Ahad, 8 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Rusuhan Singapura] Angkara Mabok Todi, 27 ditangkap

Posted: 08 Dec 2013 08:51 PM PST


Selepas rusuhan besar, pemimpin politik di Singapura sibuk mencari apa punca sebenarnya pekerja-pekerja yang mereka gelar orang dari 'Asia Selatan' mengamuk Ahad malam.

Macam-macam alasan diberikan, namun yang menarik adalah kenyataan Ahli Parlimen PAP di kawasan tersebut Lui Tuck Yew yang melawat tempat kejadian pagi Isnin.


Katanya, terlalu banyak kedai menjual arak di kawasan itu yang berterabur di sana-sini.

"Wujud keperluan untuk menentukan kawasan boleh menjual minuman keras dan waktu yang dibenarkan untuk minum..." ujarnya.


Bagi yang biasa ke Singapura, kawasan berdekatan dengan Mustapa Store itu memang port pekerja asing bercanda apabila hujung minggu.

Bukan ratusan bahkan ribuan orang boleh kita lihat melepak di berbagai sudut sekitar kawasan itu.


Kejadian semalam, di cetuskan oleh kemalangan maut yang melibatkan seorang warga India dilanggar oleh sebuah bas swasta.

Ikut cerita, warga India itu melintas jalan di tempat yang tidak dibenarkan.


Mangsa berusia 33 tahun itu terperangkap di bawah bas.

Mangsa dikenali sebagai Sakthivel Kumaravelu, pekerja syarikat pembinaan Heng Hup Soon.

Polis dan penyelamat yang bergegas ke kawasan kemalangan bagaimanapun diserang perusuh yang naik minyak dipercayai angkara 'mabuk todi'.

Ketua Polis Singapura Ng Joo Hee berkata tidak ada rakyat republik itu terlibat dengan kejadian tersebut, sambil menambah bahawa memusnahkan harta awam dan bertempur dsengan polis bukan cara Singapura. Tangkapan lanjut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.-9/12/2013
Singapura terpaksa menggerakan anggota Pasukan Khas Operasi dan Kontinjen Gurkha ke kawasan Little India lokasi di mana berlaku pertempuran antara perusuh dan polis pada Ahad malam.

Sebanyak 27 orang, semuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu yang bermula sekitar jam 9.45 malam itu.

Laporan awal agensi berita republik tersebut turut memberitahu seorang warga asing terbunuh akibat rusuhan itu.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata rusuhan di Little India itu sebagai 'kejadian yang amat serius' dan kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.

"Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa," katanya mengenai rusuhan itu dalam laman Facebooknya awal hari ini.

Beliau berkata, beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.

"Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan," katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.

Seramai 10 pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.

Menurut polis, pada jam 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.

Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean dalam satu kenyataan berkata: "Ini satu kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

"Keadaan kini terkawal. Polis akan bertindak tegas untuk memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata: "SCDF dimaklumkan pada jam 9.25 malam mengenai satu kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Race Course dan Tekka Lane.

Sebaik tiba, seorang lelaki didapati terperangkap di bawah sebuah bas. Seorang paramedik SCDF mengesahkan lelaki itu meninggal dunia. Para penyelamat SCDF mengeluarkan mayat dengan menggunakan peralatan hidraulik.

Projektil diberikan kepada pasukan penyelamat SCDF ketika mereka mengeluarkan mayat itu. Sebanyak sembilan kenderaan SCDF turut rosak dalam kejadian berkenaan.

Awal hari ini SCDF menghantar 18 orang termasuk empat anggota SCDF ke Hospital Tan Tock Seng.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum pada 1969 selama tujuh hari dan menyebabkan empat mati serta 80 cedera.

Little India merupakan tempat tumpuan popular rakyat asing dari benua kecil India, bersantai pada hujung minggu.-9/12/2013 - Agenda Daily

Berita Awal Rusuhan Di Singapura

Rusuhan di Singapura [gambar2]

Posted: 08 Dec 2013 05:44 PM PST

Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu.Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.


Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal  iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.

Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.

Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini.

Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.

Kereta polis pulak diterbalikkan.

Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.

Seorang lagi yang melihatnya  Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.


"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."

Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.

Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.

Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-Agenda Daily 9/12/2013


Beberapa menteri harus dibuang, diganti dengan Rosmah, - A Kadir Jasin

Posted: 08 Dec 2013 08:50 AM PST

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.
Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.
"Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.
"Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas," katanya dalam tulisan di blognya bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa".
Najib semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.
Katanya bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara tanpa visa.
Kadir berkata, berdasarkan sumbangan Rosmah tersebut adalah lebih baik Najib menimbang semula kedudukan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Begitu juga kedudukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri berkenaan.
"Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri yang berprestasi rendah sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian," katanya.
Kadir turut menolak hujah perwakilan Wilayah Persekutuan semasa perhimpunan Umno tempoh hari yang mendakwa semua lelaki tidak sayangkan isteri kecuali Najib.
Katanya, media melaporkan Affandi berkata isteri Perdana Menteri seharusnya dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.
"Saya sangat berkecil hati dengan tuduhan ini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan itu. Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU 2013.
"Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki lain tidak sayang isteri, saya rasa itu satu penghinaan yang sangat dahsyat. Bayangkan tekanan emosi Najib jika sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya. Beliau sayangkan isterinya," katanya.
Affandi dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno berkata, jika Rosmah berada dalam jet eksekutif, Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah orang bodoh pun tahu penerbangan dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial tetapi ia perlu dilihat daripada aspek keselamatan.
"Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang akan Perdana Menteri tanggung sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?" kata Affandi.
Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. – 8 Disember, 2013.

Tiada ulasan: