Isnin, 2 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


'Yazit [Search] tidak koma' - Isteri

Posted: 02 Dec 2013 11:01 PM PST

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Yazit
PETALING JAYA: Isteri kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmat iaitu Ramlah Mat, berharap pihak luar tidak membuat spekulasi berhubung keadaan suaminya yang dikatakan bertarung nyawa dan berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Ramlah, 53, berkata, ramai yang beranggapan sebegitu selepas melihat foto Yazit yang dipasang tiub pada mulut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaliknya suaminya itu diberi ubat tidur untuk menjalani rawatan.
"Ramai yang dah silap anggap, orang kata Yazit koma, tetapi sebenarnya tidak. Doktor memberinya ubat tidur supaya dapat memasukkan tiub untuk menjalani rawatan.
"Paru-paru suami saya berair sehingga menyebabkan doktor perlu membuat rawatan menyedut air pada paru-parunya itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Yazit yang mempunyai masalah buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSA pada pukul 3 pagi Isnin selepas mengadu sukar untuk bernafas.
Gambar fail Yazit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu.
Mereka sekeluarga tiba di Johor Bahru dari Kuala Lumpur pada Ahad lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Yazid.
Bagaimanapun tambah Ram, Yazit yang masih berada di ICU berada dalam keadaan stabil dan sudah sedar pada pagi Selasa.
"Alhamdulillah, dia sudah sedar dan Yazit perlu menjalani beberapa rawatan lagi. Mungkin dia akan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini," ujarnya.
Pada 10 Ogos lalu, Yazit dipindahkan ke dua buah hospital iaitu dari HSA ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor.
Terdahulu, dia juga pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit buah pinggang.- mStar

Tawar RM526,000 untuk hamil

Posted: 02 Dec 2013 08:08 PM PST

Beijing: Seorang wanita mandul memandu kereta BMW mengelilingi China sambil menawarkan habuan £100,000 (RM526,000) untuk mana-mana doktor yang mampu membuatnya hamil.
Jin Sung, 37, membawa iklan menghebahkan wang ganjaran itu selain membalut keretanya menggunakan kain rentang merah sebagai tanda kesungguhannya mendapatkan anak.

Hentian terakhir ahli perniagaan itu ialah di bandar Kunming di Yunnan.
"Tidak seorangpun doktor yang saya temui setakat ini dapat membantu.

"Saya beranggapan jika mahukan sesuatu kita mesti berusaha mencari jalan. Inilah yang saya lakukan sekarang," katanya.

Pasangan Kahwin Muda : Polis Siasat Rogol Sebelum Kahwin

Posted: 02 Dec 2013 06:16 PM PST

  • PDRM
 1 / 1 
PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya polis mengumpul semula bukti berkaitan kes seorang remaja berumur 14 tahun yang dikatakan berkahwin selepas diperkosa, dalam tempoh seminggu.

"Bagaimanapun jika bukti yang dikumpulkan tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibuka," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu persidangan media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bukti yang diperoleh semasa kertas siasatan tersebut dibuka pertama kali tahun lepas, selain akan memanggil semula individu berkaitan untuk merekod percakapan.

Katanya keputusan dibuat ekoran gesaan orang awam yang prihatin dengan kes itu.

Abdul Gani berkata antara individu yang akan dipanggil ialah mangsa, ayah mangsa, ibu saudara mangsa, doktor yang memeriksa mangsa serta dua suspek termasuk bekas suami mangsa.

Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin.

Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012.

Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik. - Bernama

Salima AF4 jadi isteri ke 2 Pendakwah terkenal

Posted: 02 Dec 2013 01:37 PM PST

  • alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenalSalima AF Kini Bergelar Isteri
 1 / 1 
BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa' Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Kes Adi Putra & Peminat : Adi Putra pandai menggoda sehingga dia menyerahkan ..... - Nooraidah

Posted: 02 Dec 2013 06:35 AM PST

  • Adi PutraAdi Putra
 1 / 1 
WANITA yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra akhirnya mengakui pernah berkongsi gambar yang "sangat peribadi" dengan pelakon itu.

Nooraida Abdul Mutalib memberikan penjelasan panjang lebar berhubung perkara itu menerusi ruang hiburan Bipop.

Menurut Nooraida, pada mulanya dia menyangka hubungannya dan Adi Putra hanya sekadar main-main dan pelakon kacak itu hanya mahu 'test market', namun akhirnya terjebak dalam hubungan itu.

Sikap romantis Adi Putra membuatkan dia sebagai peminat menjadi teruja. Apatah lagi apabila Adi Putra menyatakan dirinya sedang mencari calon isteri.

Perkenalan awal menerusi Instagram itu berlarutan kepada InstaMessage dan WhatsApp.

"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

"Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini," ujarnya.

Malah Nooraidah mengakui, Adi Putra pandai menggoda sehingga dia menyerahkan gambar peribadinya.

"Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," ujarnya lagi.

Menurut Nooraida lagi, hubungan mereka kemudiannya berjaya dihidu oleh suaminya yang kemudiannya mahu mengambil jalan tengah menyelesaikan perkara ini.

"Menerusi perbualan itu, Adi mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah fikiran," katanya lagi.

Untuk rekod, kes ini masih dalam penelitian dan tidak diketahui sejauh mana kesahihan luahan Nooraida ini.- Sinar Harian

Bunuh & Culik Di Pulau Pom-Pom : Polis Tahan Dua Lelaki

Posted: 02 Dec 2013 04:04 AM PST


KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes penculikan wanita Taiwan dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, bulan lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi Ahad.
"Kita percaya kedua-dua lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu terlibat bukan untuk kes itu sahaja tetapi mungkin melibatkan kes-kes lain," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu bekerja di kawasan pulau-pulau di Semporna.
Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 November lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan manakala rakan wanitanya berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Dalam pada itu, Hamza berkata polis akan menjalankan Ops Cantas Khas yang menumpukan kawasan-kawasan selektif seperti pusat peranginan dan resort di pulau-pulau berdekatan yang dikenal pasti dapat membantu siasatan termasuk mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya pagi semalam mengucapkan syabas kepada pasukan Ops Cantas Khas Sabah yang berjaya menahan suspek. - BERNAMA

Mahathir letak jawatan penasihat Petronas

Posted: 01 Dec 2013 11:39 PM PST

DECEMBER 02, 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) melepaskan jawatan sebagai penasihat Petronas berkuatkuasa semalam, lapor akhbar milik Umno Utusan Malaysia.
Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, keputusan itu diambil berikutan Dr Mahathir ingin mengurangkan waktu kerjanya di pejabat dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat .
Sumber yang dipetik dalam laporan tersebut berkata, Dr Mahathir memberi sumbangan kepada pelbagai agensi sejak bersara daripada jawatan perdana menteri, 10 tahun lalu.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat, iaitu  selama 22 tahun sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada  Oktober 2003.
Menurut akhbar berkenaan, masih belum dapat dipastikan sama ada Dr Mahathir akan turut melepaskan jawatan sebagai canselor Universiti Teknologi Petronas dan penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman.
Dr Mahathir, 88, juga adalah penasihat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh DRB-Hicom.
Dr Mahathir menerima rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 18 November lalu. – 2 Disember, 2013. - themalaysianinsider

Tiada ulasan: