WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Kenaikan cukai taksiran tak munasabah, bebankan rakyat – Anwar Posted: 02 Dec 2013 03:29 AM PST Kenaikan cukai taksiran tak munasabah, bebankan rakyat – Anwar(Oleh Norasikin Samsi)AMPANG 2 DIS: Pakatan Rakyat membantah kenaikan cukai taksiran terlalu tinggi dan membebankan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, kenaikan yang bakal dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak munasabah dan satu lagi pembaziran kerajaan. "Kita bantah kenaikan cukai tak munasabah, terlalu tinggi. Kita tolak cukai yang membebankan rakyat. Kerajaan membazir, beban kepada rakyat," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau ditemui pada Ceramah Perdana dan Penerangan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) selepas merasmikan Ekspo Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat Parlimen Ampang dan Pandan di Padang Taman Tasek Tambahan, Ampang, malam tadi. Mengulas lanjut, Anwar menyeru penduduk KL menyertai himpunan membantah kenaikan cukai tersebut pada 16 Disember ini. "Kita seru warga kota supaya bantah dan kita bantah apa yang perlu dibuat seperti yang diputuskan oleh pimpinan (Pakatan)," katanya menyokong himpunan di Dataran DBKL pada 11 pagi. Terdahulu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan KL membantah keras kenaikan cukai berkenaan dan untuk itu mereka bersama warga kota sepakat mahu berhimpun bagi menyatakan bantahan. Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dalam perhimpunan tersebut, setiap penduduk akan menghantar surat bantahan kenaikan secara beramai-ramai kepada DBKL. Oleh itu, beliau menggesa penduduk KL supaya menghantar bantahan itu pada hari berkenaan dan menjangka sekurang-kurangnya 1,000 hingga 2,000 akan terlibat dalam himpunan tersebut. DBKL pada 18 November lalu mengedarkan notis menyemak semula senarai nilaian cukai taksiran kepada pemilik rumah dan premis di KL, dan kadar kenaikan cukai taksiran yang bakal dilaksana bermula 2014 dianggarkan lebih 100 peratus. Hadir sama dan turut menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 700 penduduk, Ahli Parlimen Ampang dan Ahli Parlimen Pandan, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli. Selain gerai-gerai jualan produk tempatan, antara program menarik pada ekspo yang bermula semalam dan berakhir pada 8 Disember meliputi seni kebudayaan pelbagai kaum, sukaneka kanak-kanak, aktiviti sukan dewasa dan penerangan pinjaman IKS. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56868 |
Isu Kazim: PAS atau Najib yang patut malu? - Shahbudin Husin Posted: 02 Dec 2013 03:15 AM PST December 02, 2013 Menurutnya, beliau ingin mendapat jaminan daripada Perdana Menteri agar pelantikan itu tidak menghalang kerja dakwahnya. "Tunggulah saya sembahyang istikharah dulu," tambahnya lagi. Namun demikian, sementara pelantikan beliau ini terus menjadi pertikaian, Ustaz Kazim juga mengesahkan bahawa beliau masih merupakan ahli PAS kawasan Tambun, Perak. Meskipun dulu, katanya, ada ura-ura mahu memecatnya tetapi sehingga ini beliau tidak pernah menerima apa-apa surat surat pemecatan atau surat daripada jawatankuasa disiplin PAS. "Sepatutnya PAS merasa sedikit malu dengan Umno kerana mereka boleh menjemput orang yang di luar Umno untuk menduduki kerusi MT dan PAS tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra", katanya dalam rakaman video sidang akhbarnya yang tersebar di laman sosial sekarang ini. Tindakan Najib mempelawa seseorang yang masih menjadi ahli PAS untuk menduduki kerusi MT Umno seharusnya juga menunjukkan beliau tidak berhati-hati dan mengkaji latar belakang seseorang itu sebelum membuat tawaran. Membuat pelawaan kepada ahli PAS ini umpama suatu penghinaan dan perlekehan paling teruk kepada kira-kira 3.4 juta ahli Umno dan seolah-olah tidak ada seorang pun daripada jutaan ahli yang dibanggakan itu yang lebih baik dan setanding dengan Ustaz Kazim yang masih merupakan ahli PAS. Bukankah di dalam Umno masih ramai lagi mereka yang berpengetahuan agama yang boleh dijadikan ahli MT Umno? Kalau benarlah seperti kata Tengku Adnan bahawa pelantikan Ustaz Kazim untuk membetulkan kekurangan mengenai Islam dalam Umno, apakah Ustaz Fathul Bari yang mendapat undi tertinggi sebagai Exco Pemuda Umno, bukan calon yang sesuai untuk melakukan tugas itu? Atau apakah Dr Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat daripada PAS dan tidak menganggotai mana-mana parti, tidak merupakan calon yang lebih baik atau setanding dengan Ustaz Kazim? Atau jika Najib terlalu ghairah dan teringin untuk melantik ahli PAS juga menduduki kerusi MT sebagai menunjukkan Umno lebih mencintai Islam berbanding PAS, apakah tidak boleh dilantik bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa yang sudah pun kerap dibawanya ke keluar negara sebelum ini? Melantik mereka yang masih belum menjadi ahli Umno sebagai ahli MT juga menunjukkan sikap "double standard" Najib dalam menghayati semangat perlembagaan parti. Ini kerana dalam perlembagaan menetapkan, sebagai contoh, mereka yang ingin bertanding AJK Bahagian mestilah sekurang-kurangnya sudah menjadi ahli Umno tidak kurang 3 tahun manakala kalayakan untuk bertanding ketusi MT pula mestilah juga pernah menduduki kerusi AJK Bahagian. Seharusnya, dalam soal perlantikan ahli MT, semangat perlembagaan itu juga dihayati dengan sebaiknya. Kalau pun syarat pernah menduduki AJK Bahagian mahu diketepikan, setidak-tidaknya syarat sebagai ahli Umno mestilah sentiasa dijunjung untuk menunjukkan bahawa Umno sebenarnya menghormati ahlinya. Walaupun kuasa Najib sebagai Presiden Umno dalam melantik ahli MT ini merupakan kuasa mutlaknya tetapi menawarkan kerusi MT kepada Ustaz Kazim yang masih merupakan ahli PAS ialah umpama seorang lelaki yang menghebohkan mahu mengahwini seorang wanita dan membuat pengumuman rasmi mengenainya sedangkan wanita tersebut masih lagi menjadi isteri yang sah kepada lelaki lain. Siapakah yang lebih malu sebenarnya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 2 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan