RAKYAT MARHAEN |
- Dewan Rakyat 3 Dis 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Isu Cukai DBKL..
- Murum: Sekatan 77 hari kaum Penan dihentikan, tambahan RM8,000 kepada penunjuk perasaan
- Terima kasihlah BN kerana naikkan tarif elektrik
- Naik Tarif: Sambil tadah air hujan...apakata kita guna "Pelita Ayam" NajibRazak
- Pengunduran Dr Mahathir daripada Petronas menimbulkan banyak tanda tanya..??
- Hadiah PRU13: Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka
- Rakyat wajib tolak UMNO@BN yang rakus kuasa, rasuah
- Batu Puteh: Gobind cabar Gani Patail buat laporan polis
- Mudah atau zalim Najib dan menteri kabinetnya mentadbir negara?
- Audit 3: Finas belanja RM9.45 juta wang rakyat untuk lawatan, seminar
- PANAS: KENAIKAN TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKATKAN INFLASI - MENTERI JPM
- Pengkhianat Negara: TPP, Malaysia usah ikut telunjuk negara besar
- Pengkhianat Negara: Malaysia Bakal Tergadai 7 Disember 2013..???
- Tarif Naik: Kilang guna elektrik, harga barang naik lagi
- Ketua Hakim ingatkan hakim jauhi rasuah
- Wither Umno and the Malays?
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO keluar PAS?
- Peniaga Bumiputera Dizalimi Umno@BN: Kenapa Sabasun dilayan sedemikian - Raja Baharin
- K-pop inspirasi belajar budaya dan bahasa asing?
- Rasuah Dan Salah Guna Kuasa: Diam bukan pilihan bagi Peguam Negara..!!!
- Akta Gangguan Seksual akan diwujud, tambah baik akta sedia ada
- Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Friday as weekends: Most Johoreans will adjust to it, says Shahrir
- Ukraine protestors: "we will stay until the end"
Dewan Rakyat 3 Dis 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 02 Dec 2013 08:01 PM PST |
Posted: 02 Dec 2013 08:01 PM PST |
Murum: Sekatan 77 hari kaum Penan dihentikan, tambahan RM8,000 kepada penunjuk perasaan Posted: 02 Dec 2013 07:37 PM PST Penamatan sekatan itu itu diumumkan oleh paguam Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR), Abun Sui Anyit. Anyit yang juga menawarkan khidmat bantuan guaman kepada penunjuk perasaan Penan berkata, mereka dipaksa oleh kerajaan negeri untuk menerima wang pampasan tersebut. Penduduk asal dari kampung Long Tangau dan Long Menapa diberikan tambahan RM8,000 selain peruntukan diberikan kerajaan negeri sebanyak RM15,000. |
Terima kasihlah BN kerana naikkan tarif elektrik Posted: 02 Dec 2013 07:33 PM PST Tahniah kepada Umno-BN kerana menepati slogannya "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Terkini ialah kejayaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik pula. sebelum ini, Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan diesel sebagai hadiah segera kepada rakyat yang memberinya mandat memerintah Malaysia sekali lagi.Nasihat ini sama seperti yang ditujukan kepada penentang kenaikan harga ayam sebelum ini. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Jika marah harga minyak naik, jangan guna minyak – gunalah basikal atau kereta lembu. Saya juga berpandangan bahawa pak menteri tidak perlu susah-susah memikirkan alasan kenaikan tersebut. Hal ini kerana kami sedia maklum bahawa jawapannya – harga tersebut lebih rendah berbanding negara jiran atau anda boleh pindah ke negara lain. Read More / Baca Lagi >> |
Naik Tarif: Sambil tadah air hujan...apakata kita guna "Pelita Ayam" NajibRazak Posted: 02 Dec 2013 07:10 PM PST Hari ini alam maya hebuh memperkatakan tentang KENAIKAN 15% TARIFF ELETRIK.Bukan sahaja penggiat media sosial pro-pembangkang yang membalun tapi rata rata penggiat media sosial pro-kerajaan pun turut mengecam tindakan kerajaan menaikan tariff eletrik ini.Nama Idris Jala dan Omar Ong turut dikaitkan dalam langkah terbaru ini dan aku masih menunggu input tentang perkara ini sebelum nak MEMBALUN dua buah mangkuk hayun ini.Apa pun rasional keperluan menaikan TARIFF ini,TNB kita ketahui UNTUNG RM4.6 BILLION SETAHUN atau Empat Ribu Enam Ratus Juta RM. Hari itu sebuah menteri bernama Mahathir Khalid menyarankan rakyat TADAH AIR HUJAN untuk tujuan penjimatan air.Jadi sebelum ada menteri bingal yang menyarankan yang bukan bukan berhubung kenaikan TARIFF LETRIK ini apakata kita jadi rakyat yang bertanggung jawap dan bertukar menggunakan PELITA AYAM. Mungkin Perdana Menteri yang kita semua kasehi yang senantiasa MENDAHULUKAN RAKYAT demi PENCAPAIAN yang diutamakan boleh mengwujudkan satu lagi program dibawah Payung 1Malaysia yang boleh kita panggil.... PEL1M atau... PELITA AYAM 1MALAYSIA. |
Pengunduran Dr Mahathir daripada Petronas menimbulkan banyak tanda tanya..?? Posted: 02 Dec 2013 07:05 PM PST Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung Umno, menimbulkan sedikit tanda tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara. Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitu reaksi banyak pihak mengenainya. Dalam masa yang sama pengunduran Dr Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara. Dr Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat. Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan. "Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Dr Mahathir lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Hadiah PRU13: Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka Posted: 02 Dec 2013 06:56 PM PST SHAH ALAM 3 DIS : Kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang diumumkan kerajaan pusat bukansesuatu yang "luar biasa" sebaliknya sudah dijangka sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada Mei lalu. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan secara drastik itu dilihat sebagai tidak wajar, apatah lagi rakyat kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan petrol. "Memang kita akui perlu kenaikan (tarif elektrik) tetapi harus melihat kemampuan rakyat terutama dalam keadaan sekarang. "Namun, sudah faham BN memang sinonim dengan "barang naik" dan kita jangka lebih banyak barangan serta perkhidmatan lain yang akan naik," katanya di sini, semalam. Iskandar berkata, kerajaan pusat seharusnya mengambil langkah mengawal perkhidmatan elektrik seperti yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap pengurusan air di Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat wajib tolak UMNO@BN yang rakus kuasa, rasuah Posted: 02 Dec 2013 06:53 PM PST Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menganggap kerjasama erat DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah senjata utama yang membolehkan hegemoni Barisan Nasional (BN) berjaya dipecahkan di negeri ini. Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat DAP Negeri Sembilan lebih gigih berkhidmat bagi memantapkan jentera serta organisasi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Katanya, ia perlu dilakukan supaya dapat memperkuatkan momentum di kalangan masyarakat termasuk di luar bandar. "Semua wakil rakyat DAP memikul tanggungjawab yang berat sebagai pembawa obor perubahan. "Proses perubahan politik ke arah sistem dua parti yang sedang dibentuk adalah hasil kerjasama antara DAP, PAS dan PKR dalam kerangka PR. Tanpa kerjasama ini, tidak mungkin hegemoni BN dapat dipecahkan. "Walaupun jumlah kerusi PR di DUN Negeri Sembilan berkurangan daripada 15 kepada 14 kerusi, kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga untuk dua penggal berturut-turut," katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Negeri Sembilan, baru-baru ini. Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, berkata melalui keutuhan PR pada PRU-13 lalu, majoriti pengundi di kawasan bandar berjaya diyakini. Read More / Baca Lagi >> |
Batu Puteh: Gobind cabar Gani Patail buat laporan polis Posted: 02 Dec 2013 06:50 PM PST Beliau merujuk kenyataan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang antaranya menyatakan pasukan Malaysia diketuai Abdul Gani memberi bukti palsu kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi kes itu. Gobind berkata, umum mengetahui bahawa membuat kenyataan palsu dalam akuan bersumpah adalah kesalahan jenayah yang membawa hukuman berat. "Abdul Gani tidak boleh hanya berdiam diri. Beliau perlu membuat laporan polis agar kandungan akuan bersumpah dan dakwaan yang dibuat terhadapnya disiasat sepenuhnya. |
Mudah atau zalim Najib dan menteri kabinetnya mentadbir negara? Posted: 02 Dec 2013 06:45 PM PST Hangpa nak kata apa lagi kat Najib dan menteri kabinetnya,, bijak dan cerodikkah mereka mentadbir negara....Apakah yang terfikir dalam kepala otak Najib selaku Menteri Kewangan untuk menjana kewangan negara berbanding dengan Menteri Selangor TS Khalid mentadbir negeri dapat menyimpan aset negeri berbilion.. Read More / Baca Lagi >>Bijak dan baik hatinya Najib dan menterinya, bila bersetuju menaikkan taarif bil letrik,, walaupun TNB untung berbillion.. Tunggu,, selepas ini tol lebuhraya pula akan menyusul,,, Apalah malang dan sialnya nasib rakyat Malaysia,, mendapat PM macam ini.... |
Audit 3: Finas belanja RM9.45 juta wang rakyat untuk lawatan, seminar Posted: 02 Dec 2013 06:42 PM PST Negara 2012 Siri 3 mendedahkan sejumlah RM9.45 juta dibelanjakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tujuan lawatan, seminar dan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Menurut laporan itu, Finas menggunakan wang itu sebagai wang pendahaluan yang akan dibayar kepada organisasi bertanggungjawab melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 31 Disember 2012. Laporan Ketua Audit Negara turut mendedahkan terdapatnya kecelaruan akaun direkodkan sebanyak RM5.06 juta akibat daripada akaun penyelenggaraan bagi daftar pendahaluan yang tidak lengkap dan tidak teratur. Selain gagal merekodkan pelupusan aset, Finas juga dilaporkan kehilangan aset pada 2011 dan 2012. Laporan Ketua Audit Negara bagaimanapun gagal mengesahkan ketepatan baki simpanan Finas berjumlah RM29.08 juta ekoran kegagalan agensi itu mengemukakan penyata bank bermula Ogos hingga Disember 2012. Read More / Baca Lagi >> |
PANAS: KENAIKAN TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKATKAN INFLASI - MENTERI JPM Posted: 02 Dec 2013 06:39 PM PST Amat jarang sekali kita mendengar Menteri Kabinet UMNO sendiri belasah tindakan kerajaan yang dianggotainya. Kalau sudah mula belasah membawa erti sudah tidak boleh tahan dan merasa dan melihat tindakan itu amat zalim dan kejam. Naik harga gula untuk elak diabetes (kencing manis) .. naikan tarif elektrik mungkin untuk mengelakkan rakyat kena renjatan elektrik. Kenaikan kadar baharu tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara dengan peningkatan kadar inflasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar inflasi itu dijangka meningkat berdasarkan pemerhatian terhadap kesan peningkatan harga barangan sebelum ini. "Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus. "Kadar keuntungan siling (CPR) pada bulan Oktober juga meningkat pada tahap 2.8 peratus, walau bagaimanapun, kadar ini masih rendah iaitu di bawah tiga peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Pengkhianat Negara: TPP, Malaysia usah ikut telunjuk negara besar Posted: 02 Dec 2013 06:33 PM PST Pengerusi Kaukus Parlimen TPP, Datuk Ahmad Hamzah berkata, ia penting bagi menjaga kedaulatan negara daripada dicemari mana-mana pihak. "Diharapkan kerajaan terus merundingkan perkara ini secara sukarela tanpa tekanan mana-mana pihak berlandaskan Perlembagaan Malaysia, kuasa-kuasa negeri dan dasar penting dipertahankan. "Dalam memastikan perkembangan ekonomi negara, harus ada perlindungan promosi, pencapaian dan kesejahteraan yang mendahulukan rakyat," katanya ketika sidang media di sini, semalam. Katanya, pihaknya akan terus mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi mengikuti perkembangan terbaru berkenaan TPP. "Pertemuan sekerap mungkin dengan Miti serta pihak lain yang berkepentingan agar dapat bertukar maklumat dengan pihak kementerian dan seterusnya akan menjemput pakar-pakar untuk memberi keterangan tentang isu kritikal di dalam perjanjian TPP sebelum merangka laporan kaukus. |
Pengkhianat Negara: Malaysia Bakal Tergadai 7 Disember 2013..??? Posted: 02 Dec 2013 06:12 PM PST Pada 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia. Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini. "Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar. "Inilah bahagian yang rumit dan sebab inilah kami menuntut untuk diberikan fleksibiliti," katanya dalam satu perbincangan semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada awal Oktober lalu. Mengapa perlu TPP di sebalik FTA sedia ada? Penentangan terhadap TPP bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi negara peserta lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) turut menerima tentangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik masing-masing. Apa yang paling ditakuti NGO dan pakar ekonomi adalah TPP akan memberikan terlalu banyak kuasa kepada syarikat luar negara dan membuka persaingan dalam negara tanpa mengambil kira tahap kemajuan berbeza antara negara peserta TPP. |
Tarif Naik: Kilang guna elektrik, harga barang naik lagi Posted: 02 Dec 2013 06:09 PM PST KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan menyatakan hanya penggunaan purata sebulan yang melebihi 300 kW (atau jumlah bil lebih RM77 sebulan) yang akan menerima kesan dari kenaikan elektrik, hakikatnya seluruh lapisan masyarakat pengguna di Malaysia akan menerima tempias kenaikan itu. Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, ini kerana kebanyakan kilang pengeluar barangan pengguna, kilang memproses makanan dan minuman, kedai-kedai runcit, stor simpanan makanan mentah dan beku, warung-warung dan perniagaan-perniagaan lain mempunyai kadar penggunaan elektrik yang sangat tinggi sebulan. "Maka sudah tentu harga barangan dijangka akan meningkat lagi selepas ini," ujarnya dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyatakan rasa kecewa dan marah di atas pengumuman Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkenaan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh kerajaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Kenaikan sebanyak 4.99 sen sekilowatt dari 33.54 sen kepada 38.53 sen sekilowatt dijangka akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana apabila ia dilaksanakan kelak. Walaupun kerajaan menyatakan bahawa hanya penggunaan purata sebulan yang melebihi 300 kW (atau jumlah bil lebih RM77 sebulan) yang akan menerima kesan dari kenaikan ini, hakikatnya seluruh lapisan masyarakat pengguna di Malaysia akan menerima tempias kenaikan tarif elektrik ini. Read More / Baca Lagi >> |
Ketua Hakim ingatkan hakim jauhi rasuah Posted: 02 Dec 2013 06:07 PM PST PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria (gambar) hari ini mengingatkan para hakim dan pegawai badan kehakiman supaya menjauhi rasuah dan mengelak diri dari tohmahan. Beliau berkata ini kerana badan kehakiman memandang serius isu rasuah dan tidak mahu disebabkan segelintir yang mengamalkannya, seluruh badan kehakiman akan mendapat kesannya. Arifin berkata banyak langkah pencegahan telah dikuatkuasakan sebagai usaha mengekang gejala rasuah dari merebak ke dalam institusi kehakiman. "Proses pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman juga tidak terlepas daripada prosedur pencegahan rasuah. Penapisan rekod calon-calon ini akan dilakukan dengan merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia," katanya. Beliau berucap pada majlis mengangkat sumpah jawatan empat orang Pesuruhjaya Kehakiman di sini semalam. |
Posted: 02 Dec 2013 06:04 PM PST Affirmative policies that favour one race is no longer tenable and given the excesses of the past and the greed of its present leaders, there's a dire need for a change in the Umno hierarchy It was no longer acceptable that they are disadvantaged socially and economically in their own country and Umno took the bull by the horns with the introduction of the New Economic Policy (NEP) in 1971. It came up with affirmative policies that have since coloured Malaysia's political, racial, social and economic landscape in the hues of the Malays, the Malays and the Malays! Education was used, without apologies to the purist, as a means to an end – the same end as envisaged by the NEP. Higher education quotas for non-Malays effectively forced many to go overseas. Like every other government functionaries under Umno's control, education was skewered to favour the Malays and this Umno did without fear, for political power was theirs to use for that purpose. After four decades the Malays have achieved honour and dishonour, fame and infamy, greatness and notoriety in almost everything that they have attempted to do for themselves, with or without Umno. Today the biggest banks, the largest insurance companies, the most diverse of corporate endeavours, the most successful of business undertakings, the most powerful of political organisation, the most astute of politicians and the most dominant of race are all Malays. The Malays are also the most arrogant, the most corrupt of civil servants, businessmen and politicians, they have the most horrendous of lost and abused business opportunities, the least honest of leaders, the most adept of practitioners at cronyism, nepotism and money politics. They are committed to the maxim that the ends justify the means, and their use of race and religion to advance their ethnic interest is legendary – fueled no doubt by the abundance of political power at their disposal. That is the price the Malays have paid for their dominance of all things Malaysians. For some Malays, that price has been bearable but for some, they think it is too much for any race to bear. So wither the Malays today? Read More / Baca Lagi >> |
Ahli Majlis Tertinggi UMNO keluar PAS? Posted: 02 Dec 2013 06:02 PM PST Ustaz Kazim Elias pula jadi isu setelah beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Isunya bermula apabila beliau disahkan sebagai ahli PAS, tetapi dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diumumkan oleh Najib. Maka sibuk dipihak PAS mengatakan bagaimana beliau (Kazim) boleh menganggotai Majlis Tertinggi UMNO sedangkan beliau adalah ahli PAS. Sememangnya lah sesiapa pun akan mempersoalkan keadaan ini kerana bagaimana seorang itu menjadi pemimpin UMNO sedangkan beliau adalah ahli PAS. Apa fitnah yang di buat oleh PAS terhadap beliau seperti yang beliau tuduh dilakukan oleh PAS itu? PAS mempersoalkan beliau kerana Kazim adalah ahlinya. Sesungguhnya sesiapa boleh menjadi ahli mana-mana parti asalkan sahaja parti itu terdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Kazim boleh menyertai Parti Komunis Malaya sekali pun jika parti itu tidak di haramkan. Itu adalah demokrasi. Tetapi jika menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, walhal beliau masih menjadi ahli PAS, itu adalah satu keadaan yang amat luar biasa. Pastinya ia mengundang banyak persoalan. Baru semalam beliau memberikan reaksi marah kepada PAS dan mengisytiharkan dirinya keluar dari PAS. Beliau berkata beliau tidak tahan dengan apa yang dilakukan oleh PAS terhadap beliau. Apa yang sebenarnya PAS telah lakukan terhadap beliau? Hanya orang ramai mempersoalkan bagaimana UMNO mengambil ahli PAS sebagai anggota Majlis Tertingginya? Beliau sepatutnya hanya diperlukan mengumumkan yang beliau keluar dari PAS kerana beliau sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tidak payahlah membidas PAS semata-mata kerana PAS mempersoalkan kedudukannya yang sepatutnya di persoalkan. Kazim tidak payah mengisytiharkan dirinya keluar dari PAS dalam nada yang marah-marah kerana beliau tidak perlu keluar pun di sebabkan beliau sudah menjadi Ahli MT UMNO. Bayangkan ramai berpendapat yang Kazim akan masih berada dalam PAS jika kedudukan beliau tidak di persoalkan dan dalam masa yang sama menjadi Ahli MT UMNO. Bagi saya secara peribadi, PAS tidak payah mempersoalkan manusia yang belum baligh dalam politik ini. Anggap sahaja Uztaz Kazim tidak pernah wujud dan beliau tidak pernah menyertai PAS sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
Peniaga Bumiputera Dizalimi Umno@BN: Kenapa Sabasun dilayan sedemikian - Raja Baharin Posted: 02 Dec 2013 05:35 PM PST
Beliau telah berucap secara rasmi di Dewan Rakyat dan memberitahu seluruh menteri Umno peringkat pusat betapa teruknya pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. "Dan isu ini (Sabasun) kita telah bawa ke parlimen, saya sendiri telah membawa isu ini ke parlimen. Dan kita telah menekan habis-habisan kementerian yang berkenaan, kenapakah Sabasun diberi layanan sedemikian rupa?" . Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penganiayaan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pasaraya Sabasun yang dimiliki penuh oleh orang Melayu Islam dan anak jati negeri itu. Katanya, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa satu pasaraya besar hanya boleh dibangunkan dalam kawasan jumlah penduduk seramai 350,000 orang. Namun, katanya kerajaan Terengganu telah melanggar garis panduan itu, bukan hanya membenarkan satu, tetapi tiga pasaraya dibina dalam jarak yang terlalu hampir. "Mengapa garis panduan yang diguna pakai oleh pihak kementerian, contohnya garis panduan dia cakap, sebuah pasaraya kena ada 350,000 orang baru boleh. Kalau tengok (di) Terengganu, Mydin ada, Giant ada, Sabasun ada, kalau 350,000 kali 3, sudah 1 juta orang lebih, lebih kurang sama dengan kuantiti penduduk negeri Terengganu," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
K-pop inspirasi belajar budaya dan bahasa asing? Posted: 02 Dec 2013 05:32 PM PST KUALA LUMPUR: Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran. "Ia tidak seharusnya dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat luar. "Golongan belia boleh memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak terhad kepada bahasa ibunda sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini, semalam. |
Rasuah Dan Salah Guna Kuasa: Diam bukan pilihan bagi Peguam Negara..!!! Posted: 02 Dec 2013 05:31 PM PST Tetapi Peguam Negara itu langsung tidak bercakap mengenai isu paling besar – dakwaan rasuah terbesar terhadapnya oleh bekas pegawai penyiasat polis, Datuk Mat Zain Ibrahim. Beliau turut berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi taklimat kepada perdana menteri paling lama berkhidmat itu berhubung apa yang beliau katakan sebagai salah laku Peguam Negara. Tiada apa-apa yang berlaku. Polis hanya meminta Mat Zain untuk membuat laporan polis. Tetapi Peguam Negara tetap berdiam diri. Bagi sesiapa pun, daripada buruh kasar kepada perdana menteri paling berkuasa, nilai sebenar bagi mereka adalah reputasi. Kebiasaannya, seseorang akan berjuang bermati-matian untuk menjaga reputasinya. Dalam kes Abdul Gani, beliau boleh membuat laporan polis atau menyaman Mat Zain. Atau sekurang-kurangnya menjawab pertuduhan serius Mat Zain seperti pengkhianatan kepada negara dan memusnahkan keadilan. Read More / Baca Lagi >> |
Akta Gangguan Seksual akan diwujud, tambah baik akta sedia ada Posted: 02 Dec 2013 05:28 PM PST Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar), berkata perbincangan akan diadakan bagi mewujudkan akta tersebut bersama pihak berwajib bagi memperbaiki akta sedia ada. "Kita pada masa ini akan jalankan satu kerjasama untuk membawa Akta Gangguan Seksual kepada undang-undang sedia ada yang perlu diperbaiki lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Perak, Datuk Rusnah Kassim baru-baru ini menggesa kerajaan agar segera memperkenal Akta Gangguan Seksual supaya kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain. Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. - Bernama |
Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat Posted: 02 Dec 2013 05:19 PM PST |
Friday as weekends: Most Johoreans will adjust to it, says Shahrir Posted: 02 Dec 2013 05:18 PM PST |
Ukraine protestors: "we will stay until the end" Posted: 02 Dec 2013 05:17 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan