WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
'PERINTAH BERKURUNG' BUAT TENTERA DI PD PADA 20 HB JANUARI (AHAD) INI? Posted: 17 Jan 2013 09:16 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS PADA 20 hb Januari ini (Ahad), sudah semestinya warga tentera khususnya dan bekas-bekas tentera mesti datang ke Program Ceramah Skandal Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang isunya semakin panas sekarang. Program tersebut akan diadakan di Kg SiRusa, Batu 4, Port Dickson (Rumah Pak Ngah, belakang Stesyen Petronas) mulai jam 09.00 malam. Terutamanya warga-warga tentera di sekitar Port Dickson, tidak kira pangkat apa sekalipun mereka harus turun untuk dapatkan maklumat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kebajikan dan kepentingan mereka. Penceramah yang akan hadir nanti adalah tokoh yang 'mengorek' isu ini iaitu Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli yang sebelum ini berjaya membongkar isu NFC (lembu kondo) melibatkan keluarga seorang Menteri. Turut berceramah adalah Brigedier Jeneral (B) Abd Hadi dan juga Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain (MP Teluk Kemang). Adakah akan ada 'perintah berkurung; buat warga tentera sekitar Port Dickson pada tarikh tersebut? Mudah-mudahan ianya tidak berlaku dan jika berlaku, sahih lah isu ini mahu disembunyikan dari pengetahuan warga tentera sendiri. Ayuh...hadir beramai-ramai. InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membawakan siaran secara langsung program tersebut bagi warga tentera seluruh Malaysia yang tidak dapat hadir ke program tersebut. Radio KOBAT FM boleh diikuti dengan hanya membuka blog ini atau blog http://kobatpkr.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan