RAKYAT MARHAEN |
- Cincin RM24juta : Saya Bersumpah Saya Tiada Cincin Itu....Cincin Tumbuk Orang Ade!!
- Cincin RM24j : Wallah, sumpah si Rosmah!!
- Gambar Yang Menyakitkan Hati Pemimpin Umno BN..
- Ada Berani : Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2
- PRU13 : Bagi pengundi baru Melayu, kedudukan mereka tidak terancam
- Tunku Ismail : Tentera Persekutuan Bukan JMF
- Isu Deepak: Najib defensif, cemarkan negara dan rakyat
- Taib Tergugat Dengan Dua Stesen 'Radio Haram'?
- Pengkhianat Negara : Tun M akui tahu kewujudan ‘Projek IC Sabah’
- Fitnah Rasuah Tanah : Mohon Sultan ambil tindakan ke atas pemimpin Umno
- Pengakuan Mahathir beri IC pada pendatang bukti Umno ‘jual’ negara
- Beri IC pada warga asing, Mahathir pengkhianat negara
- TMJ lahir rasa kecewa dengan KAFA
- Pengeluaran Kad Pengenalan Meragukan Mesti Dibicarakan Di Mahkamah
- Jakarta under water after torrential rains
- Pampasan: Kementerian perlu jelaskan pendedahan Nizar
- Deaths confirmed in Algeria hostage rescue bid
- Syrian rebels running short of ammunition
- Algeria hostage siege comes to deadly end
- Listen : Sharifah Zohra boleh cakap dengan anjing?
- PRU13 : Sukar PR tumbang BN di Sabah, Sarawak - Dr Jeniri Amir
- Masa Depan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu.
- TUN M KATA MELAYU BELUM SELAMAT DIBAWAH UMNO??????
- Elakkan budaya menghukum
- Gambar yang tak ingin Rosmah lihat...
Cincin RM24juta : Saya Bersumpah Saya Tiada Cincin Itu....Cincin Tumbuk Orang Ade!! Posted: 17 Jan 2013 08:21 PM PST |
Cincin RM24j : Wallah, sumpah si Rosmah!! Posted: 17 Jan 2013 08:00 PM PST Semalam Najib berkata, Deepak seorang yang tak boleh dipercayai. Kali ini giliran si Rosmah bersumpah, "waallah cincin itu tidak ada di tangan saya langsung," PerakToday melaporkan;
Baca juga tentang jam tangan Rosmah… |
Gambar Yang Menyakitkan Hati Pemimpin Umno BN.. Posted: 17 Jan 2013 07:58 PM PST |
Ada Berani : Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2 Posted: 17 Jan 2013 07:54 PM PST "Nampaknya jawapan anda yang tidak boleh dipercayai, manakala apa yang saya telah didedahkan dengan terperinci mengenai kes pembunuhan ini adalah benar," kata Deepak dalam satu kenyataan pagi ini. "Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang, menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!" Ahli perniagaan permaidani itu, yang telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sekali lagi menggesa pasangan itu supaya menjawabnya. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Bagi pengundi baru Melayu, kedudukan mereka tidak terancam Posted: 17 Jan 2013 07:52 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kajian terbaru menunjukkan golongan ekstrimis Melayu berkemungkinan tidak mendapat sokongan daripada pengundi muda kaum tersebut. Hampir separuh pengundi kali pertama pertama Melayu yang ditinjau di semenanjung Malaysia tidak lagi dipengaruhi dengan kenyataan bahawa kedudukan istimewa orang-orang Melayu terancam disebabkan oleh tuntutan daripada kaum lain, menurut kajian terbaru Merdeka Center yang bertajuk "Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang berjalan pada November hingga Disember 2012. Dari 561 orang Melayu yang ditinjau, 49 peratus percaya dakwaan tersebut hanya dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Walau bagaimanapun, tiga perempat dari responden Melayu masih lagi belum bersedia untuk menerima di perintah oleh kaum lain berbanding tujuh daripada 10 kaum Cina dan empat daripada 10 kaum India. Badan tinjauan bebas itu membuat tinjauan terhadap 826 pengundi kali pertama di Malaysia berumur 21 tahun keatas. Lebih 80 peratus daripada Melayu lebih tua — diatas 40 dan merupakan pengundi kali pertama — merasakan bukan Melayu bukanlah yang terbaik untuk mewakili kepentingan mereka. Sentimen ini lebih kuat pada pengundi lelaki berbanding perempuan secara umumnya termasuk golongan pencen, pelajar, pengganggur dan pembuat rumah. |
Tunku Ismail : Tentera Persekutuan Bukan JMF Posted: 17 Jan 2013 07:47 PM PST |
Isu Deepak: Najib defensif, cemarkan negara dan rakyat Posted: 17 Jan 2013 07:45 PM PST Sebagai seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh di cemar oleh seorang penjual karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu. Deepak wajar di ambil tindakan undang-undang oleh Najib kerana tuduhan itu amat kotor dan amat hina terhadap seorang Perdana Menteri negara kita ini. Satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan nama beliau ialah dengan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang dengan secepat mungkin. Jika Najib tidak mengambil tindakan itu maka ia sekali gus membenarkan isu yang di tuduh terhadap beliau oleh penjual karpet itu. Kita perlu ingat tuduhan Deepak terhadap Najib itu melibatkan isu kehilangan nyawa seorang wanita dan juga isu mengubah akuan bersumpah yang dilakukan oleh Balasubramaniam seperti yang di bocorkan oleh Deepak yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan abang-adik dengan isteri Perdana Menteri yang tersohor di dunia itu. Kematian seorang wanita Monggolia yang begitu trajik telah di lakukan oleh dua orang pegawai keselamatan Najib dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinngi negara kita. Kita perlu ingat penglibatan dua pegawai keselamatan negara yang hampir dengan Najib dan keluarga ini amat mudah dikaitkan oleh sesiapa dengan Najib dan isteri beliau dan tidak siapa tahu secara undang-undang nya tentang motif pembunuhan itu kerana isu itu tidak di sebut dalam perbicaraan kes ini.. Jika tuduhan itu tidak dinafikan dengan mengambil tindakan undang-undng terhadap Deepak maka ia menghampirkan Najib kepada kebenaran tuduhan Deepak terhadap Perdana Menteri itu. |
Taib Tergugat Dengan Dua Stesen 'Radio Haram'? Posted: 17 Jan 2013 07:41 PM PST Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud mahu pihak berkuasa menghentikan operasi dua stesen radio swasta yang didakwanya mencemuh kerajaan dan mengelirukan rakyat terutama di kawasan luar bandar di negeri ini. Read More / Baca Lagi >>Stesen radio berkenaan ialah Radio Free Sarawak (RFS) dan Radio Kenyalang (RK). Menyifatkan RFS sebagai 'nakal', beliau berkata stesen berbahasa Iban itu tidak menghormati kebenaran sementara RK yang dikatakan mempunyai kaitan dengan parti pembangkang Parti Pekerja Sarawak (SWP) berkempen bagi pilihan raya umum akan datang. |
Pengkhianat Negara : Tun M akui tahu kewujudan ‘Projek IC Sabah’ Posted: 17 Jan 2013 07:38 PM PST Ramai (rakyat asing) yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu, dua hari atau satu, dua tahun...mereka ada di sini 20, 30 tahun. Beliau bagaimanapun berkata, pemberian dilakukan mengikut undang-undang selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. "Masa saya menjadi Perdana Menteri memanglah saya berkuasa dalam menentukan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. "Sebenarnya Malaysia menerima orang asing untuk menjadi warganegara kalau mereka memenuhi syarat-syarat tertentu. "Ramai (rakyat asing) yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu, dua hari atau satu, dua tahun…mereka ada di sini 20, 30 tahun. "Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat (Malaysia). Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau orang jadi rakyat walaupun mereka tinggal di Malaysia. "Itu yang menimbulkan masalah. Jadi mereka yang berhak menjadi rakyat, yang memenuhi syarat kita bagi…saya akui saya bagi," katanya pada sidang media di Kompleks Karangkraf di sini. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin yang menjadi saksi Suruhanjaya Siasatan DiRaja berkenaan pendatang asing di Sabah. Ramli ketika dalam keterangannya mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994. Read More / Baca Lagi >> |
Fitnah Rasuah Tanah : Mohon Sultan ambil tindakan ke atas pemimpin Umno Posted: 17 Jan 2013 07:37 PM PST Beberapa pimpinan Umno Perak telah membangkitkan perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar kerana rasuah membabitkan PAS Kelantan dengan pimpinan DAP Perak. KUALA KANGSAR: PAS Perak memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengambil tindakan terhadap pimpinan Umno yang membuat dakwaan perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar adalah kerana rasuah membabitkan PAS Kelantan dengan pimpinan DAP Perak. Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, beberapa pimpinan Umno Perak telah membangkitkan isu ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 18 hingga 21 Disember lalu. Katanya, mereka cuba membuat dakwaan bahawa perlantikan Nizar sebagai menteri besar Perak ke 10 yang lalu adalah kerana rasuah daripada PAS Kelantan dengan pimpinan DAP dan bukannya datang daripada perkenan daripada Sultan. Menurutnya, tuduhan liar itu telah mencemar dan menghina institusi DiRaja yang berkuasa penuh dalam perlantikan menteri besar. "Ini adalah satu penghinaan dan memalukan rakyat negeri Perak dan mencemar institusi diraja yang bebas daripada pengaruh politik," katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pihak Istana. Memorandum tersebut diserahkan kepada Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Shamsul Bahari di pejabatnya di Kuala Kangsar. Read More / Baca Lagi >> |
Pengakuan Mahathir beri IC pada pendatang bukti Umno ‘jual’ negara Posted: 17 Jan 2013 07:32 PM PST Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya. Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir. Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya. Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung! Kedua, Tun Mahathir mendakwa bahawa tindakkannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah tidak seteruk Tunku Abdul Rahman Putra yang kononnya telah memberi kerakyatan kepada sejuta penerima yang tidak layak. Lupakah Tun Mahathir bahawa ketika sejuta kerakyatan yang diberi suatu ketika dahulu adalah demi membentuk sebuah negara merdeka? Read More / Baca Lagi >> |
Beri IC pada warga asing, Mahathir pengkhianat negara Posted: 17 Jan 2013 07:30 PM PST KUALA LUMPUR 18 Jan: Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkhianat negara ekoran tindakannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing untuk menjamin kuasa politik Umno, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. "Ini pengkhianatan kepada negara. Memberi kerakyatan kepada warga asing tanpa melalui prosedur ditetapkan. "Mengikut kata saksi, ia bagi tujuan pilihan raya, supaya mereka mengundi BN. Ini perkara serius," kata Azmin ketika ditemui selepas forum Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Semalam, mantan Perdana Menteri itu mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara. Beliau bagaimanapun dilihat cuba mengalih pengakuannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara 'lebih teruk' dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak. "Ini bukan soal banyak atau sikit. Isunya Mahathir mencabul kedaulatan negara, walaupun (dia) seorang, ia tetap dipanggil pengkhianatan kepada negara!" tegas Azmin. "Pegawai yang memberi keterangan juga mengaku bahawa kemasukan dan pemberian kerakyatan oleh Mahathir tidak mengikut proses serta undang-undang yang ditetapkan," tambahnya. Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi. Read More / Baca Lagi >> |
TMJ lahir rasa kecewa dengan KAFA Posted: 17 Jan 2013 06:52 PM PST |
Pengeluaran Kad Pengenalan Meragukan Mesti Dibicarakan Di Mahkamah Posted: 17 Jan 2013 06:51 PM PST |
Jakarta under water after torrential rains Posted: 17 Jan 2013 06:48 PM PST |
Pampasan: Kementerian perlu jelaskan pendedahan Nizar Posted: 17 Jan 2013 06:42 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mendesak Kementerian Kewangan menjelaskan berapakah jumlah sebenar pampasan yang dibayar kepada mangsa Landasan Keretapi Maut oleh Kerajaan Jepun, sekiranya mereka mendakwa memo kementerian yang diterima seperti yang didedahkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah dipalsukan. "Kalau jumlah RM207 bilion itu didakwa palsu dan tidak benar, berapa jumlah sebenar?" tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau berkata kerajaan BN tidak boleh berlepas tangan membiarkan mangsa yang kini hidup menderita akibat kekejaman tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua, Katanya, semua mangsa dan waris berhak mengetahui dan mereka mempunyai hak perundangan dan syarat di atas wang tersebut. "Kerajaan BN jangan hanya menunjukkan baik dengan pelbagai bantuan menjelang PRU, andainya wang pampasan mangsa tidak dikembalikan. Kerajaan BN sepatutnya merasa malu apabila kedutaan Jepun menulis surat bertanyakan hal tersebut kerana ia melibatkan maruah negara," kata beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Deaths confirmed in Algeria hostage rescue bid Posted: 17 Jan 2013 06:32 PM PST |
Syrian rebels running short of ammunition Posted: 17 Jan 2013 06:31 PM PST |
Algeria hostage siege comes to deadly end Posted: 17 Jan 2013 06:31 PM PST |
Listen : Sharifah Zohra boleh cakap dengan anjing? Posted: 17 Jan 2013 06:28 PM PST senik Assalamualaikum, Sharifah Zohra menunjukkan kehebatan (baca kebebalan) apabila memberitahu kita semua yang dia boleh bercakap dengan binatang, dengan anjing, kucing, lembu, kambing, jerung dan (babi hutan). Inilah antara binatang yang menurut Sharifah Zohra sebagai menghadapi masalah dan dengan masalah yang dihadapinya maka manusia juga terutama yang jadi rakyat Malaysia tak perlu mengeluh sebaliknya menerima apa saja yang diberi oleh pemerintah 1Malaysia. Percakapan orang hebat(baca bebal) yang tidak perlu berbahas dengan orang orang yang stupid (baca cerdik) Agak agak berapa lama Sharifah Zohra ni duduk dengan anjing, kucing, kambing, lembu, jerung dan (babi hutan) untuk mengetahui masalah mereka? Apakah masalah mereka itu sama dengan masalah rakyat Malaysia yang sejak lebih 50 tahun dulu ditipu hidup hidup oleh UMNO.Teringat dulu, ada seorang imam(bebal jugaklah) pernah berkata kucing dan anjingpun boleh hidup aman di Malaysia, bebas beranak pinak tanpa gangguan, jadi kenapa perlu kita rakyat Malaysia banyak komplain kepada kerajaan? |
PRU13 : Sukar PR tumbang BN di Sabah, Sarawak - Dr Jeniri Amir Posted: 17 Jan 2013 06:24 PM PST KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat bakal berhadapan laluan sukar untuk mencapai cita-cita politik mereka menerajui Putrajaya kerana perikatan itu masih perlu menang sekurang-kurangnya enam kerusi di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Setakat ini menurut pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir, perikatan itu dijangka hanya boleh menang sekitar 12 daripada 18 kerusi yang sepatutnya dimenangi dengan mengambil kira jumlah bilangan kerusi mesti menang di Semenanjung dapat dicapai. "Mengikut perkiraan sekarang, Pakatan akan menang tujuh di Sarawak dan lima di Sabah. "Dalam keadaan sekarang, saya boleh rumuskan sukar untuk Pakatan Rakyat menumbangkan BN di Sabah dan Sarawak," katanya dalam Wacana Pra-PRU13 di sini, semalam. Sebelum ini Pakatan Rakyat menjangkakan mereka akan menang 105 kerusi Parlimen secara keseluruhan. Read More / Baca Lagi >> |
Masa Depan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu. Posted: 17 Jan 2013 06:15 PM PST Artikel ini asal nya dalam bahasa Inggeris. Tapi saya terbitkan nya dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. Supaya menghindarkan rasa takut orang Melayu kita yang berjumlah 18 juta dari 28 juta rakyat Malaysia. Supaya 64% orang yang beragama Islam jangan takut kepada 9% orang yang menganut agama Nasrani. Maklum sajalah, UMNO menakutkan orang Melayu supaya berfikiran mereka lemah, mundur, koro dan memerlukan UMNO. Takut kita orang Melayu dibuatnya UMNO. Kalau UMNO kalah, orang Melayu yang 18 juta, mati bergelimpangan. 18 juta Melayu lari kucar dan kacir, mundar dan mandir takde panduan. kalau UMNO kalah, maka 64% penganut Islam akan dikristiankan oleh 9% orang Nasrani. takut kita dibuatnya, Raja Melayu memilih pemimpin UMNO untuk menjadi jurucakap kepentingan mereka. takut lagi kita, bila Raja2 Melayu memilih Ibrahim Ali menjuarai kepentingan Raja2 Melayu. Bila kerajaan Pakatan ambil alih pemerintahan, bahasa Melayu tetap kekal bahasa rasmi. Kita tak ganti dengan bahasa Cina atau Bahasa India. Orang Melayu tidak perlu takut. Dah lama mereka ditakutkan. 55 tahun orang Melayu ditakutkan oleh UMNO SUPAYA berfikiran bahawa tanpa UMNO, Melayu akan mati. Inilah sekatan keatas minda orang Melayu yang menyekat mereka dari merdeka fikiran dan minda. Read More / Baca Lagi >> |
TUN M KATA MELAYU BELUM SELAMAT DIBAWAH UMNO?????? Posted: 17 Jan 2013 06:12 PM PST Sebelum ini Tun kata Melayu sudah tidak percaya kepada UMNO, semalam beliau luahkan rasa hati dengan kata-kata Melayu belum selamat. Ertinya Melayu tidak akan berasa selamat selagi UMNO memerintah. Setelah diberi peluang, mandat dan amanah UMNO menjaga dan mengurus tadbir Tanah Air tercinta selama lebih 56 tahun, rupa-rupanya bangsa Melayu, bangsa yang UMNO sering jaja untuk perjuang dan pertahankan masih belum selamat. Mau tidak mau..pilihan sudah tidak ada... rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu terpaksa tolak UMNO pada PRU 13 yang hampir tiba kerana sudah khianat kepada amanah yang diberikan sekian lama. UMNO IS DEAD....PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN. |
Posted: 17 Jan 2013 06:10 PM PST Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Saya tertarik membaca buku baru yang ditulis oleh Imam Feisal Abdul Rauf yang bertajuk ' Moving the mountain' ( secara literal bermaksud ' menggerakkan gunung' ). Imam Feisal adalah Imam Masjid Al-Farah di Washington D.C, Amerika Syarikat. Buku tersebut , saya akui, bersifat 'thought provoking' ataupun menggoncang minda kerana penulis cuba membawa isu-isu kontemporari dari sudut yang agak lari dari aliran konvensional. Walaupun sasaran penulis dalam buku itu lebih kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di barat namun banyak petikan dalam buku itu yang menarik minat saya selaku ahli gerakan Islam -Pas. Di bawah bab "Islam dan agama-agama lain" saya tertarik apabila Imam Feisal menbawa cerita yang agak lucu yang diceritakan oleh Maulana Jalaluddin Al-Rumi berkaitan dengan kisah Nabi Musa a.s dan penggembala. Pada suatu hari apabila Nabi Musa a.s sedang berjalan Baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang begitu asyik meluahkan perasaannya kepada Tuhan. Nabi Musa terdengar penggembala tersebut meluahkan cintanya kepada Tuhan dengan kata--kata berikut " Aku ingin tolong Kamu ( Tuhan ), aku ingin betulkan kasut Kamu, menyikat rambut Kamu dan aku ingin mandikan Kamu dan membersihkan kaki Kamu" dan begitulah seterusnya luahan si penggembala tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Gambar yang tak ingin Rosmah lihat... Posted: 17 Jan 2013 06:10 PM PST Terbaek.... Takkan macai-macai Umno tak paham-paham lagi kot... Kahkahkah... Ini baru betul. Ikut kata-kata dari TG Nik Aziz. Orang bagi kita ambik tapi undi pangkah Pakatan.. dan sesuatu yang pasti itu bukan duit Umno/BN pun... Apa sangatlah RM100 kalau nak dibandingkan dengan hutang negara yang dah mencecah 500 billion... P/S: Kita lagi risaukan mengenai EKONOMI negara kita, bebanan kos hidup yang tinggi yang kita tanggung bukan harapkan gula-gula sementara ja... Kesudahannya, EKONOMI MELAYU hanya berlegar-legar sekitar orang BN jer... Eerrr tapi terima kasihlah atas pemberian RM100 tuh... hehe... |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan