PENYAPU SIAL |
Posted: 04 Dec 2013 05:55 AM PST Ketua Wanita LEMBU Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) memulakan Perhimpunan Agung Umno 2013 dengan suara yang amat lantang terhadap kepimpinan parti apabila membayangkan Umno bakal "tutup" tanpa penglibatan sayap pergerakan Wanita LEMBU parti itu. Shahrizat dalam ucapan dasar di hadapan 983 perwakilan sayap Wanita itu berkata, tanpa penglibatan Wanita LEMBU Umno juga, banyak cawangan dan bahagian Umno akan tutup kerana tidak mempunyai keanggotaan yang mencukupi. "Kalau tiada kami (Wanita LEMBU ) takut tutup bahagian dan cawangan. Program tak cukup (orang)," katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, tanpa undi daripada Wanita LEMBU Umno, anggota Majlis Tertinggi parti Melayu akan sukar mengecap kemenangan dalam pemilihan parti lalu. "Saya nak maklumkan kepada wakil MT. Kalau Wanita tidak bagi semua ni jangan haraplah. Berkeliaran mereka. "Mereka yang menang itu cik puan semua tu yang undi. Kalau tiada sokongan kami jangan haraplah," katanya lagi disambut sorakan perwakilan Wanita. Beliau turut menuntut supaya kepimpinan Umno memberikan kedudukan setara terhadap sayap Wanita, dan tidak seharusnya mereka bersaing dengan sayap Pemuda dan Puteri Umno. "Saya sebagai ketua tak mahu bersaing dengan Puteri. Malu saya rasa. Tiap-tiap kali nak dibandingkan dengan Puteri. "Saya sayang Puteri, dia anak kita, bukan madu, dengarlah tu. Puteri anak kita, bukan madu kita. dia anak kita, kita sayang," katanya. "Sama dengan Pemuda. Bapak dah kat atas, dia letak kita terkontang-kanting kat situ," katanya. "Kalau tiada wanita saya tak tahu apa akan jadi kepada Umno," katanya. Shahrizat turut menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan peluang kepada Wanita Umno untuk mengisi kekosongan dalam jawatan peringkat pembuat dasar dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Kalau nak lantik wanita dalam GLC mereka kata tiada yang layak dan sebagainya. Jangan nak kata tiada Wanita Umno dan BN yang layak duduk dalam GLC," kata penasihat hal ehwal wanita kepada Perdana Menteri itu lagi. "Ingat kami ni koman sangat ke. Kalau nak buat kerja lain mai carik kami. Nak letak di sana (GLC) cari orang lain. Mana boleh. No!," katanya. Shahrizat turut memberi jaminan untuk mempertahankan Wanita Umno daripada diperlekehkan sama ada daripada dalam Umno atau pihak luar. "Saya tidak rela Wanita Umno diperlekehkan sesiapa, sama ada dalam parti atau pun di luar. "Di dalam parti, pemimpin bapa di bahagian, faham-faham. Tak payah nak catur untuk kami. Kami tahu siapa kami nak pilih. Wanita ada akal sendiri," katanya mengecam tindakan beberapa pemimpin di peringkat bahagian yang mengganggu urusan Wanita LEMBU Umno. Katanya, sindrom ketua bahagian cuba campur tangan dalam pemilihan Wanita Umno turut berlaku. "Jangan campur tangan. Kita tak masuk campur dalam urusan mereka. Saya dapat macam-macam berita," katanya. Shahrizat turut menyeru kepimpinan pusat untuk melantik wakil Wanita Umno bagi jawatan Biro Politik Perhubungan Umno. "Mentang-mentang saya senyum-senyum, jangan ingat saya tak tahu. Saya tahu mana ketua wanita diperalatkan ketua bahagian. "Forget it. Jangan buat perkara seperti ini. Jangan uji kesabaran wanita. Kita tak nak token. Lantik seorang sini dah ada wakil wanita. Dalam perhubungan semua orang jantan saja? Wanita tak boleh ke?" "Entah-entah rekod kita lagi bagus daripada mereka. Lama mana saya nak menyengeh, bagilah satu kepada wanita," katanya. Perhimpunan Agung Umno bermula semalam dengan ucapan perasmian tiga sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perhimpunan hari ini membabitkan mesyuarat agung tiga sayap berkenaan dengan didahului ucapan dasar ketiga-tiga pemimpin sayap.
penyapu sial
mooo lah....betul tu mak lembu...banyak berita lembu yang kamu dapat....banyak yang nak kena bersuap...duit lembu kan masih ada lagi...belikan kondo sorang satu....kah kah kah |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan