Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud mahu pihak berkuasa menghentikan operasi dua stesen radio swasta yang didakwanya mencemuh kerajaan dan mengelirukan rakyat terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.

Stesen radio berkenaan ialah Radio Free Sarawak (RFS) dan Radio Kenyalang (RK).

Menyifatkan RFS sebagai 'nakal', beliau berkata stesen berbahasa Iban itu tidak menghormati kebenaran sementara RK yang dikatakan mempunyai kaitan dengan parti pembangkang Parti Pekerja Sarawak (SWP) berkempen bagi pilihan raya umum akan datang.