RAKYAT MARHAEN |
- GAMBAR INI BERBICARA......
- Yang pasti, tindak-tanduk ‘dia’ lebih Islam daripada Umno
- Rayuan Putrajaya terhadap kes Kugan ditangguh..
- Syiah: Saya tak sebut nama Mat Sabu - Zahid
- Pengguna terkejut harga melambung di Sandakan
- Anwar: Rasuah punca pendapatan negara merosot, beban hidup meningkat
- Malaysia perlu hukuman rasuah lebih tegas - NOW
- Najib 'tak tahu malu', samakan UMNO dengan Mandela
- Singapura akan bertindak ke atas perusuh di Little India
- PAS sudah lama tegas ASWJ sebagai akidah ahli
- Tokoh Wanita Popular Disember 2013..!!
- PM Thailand bubarkan Parlimen, umum PRU
- Angola tutup masjid, bakar al-Quran....apa tindakan Malaysia..???
- Darul Runtuh: Wang RM30 juta lesap..???
- Tsunami Melayu tidak Mustahil!
- Banjir: Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara
- Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami?
- Semakin Najib Pertahan, Semakin Ramai Yang Loya & Menyampah Dengan Rosmah
- Sifar rasuah mustahil? Jawapannya…
- Coretan RM3, marhaen dan menteri
- Pemimpin Hamas pengantara Umno, PKR untuk rekonsiliasi nasional kali kedua
- Rusuhan di Singapura: Kereta polis, ambulans terbakar
- RIOT breaks out in Singapore's Little India (Video Inside)
- Umno’s greater agenda
- Protesters topple Lenin statue in Ukraine
Posted: 08 Dec 2013 08:52 PM PST |
Yang pasti, tindak-tanduk ‘dia’ lebih Islam daripada Umno Posted: 08 Dec 2013 08:37 PM PST Timmy Say Dia dibenci kerana ceramahnya lantang menyerang Umno. Dalam mata dan mindanya hanya memikirkan bagaimana membebaskan Melayu dan Islam daripada cengkaman Umno. Bagi dia, Malaysia sepatutnya bersih daripada rasuah. Bagi dia, Malaysia sepatutnya sudah maju ke depan. Bagi dia, Melayu dan Islam sepatutnya sudah menjadi bangsa terulung. Bagi dia, Malaysia sepatutnya sudah menjadi model bagi negara Islam di dunia. Bagi dia, inilah yang mencemarkan nama Islam. Pemerintahan dengan Islam sebagai agama rasmi, tapi negara gagal ungguli carta bebas rasuah malah dikenali kerana masalah rasuah – ini satu penghinaan pada Islam bagi dia. Pemerintahan oleh majoriti pemimpin yang beragama Islam, tapi keborosan pentadbiran yang diwar-warkan sebagai wasatiyah cukup memualkan – ini juga adalah satu penghinaan pada Islam bagi dia. Pemerintahan oleh mereka yang mengaku mereka pejuang Islam yang sepatutnya cintakan ilmu tapi prestasi pendidikan negara di peringkat antarabangsa langsung tidak menggambarkan keunggulan Islam dalam mencapai kegemilangan ilmu – itu satu tamparan pada Islam bagi dia. Pemerintahan oleh majoriti Muslim yang menjadi kaya tapi rata-rata rakyat yang miskin adalah golongan mereka yang beragama Islam, bagi dia – ini bukan sahaja satu penghinaan pada Islam malah satu penipuan pada bangsa Islam oleh pimpinan Islam yang memegang kuasa. Bagi dia, ini semua salah Umno - seperti kata bekas Menteri Besar Selangor Mat Taib, Umno yang tidak merujuk pada Al-Quran dan Hadis semasa membuat dasar dan keputusan. Bagi dia, untuk menyelamatkan Malaysia, terutama orang Melayu dan Islam, Umno mesti ditumbangkan. Read More / Baca Lagi >> |
Rayuan Putrajaya terhadap kes Kugan ditangguh.. Posted: 08 Dec 2013 08:32 PM PST Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rayuan Putrajaya terhadap tuntutan saman yang dimenangi keluarga A Kugan, yang mati dalam tahanan. Panel tiga hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Ong, berkata mereka akan memberikan kedua-dua pihak masa sehari untuk penghujahan kerana kes ini membabitkan kepentingan awam yang tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Panel itu kemudian menetapkan perbicaraan pada 28 Februari depan. |
Syiah: Saya tak sebut nama Mat Sabu - Zahid Posted: 08 Dec 2013 08:30 PM PST Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar "orang nombor dua" PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah. "Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad. Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu. Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa. Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa "orang nombor dua" itu berfahaman Syiah. Read More / Baca Lagi >> |
Pengguna terkejut harga melambung di Sandakan Posted: 08 Dec 2013 08:27 PM PST Apa yang tidak menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat membebankan pengguna. Memang tidak dinafikan juga langkah tersebut akan memberi impak terhadap pengguna yang akan menanggung kenaikan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang di negara ini. Namun, apa yang tidak menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat membebankan pengguna malah tedapat peniaga yang menjualnya tanpa mempamerkan papan tanda harga. Mengambil contoh melalui aduan yang di terima FMT dari seorang pengguna yang dikenali sebagai Razif Abdullah yang terpaksa membayar tiga gelas minuman sejuk dan sepinggan pisang goreng keju dengan harga RM18.00. Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu (6 Disember 2013) apabila Razif bersama isteri dan dua orang anaknya telah pergi ke sebuah restoran di Bandar Utama, Batu 6, Jalan Labuk Sandakan. Menurut Razif, ketika hendak membayar, beliau amat terkejut apabila diberitahu bahawa harga untuk ketiga-tiga minuman sejuk itu berharga RM12.00 dan pisang goreng keju berharga RM6.00 dengan jumlah semua harga bernilai RM18.00. "Ini bermakna harga segelas minuman sejuk berharga RM4.00 dan ianya terlalu mahal kepada pengguna untuk membayarnya, saya amat terkejut kerana restoran itu hanya restoran biasa sahaja" katanya. |
Anwar: Rasuah punca pendapatan negara merosot, beban hidup meningkat Posted: 08 Dec 2013 08:17 PM PST 9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil dari resolusi 58/4 bertajuk "United Nations Convention against Corruption". Hari ini diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan bahaya korupsi dan rasuah serta keperluan akan suatu usahasama antarabangsa bagi menangani bersama permasalahan ini. Korupsi dan langkah pembanterasan rasuah pada mana-mana peringkat dan kadar, perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kesedaran harus wujud agar mana-mana bakal penerima dan pemberi rasuah boleh terus dihapuskan. Korupsi dan rasuah yang berkekalan akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak. Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia perlu hukuman rasuah lebih tegas - NOW Posted: 08 Dec 2013 08:11 PM PST Hari ini, 9 Disember 2013 adalah Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Wujudnya Hari Anti Rasuah Antarabangsa membayangkan betapa dunia memahami kerosakan kepada masyarakat dan negara yang berleluasa di seluruh dunia akibat rasuah. Hari Anti Rasuah Antarabangsa bukanlah satu perkara yang besar di Malaysia. Setiap tahun, ia berlalu tanpa ada sedikit pun kesan kepada usaha membanteras rasuah yang membayangkan ketidaksungguhan Barisan Nasional mencegah rasuah. Budaya rasuah yang berleluasa dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia, baik yang berpangkat rendah atau tinggi, kerajaan atau swasta, telah membawa kesengsaraan kepada rakyat keseluruhannya. Kenaikan harga dan kesuntukan hidup yang dihadapi rakyat mutakhir ini berpunca dari rasuah apabila hasil negara diselewengkan hingga peruntukan rakyat dipotong. Perang terhadap rasuah tidak boleh diserahkan kepada kerajaan atau SPRM semata-mata. Memang menjadi keutamaan mereka untuk tidak lebih tegas dalam hal berhubung rasuah kerana rasuah telah disistemkan dalam segala urusan kerajaan dan swasta di negara ini yang menguntungkan golongan elit yang berkuasa. Kami berazam bahawa perang ke atas rasuah perlu dibawa dari bawah oleh rakyat. Wajarlah ia dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih tegas dan berani berhadapan dengan rasuah. Mulai tahun 2014, kami berazam bahawa Hari Anti Rasuah Antarabangsa akan mempunyai kesan yang besar di kalangan rakyat dan agenda membanteras rasuah mencapai sasaran baru menjelang 9 Disember 2014. Read More / Baca Lagi >> |
Najib 'tak tahu malu', samakan UMNO dengan Mandela Posted: 08 Dec 2013 07:43 PM PST Naib presiden PKR N Surendran berkata tindakan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mengumpamakan usaha parti tersebut seperti perjuangan tokoh anti perkauman, mendiang Nelson Mandela, adalah perbuatan yang "tidak tahu malu". Katanya, beliau pada mulanya terkejut apabila membaca kenyataan Najib yang menyamakan perjuangan Mandela memerangi apartheid di Afrika Selatan dengan tindakan Umno. Tambahnya, kenyataan itu tidak membantu Umno tetapi mendedahkan kelemahan parti tersebut. Jelasnya, usaha parti Umno mencerminkan dengan tepat tindakan Parti Nasional kaum kulit putih di Afrika Selatan, yang memaksa pemisahan kaum di negara itu. "Kita semua tahu tentang perjuangan Mandela. Malah, Mandela sendiri berkata usahanya yang paling besar adalah menentang perkauman," kata Surendran kepada Malaysiakini. Read More / Baca Lagi >> |
Singapura akan bertindak ke atas perusuh di Little India Posted: 08 Dec 2013 07:34 PM PST Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (gambar), berkata rusuhan di Little India malam tadi sebagai 'kejadian yang amat serius' dan kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka. "Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa," katanya mengenai rusuhan itu dalam laman Facebooknya awal hari ini. Beliau berkata, beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah. Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis. Beliau turut mendoakan pegawai polis yang cedera itu segera pulih. Seramai 10 pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan. Sebanyak 27 orang, semuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu. Tiada rakyat Singapura terlibat. Menurut polis, pada jam 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire. Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera. Read More / Baca Lagi >> |
PAS sudah lama tegas ASWJ sebagai akidah ahli Posted: 08 Dec 2013 07:27 PM PST Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam. "kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini. Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi. |
Tokoh Wanita Popular Disember 2013..!! Posted: 08 Dec 2013 07:14 PM PST |
PM Thailand bubarkan Parlimen, umum PRU Posted: 08 Dec 2013 07:02 PM PST Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, berkata beliau akan membubarkan Parlimen hari ini dan akan mengadakan pilihan raya "secepat mungkin" susulan daripada demonstrasi anti kerajaan di Bangkok. "Pada ketika ini, apabila terdapat ramai orang berdemonstrasi menentang kerajaan dan cara paling baik adalah menyerahkan semula kuasa kepada rakyat Thailand dan mengadakan pilihan raya. Jadi rakyat Thailand akan menentukan," kata Yingluck dalam siaran langsung televisyen di Thailand |
Angola tutup masjid, bakar al-Quran....apa tindakan Malaysia..??? Posted: 08 Dec 2013 06:55 PM PST LUANDA - ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam. Read More / Baca Lagi >>Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab. "Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut," jelasnya lagi. Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan. |
Darul Runtuh: Wang RM30 juta lesap..??? Posted: 08 Dec 2013 06:50 PM PST Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mendesak Kerajaan BN Terengganu memberikan penjelasan ten tang wang rakyat RM30 juta yang dianggap lesap. Desakan itu, kata Tengku Ibrahim ditujukan kepada Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said melalui suratnya bertarikh 6 November 2013, lalu hingga kini tanpa jawapannya. Menurutnya, isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang papan di Terengganu menjadi "hangat" apabila melibatkan wang rakyat RM30 juta. Katanya, meski pun perkara tersebut telah dibangkitkan oleh rakyat Terengganu sebelum PRU13, tetapi tidak ada penjelasan dari kerajaan negeri. "Saya ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato' Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak 12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta. "Pemberian 12,000 ekar tanah balak oleh Kerajaan Terengganu kepada 12 buah kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012. "Apa yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha)," jelasnya kepada Harakah di pejabatnya, 4 Disember lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Tsunami Melayu tidak Mustahil! Posted: 08 Dec 2013 06:47 PM PST Sebelum saya hurai megenai isu pokok, saya nak komen mengenai kenyataan KM Melaka. Dia kata, orag Cina tidak perlu berdusta mengenai menyokong oang Melayu dalam PRU13 di Melaka. Saya jawab, orang UMNO yang Melayu pun tipu orang Melayu. Mustahil hanya UMNO sahaja yang boleh tipu dan munafik- Melayu pun jika mereka suka, dibenarkan menipu UMNO. Tak berdosa kalau tipu UMNO. UMNO bukan Allah dan Rasul. Berapa bahagian UMNO di Melaka yang undi Ali Rustam bila dia bertanding naib presiden UMNO? Melayu UMNO pun tipu sebahagian dari mereka. Jadi apa nak hairan, jika bangsa lain tidak menyokong UMNO bila sesama UMNO pun, tipu menipu ini perkara biasa. Jadi sebelum KM Melaka melalak sana sini, tengok di halaman sendiri dahulu. Kesian Ali Rustam. Ali Rustam saya dengar bergantang gantang menglahabaukan UMNO Melaka. Tsunami Melayu. Pemimpin UMNO buta atau apa? Yang memenangkan UMNO ialah Sabah dan Sarawak. UMNO dapat 88 parlimen sebab 14 UMNO itu datang dari Sabah. diSemananjung UMNO hanya menang 74 kerusi. Apa yang nak ek sangat. Kalau takde Sabah UMNO, BN hanya ada 119 kerusi sahaja. Jadi dengan 74 UMNO semananjung dan 14 UMNO Sabah, janganlah nak mengada ngada sangat.apa jadi kalau parti2 Kadazan, Dusun dan Murut yang BN meninggalkan BN? bari UMNO sedar langit tinggi atau rendah. Adnan Mansor bukanlah dipilih Najib sebab kecerdikan nya. jadi tidak hairan lah jika Adnan Mansor dengan sombong kata Melayu tidak akan melakukan tsunami. Bingung betul pemimpin UMNO ini; Melayu sokong UMNO bukan sebab mereka cinta dan yakin apa yang UMNO perjuangkan. UMNO menang atas bimbang dan ragu dan rasa cemas orang Melayu. Bila hilang semua ini, orang akan melihat UMNO seperti diri nya yang sebetul- penipu dan pembohong dan penindas bangsa sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir: Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara Posted: 08 Dec 2013 06:41 PM PST Nur Adilla Abd RahimSetelah dibawa ke Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang memohon agar Kuantan diisytihar darurat, isu banjir ini mula mendapat perhatian oleh pemimpin tertinggi negara. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akhirnya turun padang sampai mengakui dan memohon maaf atas kelewatan bantuan bekalan dan kelemahan pengurusan banjir ini. Hal ini berlaku setiap tahun – SETIAP TAHUN – lantas ketidaksiagaan badan kerajaan tertentu sebelum, semasa dan selepas bencana alam ini berlaku amat menghairankan. Arahan MKN No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan satu-satunya agensi yang secara rasminya merupakan badan kerajaan yang tertubuh untuk pengurusan bencana di Malaysia. Meskipun sejarah menintakan bahawa MKN didirikan pasca-13 Mei dan pembubaran Mageran, peranan MKN semakin mencapah luas sejak itu. Antara lain:
"...sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat." "melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..." Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara berdiri atas tiga tujuan utama iaitu; Read More / Baca Lagi >> |
Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami? Posted: 08 Dec 2013 05:32 PM PST Tidak berapa lama dahulu ada rakan-rakan saya berjenaka semasa bersembang didalam satu majlis keramaian yang saya hadiri. Semasa itu isu bertemuan sulit diantara Najib dengan Anwar sedang heboh diperkatakan ramai. Ada seorang sahabat berkata Muhyiddin terasa dirinya tidak selamat lagi jika ada perundingan dan dilaksanakan keputusan perundingan itu. Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia. Sahabat saya yang bersama saya berkata, "Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Tun Razak. Perdana Menteri sebenarnya ialah Rosmah Mansor". Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai jenaka dan tidak mengambilnya sebagai satu isu serius. Maklum sajalah politik di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu. Tetapi Sabtu lepas jenaka diantara kami dimajlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka dengan kami dahulu itu menalifon dan berkata, "Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri 'confirm' kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib. Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya". Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyidin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua. Jika kita percaya dengan kata-kata Najib semasa ucapan penggulungan beliau sabtu lalu, sememangnya benar Rosmah itu adalah seperti 'Perdana Menteri de facto' kita. Itu lah sebabnya buat kali pertama kita mendengar Najib mengampu isterinya sendiri dihadapan khalayak ramai. Read More / Baca Lagi >> |
Semakin Najib Pertahan, Semakin Ramai Yang Loya & Menyampah Dengan Rosmah Posted: 08 Dec 2013 05:21 PM PST Pertama, "kisah sulit" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah. Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir. Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan intim mereka? |
Sifar rasuah mustahil? Jawapannya… Posted: 08 Dec 2013 05:15 PM PST G ManimaranItu keadaan empat dekad yang lalu. Ia tinggal sejarah. Ini sebahagian daripada mesej yang disampaikan menerusi muzium interaktif Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong yang akan menyambut ulang tahun penubuhan ke-40 Februari depan. Sempena lawatan sambil belajar ke Hong Kong, rombongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendapati pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengambil inisiatif dengan kerjasama ICAC, mendidik warga yang berhijrah dari tanah besar China ke Hong Kong, tentang kepentingan menjauhi rasuah. Ada elemen kesinambungan dalam usaha menyampaikan mesej itu. Dan, kunjungan ke satu lagi NGO memberi gambaran tentang pentingnya menyampaikan mesej menghapuskan rasuah daripada peringkat sekolah. Golongan pelajar diberi bantuan kewangan untuk menghasilkan filem-filem pendek yang menggambarkan isu rasuah. Empat filem yang berjaya dijadual untuk ditontonkan minggu ini. Di India, sebuah NGO dengan kerjasama stesen televisyen swasta menghasilkan program mingguan dengan disokong hasil pengiklanan bagi menggambarkan betapa pentingnya usaha menjauhi rasuah wajar bermula daripada kalangan rakyat sendiri. Mesej program ini ialah rakyat tidak harus setiap kali menyalahkan atau menuding pihak berkuasa ataupun penguatkuasa pencegahan semata-mata. Sebaliknya, rakyat boleh melakukan sesuatu, walaupun dalam skala kecil, tanpa bergantung pada kerajaan semata-mata. Malah di India, kempen anti rasuah yang dimulakan pihak berkuasa mendapat kerjasama dan disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk NGO, media dan ahli-ahli politik pembangkang. Perkembangan mutakhir di Malaysia menunjukkan pemimpin masyarakat, politik dan kerajaan sudah mula memperlihatkan komitmen kukuh masing-masing untuk merealisasikan harapan sifar rasuah. Walaupun ada yang sindir dan sangsi, tetapi harapan ke arah itu segar dan sudah ada. Ini yang penting! Memulakan langkah ke arah masa depan lebih baik. Read More / Baca Lagi >> |
Coretan RM3, marhaen dan menteri Posted: 08 Dec 2013 05:07 PM PST Danial RazaliOleh kerana pelan asalnya bukan untuk memborong buku, jadi saya tidak mampu menyediakan bajet yang besar untuk pesta Big Bad Wolf Books 2013 (BBW13). Bajet saya seorang marhaen tidaklah besar setiap bulan. Namun sebagai seorang pelajar doktor falsafah, pasti ada bahagian tertentu yang saya akan peruntukkan untuk membeli buku. Oleh kerana ingin memperuntukkan sedikit bahagian untuk adik di kampung yang baru sahaja habis SPM, maka saya hanya keluarkan RM200 sebagai peruntukan di BBW13. Mata terus dipukau tatkala masuk ke dewan utama MIECC. Memang benar, 3 juta buku pelbagai tajuk pelbagai genre dipamerkan untuk dijual dengan harga yang terlalu murah. Ini menyebabkan saya tidak mampu meronda ke seluruh pelusuk dewan. Saya sekadar pergi ke bahagian 'perniagaan'- untuk mencari buku yang berkaitan kajian saya dan ke bahagian 'history' - untuk mencari buku tertentu yang boleh dimanfaatkan ketika masa lapang. Seperti biasa, ruangan parkir di The Mines sentiasa penuh. Saya dan sahabat berjalan pulang menuju ke kereta dengan perlahan dan berhati-hati kerana terlalu banyak kereta yang sedang beratur dan kepanasan mencari parkir kosong. Ketika itulah, saya mendengar perbualan seorang petugas parkir kepada sahabatnya, "Kau pergilah ke gerai depan tu, murah. RM3 siap ada air teh ais dan sayur lagi". Ketika itu langkah saya terhenti. Saya menoleh ke belakang. Rupanya seorang anggota Rela sedang bercakap dengan seorang rakannya yang mungkin sedang berkira-kira ingin membeli santapan petang. Tidak semena-mena hati saya sebak. Terdetik ingin memberikan sekeping not RM10 tetapi niat itu saya matikan kerana khuatir akan berlaku salah faham. Saya hanya berlalu tanpa menegur mahupun menghulur. Tarif elektrik Read More / Baca Lagi >> |
Pemimpin Hamas pengantara Umno, PKR untuk rekonsiliasi nasional kali kedua Posted: 08 Dec 2013 05:03 PM PST Ketika Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung minggu lalu, pemimpin Hamas menghidupkan kembali perbincangan rekonsiliasi nasional di antara Umno dan PKR yang tergendala tidak berapa lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata pemimpin PKR. Perbincangan rekonsiliasi pertama selepas pilihan raya 5 Mei yang menyaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang rapat dengan kedua-dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengantara. "Kali ini pengantara bagi perbincangan ini adalah pemimpin Hamas Khaled Meshaal yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Forum Antarabangsa Umno 2013. Pemimpin PKR yang turut bertemu Khaled berkata, pemimpin Hamas itu menasihati kedua-dua Najib dan Anwar melupakan "luka-luka lama" terlebih dahulu jika mereka benar-benar serius untuk berdamai. Read More / Baca Lagi >> |
Rusuhan di Singapura: Kereta polis, ambulans terbakar Posted: 08 Dec 2013 05:02 PM PST Satu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura, malam tadi. Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada jam 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu. Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans. Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan. Read More / Baca Lagi >> |
RIOT breaks out in Singapore's Little India (Video Inside) Posted: 08 Dec 2013 04:59 PM PST SINGAPORE - At least three busloads of police officers in riot gear responded to a riot that broke out along Race Course Road around 10pm on Sunday night. The mob believed to be made up mainly of foreign workers apparently attacked an ambulance and a traffic police highway patrol car responding to an accident earlier in the vicinity. The Singapore's Straits Times understands that a Bangladeshi worker was hit by a bus earlier and first responders were believed to be attending to the victim when the riot started. At least two vehicles were set on fire. According to preliminary reports from the ground, one of the vehicles on fire is an ambulance on fire. Also a few police cars were overturned and one was set on fire. There were at least two explosions at the scene involving these vehicles. Police have cordoned the entire Race Course Road as they try to contain the situation. A section of the shops along Buffalo Road have been ordered to shutter. Firefighters are at the scene putting out the flames that had engulfed two vehicles believed to be an SCDF ambulance and a police patrol car. There are at least four police patrol cars which were overturned along the road. One minibus which appeared to have collided with a civilian vehicle is further down Buffalo Road. |
Posted: 08 Dec 2013 04:58 PM PST The question Umno needs to address is this: how many Malays are with Umno and how many against? And Umno is now looking at the Malays in PAS and PKR. This was what Najib Tun Razak said in his keynote address to Umno members in conjunction with Umno's 67th general assembly last week. If you want the above to be translated into easy speak here it is: By 2020, Najib declares that Umno will have effectively neutralised any possibility that the Chinese, the Indians and "others" would, in any way, have any meaningful input into the manner by which the politics of this nation is to be decided. Only the Malays matters! Umno has the support of these Malays! He does not talk about the vision he or Umno has about how our nation will be in 2020. He does not talk about a nation united in diversity. He does not promise that our children will have a life much better than what we now have. He does not say that Malaysia will be a better place to live in by 2020. He does not mention anything about his government's ability to lower the national public debt below the RM500 billion that it is now at. Read More / Baca Lagi >> |
Protesters topple Lenin statue in Ukraine Posted: 08 Dec 2013 04:51 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan