Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan

Posted: 22 Jan 2013 05:08 PM PST

Negeri Kelantan ibarat anak dara sunti yang cantik menawan, jelingan matanya  tajam bab pisau, lenggang lenggoknya bab bidadari istana,  sesiapa memandang pasti tergila-gila lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Kerana kecantikannya yang luar biasa  maka ramai lelaki mahu masuk meminang, antaranya  dari Putrajaya. Tanggal 19 Januari  datang satu rombongan, ketua rombongan, masih ganteng orangnya meskipun usia  50an, mulutnya  merah bab delima merkah, rambutnya  putih bagaikan kapas  dijemur,  berkata kepada  si gadis ayu: jika menerima pinanganku akan ku berikan padamu tujuh dulang hantaran yang mahal-mahal, ada lagi pemberian istimewa lain yang tak disebutkan sekarang. Antara  tujuh jenis hantaran itu,   sebuah masjid berkubah emas, jalan raya dengan aspal daripada emas hitam import dari luar negara,  stadium bolasepak berbumbungkan perak dan lain-lain. Stadium bolasepak diulangsebut beberapa kali kerana lelaki itu tahu si gadis ayu merupakan peminat tegar bolasepak.

Bunyinya seperti hantaran yang akan dibawa Sultan Melaka ketika mahu meminang Tuan Puteri Gunung Ledang sepertimana  diriwayatkan  dalam hikayat Melayu klasik. Hanya sedikit berbeza  ialah  hantaran  yang akan dipersembahkan  Sultan Mahmud Shah  adalah atas kemahuan Puteri Gunung Ledang, sementara hantaran lelaki dari Putrajaya, Najib Shah  itu atas kehendaknya sendiri, belum tahu sang gadis menerima atau tidak.

Puteri Gunung Ledang bukan sembarangan manusia, leluhurnya dari kaum bangsawan yang terhormat. Kepintaran akalnya melebihi Sultan Melaka. Puteri Gunung Ledang tak mahu menjadi permaisuri sultan yang sudah tua renta itu, lalu dicarinya helah  supaya sultan membatalkan hasrat memperisterikannya dengan cara yang berhemah. Hati sultan harus dijaga, jangan sampai terluka atau gila, maruah sultan harus dipelihara, jangan sampai malu.  Lalu Puteri Gunung Ledang mengenakan syarat yang berat dengan harapan sultan tak sanggup menunaikannya.

"Baginda sultan perlu menyediakan  tujuh dulang hantaran,  antaranya;  jambatan emas dari Kota Melaka ke Gunung Ledang, jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati hama, 7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan satu mangkuk  darah Sultan Ahmad, iaitu putra Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak.

Demi cinta yang berkobar-kobar, sang sultan  sanggup menunaikan  sepertimana dipinta, kecuali semangkok darah Sultan Ahmad, sangat sukar baginya,  mengenangkan itulah  satu-satunya putra lelaki kesayangan baginda. Akhirnya hasrat mempersuntingkan Puteri Gunung Ledang hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu.

Begitu juga dengan Kelantan, sekiranya lelaki ganteng dari  Putrajaya itu benar-benar tergila-gilakan Kelantan, tak perlu hantar tujuh dulang hantaran, memadai dengan hanya satu dulang, iaitu Umno mesti terima Islam sebagai wadah perjuangannya!.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU DUN TERUNTUM - DAP KUANTAN JANGAN MUDAH MELATAH

Posted: 22 Jan 2013 11:20 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu artikel keluaran PDO di SINI. Artikel itu memetik perasaan tidak puas hati pimpinan DAP Kuantan kerana wujudnya FaceBook 'Dun Teruntum'.  Tidak puas hati turut digambarkan apabila FB berkenaan menyiarkan gambar Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta bersama orang kuat PKR Kuantan, Mr Sim yang sedang berkempen dan mengibarkan bendera PKR.

Pelik juga aku.  Apa masalah dengan FB Dun Teruntum?  FB tersebut berkempen untuk Umno/Bn kah sebelum ini?  FB tersebut pernah mengistiharkan sesiapa kah sebagai calon Dun Teruntum?  Apakah apabila Sdr Bung Hatta bergambar dengan Mr Sim di dalam FB Dun Teruntum maka salah seorang daripada mereka adalah calon Dun Teruntum?  Atau, dengan adanya bendera PKR di dalam FB Dun Teruntum maka PKR lah sewajibnya menjadi calon di situ? 

DAP Kuantan jangan cepat melatah dengan hanya wujudnya FB yang mahu menentang Umno/Bn.  Jika DAP ikhlas, sepatutnya DAP juga turut wujudkan FB yang seumpama itu di Kuantan, tetapi aku tidak tahu selama ini adakah DAP pernah melakukannya.  Sebagai contoh, di Jenderak, K.Krau juga ada FB bernama PAS Jenderak, tetapi semua tahu di Dun Jenderak parti manakah yang akan bertanding di situ.  Adakah adil kita menuduh PAS ingin merampas Dun Jenderak hanya kerana wujudnya FB PAS Jenderak? Begitu juga di Temerloh, terlalu banyak FB yang diwujudkan oleh PAS, DAP dan PKR tetapi kesemuanya mahu melawan Umno/Bn, bukan untuk menunjukkan bahawa Temerloh dan beberapa kerusi di situ hak parti-parti tertentu.

DAP Kuantan mesti berfikiran positif.  DAP Kuantan mesti bersama-sama berjuang di alam maya dengan mewujudkan seberapa banyak blog atau FB untuk menentang propaganda Umno/Bn.  Tentang calon, kita serahkan kepada pimpinan tertinggi parti dan pimpinan tertinggi PR tidak akan terpengaruh hanya dengan FB.  DAP Kuantan jangan mudah melatah.  Apa yang penting apakah tujuan FB itu diwujudkan.  DAP juga boleh wujudkan FB, tiada masalah.  PAS juga boleh wujudkan FB Dun Teruntum dan belum tentu PAS akan menjadi calon di situ.  Bahkan, jika ada calon Bebas yang ingin bertanding di situ, Nah...silakan bukan FB di Teruntum.

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya yang lalu

Posted: 22 Jan 2013 08:22 PM PST



Kenyataan Dr M yang kononnya dianggap sebagai 'negarawan kanan' bahawa RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat pemberian hak kewarganegaraan pramerdeka menjelaskan lagi bahawa ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya sewaktunya berkuasa.

Timbalan Presiden Gerakan(parti komponen BN) turut terkejut serta membidas kenyataan Mahathir itu yang 'menimbulkan rasa syak antara kaum'.

"Semua orang tahu pemberian kewarganegaraan itu dipersetujui oleh nenek moyang kita. Kenyataan demikian daripada seorang negarawan kanan yang berusia seperti beliau amatlah dikesali," kata Chang.

Mahathir yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tunku telah melakukan kesalahan yang lebih teruk dalam hal pemberian warganegara kepada rakyat asing, seolah-olah menyedari keturunannya sendiri daripada India.

Menurut Chang, kenyataan Mahathir itu "tidak membawa sebarang manfaat, menjejaskan perpaduan, dan mewujudkan syak wasangka serta sikap tidak percaya antara rakyat Malaysia". -  KS

Ni hampa tolong nasihat sat kat budak ni sekoq ....

Posted: 22 Jan 2013 06:41 PM PST

Buka Kelab Malam: Bukan Mereka yang Suap Saya Nasi! - Awie

PrintE-mail
  
Wednesday, 23 January 2013 10:25
..
Sekitar hujung tahun lalu heboh di beberapa forum hiburan bercerita mengenai penyanyi rock juga pelakon, Awie dikhabarkan membuka sebuah kelab hiburan di Ipoh, Perak.
Lantaran timbul cakap-cakap mendakwa penglibatan Awie dalam perniagaan itu membuktikan beliau semakin kukuh dalam dunia gangster. Sekaligus beliau turut menerima persepsi negatif tentang 'rezeki' dari sumber tersebut.


Bertemu dengan pelakon Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit ini di malam gala tayangan filem tersebut malam tadi, pihak media bertanyakan mengenai sejauh mana kesahihan akan berita perniagaannya itu. Meskipun malaysiandigest.com sebelum ini difahamkan memang betul wujudnya kelab hiburan tersebut tetapi ianya lebih kepada aktiviti live band.

Agak memeranjatkan pihak media yang berada di situ kerana sejurus Awie mendengar soalan tersebut, beliau tiba-tiba naik angin dan berkata,

"Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo, kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concorde. Untuk sembahyang ke?"

Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.

"Mereka tak suap mulut saya dengan nasi!, so better stop this stupid question," tambah Awie dengan nada kesal.



- mD

BERSIH mahu RCI Sabah sapina Mahathir

Posted: 22 Jan 2013 06:11 PM PST


Bersih tekan RCI Sabah sapina Dr M, Peguam Negara
KUALA LUMPUR, — Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di Sabah perlu memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya.
Bersih 2.0 cawangan Sabah membuat cadangan mereka melalui video di talian hari ini.
"Bersih Sabah merasakan RCI seharusnya memperkenalkan saksu baru dan kita mendesak anggota RCI agar sapina seperti berikut," kata Andrew Ambrose, wakil Bersih 2.0 Sabah kepada wartawan hari ini.
Beliau kemudian membacakan senarai nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail. Tan Sri Herman Luping dan Datuk KY Mustafa.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya kemudian apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga harus diberi sapina untuk menjadi saksi dalam pendengaran RCI Sabah.
"Semua yang terlibat harus dipanggil. Saya tiada isu dengan itu.
"Saya fikir RCI seharusnya tahu siapa saksi yang diperlukan. Dan saya fikir sesiapa yang bertanggungjawab, berpotensi bertanggungjawab atau yang tahu, atau yang mungkin tahu, harus dipanggil untuk RCI," kata Ambiga.
Minggu lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendakwa parti itu telah menerima maklumat plot untuk mengaitkan Anwar semasa pendengaran RCI.
Azmin juga dilihat membuat langkah pre-emptive untuk memesongkan perhatian terhadap Barisan Nasional (BN), mengatakan bahawa testimoni semasa pendengaran menunjukkan kepada peranan institusi Perdana Menteri.
Beliau kemudian mengatakan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada ketika itu harus dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku di Sabah.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.
Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari tahun 1993 sebelum dipecat pada tahun 1998. Beliau juga merupakan menteri kewangan dari 1990 sebelum dilucutkan jawatan.
-themalaysianinsider.com

Listen3x : Ceroboh pejabat - Hang jangan buat cerita Pah, yang staf hang bagi air mineral bagi coklat tu ceroboh mai kot mana?

Posted: 22 Jan 2013 03:59 PM PST


NGO: Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra
HASLINA KAMALUDIN
23 Januari 2013
Sharifah Zohra Jabeen
Sharifah Zohra Jabeen - Foto ihsan
KUALA LUMPUR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Kebebasan Mahasiswa (Kami) dan Independent Student Front (Instef) menyifatkan dakwaan menceroboh pejabat Suara Wanita 1Malaysia sebagai satu fitnah.

Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Noor Faril Azli Wan Haron berkata, kedatangan mereka ke pejabat SW1M telah disambut baik oleh pekerja pertubuhan itu.

Menurutnya, laporan yang mendakwa wujud penecerobohan hanyalah rekaan dan berbaur fitnah yang mempunyai agenda lain.

"Kami datang ke pejabat dan disambut baik, diberikan air mineral dan coklat serta dijemput duduk di sofa.


"Kehadiran kami bertujuan menyerahkan surat jemputan rasmi untuk presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen menjadi salah seorang panel," katanya kepada media tamat Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam tadi.

Katanya, terdapat bukti kukuh di mana tidak berlaku sebarang perkara tidak baik sekalipun tidak dapat bertemu dengan Sharifah Zohra.

"Kami dimaklumkan beliau tidak ada di pejabat tetapi menurut pembantunya, beliau sudi hadir memandangkan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Semasa di pejabat, kami berbincang dengan salah soerang pekerja di sana mengenai hal ini. Kehadiran kami juga adalah disebabkan surat kami dikatakan tidak diterima (faks dan emel)," katanya.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya masih tidak mendapat sebarang kenyataan berhubung ketidakhadiran Sharifah Zohra dan hanya mengetahui hal tersebut menerusi media sahaja.

"Sikap Sharifah Zohra tidak profesionalismenya sebagai anggota masyarakat.

"Kami ada gambar serta bukti surat kami diterima pihaknya walaupun insiden cop rasmi syarikat 'tiada' di pejabat. Di mana yang menunjukkan kami menceroboh?" katanya.

Sementara itu, presiden Instef, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada polis sekiranya minta tampil memberi penjelasan.

"Kami tidak gentar. Kami tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa. Selain menceroboh, kami dituduh menggunakan alamt e-mel palsu sedangkan tidak kerana kami menggunakan alamat emel yang sah.

"Pun begitu, kami sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam kami untuk mengatur langkah jika beliau (Sharifah Zohra) terus membuat menimbulkan fitnah.

MS :MEMANG KAKI PUTAQ LA MINAH NI SEKOQ ...

100,000 sambut TPM Muhyiddin di Melaka malam semalam

Posted: 22 Jan 2013 08:10 AM PST

 hihihihi jangan marah yer, gurau jer memalam ni tak ler ngantuk ....hehehe

70 tahun solat salah Kiblat

Posted: 22 Jan 2013 06:49 AM PST


MELAKA: Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.
Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.

Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.

Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

"Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.

Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.

"Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

"Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat," katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

"Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

"Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru," katanya.


Sinar Harian

bersedia kawan2, hampa kena mai KL lagi ... BERSIH mungkin adakan Himpunan sekali lagi

Posted: 22 Jan 2013 05:14 AM PST

Jika SPR masih degil, BERSIH mungkin adakan himpunan sekali lagi

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak menolak menganjurkan satu lagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil, akan tetapi buat masa ini fokus mereka adalah mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari.

"Berapa banyak perhimpunan anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham.



"Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan," katanya kepada pemberita disini.

Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya.

"Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia," kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0.

Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan beberapa tahun kebelakangan ini bagi mendesak reformasi pilihan raya. -TMI

hahaha baik sangat ... UMNO MCA MIC serang Mahathir

Posted: 22 Jan 2013 03:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.

Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir  untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.



Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.

Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.

Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu. 

Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC. 

Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan  menjejaskan kontrak sosial antara kaum.

Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah. - Harakah

HOT TERKINI : Listen Listen Listen Cik Pah Miskin buat laporan polis terhadap Harakah dan SAMM

Posted: 22 Jan 2013 01:45 AM PST


sharifah_zohraKUALA LUMPUR: Controversial SW1M president and unwitting YouTube sensation Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin(pic) today lodged a police report against Harakah Daily and student body Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), whom she claimed were inciting hatred against her. 
She also claimed that SAMM had trespassed onto private property when its representatives entered SW1M's office in Gombak to hand here an invitation to the Academic Freedom and Fundamental Rights forum, scheduled for tonight at the KL-Selangor Chinese Assembly Hall. 
Sharifah Zohra lodged the report at the Setapak police station at 1.15am this morning, online news portal Free Malaysia Today reported.


"SAMM also has used my photograph on the banner promoting the forum and is spreading false news through the Internet by claiming that I am attending the forum," she was quoted as saying.

She also said Harakah Daily had "published a false SW1M document to imply that I am accepting the invitation".

Sharifah Zohra denied that the signature was hers, and that the stamp was SW1M's.

However, SAMM presented another story when explaining the 'trespass' allegations, and denied that its four representatives had barged into the SW1M office.

"Our coordinator Wan Farel was received warmly by their staff," SAMM propaganda director Edy Noor Reduan was quoted as saying.

He also urged Sharifah Zohra to be present at the forum tonight "instead of giving one-sided statements".

SAMM is one of the event's organizers, together with Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen and the Independent Students Front.

The speakers comprise constitutional law expert Aziz Bari; International Islamic University lecturer Maszlee Malik and Universiti Utara Malaysia student KS Bawani.

Both Bawani and Sharifah Zohra entered the Malaysian public consciousness when a YouTube video of the two during a forum went viral.

The 24-minute clip had shown Sharifah Zohra berating Bawani for her views on free education, with Bawani arguing her case.

Sharifah Zohra's 'Listen, listen, listen' phrase uttered during her retort subsequently became a conversation piece, with some even producing video parodies of the event. - MD

MS : Jom ramai2  kita ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor malam ni selepas Isyak. Dijangka Bawani akan bertemu cik pah Listen untuk berforum.. Jumpa di sana .....

Najib nyanyi lagu lama di Kelantan ... orang Kelantan dah tak kisah pun pada 7 janji Najib

Posted: 22 Jan 2013 12:28 AM PST

Muhammad Yusri Amin,22 Jan 2013



KOTA BHARU: Pelbagai pihak mempertikaikan 'janji Najib" kepada rakyat Kelantan yang didakwa mempunyai agenda politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kunjungannya ke Kelantan baru-baru ini mendakwa kerajaan akan melaksanakan 'tujuh' program pembangunan sekiranya Barisan Nasional menang dalam PRU-13 di Kelantan.

Bagaimana pun rakyat berterusan membantah sikap Najib itu yang didakwa bermain dengan 'rasuah politik' menjelang pilihan raya.

Setiausaha  Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata janji Najib itu hanya 'ulangan' janji lama yang tidak ditunai.


"Beliau menabur pelbagai janji baru sedangkan janji lama belum ditunaikan.

"Kini menjelang pilihan raya, PM Najib datang ke Kelantan menabur janji lagi," dakwa Hisyamuddin.

Hishamuddin mendakwa ini termasuklah pemberian royalti 5 peratus sejak 37 tahun lalu, yang dimeterai 9 Mei 1975 antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas, yang kini tertunggak sebanyak RM10.4 bilion.

Kerajaan BN dipimpin Najib juga, dakwa Hishamuddin, menafikan pendaratan gas ke Kelantan melalui projek terbaru Petronas bernilai RM16 bilion.

"Merompak gas Kelantan khususnya di peraiaran Kelantan Blok PM302, PM325 dan PM 326B dengan mendaratkan di Kerteh, Trengganu," dakwanya. - Harakah



RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


HKR #KL112 : LENSA BERBICARA UNTUK SEJARAH PERJUANGAN RAKYAT

Posted: 22 Jan 2013 08:19 PM PST

Pakatan Pertahankan Kemuliaan Dan Kebebasan Anggota Keselamatan

Posted: 22 Jan 2013 08:18 PM PST

Pakatan Rakyat menghargai peranan dan sumbangan anggota keselamatan negara yang pernah dan sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ini hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kebebasan, kedudukan, kebajikan dan kemuliaan ATM dipertahankan sepenuhnya.
Justeru, saya membantah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak dan penipuan politik untuk perolehan ATM. Soal persenjataan negara yang melibatkan dasar pertahanan strategik dan taktikal adalah kepakaran kepimpinan ATM yang amanahnya perlu dipikul oleh mereka.
Skandal-skandal yang membabitkan pembelian persenjataan dan kelengkapan yang mahal dan melibatkan rasuah sebenarnya mengkhianati pengorbanan dan perkhidmatan anggota keselamatan.
Apabila Dato' Seri Najib Tun Razak terlibat meluluskan satu pembayaran komisen yang mahal kepada orang kanannya sendiri dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan beliau itu mengkhianati kebajikan dan kedudukan pasukan keselamatan negara.
Pertamanya, apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan ATM tidak dapat berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan peruntukan. Keduanya, cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM, walaupun skandal itu tidak ada kena mengena dengan anggota keselamatan.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan: Bukan salah ibu mengandung

Posted: 22 Jan 2013 08:17 PM PST

Kata empunya cerita, Utusan Melayu tidak dilahirkan di atas dulang emas. Salah seorang pengasasnya Almarhum Yusuff Ishak menitis air mata apabila ia dapat mencukupkan modal dari beberapa orang Melayu bagi menerbitkan Utusan Melayu di Singapura tanggal 29 Mei 1939.

Ketika Utusan Melayu (jawi) edisi pertama terbit dan dipasarkan untuk orangramai, orang Melayu sujud syukur. Penyair Usman Awang pun menulis sajak memuji akhbar itu:

Utusan Melayu
Ketika tanahair menjadi bisu
Engkaulah penyambung lidah bangsamu
Orang-orang yang takutkan kata merdeka
Engkau jeritkannya selantang suara

Kini 70 tahun berlalu, akhbar tertua itu mula dibenci bangsanya sendiri. Bukan salah ibu mengandung, tapi salah akhbar itu sendiri kerana mengikut telunjuk pihak tertentu dengan menepikan kehendak dan inspirasi umat Melayu yang lain.
Kredibiliti akhbar itu mutakhir ini jatuh merudum sehingga sebahagian orang Melayu menggelarnya sebagai akhbar pencetus fitnah nombor satu di Malaysia. Setiap berita dan laporan yang ditulis dan disiarkan tanpa asas yang kukuh, malah sebahagiannya menjurus kepada fitnah yang dirancang, mangsa fitnah kemudiannya membawa ke pengadilan dan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar itu dan bayar ganti rugi.

Read More / Baca Lagi >>

Akhbar sudah tiada kuasa memukau..!!!

Posted: 22 Jan 2013 08:11 PM PST

NORDEN MOHAMED
 
Syarikat akhbar menghebahkan berita untuk tatapan ramai. Ia memperoleh sumber lisannya daripada ucapan rasmi, ceramah, sidang akhbar dan juga temubual. Ia mendapat sumber bertulis pula daripada kenyataan akhbar, Facebook, Twitter, blog dan laman web rasmi individu yang menjadi bahan berita.

Oleh kerana adanya pelbagai medium maklumat dan terbukanya individu atau sesuatu organisasi pada hari ini, kenyataan-kenyataan daripada 'sumber yang layak dipercayai' sudah tidak lagi layak dipercayai.

Taktik dan teknik memperoleh bahan berita daripada sumber ketiga mahupun keempat, secara intai-intai, agak-agak, spekulatif dengan rumusan yang condong ke kiri ataupun ke kanan sudah ketinggalan zaman.

Malah, semakin sehari, ia menjadi sumber yang tidak lagi digunakan oleh media, kecuali untuk tujuan sensasi daripada media yang kehabisan modal dan idea mencanai berita.

Pada hari ini, berita mesti dihidangkan pada bila-bila masa kepada para pembaca sebagai santapan minda mereka. Tidak seperti dahulu, bilamana berita hanya dipaparkan di akhbar pada pagi atau malam hari. Ataupun orang ramai hanya memperolehnya tatkala siaran berita pada masa-masa yang ditetapkan melalui televisyen atau radio.

Kini, berita mesti panas dan kerap terhidang sekurang-kurangnya pada setiap jam. Kerana itu, para wartawan perlu sentiasa bersiap siaga mendapatkan bahan berita, mengarang dan menyalurkannya ke pejabat untuk dipersembahkan dalam bentuk cetak, elektronik  mahupun melalui internet.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB'S REVENGE: Sabah RCI, Dr M's final destruction - worst is yet to come!

Posted: 22 Jan 2013 08:03 PM PST

The painful truth is slowly emerging at the ongoing Royal Commission of Inquiry (RCI) on the extraordinary population increase in Sabah since it became a Nation in Malaysia in 1963. There's little doubt that former Prime Minister Mahathir Mohamad is the biggest culprit of the lot in a MyKad scam and should be held for High Treason and punished with the fullest might of the Law.
Mahathir should be held accountable since so many of his people have been implicated. It's unlikely that they would have acted in this vile, despicable manner without his directives, oversight and supervision.
NAJIB'S REVENGE: Sabah RCI, Dr M's final destruction - worst is yet to come!Shocking revelations from ex-Sabah National Registration Department (NRD) sources including an ex-director confirm that the electoral rolls were packed with illegal immigrants under Ops Durian Buruk to ensure that Umno won in the state elections.
The state of affairs is even more rotten than was imagined.
Putrajaya NRD released thousands with fraudulent MyKads from detention
It appears that many illegal immigrants were issued with MyKads just for the purpose of voting and nothing else. The MyKads, in a truth being stranger than fiction scenario, carried the names of other voters who were on the electoral rolls and generally didn't turn up to vote. This explains the oft-reported stories in the local media of voters turning up to vote, only to be told that they "had already voted".
The names of former Deputy Home Minister Megat Junid, Abdul Aziz Shamsuddin the political secretary to then Prime Minister Mahathir Mohamad, Sabah NRD Chief Abdul Rauf Sani and his successor Ramli Kamarudin, former Sabah Election Commissioner Director Wan Ahmad, and former Sabah Chief Minister Osu Sukam have all featured prominently in the RCI hearings.
Ex-Prisons Department (PD) officials, when summoned before the RCI, are likely to spill even more beans.
An ex-PD official estimates that his Department held 10,000 illegal immigrants between 1985 and 1994 for "fraudulently obtaining MyKads by furnishing false information to the authorities". NRD Putrajaya, in all these cases, allegedly advised the Immigration Department to drop charges against the detainees on the grounds that "they were Malaysians".
No illegal immigrant or other foreigners were detained by the PD after 1994 for obtaining MyKads fraudulently. That is the year the PBS Government, holding a razor-thin majority of two in the state assembly; fell on the back of massive defections from the party engineered by Mahathir.
The official, who hopes to be called before the RCI, confided that the PD's investigations revealed a different story: the detainees were all born overseas but furnished the NRD with false Statutory Declarations (SD) stating that they were born in Sabah. They were then issued MyKads for voting purposes. No birth certificates or citizenship papers – as citizens by registration -- were issued to these MyKad holders.
The stories of Majid Kani and Salman Majid
Read More / Baca Lagi >>

Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan

Posted: 22 Jan 2013 08:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera penggunaan jabatan kerajaan dan separa kerajaan untuk berkempen bagi pihak Umno BN.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kini jentera kerajaan itu sedang masuk ke kampung-kampung atas nama agensi masing-masing tapi bertujuan berkempen untuk Umno BN.

Antara agensi itu katanya termasuklah Kemas, Jasa, Pejabat Penerangan dan termasuk juga polis cawangan khas.

"Perkara ini cukup serius. Berkampung di kampung. Dia guna alasan dia pegawai kerajaan. Sbnrnya mereka berkempen.

"Guna wang rakyat secara besar-besaran, beri bantuan la, kenduri la. Sebenarnya memujuk kempen satu pihak," katanya dalam temubual bersama Harakah dan Harakahdaily kelmarin.

Read More / Baca Lagi >>

BN ulangi trend jatuhkan PAS T’ganu untuk tumbangkan KEADILAN S’ngor

Posted: 22 Jan 2013 07:51 PM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan: Barisan Nasional (BN) dicurigai mengulangi trend menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu ke Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) berdasarkan pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di negeri itu.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, melalui modus operandi itu, Umno BN berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 11 dan tidak mustahil pengalaman tersebut akan digunakan di Selangor berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh.
Katanya, keadaan ini membuktikan pengkhianatan Umno BN terhadap kedaulatan negara dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menang pilihan raya.
"Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam siri kempennya memberi isyarat jelas untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun dan tidak mustahil penipuan peti undi akan berlaku," katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau ragu sama ada modus operandi untuk memberi kewarganegaraan dan hak mengundi seperti yang didedah dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang di Sabah, turut berlaku di Selangor.
"Situasi pemberian IC di Sabah sangat kritikal apabila wujud skandal pengeluaran IC sedangkan penerimanya belum sampai lagi ke Sabah. Adakah perkara ini juga berlaku di Selangor?" soalnya.
Minggu lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan SPR sama ada taktik sama ini dilakukan di Selangor.
Beliau berkata, ia berikutan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan berdasarkan kaji selidik
Read More / Baca Lagi >>

Puisi Kebangkitan Rakyat | Pierre Andre

Posted: 22 Jan 2013 06:41 PM PST

Speaker Dewan Rakyat: Saya pun tunggu 'lampu hijau' PM

Posted: 22 Jan 2013 06:19 PM PST



Tan Sri Pandikar Amin Mulia KUALA LUMPUR - Di sebalik peruntukan berkanun Parlimen boleh terbubar dengan sendiri akhir April ini dan hanya tinggal tiga bulan, teka-teki bila ia akan dibubarkan berterusan.

Terbaru, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa surat untuk diadakan sidang Dewan Rakyat seperti kebiasaan.

Beliau berkata, hak memanggil dewan bersidang itu hanya terletak di bawah kuasa eksekutif dan pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Perkara ini semua orang tahu, itu hak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agung untuk bubar Dewan Rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

PAS dibuli, Hamas disantuni

Posted: 22 Jan 2013 06:17 PM PST

Nik Nasri Nik Malek,
Perdana Menteri Malaysia ziarah Gaza buat pertama kali. Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyyah ditemui. Cuma lawatan kemanusiaan (?) hanya sehari. Cakna Palestin sungguh ke atau bina imej semula sebelum PRU 13 nanti? Bagaimana dengan Apco dan 'rangkaian' halus Zionis melalui pelbagai aktiviti?

Palestin diziarah selepas pergi ke Kelantan tabur janji. Sedangkan janji-janji lepas belum dipenuhi. Royalti Kelantan tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dimusuhi. Peruntukan untuk Kelantan penuh birokrasi. Projek minyak dan gas syarikat nasional dibuat macam hak sendiri.

PAS berjuang Islam di sini. Hamas berjuang Islam di Palestin hingga kini. PAS dan Hamas seperti adik-beradik dalam satu famili. Saya masih ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud asSiyam datang berceramah di Malaysia, beliau berkata PAS dan Hamas adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, kenapa PAS dibuli sedangkan Hamas disantuni?

Kerajaan BN pun masih belum mengiktiraf kerajaan Hamas lagi. Justeru, lawatan itu atas sifat apa punya diplomasi? Dengarnya, Rosmah yang nak isytihar bantuan RM4 juta untuk hospital kanak-kanak itu baik, tapi atas apa punya kapasiti? Menteri? Isteri Perdana Menteri? atau ikut suka hati?

Dalam gambar, Ustaz Nasha juga ada berdiri. Baguslah kalau jadi orang tengah antara dua perdana menteri. Cuma dari dua perdana menteri itu, seorang berjuang Islam sungguh dan seorang lagi dari parti Melayu kat sini. Ismail Haniyyah hidup zuhud, tawadhuk, tiada rasuah, tidak mewah dan merendah diri. Seorang lagi tak payah cerita, tahu sendiri. Anta pergi kalau tolong sungguh Alhamdulillah tapi jangan ada udang di sebalik mi.

Yang pasti, PAS dan Palestin tetap di hati ini.

Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali

Posted: 22 Jan 2013 06:13 PM PST


Pemimpin utama Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata pihak Perkasa akan bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah dari terjemahan perkataan God.

Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan.


Dari Segi Perlembagaan



Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian.

Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanat Hadi dihidup semula supaya jadi isu PRU13

Posted: 22 Jan 2013 05:20 PM PST

Seorang ahli akademik malam tadi mendakwa isu Amanat Haji Hadi yang berusia lebih 30 tahun dibangkitkan semula untuk dijadikan isu menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur Dr Azhar Yusof mendakwa isu tersebut dibangkit semula umpama lampu Aladin yang digosok ketika ia diperlukan.

"Isu ini dipolitikkan dan dimanipulasikan untuk mengambil kesempatan untuk (mendapat) keuntungan politik.. Saya bersetuju ia dihidupkan di ambang pilihan raya macam lampu Aladin.

"Saya tidak nampak daripada pihak berkuasa dan kerajaan ingin menyelesaikan polemik ini secara jujur dan ikhlas kecuali untuk mendapatkan kepentingan politik," katanya.

Dr Azhar mengulas tindakan kerajaan yang membatalkan rancangan untuk mengadakan siaran secara langsung di televisyen penjelasan Abdul Hadi berhubung amanatnya setelah disyorkan oleh pemimpin PAS tersebut sebelum itu.

Bercakap dalam Wacana Ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah" di Shah Alam malam tadi, Dr Azhar berkata sepatutnya kerajaan memberi peluang kepada Presiden PAS itu untuk memberi penjelasan berhubung 'amanat' yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong pada 1982.

Beliau berpendapat, amanat Abdul Hadi itu tidak muncul secara spontan, tetapi berdasarkan faktor persekitaran yang melatarinya ketika itu termasuk suasana kebangkitan Islam, pengaruh sekularisme, dan pemisahan Islam daripada politik dan pemerintahan.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca HKR #KL112 : Beberapa pemerhatian penting

Posted: 22 Jan 2013 05:03 PM PST

Perhimpunan 12 Januari pada Sabtu lalu, yang dinamakan Himpunan Kebangkitan Rakyat oleh Pakatan Rakyat dan juga dikenali sebagai himpunan sejuta rakyat - tetapi tidak sama sekali Himpunan Shamsidar - telah berlangsung dengan aman, tanpa mana-mana pihak bertindak dengan tidak wajar.

Berikut beberapa poin penting berhubung perhimpunan yang baru berlalu ini.

1. Himpunan aman

Hakikat bahawa perhimpunan boleh berlangsung dengan aman tidak boleh diabaikan, dan menunjukkan satu perkembangan baharu yang sihat dalam politik negara, walaupun pada masa sama dilihat sebagai perubahan strategi oleh pihak berkuasa.

Tidak seperti menjelang perhimpunan Bersih ketiga, pemerintah dan pihak polis tidak mengambil pendekatan memberi amaran dan mencetuskan suasana tegang menjelang perhimpunan, satu faktor penting yang menyebabkan perhimpunan boleh berlangsung dengan aman.

Kedua-dua pihak PR dan pemerintah mengambil kredit daripada perjalanan perhimpunan yang aman itu, walaupun daripada pihak pembangkang dan sekutu, sebab tiada provokasi daripada pihak polis dan pemerintah dijadikan satu sebab utamanya.

Tetapi perlu diakui juga ketiadaan provokasi daripada pihak penyokong PR atau penentang pemerintah juga menyumbang kepada suasana aman ini, kerana segelintir daripada peserta protes seperti ini sering menjadikan tindakan melakukan provokasi sebagai amalan semasa menyertai protes, seperti menjerit dan mengutuk pihak polis.
Read More / Baca Lagi >>

Makna dan implikasi lawatan Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 05:02 PM PST

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah mencatat sejarah dengan melawat Gaza, wilayah Palestin yang dikuasai Hamas, gerakan Islam yang semakin meningkat naik pada masa ini.

Selepas lawatan emir Qatar ke wilayah ini bulan Oktober tahun lalu, Najib kini mencatatkan namanya seiring dengan pemimpin berprofil tinggi di dunia Arab itu.

Seorang lagi pemimpin serantau berpengaruh, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah merancang melawat Gaza - lawatan yang berimplikasi politik luas - tetapi rancangan itu masih belum terlaksana.

Palestin mempunyai kepentingan yang besar dalam politik dunia Islam, dan merupakan satu perkiraan penting dalam persaingan kuasa-kuasa serantau dunia Islam.

Dari sudut kedudukan Hamas, lawatan Najib dilihat sebagai meningkatkan lagi kedudukan gerakan yang menguasai Gaza itu, hal yang sama disifatkan ekoran lawatan pemimpin Qatar ke Gaza hujung tahun lalu.

Hamas yang dilabel teroris oleh Barat dan dipinggirkan menyaksikan peningkatan kedudukan sejak tercetus kebangkitan di dunia Arab lebih dua tahun lalu, sebahagiannya disebabkan tindakan pragmatik gerakan itu merapatkan diri dengan Qatar dan sekutu.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Politik juga Rakyat

Posted: 22 Jan 2013 04:48 PM PST

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 pada hujung minggu lepas meninggalkan seribu suka duka kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan rapat umum terbesar yang terakhir menjelang PRU13. Di pihak Pakatan Rakyat, kehadiran ratusan ribu rakyat terdiri pelbagai lapisan masyarakat memberi satu tonik terbaik kepada mereka untuk mendepani pemerintah di PRU13 yang kian hampir.
Bagi pemerintah pula, Perdana Menteri mengubah mood bicara agak lunak apabila berterimakaseh kepada pembangkang dan Akta Perhimpunan Aman yang telah menjamin keamanan di himpunan tersebut. Kejayaan himpunan berlangsung dengan aman ini telah digunakan Najib Razak untuk membuktikan kepada rakyat transformasi politik dan demokrasi sedang berlaku di Malaysia.
Kepala himpunan #HKR112
Namun begitu, kejayaan himpunan ini dipandang sinis oleh beberapa pihak terutamanya kalangan pendokong gerakan masyarakat sivil dan mereka yang neutral.
Mereka agak skeptikal apabila ia diketuai oleh pemimpin parti politik danbukannya di kalangan pemimpin masyarakat sivil atau NGO. Ya, kepala untuk himpunan kali ini ialah Timbalan Presiden PAS, Sdr Mat Sabu dan bukannya Ambiga. Malah sebahagian perarakan ketumbukan rakyat juga diketuai oleh pemimpin politik seperti Azmin Ali di Masjid Negara, Wanita PR di Pasar Seni dan Chegu Bard di Kg Baru.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Asri: Tak boleh kafirkan orang hanya atas sangkaan

Posted: 22 Jan 2013 04:41 PM PST

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci.

Keadah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam.

NONE"Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... Manusia yang tidak ada pengetahuan, dia tidak akan dihukum.

"Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan.

"Ulama kata, kita tidak boleh menghukum manusia pada zahirnya melainkan sehingga kita tanya keadaannya. Kita kena terperinci masalah dia," katanya dalam wacana ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah".

Dengan memberi contoh, kisah seorang sahabat baginda Khatib ibn Abi Balta'ah yang mengutus surat memberitahu orang Mekah bahawa Rasullullah SAW sedang menyiapkan bala tentera dan menyangka baginda akan menyerang kota itu sehingga ia diketahui baginda.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilih dalam pilihan raya umum di Malaysia

Posted: 22 Jan 2013 04:40 PM PST

Amin Ahmad

 Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, demokrasi bermaksud "pemerintahan daripada rakyat" dan cara praktikal untuk menterjemahkan maksud ini ialah melalui pilihan raya. Justeru, pemilih atau pengundi adalah faktor penting yang mesti diberi perhatian. Jumlah pengundi
Sejak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955, jumlah pengundi telah bertambah dengan pesat. Pada tahun 1955, bilangan pengundi ialah seramai 1,280,000 dan pada tahun 2008 jumlah ini mencapai 10,922,139 orang. Ini bermaksud telah berlaku pertambahan jumlah pengundi sebanyak lebih 10 kali ganda dalam tempoh 53 tahun.
Jumlah pertambahan terendah pemilih ialah sebanyak 6.12 peratus atau 551,898 orang. Ini berlaku antara tahun 1995 dan 1998.
Jumlah kenaikan tertinggi ialah pada tahun 1959, sebanyak 69.62 peratus iaitu seramai 891,027 orang. Namun, dari segi bilangan pemilih, jumlah kenaikan tertinggi ialah seramai lebih satu juta orang. Ini berlaku pada tahun 1969, 1982, 1990 dan 1995.
Kita boleh membuat pelbagai tafsiran terhadap angka-angka ini. Dengan persaingan sengit yang dijangka bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang, sudah tentu persoalan ini menarik untuk dibincangkan.
 Retrospektif — pertambahan terendah pemilih
Read More / Baca Lagi >>

Minah Listen Di Pulaukan Oleh Umno..

Posted: 22 Jan 2013 04:25 PM PST

Bila kisah buli, biadap, angkuh dan sombongnya tersebar luas, para pemimpinnya terus membidas beliau...Tim Menteri Pengajian Tinggi cakap beliau langsung tidak sopan dan beretika...KJ kata dia bukannya orang dikenali dalam BN.. NGOnya sekadar nyamuk tumpang tui nama 1M'sia...Presiden KIMAA cakap dia ni jenis wanita liar tak mengaku ahli KIMMA.. Ketua Wanita KIMMA nak saman sesiapa kaitkan dirinya dengan KIMMA... terbaru Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) melalui Naib Canselornya sudah tidak izinkan beliau buat ceramah dalam premis UUM berkuatkuasa serta merta.

Begitulah nasib yang menimpa dirinya...Dihina, dinyahkan, dipinggir dan diboikot oleh sealiran politik.

Listen! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Jan 2013 04:04 PM PST

Bertuah jadi umat Muhammad SAW

Posted: 22 Jan 2013 04:02 PM PST

Oleh HASAN AL-BANNA MOHAMED
SABAN tahun, menjelang Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan tersemat dalam kotak minda masing-masing dengan satu peristiwa terbesar berlaku di atas muka bumi ini. Peristiwa tersebut telah membawa keamanan sejagat buat semua makhluk, ia itu kelahiran junjungan besar Muhammad SAW yang tercinta.


Perutusan Baginda SAW hakikatnya telah membawa kerahmatan dan manfaat kepada semua manusia, haiwan, jin dan para malaikat.

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam".

Justeru, kita yang mengakui umat Baginda SAW mestinya sentiasa mengucapkan selawat dan salam buat Baginda SAW dengan berazam untuk menuruti setiap Sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana Bagindalah makhluk dan insan yang paling agung pernah diciptakan ALLAH SWT.

Kita percaya seyakinnya tindakan dan pertuturan yang ditunjukkan Baginda SAW pasti mendatangkan manfaat besar kepada manusia seluruhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz mahu artis manfaatkan bakat

Posted: 22 Jan 2013 04:00 PM PST

Oleh Dinsman
Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Tok Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan mencadangkan satu agenda baru untuk dibuat di Kota Bharu, iaitu agenda yang belum pernah dibuat sebelumnya bagi menyambut hari mulia itu, dan agenda baru ini melibatkan artis-artis dan selebriti yang ramai menyertai parti PAS akhir-akhir ini.


Telah beberapa kali disuarakan oleh beberapa pihak mengenai artis-artis pelakon dan penyanyi yang apabila masuk PAS mereka disambut dan diraikan di sana sini, dan mereka diminta berceramah atau bersyarah di depan umum, tidak berlakon atau menyanyi, seolah-olah mereka sudah meninggalkan bidang yang bakat mereka di bidang itulah asalnya menyebabkan mereka menjadi mereka, iaitu insan seni yang dikenali dan diminati ramai.
Demikianlah selalunya. Banyak orang atau pihak yang menyuarakan atau menyatakan tak puas hati terhadap sesuatu. Tetapi jarang ada orang atau pihak yang mahu tampil menganjurkan atau melakukan sesuatu yang relevan dengan apa yang disuarakan itu, termasuklah hal artis-artis yang ramai menyertai PAS ini. Rupa-rupanya Tok Guru Nik Aziz jugalah yang tampil dengan idea dan cadangan melakukannya.
Bagi memanfaatkan kehadiran ramai golongan artis pelakon dan penyanyi itu, Tok Guru Nik Aziz mencadangkan supaya dilakonkan suatu kisah atau peristiwa di zaman Nabi, dan Tok Guru Nik Aziz sendiri telah memilih peristiwa yang difikirkannya sesuai untuk tujuan tersebut, iaitu peristiwa menantu Rasulullah saw, Abul 'As (yang berkahwin dengan Zainab puteri sulung baginda) yang pada mulanya enggan menyahut seruan Islam tetapi kemudian telah membuat kejutan di kalangan orang-orang kafir Quraisy dengan mengisytiharkan dirinya memeluk Islam di hadapan mereka.
Mendengar rancangan ini diceritakan oleh Wan Nik (Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan) di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya jadi terharu. Tidak menduga bahawa perkara seperti ini pun harus datang daripada 'orang tua' itu juga. Mengajak artis-artis berkumpul bagi menjayakan sebuah program yang boleh ditonton oleh orang ramai. Pun tidak ada orang lain yang boleh menggerakkannya. Mesti Tok Guru Nik Aziz juga yang melakukannya!
Read More / Baca Lagi >>

Wakil rakyat wajar setia kepada pengundi masing-masing

Posted: 22 Jan 2013 03:59 PM PST

Oleh Beruang Hijau

Secara rasmi pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini adalah yang ke-13. Ia menjadi ke-13 kerana dikira bahawa pilihan raya umum pertama ialah pada tahun 1959, iaitu dua tahun selepas Malaya merdeka.

Tetapi tidakkah pilihan raya pertama di Malaya berlangsung pada tahun 1955? Maka dikatakanlah bahawa pada tahun itu Malaya belum merdeka. Tetapi tidakkah Malaysia belum terbentuk ketika itu? Maka pilihan raya pertama Malaysia sebenarnya berlangsung pada tahun 1964. Maka kalau dikirakan begitu, pilihan raya tahun 2013 ini adah yang ke-12.

Dalam keadaan ini, maka lebih baik disebut pilihan raya umum 2013 supaya tiada perdebatan. Dari tahun 1955 hinggalah sekarang, parti-parti yang masih masih ada ialah Umno, MCA, MIC dan PAS.

Parti-parti Sarawak dan Sabah belum ada kerana kedua-duanya belum bergabung dengan Malaya. Dua parti komponen Barisan Nasional, Parti Progresif Rakyat yang sebelumnya bernama Parti Progresif Perak (PPP) dan Gerakan Rakyat Malaysia juga belum wujud.

Sementara parti-parti Pakatan Rakyat lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga belum wujud. Namun begitu Parti Rakyat Malaya yang bergabung untuk menjadi Keadilan sudah ada.
Read More / Baca Lagi >>

CAPEX Duit Rakyat, Selangor Sekat Kerana Syabas Tak Guna Dengan Baik

Posted: 22 Jan 2013 03:54 PM PST

Xavier 1 Semenyih Loji 01

SHAH ALAM 23 JAN : RM 325 juta yang hilang tanpa sebab dan gaji pengerusi eksekutif yang kian melambung adalah antara sebab Kerajaan Negeri memberhentikan Perbelanjaan Modal Pembangunan (capex) yang digunakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ini kerana capex adalah dana awam yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Syabas untuk kerja-kerja mengatasi masalah dalam sistem agihan air dan untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).
Mengikut perjanjian penswastaan air 2004, Capex diberikan kepada Syabas dengan rundingan Kerajaan Negeri, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar.
Menurut risalah isu air Kerajaan Selangor, Syabas juga telah melanggar perjanjian 2004 dengan membeli paip gantian bernilai RM 375 juta daripada syarikat yang dipunyai oleh pengerusi eksekutifnya sendiri.
Syabas juga membelanjakan RM 51.2 juta untuk mengubahsuai pejabatnya sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor hanya meluluskan RM 23.3 juta.
Lebih dari itu, sekurang-kurangnya 72 peratus daripada kontrak yang bernilai RM 600 juta dianugerahkan melalui proses rundingan terus – kaedah yang telah dibuktikan boleh membawa kepada pembaziran dan penambahan harga.
Tindakan-tindakan ini kata, Dr Xavier menunjukkan bahawa Syabas tidak menggunakan duit tersebut dengan betul seperti yang ditetapkan perjanjian dengan Kerajaan Negeri.
Oleh itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri, selaku pemilik aset perkhidmatan air dan pihak yang bertanggungjawab memastikan ia berjalan dengan baik untuk rakyat, berhak menyekat capex Syabas.
Read More / Baca Lagi >>

Time to burst the dam

Posted: 22 Jan 2013 03:50 PM PST

Can the rakyat be wise enough to do what is right by waking up in time for the polls?

Does the recent suspension of a bank employee who had predicted that Pakatan Rakyat may win the 13th general election by a very slim margin indicate that Prime Minister Najib Tun Razak is not in complete control of things pertaining to government, administration and Barisan Nasional?
Najib is a leader who likes to adopt a safe approach. Otherwise, why is he delaying the dissolution of Parliament? It is simply because he wants to make sure that he can win big before dissolving the Dewan Rakyat.
It is simply not his style to antagonise people so close to the polls when he wants to be seen as a gracious leader.
To that end, he had thanked the opposition for the smooth-running of the KL112 (People's Uprising Rally) on Jan 12.
No, the suspension of the bank employee (actually a chief economist of the bank) is just not his style but the style of someone who gives no quarters to the enemy.
And recently too, earlier this month, Dr Michael D Jeyakumar, the Pakatan MP for Sungai Siput, had lost his court case pertaining to obtaining his yearly allocation. This sum of money is disbursed by the BN federal government but so far only the BN MPs are getting it.
This is a landmark case and if Jeyakumar had won, all the Pakatan MPs would also be getting their annual allocation which, at RM1.5 million, is substantial and is to be used by an MP for the needs of his constituents such as aiding the flood victims, tarring the roads, giving out school bags, building bridges and countless other needs.
The truly powerful one
Read More / Baca Lagi >>

Listen : Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra - NGO

Posted: 22 Jan 2013 03:43 PM PST

KUALA LUMPUR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Kebebasan Mahasiswa (Kami) dan Independent Student Front (Instef) menyifatkan dakwaan menceroboh pejabat Suara Wanita 1Malaysia sebagai satu fitnah.

Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Noor Faril Azli Wan Haron berkata, kedatangan mereka ke pejabat SW1M telah disambut baik oleh pekerja pertubuhan itu.

Menurutnya, laporan yang mendakwa wujud penecerobohan hanyalah rekaan dan berbaur fitnah yang mempunyai agenda lain.

"Kami datang ke pejabat dan disambut baik, diberikan air mineral dan coklat serta dijemput duduk di sofa.

"Kehadiran kami bertujuan menyerahkan surat jemputan rasmi untuk presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen menjadi salah seorang panel," katanya kepada media tamat Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam tadi.

Katanya, terdapat bukti kukuh di mana tidak berlaku sebarang perkara tidak baik sekalipun tidak dapat bertemu dengan Sharifah Zohra.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT