi Johor Baharu atas tiket BN manakala Khalid melalui PAS. Sementara itu, di utara Semenanjung kedudukan Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mungkin tergugat apabila bakal ditentang sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali daripada BN di kerusi DUN Sungai Limau yang disandangnya ketika ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13: 8 kawasan Parlimen dikenal pasti kerusi panas Posted: 20 Apr 2013 09:36 AM PDT Pertembungan di Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) dan Shah Alam (Selangor) yang juga termasuk dalam kelompok kerusi panas menjadi tumpuan masyarakat dan pemerhati politik kerana ditandingi beberapa veteran politik selain membabitkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru. Kerusi Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 106,864 pengundi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.Read More / Baca Lagi >> | ||
275 pertandingan berbilang penjuru kuasai PRU13 Posted: 20 Apr 2013 09:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 April — Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menyaksikan 452 pertandingan satu lawan satu dan 275 pertandingan berbilang penjuru membabitkan kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen, dengan kerusi Parlimen Kalabakan dan DUN Sulabayan di Sabah merekodkan pertandingan tujuh penjuru masing-masing. Tidak seperti pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan penguasaan pertarungan satu lawan satu kecuali di Sabah, kali ini pertandingan berbilang penjuru dominan di seluruh negara dengan penyertaan calon Bebas dan parti seperti Berjasa, Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), Parti Cinta Malaysia (PCM). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Sabah masih mengatasi negeri lain dengan merekodkan 36 pertandingan empat penjuru termasuk 23 peringkat DUN. Di Semenanjung, Selangor paling banyak mencatatkan pertandingan berbilang penjuru dengan kerusi Parlimen Kapar dan DUN Kota Damansara serta Kajang masing-masing menyaksikan pertandingan enam penjuru, selain pertembungan lima penjuru di lima kerusi DUN lain. DUN Sidam di Kedah dan Machang Bubuk di Pulau Pinang, masing-masing ditandingi enam calon, manakala di Perak mencatatkan 19 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13: ROS hantar surat malam semalam, tak halang DAP guna lambang roket Posted: 20 Apr 2013 09:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai halangan bagi DAP menyertai pilihan raya umum menggunakan lambang roket. Dua pegawai ROS yang hadir ke Ibu Pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difaks tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi. "Adalah jelas mereka mengeluarkan surat itu setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal," kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke ketika dihubungi media. Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman itu menyebut, "Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk DAP menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 menggunakan simbolnya." Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon DAP diterima bertanding menggunakan lambang roket. | ||
PRU13: Selangor Negeri Tumpuan - (Khas) Posted: 20 Apr 2013 09:18 AM PDT | ||
Nomination Day: Anwar arrives in style Posted: 20 Apr 2013 09:15 AM PDT | ||
Nomination Day: Calm and cool ahead of Anwar's arrival Posted: 20 Apr 2013 09:14 AM PDT | ||
GE13: BN has been in power for too long Posted: 20 Apr 2013 09:13 AM PDT | ||
15 days to GE13, Anwar optimistic of winning the federal govt Posted: 20 Apr 2013 09:12 AM PDT | ||
GE13: Anwar draws 30,000 crowd stretching 2km to nomination centre:Confident of taking Putrajaya Posted: 20 Apr 2013 09:11 AM PDT BERAPIT, Penang - A three-cornered fight awaits Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim at Permatang Pauh, a constituency he has held from the 1980s, but that is unlikely to worry him much. The more than 30,000-strong crowd stretching at least 2km long that accompanied him to the nomination centre at the Institut Kemahiran Belia Negara in Berapit, Penang is a testament to his huge popularity and resurgence as the country's foremost Malay leader. The huge crowd of mostly everyday people from all age groups also underscores the amount of hope Malaysians have pinned on him and his Pakatan Rakyat coalition to effect change in the country. They want him not only to win the Permatang Pauh parliamentary seat but also to wrest the federal government from Prime Minister Najib Razak and corruption-riddled Umno-BN coalition. "We are quite optimistic (of wining the federal government) but we have to work very hard," Anwar told Malaysia Chronicle as his minders forged a way for him to get back onto his Jelajah Merdeka Rakyat bus. In Permatang Pauh, Anwar will face Umno's Mazlan Ismail, an engineer and vice president with Telekom Malaysia who was also a former PAS member. An independent candidate Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin, a Penang-based medical practitioner, is the surprise third contestant. There is little doubt that Anwar will steamroll over both Mazlan and Abdullah, who are political lightweights compared to the 64-year-old former deputy prime minister, who is not only well respected within Malaysia but maintains close rapport with top leaders from around the world. Indeed, if Pakatan wins more than half of the federal Parliament's 222 seats, Anwar will become the country's 7th prime minister and go down in history as the first man to ever effect a regime change in Malaysia, which has been ruled by the Umno-BN since 1957. Many pundits believe that in the past few weeks the odds have further shifted to Anwar's favor. One example cited is the latest controversy allegedly instigated by Umno-BN over the DAP's right to use its traditional 'Rocket' logo in the coming May 5 general election. Although a late announcement from the Registrar of Societies finally confirming it would not challenge the DAP's use of the Rocket on the balloting papers, it may be too late for the Umno-BN government to regain voters' trust. "It is too late. The way the ROS and Prime Minister Najib Razak's administration handled the issue stinks to high heaven. Few voters doubt there was an attempt to shackle the DAP and the sympathy votes will flow to the Pakatan," Eddie Wong, a PKR veteran told Malaysia Chronicle. Be that as it may, supporters from both camps are already staking claims to victory outside the IKBN compound. | ||
PRU13: 579 calon tanding kerusi Parlimen 1,321 Dun Posted: 20 Apr 2013 09:09 AM PDT PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak. "Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Pencalonan di kerusi Dun yang ditolak bagaimanapun tidak dinyatakan. Kamaruddin berkata tiada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun, dan tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir. Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13: Siapa Arahkan Che Johan Tidak Bertanding Di Pasir Mas? Posted: 20 Apr 2013 09:07 AM PDT Umno sebenarnya empat kali dimalukan hari ini. Read More / Baca Lagi >>Pertama, akibat calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang sepatutnya menyerahkan borang pencalonan, akhirnya tidak berbuat demikian. Kedua, keputusan naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Kangsar menentang calon BN sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS, Khairil Idham Lim, seterusnya membuat pengumuman keluar Umno serta-merta. Manakala sebab ketiga adalah semakin ramai ahli Umno bertanding atas tiket bebas termasuk bekas menteri pertanian, Shariff Omar di parlimen Tasek Gelugor serta bekas Exco kerajaan Kedah, Fadzil Hanafi yang menongkah arus bertanding sebagai calon bebas di DUN Alor Mengkudu. Dan terakhir, tiada satu pun kerusi yang ditandingi mendapat laluan mudah, kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN mesti dihadapi dengan apa cara sekalipun termasuk rasuah dan politik lucah. Bagaimanapun, dari tiga sebab tersebut, melarikan diri dari medan perang lebih dianggap serius dan memalukan Umno sebagai tunjang BN di seluruh negara kecuali di Sarawak. Sebab pertama hanyalah menentang keputusan parti dan BN dan tidak lari dari berperang tetapi cabut lari ketika berperang sudah tentu gerombolan tentera akan dianggap sebagai pengecut. Kegagalan Che Johan menyerahkan borangnya pagi tadi dianggap pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan. | ||
PRU13: Umno Terus Buat KERJA BODOH! Posted: 20 Apr 2013 09:04 AM PDT Akibat tidak mendengar suara akar umbi selain syok sendiri, Umno dilihat makin bercelaru dan hari biru. Kamilia Ibrahim secara rasmi telah pun keluar dari Umno tanpa didesak atau disuruh, tetapi Umno mahu juga mengeluarkan surat pemecatan kononnya sudah tidak setia kepad parti reput itu. Jadi untuk apa Umno keluarkan surat pemecatan sedangkan Kamilia sudah pun mengisytharkan dirinya keluar sebaik proses penamaan calon di parlimen Kuala Kangsar selesai jam 10.45 pagi tadi. Mana tidaknya, sudahlah ketuanya, Shahrizat Jalil tidak bertanding, suara wanita Umno langsung hilang dari persada parlimen negara. Hanya mengharapkan suara Azalina Othman Said, itu pun jika menang dalam pertandingan tiga penjuru di parlimen Pengerang, ini tidak boleh lagi didiamkan. Malah jika calon wanita Umno di parlimen Sungai Besar sekalipun, Noriah Kasnon menang pun belum tentu dilantik sebagai menteri penuh mewakili wanita Umno. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13: Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini Posted: 20 Apr 2013 09:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini. Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof (gambar) dalam satu kenyataan petang ini. Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti. "Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan