MIMPI SENJA |
- Ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya yang lalu
- Ni hampa tolong nasihat sat kat budak ni sekoq ....
- BERSIH mahu RCI Sabah sapina Mahathir
- Listen3x : Ceroboh pejabat - Hang jangan buat cerita Pah, yang staf hang bagi air mineral bagi coklat tu ceroboh mai kot mana?
- 100,000 sambut TPM Muhyiddin di Melaka malam semalam
- 70 tahun solat salah Kiblat
- bersedia kawan2, hampa kena mai KL lagi ... BERSIH mungkin adakan Himpunan sekali lagi
- hahaha baik sangat ... UMNO MCA MIC serang Mahathir
- HOT TERKINI : Listen Listen Listen Cik Pah Miskin buat laporan polis terhadap Harakah dan SAMM
- Najib nyanyi lagu lama di Kelantan ... orang Kelantan dah tak kisah pun pada 7 janji Najib
Ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya yang lalu Posted: 22 Jan 2013 08:22 PM PST Kenyataan Dr M yang kononnya dianggap sebagai 'negarawan kanan' bahawa RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat pemberian hak kewarganegaraan pramerdeka menjelaskan lagi bahawa ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya sewaktunya berkuasa. Timbalan Presiden Gerakan(parti komponen BN) turut terkejut serta membidas kenyataan Mahathir itu yang 'menimbulkan rasa syak antara kaum'. "Semua orang tahu pemberian kewarganegaraan itu dipersetujui oleh nenek moyang kita. Kenyataan demikian daripada seorang negarawan kanan yang berusia seperti beliau amatlah dikesali," kata Chang. Mahathir yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tunku telah melakukan kesalahan yang lebih teruk dalam hal pemberian warganegara kepada rakyat asing, seolah-olah menyedari keturunannya sendiri daripada India. Menurut Chang, kenyataan Mahathir itu "tidak membawa sebarang manfaat, menjejaskan perpaduan, dan mewujudkan syak wasangka serta sikap tidak percaya antara rakyat Malaysia". - KS | |||
Ni hampa tolong nasihat sat kat budak ni sekoq .... Posted: 22 Jan 2013 06:41 PM PST
| |||
BERSIH mahu RCI Sabah sapina Mahathir Posted: 22 Jan 2013 06:11 PM PST KUALA LUMPUR, — Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di Sabah perlu memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya. Bersih 2.0 cawangan Sabah membuat cadangan mereka melalui video di talian hari ini. "Bersih Sabah merasakan RCI seharusnya memperkenalkan saksu baru dan kita mendesak anggota RCI agar sapina seperti berikut," kata Andrew Ambrose, wakil Bersih 2.0 Sabah kepada wartawan hari ini. Beliau kemudian membacakan senarai nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail. Tan Sri Herman Luping dan Datuk KY Mustafa. Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya kemudian apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga harus diberi sapina untuk menjadi saksi dalam pendengaran RCI Sabah. "Semua yang terlibat harus dipanggil. Saya tiada isu dengan itu. "Saya fikir RCI seharusnya tahu siapa saksi yang diperlukan. Dan saya fikir sesiapa yang bertanggungjawab, berpotensi bertanggungjawab atau yang tahu, atau yang mungkin tahu, harus dipanggil untuk RCI," kata Ambiga. Minggu lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendakwa parti itu telah menerima maklumat plot untuk mengaitkan Anwar semasa pendengaran RCI. Azmin juga dilihat membuat langkah pre-emptive untuk memesongkan perhatian terhadap Barisan Nasional (BN), mengatakan bahawa testimoni semasa pendengaran menunjukkan kepada peranan institusi Perdana Menteri. Beliau kemudian mengatakan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada ketika itu harus dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku di Sabah. Dr Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka. Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut. Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari tahun 1993 sebelum dipecat pada tahun 1998. Beliau juga merupakan menteri kewangan dari 1990 sebelum dilucutkan jawatan. -themalaysianinsider.com | |||
Posted: 22 Jan 2013 03:59 PM PST NGO: Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra 23 Januari 2013 KUALA LUMPUR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Kebebasan Mahasiswa (Kami) dan Independent Student Front (Instef) menyifatkan dakwaan menceroboh pejabat Suara Wanita 1Malaysia sebagai satu fitnah. Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Noor Faril Azli Wan Haron berkata, kedatangan mereka ke pejabat SW1M telah disambut baik oleh pekerja pertubuhan itu. Menurutnya, laporan yang mendakwa wujud penecerobohan hanyalah rekaan dan berbaur fitnah yang mempunyai agenda lain. "Kami datang ke pejabat dan disambut baik, diberikan air mineral dan coklat serta dijemput duduk di sofa. "Kehadiran kami bertujuan menyerahkan surat jemputan rasmi untuk presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen menjadi salah seorang panel," katanya kepada media tamat Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam tadi. Katanya, terdapat bukti kukuh di mana tidak berlaku sebarang perkara tidak baik sekalipun tidak dapat bertemu dengan Sharifah Zohra. "Kami dimaklumkan beliau tidak ada di pejabat tetapi menurut pembantunya, beliau sudi hadir memandangkan tiada apa yang perlu dirisaukan. "Semasa di pejabat, kami berbincang dengan salah soerang pekerja di sana mengenai hal ini. Kehadiran kami juga adalah disebabkan surat kami dikatakan tidak diterima (faks dan emel)," katanya. Katanya, sehingga semalam, pihaknya masih tidak mendapat sebarang kenyataan berhubung ketidakhadiran Sharifah Zohra dan hanya mengetahui hal tersebut menerusi media sahaja. "Sikap Sharifah Zohra tidak profesionalismenya sebagai anggota masyarakat. "Kami ada gambar serta bukti surat kami diterima pihaknya walaupun insiden cop rasmi syarikat 'tiada' di pejabat. Di mana yang menunjukkan kami menceroboh?" katanya. Sementara itu, presiden Instef, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada polis sekiranya minta tampil memberi penjelasan. "Kami tidak gentar. Kami tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa. Selain menceroboh, kami dituduh menggunakan alamt e-mel palsu sedangkan tidak kerana kami menggunakan alamat emel yang sah. "Pun begitu, kami sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam kami untuk mengatur langkah jika beliau (Sharifah Zohra) terus membuat menimbulkan fitnah. MS :MEMANG KAKI PUTAQ LA MINAH NI SEKOQ ... | |||
100,000 sambut TPM Muhyiddin di Melaka malam semalam Posted: 22 Jan 2013 08:10 AM PST | |||
Posted: 22 Jan 2013 06:49 AM PST MELAKA: Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat. Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan. Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan. Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim). "Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam. Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an. Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah. Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini. "Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul," katanya. Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan. "Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat," katanya yang juga Ketua Menteri Melaka. Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah. Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat. "Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat. "Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru," katanya. - Sinar Harian | |||
bersedia kawan2, hampa kena mai KL lagi ... BERSIH mungkin adakan Himpunan sekali lagi Posted: 22 Jan 2013 05:14 AM PST Jika SPR masih degil, BERSIH mungkin adakan himpunan sekali lagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak menolak menganjurkan satu lagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil, akan tetapi buat masa ini fokus mereka adalah mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya. Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari. "Berapa banyak perhimpunan anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham. "Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan," katanya kepada pemberita disini. Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya. "Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia," kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0. Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan beberapa tahun kebelakangan ini bagi mendesak reformasi pilihan raya. -TMI | |||
hahaha baik sangat ... UMNO MCA MIC serang Mahathir Posted: 22 Jan 2013 03:49 AM PST KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka. Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu. Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang. Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan. Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung. Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu. Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC. Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan menjejaskan kontrak sosial antara kaum. Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah. - Harakah | |||
HOT TERKINI : Listen Listen Listen Cik Pah Miskin buat laporan polis terhadap Harakah dan SAMM Posted: 22 Jan 2013 01:45 AM PST KUALA LUMPUR: Controversial SW1M president and unwitting YouTube sensation Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin(pic) today lodged a police report against Harakah Daily and student body Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), whom she claimed were inciting hatred against her. She also claimed that SAMM had trespassed onto private property when its representatives entered SW1M's office in Gombak to hand here an invitation to the Academic Freedom and Fundamental Rights forum, scheduled for tonight at the KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Sharifah Zohra lodged the report at the Setapak police station at 1.15am this morning, online news portal Free Malaysia Today reported. "SAMM also has used my photograph on the banner promoting the forum and is spreading false news through the Internet by claiming that I am attending the forum," she was quoted as saying. She also said Harakah Daily had "published a false SW1M document to imply that I am accepting the invitation". Sharifah Zohra denied that the signature was hers, and that the stamp was SW1M's. However, SAMM presented another story when explaining the 'trespass' allegations, and denied that its four representatives had barged into the SW1M office. "Our coordinator Wan Farel was received warmly by their staff," SAMM propaganda director Edy Noor Reduan was quoted as saying. He also urged Sharifah Zohra to be present at the forum tonight "instead of giving one-sided statements". SAMM is one of the event's organizers, together with Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen and the Independent Students Front. The speakers comprise constitutional law expert Aziz Bari; International Islamic University lecturer Maszlee Malik and Universiti Utara Malaysia student KS Bawani. Both Bawani and Sharifah Zohra entered the Malaysian public consciousness when a YouTube video of the two during a forum went viral. The 24-minute clip had shown Sharifah Zohra berating Bawani for her views on free education, with Bawani arguing her case. Sharifah Zohra's 'Listen, listen, listen' phrase uttered during her retort subsequently became a conversation piece, with some even producing video parodies of the event. - MD MS : Jom ramai2 kita ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor malam ni selepas Isyak. Dijangka Bawani akan bertemu cik pah Listen untuk berforum.. Jumpa di sana ..... | |||
Najib nyanyi lagu lama di Kelantan ... orang Kelantan dah tak kisah pun pada 7 janji Najib Posted: 22 Jan 2013 12:28 AM PST
KOTA BHARU: Pelbagai pihak mempertikaikan 'janji Najib" kepada rakyat Kelantan yang didakwa mempunyai agenda politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kunjungannya ke Kelantan baru-baru ini mendakwa kerajaan akan melaksanakan 'tujuh' program pembangunan sekiranya Barisan Nasional menang dalam PRU-13 di Kelantan. Bagaimana pun rakyat berterusan membantah sikap Najib itu yang didakwa bermain dengan 'rasuah politik' menjelang pilihan raya. Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata janji Najib itu hanya 'ulangan' janji lama yang tidak ditunai. "Beliau menabur pelbagai janji baru sedangkan janji lama belum ditunaikan. "Kini menjelang pilihan raya, PM Najib datang ke Kelantan menabur janji lagi," dakwa Hisyamuddin. Hishamuddin mendakwa ini termasuklah pemberian royalti 5 peratus sejak 37 tahun lalu, yang dimeterai 9 Mei 1975 antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas, yang kini tertunggak sebanyak RM10.4 bilion. Kerajaan BN dipimpin Najib juga, dakwa Hishamuddin, menafikan pendaratan gas ke Kelantan melalui projek terbaru Petronas bernilai RM16 bilion. "Merompak gas Kelantan khususnya di peraiaran Kelantan Blok PM302, PM325 dan PM 326B dengan mendaratkan di Kerteh, Trengganu," dakwanya. - Harakah |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan