RAKYAT MARHAEN |
- HKR #KL112 : LENSA BERBICARA UNTUK SEJARAH PERJUANGAN RAKYAT
- Pakatan Pertahankan Kemuliaan Dan Kebebasan Anggota Keselamatan
- Utusan: Bukan salah ibu mengandung
- Akhbar sudah tiada kuasa memukau..!!!
- NAJIB'S REVENGE: Sabah RCI, Dr M's final destruction - worst is yet to come!
- Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan
- BN ulangi trend jatuhkan PAS T’ganu untuk tumbangkan KEADILAN S’ngor
- Puisi Kebangkitan Rakyat | Pierre Andre
- Speaker Dewan Rakyat: Saya pun tunggu 'lampu hijau' PM
- PAS dibuli, Hamas disantuni
- Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali
- Amanat Hadi dihidup semula supaya jadi isu PRU13
- Pasca HKR #KL112 : Beberapa pemerhatian penting
- Makna dan implikasi lawatan Najib ke Gaza
- Orang Politik juga Rakyat
- Dr Asri: Tak boleh kafirkan orang hanya atas sangkaan
- Pemilih dalam pilihan raya umum di Malaysia
- Minah Listen Di Pulaukan Oleh Umno..
- Listen! - Ustaz Azhar Idrus
- Bertuah jadi umat Muhammad SAW
- Nik Aziz mahu artis manfaatkan bakat
- Wakil rakyat wajar setia kepada pengundi masing-masing
- CAPEX Duit Rakyat, Selangor Sekat Kerana Syabas Tak Guna Dengan Baik
- Time to burst the dam
- Listen : Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra - NGO
HKR #KL112 : LENSA BERBICARA UNTUK SEJARAH PERJUANGAN RAKYAT Posted: 22 Jan 2013 08:19 PM PST | ||
Pakatan Pertahankan Kemuliaan Dan Kebebasan Anggota Keselamatan Posted: 22 Jan 2013 08:18 PM PST Pakatan Rakyat menghargai peranan dan sumbangan anggota keselamatan negara yang pernah dan sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ini hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kebebasan, kedudukan, kebajikan dan kemuliaan ATM dipertahankan sepenuhnya. Justeru, saya membantah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak dan penipuan politik untuk perolehan ATM. Soal persenjataan negara yang melibatkan dasar pertahanan strategik dan taktikal adalah kepakaran kepimpinan ATM yang amanahnya perlu dipikul oleh mereka. Skandal-skandal yang membabitkan pembelian persenjataan dan kelengkapan yang mahal dan melibatkan rasuah sebenarnya mengkhianati pengorbanan dan perkhidmatan anggota keselamatan. Apabila Dato' Seri Najib Tun Razak terlibat meluluskan satu pembayaran komisen yang mahal kepada orang kanannya sendiri dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan beliau itu mengkhianati kebajikan dan kedudukan pasukan keselamatan negara. Pertamanya, apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan ATM tidak dapat berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan peruntukan. Keduanya, cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM, walaupun skandal itu tidak ada kena mengena dengan anggota keselamatan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Utusan: Bukan salah ibu mengandung Posted: 22 Jan 2013 08:17 PM PST Kata empunya cerita, Utusan Melayu tidak dilahirkan di atas dulang emas. Salah seorang pengasasnya Almarhum Yusuff Ishak menitis air mata apabila ia dapat mencukupkan modal dari beberapa orang Melayu bagi menerbitkan Utusan Melayu di Singapura tanggal 29 Mei 1939. Ketika Utusan Melayu (jawi) edisi pertama terbit dan dipasarkan untuk orangramai, orang Melayu sujud syukur. Penyair Usman Awang pun menulis sajak memuji akhbar itu: Utusan Melayu Ketika tanahair menjadi bisu Engkaulah penyambung lidah bangsamu Orang-orang yang takutkan kata merdeka Engkau jeritkannya selantang suara Kini 70 tahun berlalu, akhbar tertua itu mula dibenci bangsanya sendiri. Bukan salah ibu mengandung, tapi salah akhbar itu sendiri kerana mengikut telunjuk pihak tertentu dengan menepikan kehendak dan inspirasi umat Melayu yang lain. Kredibiliti akhbar itu mutakhir ini jatuh merudum sehingga sebahagian orang Melayu menggelarnya sebagai akhbar pencetus fitnah nombor satu di Malaysia. Setiap berita dan laporan yang ditulis dan disiarkan tanpa asas yang kukuh, malah sebahagiannya menjurus kepada fitnah yang dirancang, mangsa fitnah kemudiannya membawa ke pengadilan dan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar itu dan bayar ganti rugi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Akhbar sudah tiada kuasa memukau..!!! Posted: 22 Jan 2013 08:11 PM PST Oleh kerana adanya pelbagai medium maklumat dan terbukanya individu atau sesuatu organisasi pada hari ini, kenyataan-kenyataan daripada 'sumber yang layak dipercayai' sudah tidak lagi layak dipercayai. Taktik dan teknik memperoleh bahan berita daripada sumber ketiga mahupun keempat, secara intai-intai, agak-agak, spekulatif dengan rumusan yang condong ke kiri ataupun ke kanan sudah ketinggalan zaman. Malah, semakin sehari, ia menjadi sumber yang tidak lagi digunakan oleh media, kecuali untuk tujuan sensasi daripada media yang kehabisan modal dan idea mencanai berita. Pada hari ini, berita mesti dihidangkan pada bila-bila masa kepada para pembaca sebagai santapan minda mereka. Tidak seperti dahulu, bilamana berita hanya dipaparkan di akhbar pada pagi atau malam hari. Ataupun orang ramai hanya memperolehnya tatkala siaran berita pada masa-masa yang ditetapkan melalui televisyen atau radio. Kini, berita mesti panas dan kerap terhidang sekurang-kurangnya pada setiap jam. Kerana itu, para wartawan perlu sentiasa bersiap siaga mendapatkan bahan berita, mengarang dan menyalurkannya ke pejabat untuk dipersembahkan dalam bentuk cetak, elektronik mahupun melalui internet. Read More / Baca Lagi >> | ||
NAJIB'S REVENGE: Sabah RCI, Dr M's final destruction - worst is yet to come! Posted: 22 Jan 2013 08:03 PM PST The painful truth is slowly emerging at the ongoing Royal Commission of Inquiry (RCI) on the extraordinary population increase in Sabah since it became a Nation in Malaysia in 1963. There's little doubt that former Prime Minister Mahathir Mohamad is the biggest culprit of the lot in a MyKad scam and should be held for High Treason and punished with the fullest might of the Law. Read More / Baca Lagi >>Mahathir should be held accountable since so many of his people have been implicated. It's unlikely that they would have acted in this vile, despicable manner without his directives, oversight and supervision. Shocking revelations from ex-Sabah National Registration Department (NRD) sources including an ex-director confirm that the electoral rolls were packed with illegal immigrants under Ops Durian Buruk to ensure that Umno won in the state elections. The state of affairs is even more rotten than was imagined. Putrajaya NRD released thousands with fraudulent MyKads from detention It appears that many illegal immigrants were issued with MyKads just for the purpose of voting and nothing else. The MyKads, in a truth being stranger than fiction scenario, carried the names of other voters who were on the electoral rolls and generally didn't turn up to vote. This explains the oft-reported stories in the local media of voters turning up to vote, only to be told that they "had already voted". The names of former Deputy Home Minister Megat Junid, Abdul Aziz Shamsuddin the political secretary to then Prime Minister Mahathir Mohamad, Sabah NRD Chief Abdul Rauf Sani and his successor Ramli Kamarudin, former Sabah Election Commissioner Director Wan Ahmad, and former Sabah Chief Minister Osu Sukam have all featured prominently in the RCI hearings. Ex-Prisons Department (PD) officials, when summoned before the RCI, are likely to spill even more beans. An ex-PD official estimates that his Department held 10,000 illegal immigrants between 1985 and 1994 for "fraudulently obtaining MyKads by furnishing false information to the authorities". NRD Putrajaya, in all these cases, allegedly advised the Immigration Department to drop charges against the detainees on the grounds that "they were Malaysians". No illegal immigrant or other foreigners were detained by the PD after 1994 for obtaining MyKads fraudulently. That is the year the PBS Government, holding a razor-thin majority of two in the state assembly; fell on the back of massive defections from the party engineered by Mahathir. The official, who hopes to be called before the RCI, confided that the PD's investigations revealed a different story: the detainees were all born overseas but furnished the NRD with false Statutory Declarations (SD) stating that they were born in Sabah. They were then issued MyKads for voting purposes. No birth certificates or citizenship papers – as citizens by registration -- were issued to these MyKad holders. The stories of Majid Kani and Salman Majid | ||
Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan Posted: 22 Jan 2013 08:02 PM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera penggunaan jabatan kerajaan dan separa kerajaan untuk berkempen bagi pihak Umno BN. Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kini jentera kerajaan itu sedang masuk ke kampung-kampung atas nama agensi masing-masing tapi bertujuan berkempen untuk Umno BN. Antara agensi itu katanya termasuklah Kemas, Jasa, Pejabat Penerangan dan termasuk juga polis cawangan khas. "Perkara ini cukup serius. Berkampung di kampung. Dia guna alasan dia pegawai kerajaan. Sbnrnya mereka berkempen. "Guna wang rakyat secara besar-besaran, beri bantuan la, kenduri la. Sebenarnya memujuk kempen satu pihak," katanya dalam temubual bersama Harakah dan Harakahdaily kelmarin. Read More / Baca Lagi >> | ||
BN ulangi trend jatuhkan PAS T’ganu untuk tumbangkan KEADILAN S’ngor Posted: 22 Jan 2013 07:51 PM PST KUALA LUMPUR 23 Jan: Barisan Nasional (BN) dicurigai mengulangi trend menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu ke Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) berdasarkan pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di negeri itu. Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, melalui modus operandi itu, Umno BN berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 11 dan tidak mustahil pengalaman tersebut akan digunakan di Selangor berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh. Katanya, keadaan ini membuktikan pengkhianatan Umno BN terhadap kedaulatan negara dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menang pilihan raya. "Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam siri kempennya memberi isyarat jelas untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun dan tidak mustahil penipuan peti undi akan berlaku," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau ragu sama ada modus operandi untuk memberi kewarganegaraan dan hak mengundi seperti yang didedah dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang di Sabah, turut berlaku di Selangor. "Situasi pemberian IC di Sabah sangat kritikal apabila wujud skandal pengeluaran IC sedangkan penerimanya belum sampai lagi ke Sabah. Adakah perkara ini juga berlaku di Selangor?" soalnya. Minggu lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan SPR sama ada taktik sama ini dilakukan di Selangor. Beliau berkata, ia berikutan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan berdasarkan kaji selidik Read More / Baca Lagi >> | ||
Puisi Kebangkitan Rakyat | Pierre Andre Posted: 22 Jan 2013 06:41 PM PST | ||
Speaker Dewan Rakyat: Saya pun tunggu 'lampu hijau' PM Posted: 22 Jan 2013 06:19 PM PST Terbaru, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa surat untuk diadakan sidang Dewan Rakyat seperti kebiasaan. Beliau berkata, hak memanggil dewan bersidang itu hanya terletak di bawah kuasa eksekutif dan pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan. "Perkara ini semua orang tahu, itu hak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agung untuk bubar Dewan Rakyat. | ||
Posted: 22 Jan 2013 06:17 PM PST
Palestin diziarah selepas pergi ke Kelantan tabur janji. Sedangkan janji-janji lepas belum dipenuhi. Royalti Kelantan tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dimusuhi. Peruntukan untuk Kelantan penuh birokrasi. Projek minyak dan gas syarikat nasional dibuat macam hak sendiri. PAS berjuang Islam di sini. Hamas berjuang Islam di Palestin hingga kini. PAS dan Hamas seperti adik-beradik dalam satu famili. Saya masih ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud asSiyam datang berceramah di Malaysia, beliau berkata PAS dan Hamas adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, kenapa PAS dibuli sedangkan Hamas disantuni? Kerajaan BN pun masih belum mengiktiraf kerajaan Hamas lagi. Justeru, lawatan itu atas sifat apa punya diplomasi? Dengarnya, Rosmah yang nak isytihar bantuan RM4 juta untuk hospital kanak-kanak itu baik, tapi atas apa punya kapasiti? Menteri? Isteri Perdana Menteri? atau ikut suka hati? Dalam gambar, Ustaz Nasha juga ada berdiri. Baguslah kalau jadi orang tengah antara dua perdana menteri. Cuma dari dua perdana menteri itu, seorang berjuang Islam sungguh dan seorang lagi dari parti Melayu kat sini. Ismail Haniyyah hidup zuhud, tawadhuk, tiada rasuah, tidak mewah dan merendah diri. Seorang lagi tak payah cerita, tahu sendiri. Anta pergi kalau tolong sungguh Alhamdulillah tapi jangan ada udang di sebalik mi. Yang pasti, PAS dan Palestin tetap di hati ini. | ||
Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali Posted: 22 Jan 2013 06:13 PM PST Pemimpin utama Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata pihak Perkasa akan bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah dari terjemahan perkataan God. Read More / Baca Lagi >>Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan. Dari Segi Perlembagaan Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian. Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. | ||
Amanat Hadi dihidup semula supaya jadi isu PRU13 Posted: 22 Jan 2013 05:20 PM PST Seorang ahli akademik malam tadi mendakwa isu Amanat Haji Hadi yang berusia lebih 30 tahun dibangkitkan semula untuk dijadikan isu menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir. Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur Dr Azhar Yusof mendakwa isu tersebut dibangkit semula umpama lampu Aladin yang digosok ketika ia diperlukan. "Isu ini dipolitikkan dan dimanipulasikan untuk mengambil kesempatan untuk (mendapat) keuntungan politik.. Saya bersetuju ia dihidupkan di ambang pilihan raya macam lampu Aladin. "Saya tidak nampak daripada pihak berkuasa dan kerajaan ingin menyelesaikan polemik ini secara jujur dan ikhlas kecuali untuk mendapatkan kepentingan politik," katanya. Dr Azhar mengulas tindakan kerajaan yang membatalkan rancangan untuk mengadakan siaran secara langsung di televisyen penjelasan Abdul Hadi berhubung amanatnya setelah disyorkan oleh pemimpin PAS tersebut sebelum itu. Bercakap dalam Wacana Ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah" di Shah Alam malam tadi, Dr Azhar berkata sepatutnya kerajaan memberi peluang kepada Presiden PAS itu untuk memberi penjelasan berhubung 'amanat' yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong pada 1982. Beliau berpendapat, amanat Abdul Hadi itu tidak muncul secara spontan, tetapi berdasarkan faktor persekitaran yang melatarinya ketika itu termasuk suasana kebangkitan Islam, pengaruh sekularisme, dan pemisahan Islam daripada politik dan pemerintahan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pasca HKR #KL112 : Beberapa pemerhatian penting Posted: 22 Jan 2013 05:03 PM PST Berikut beberapa poin penting berhubung perhimpunan yang baru berlalu ini. 1. Himpunan aman Hakikat bahawa perhimpunan boleh berlangsung dengan aman tidak boleh diabaikan, dan menunjukkan satu perkembangan baharu yang sihat dalam politik negara, walaupun pada masa sama dilihat sebagai perubahan strategi oleh pihak berkuasa. Tidak seperti menjelang perhimpunan Bersih ketiga, pemerintah dan pihak polis tidak mengambil pendekatan memberi amaran dan mencetuskan suasana tegang menjelang perhimpunan, satu faktor penting yang menyebabkan perhimpunan boleh berlangsung dengan aman. Kedua-dua pihak PR dan pemerintah mengambil kredit daripada perjalanan perhimpunan yang aman itu, walaupun daripada pihak pembangkang dan sekutu, sebab tiada provokasi daripada pihak polis dan pemerintah dijadikan satu sebab utamanya. Tetapi perlu diakui juga ketiadaan provokasi daripada pihak penyokong PR atau penentang pemerintah juga menyumbang kepada suasana aman ini, kerana segelintir daripada peserta protes seperti ini sering menjadikan tindakan melakukan provokasi sebagai amalan semasa menyertai protes, seperti menjerit dan mengutuk pihak polis. Read More / Baca Lagi >> | ||
Makna dan implikasi lawatan Najib ke Gaza Posted: 22 Jan 2013 05:02 PM PST Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah mencatat sejarah dengan melawat Gaza, wilayah Palestin yang dikuasai Hamas, gerakan Islam yang semakin meningkat naik pada masa ini. Read More / Baca Lagi >>Selepas lawatan emir Qatar ke wilayah ini bulan Oktober tahun lalu, Najib kini mencatatkan namanya seiring dengan pemimpin berprofil tinggi di dunia Arab itu. Seorang lagi pemimpin serantau berpengaruh, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah merancang melawat Gaza - lawatan yang berimplikasi politik luas - tetapi rancangan itu masih belum terlaksana. Palestin mempunyai kepentingan yang besar dalam politik dunia Islam, dan merupakan satu perkiraan penting dalam persaingan kuasa-kuasa serantau dunia Islam. Dari sudut kedudukan Hamas, lawatan Najib dilihat sebagai meningkatkan lagi kedudukan gerakan yang menguasai Gaza itu, hal yang sama disifatkan ekoran lawatan pemimpin Qatar ke Gaza hujung tahun lalu. Hamas yang dilabel teroris oleh Barat dan dipinggirkan menyaksikan peningkatan kedudukan sejak tercetus kebangkitan di dunia Arab lebih dua tahun lalu, sebahagiannya disebabkan tindakan pragmatik gerakan itu merapatkan diri dengan Qatar dan sekutu. | ||
Posted: 22 Jan 2013 04:48 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 pada hujung minggu lepas meninggalkan seribu suka duka kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan rapat umum terbesar yang terakhir menjelang PRU13. Di pihak Pakatan Rakyat, kehadiran ratusan ribu rakyat terdiri pelbagai lapisan masyarakat memberi satu tonik terbaik kepada mereka untuk mendepani pemerintah di PRU13 yang kian hampir. Bagi pemerintah pula, Perdana Menteri mengubah mood bicara agak lunak apabila berterimakaseh kepada pembangkang dan Akta Perhimpunan Aman yang telah menjamin keamanan di himpunan tersebut. Kejayaan himpunan berlangsung dengan aman ini telah digunakan Najib Razak untuk membuktikan kepada rakyat transformasi politik dan demokrasi sedang berlaku di Malaysia. Kepala himpunan #HKR112 Namun begitu, kejayaan himpunan ini dipandang sinis oleh beberapa pihak terutamanya kalangan pendokong gerakan masyarakat sivil dan mereka yang neutral. Mereka agak skeptikal apabila ia diketuai oleh pemimpin parti politik danbukannya di kalangan pemimpin masyarakat sivil atau NGO. Ya, kepala untuk himpunan kali ini ialah Timbalan Presiden PAS, Sdr Mat Sabu dan bukannya Ambiga. Malah sebahagian perarakan ketumbukan rakyat juga diketuai oleh pemimpin politik seperti Azmin Ali di Masjid Negara, Wanita PR di Pasar Seni dan Chegu Bard di Kg Baru. | ||
Dr Asri: Tak boleh kafirkan orang hanya atas sangkaan Posted: 22 Jan 2013 04:41 PM PST Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci. Keadah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam. "Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... Manusia yang tidak ada pengetahuan, dia tidak akan dihukum. "Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan. "Ulama kata, kita tidak boleh menghukum manusia pada zahirnya melainkan sehingga kita tanya keadaannya. Kita kena terperinci masalah dia," katanya dalam wacana ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah". Dengan memberi contoh, kisah seorang sahabat baginda Khatib ibn Abi Balta'ah yang mengutus surat memberitahu orang Mekah bahawa Rasullullah SAW sedang menyiapkan bala tentera dan menyangka baginda akan menyerang kota itu sehingga ia diketahui baginda. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemilih dalam pilihan raya umum di Malaysia Posted: 22 Jan 2013 04:40 PM PST Amin AhmadSejak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955, jumlah pengundi telah bertambah dengan pesat. Pada tahun 1955, bilangan pengundi ialah seramai 1,280,000 dan pada tahun 2008 jumlah ini mencapai 10,922,139 orang. Ini bermaksud telah berlaku pertambahan jumlah pengundi sebanyak lebih 10 kali ganda dalam tempoh 53 tahun. Jumlah pertambahan terendah pemilih ialah sebanyak 6.12 peratus atau 551,898 orang. Ini berlaku antara tahun 1995 dan 1998. Jumlah kenaikan tertinggi ialah pada tahun 1959, sebanyak 69.62 peratus iaitu seramai 891,027 orang. Namun, dari segi bilangan pemilih, jumlah kenaikan tertinggi ialah seramai lebih satu juta orang. Ini berlaku pada tahun 1969, 1982, 1990 dan 1995. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran terhadap angka-angka ini. Dengan persaingan sengit yang dijangka bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang, sudah tentu persoalan ini menarik untuk dibincangkan. Retrospektif — pertambahan terendah pemilih Read More / Baca Lagi >> | ||
Minah Listen Di Pulaukan Oleh Umno.. Posted: 22 Jan 2013 04:25 PM PST Bila kisah buli, biadap, angkuh dan sombongnya tersebar luas, para pemimpinnya terus membidas beliau...Tim Menteri Pengajian Tinggi cakap beliau langsung tidak sopan dan beretika...KJ kata dia bukannya orang dikenali dalam BN.. NGOnya sekadar nyamuk tumpang tui nama 1M'sia...Presiden KIMAA cakap dia ni jenis wanita liar tak mengaku ahli KIMMA.. Ketua Wanita KIMMA nak saman sesiapa kaitkan dirinya dengan KIMMA... terbaru Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) melalui Naib Canselornya sudah tidak izinkan beliau buat ceramah dalam premis UUM berkuatkuasa serta merta. Begitulah nasib yang menimpa dirinya...Dihina, dinyahkan, dipinggir dan diboikot oleh sealiran politik. | ||
Posted: 22 Jan 2013 04:04 PM PST | ||
Bertuah jadi umat Muhammad SAW Posted: 22 Jan 2013 04:02 PM PST Oleh HASAN AL-BANNA MOHAMED SABAN tahun, menjelang Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan tersemat dalam kotak minda masing-masing dengan satu peristiwa terbesar berlaku di atas muka bumi ini. Peristiwa tersebut telah membawa keamanan sejagat buat semua makhluk, ia itu kelahiran junjungan besar Muhammad SAW yang tercinta. Perutusan Baginda SAW hakikatnya telah membawa kerahmatan dan manfaat kepada semua manusia, haiwan, jin dan para malaikat. Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam". Justeru, kita yang mengakui umat Baginda SAW mestinya sentiasa mengucapkan selawat dan salam buat Baginda SAW dengan berazam untuk menuruti setiap Sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana Bagindalah makhluk dan insan yang paling agung pernah diciptakan ALLAH SWT. Kita percaya seyakinnya tindakan dan pertuturan yang ditunjukkan Baginda SAW pasti mendatangkan manfaat besar kepada manusia seluruhnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Nik Aziz mahu artis manfaatkan bakat Posted: 22 Jan 2013 04:00 PM PST Oleh Dinsman Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Tok Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan mencadangkan satu agenda baru untuk dibuat di Kota Bharu, iaitu agenda yang belum pernah dibuat sebelumnya bagi menyambut hari mulia itu, dan agenda baru ini melibatkan artis-artis dan selebriti yang ramai menyertai parti PAS akhir-akhir ini. Telah beberapa kali disuarakan oleh beberapa pihak mengenai artis-artis pelakon dan penyanyi yang apabila masuk PAS mereka disambut dan diraikan di sana sini, dan mereka diminta berceramah atau bersyarah di depan umum, tidak berlakon atau menyanyi, seolah-olah mereka sudah meninggalkan bidang yang bakat mereka di bidang itulah asalnya menyebabkan mereka menjadi mereka, iaitu insan seni yang dikenali dan diminati ramai. Demikianlah selalunya. Banyak orang atau pihak yang menyuarakan atau menyatakan tak puas hati terhadap sesuatu. Tetapi jarang ada orang atau pihak yang mahu tampil menganjurkan atau melakukan sesuatu yang relevan dengan apa yang disuarakan itu, termasuklah hal artis-artis yang ramai menyertai PAS ini. Rupa-rupanya Tok Guru Nik Aziz jugalah yang tampil dengan idea dan cadangan melakukannya. Bagi memanfaatkan kehadiran ramai golongan artis pelakon dan penyanyi itu, Tok Guru Nik Aziz mencadangkan supaya dilakonkan suatu kisah atau peristiwa di zaman Nabi, dan Tok Guru Nik Aziz sendiri telah memilih peristiwa yang difikirkannya sesuai untuk tujuan tersebut, iaitu peristiwa menantu Rasulullah saw, Abul 'As (yang berkahwin dengan Zainab puteri sulung baginda) yang pada mulanya enggan menyahut seruan Islam tetapi kemudian telah membuat kejutan di kalangan orang-orang kafir Quraisy dengan mengisytiharkan dirinya memeluk Islam di hadapan mereka. Mendengar rancangan ini diceritakan oleh Wan Nik (Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan) di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya jadi terharu. Tidak menduga bahawa perkara seperti ini pun harus datang daripada 'orang tua' itu juga. Mengajak artis-artis berkumpul bagi menjayakan sebuah program yang boleh ditonton oleh orang ramai. Pun tidak ada orang lain yang boleh menggerakkannya. Mesti Tok Guru Nik Aziz juga yang melakukannya! Read More / Baca Lagi >> | ||
Wakil rakyat wajar setia kepada pengundi masing-masing Posted: 22 Jan 2013 03:59 PM PST Oleh Beruang Hijau Secara rasmi pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini adalah yang ke-13. Ia menjadi ke-13 kerana dikira bahawa pilihan raya umum pertama ialah pada tahun 1959, iaitu dua tahun selepas Malaya merdeka. Tetapi tidakkah pilihan raya pertama di Malaya berlangsung pada tahun 1955? Maka dikatakanlah bahawa pada tahun itu Malaya belum merdeka. Tetapi tidakkah Malaysia belum terbentuk ketika itu? Maka pilihan raya pertama Malaysia sebenarnya berlangsung pada tahun 1964. Maka kalau dikirakan begitu, pilihan raya tahun 2013 ini adah yang ke-12. Dalam keadaan ini, maka lebih baik disebut pilihan raya umum 2013 supaya tiada perdebatan. Dari tahun 1955 hinggalah sekarang, parti-parti yang masih masih ada ialah Umno, MCA, MIC dan PAS. Parti-parti Sarawak dan Sabah belum ada kerana kedua-duanya belum bergabung dengan Malaya. Dua parti komponen Barisan Nasional, Parti Progresif Rakyat yang sebelumnya bernama Parti Progresif Perak (PPP) dan Gerakan Rakyat Malaysia juga belum wujud. Sementara parti-parti Pakatan Rakyat lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga belum wujud. Namun begitu Parti Rakyat Malaya yang bergabung untuk menjadi Keadilan sudah ada. Read More / Baca Lagi >> | ||
CAPEX Duit Rakyat, Selangor Sekat Kerana Syabas Tak Guna Dengan Baik Posted: 22 Jan 2013 03:54 PM PST SHAH ALAM 23 JAN : RM 325 juta yang hilang tanpa sebab dan gaji pengerusi eksekutif yang kian melambung adalah antara sebab Kerajaan Negeri memberhentikan Perbelanjaan Modal Pembangunan (capex) yang digunakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Ini kerana capex adalah dana awam yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Syabas untuk kerja-kerja mengatasi masalah dalam sistem agihan air dan untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW). Mengikut perjanjian penswastaan air 2004, Capex diberikan kepada Syabas dengan rundingan Kerajaan Negeri, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar. Menurut risalah isu air Kerajaan Selangor, Syabas juga telah melanggar perjanjian 2004 dengan membeli paip gantian bernilai RM 375 juta daripada syarikat yang dipunyai oleh pengerusi eksekutifnya sendiri. Syabas juga membelanjakan RM 51.2 juta untuk mengubahsuai pejabatnya sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor hanya meluluskan RM 23.3 juta. Lebih dari itu, sekurang-kurangnya 72 peratus daripada kontrak yang bernilai RM 600 juta dianugerahkan melalui proses rundingan terus – kaedah yang telah dibuktikan boleh membawa kepada pembaziran dan penambahan harga. Tindakan-tindakan ini kata, Dr Xavier menunjukkan bahawa Syabas tidak menggunakan duit tersebut dengan betul seperti yang ditetapkan perjanjian dengan Kerajaan Negeri. Oleh itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri, selaku pemilik aset perkhidmatan air dan pihak yang bertanggungjawab memastikan ia berjalan dengan baik untuk rakyat, berhak menyekat capex Syabas. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 22 Jan 2013 03:50 PM PST Can the rakyat be wise enough to do what is right by waking up in time for the polls? Najib is a leader who likes to adopt a safe approach. Otherwise, why is he delaying the dissolution of Parliament? It is simply because he wants to make sure that he can win big before dissolving the Dewan Rakyat. It is simply not his style to antagonise people so close to the polls when he wants to be seen as a gracious leader. To that end, he had thanked the opposition for the smooth-running of the KL112 (People's Uprising Rally) on Jan 12. No, the suspension of the bank employee (actually a chief economist of the bank) is just not his style but the style of someone who gives no quarters to the enemy. And recently too, earlier this month, Dr Michael D Jeyakumar, the Pakatan MP for Sungai Siput, had lost his court case pertaining to obtaining his yearly allocation. This sum of money is disbursed by the BN federal government but so far only the BN MPs are getting it. This is a landmark case and if Jeyakumar had won, all the Pakatan MPs would also be getting their annual allocation which, at RM1.5 million, is substantial and is to be used by an MP for the needs of his constituents such as aiding the flood victims, tarring the roads, giving out school bags, building bridges and countless other needs. The truly powerful one Read More / Baca Lagi >> | ||
Listen : Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra - NGO Posted: 22 Jan 2013 03:43 PM PST KUALA LUMPUR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Kebebasan Mahasiswa (Kami) dan Independent Student Front (Instef) menyifatkan dakwaan menceroboh pejabat Suara Wanita 1Malaysia sebagai satu fitnah. Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Noor Faril Azli Wan Haron berkata, kedatangan mereka ke pejabat SW1M telah disambut baik oleh pekerja pertubuhan itu. Menurutnya, laporan yang mendakwa wujud penecerobohan hanyalah rekaan dan berbaur fitnah yang mempunyai agenda lain. "Kami datang ke pejabat dan disambut baik, diberikan air mineral dan coklat serta dijemput duduk di sofa. "Kehadiran kami bertujuan menyerahkan surat jemputan rasmi untuk presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen menjadi salah seorang panel," katanya kepada media tamat Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam tadi. Katanya, terdapat bukti kukuh di mana tidak berlaku sebarang perkara tidak baik sekalipun tidak dapat bertemu dengan Sharifah Zohra. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan