Addin |
- Gambar Memalukan Dari Perhimpunan Agung Umno 2013?
- Betul Ke Berita Gempar Ni? Najib Di Malukan Oleh Ustaz Kazim Elias..
- (Gambar) Banjir Di Pahang, Terengganu Dan Johor Semakin Buruk
- Analisis Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan, Berita Dan TV3..
Gambar Memalukan Dari Perhimpunan Agung Umno 2013? Posted: 04 Dec 2013 08:05 AM PST |
Betul Ke Berita Gempar Ni? Najib Di Malukan Oleh Ustaz Kazim Elias.. Posted: 04 Dec 2013 12:22 AM PST Betul ke berita gempar ni? Ustaz Kazim Elias tolak jawatan MT Umno.. Jikalau betul.. pasti berita ini amat memalukan Najib. Dalam usaha Najib untuk meraih sokongan dari golongan agama tetapi di tolak. Ini menunjukkan Umno sudah amat terdesak bagi menghadapi PRU14 yang menunjukkan senario majoriti rakyat tolak kerajaan Umno. Keputusan PRU13 menyaksikan buat pertama kalinya BN hilang undi majoriti. |
(Gambar) Banjir Di Pahang, Terengganu Dan Johor Semakin Buruk Posted: 03 Dec 2013 06:43 PM PST Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam Selasa. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah. "Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. "Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. "Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa. Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. "Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu. Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan. Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir. Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Supt Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik. Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai. "Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya. Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka. "Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini. Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang. Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang. Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar. Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini. Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini. Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan. Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir. Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari. Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m. Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m. Gambar-gambar banjir di Pahang.. |
Analisis Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan, Berita Dan TV3.. Posted: 03 Dec 2013 05:44 PM PST Umno mungkin memperolehi lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2013, namun perwakilan parti berkenaan yang berhimpun di Kuala Lumpur minggu ini risau memikirkan peluang mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas hilang majoriti dua pertiga kerusi sejak dua pilihan raya sebelum ini. Penganalisis melihat parti itu tidak berubah dengan pantas untuk memenuhi tuntutan rakyat yang semakin meninggi berbanding pertama kali parti itu dibentuk pada 1946. "Umno banyak berjasa kepada orang Melayu dan negara tetapi generasi baru Melayu berfikiran berlainan daripada parti dan menyatakan apa mereka mahu. "Parti perlu berubah dengan menerima suara kumpulan ini namun malangnya ia tidak berubah dengan cepat," kata penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Jayum Jawan kepada The Malaysian Insider. Pillihan Raya pada 5 Mei lalu menunjukkan perubahan pemikiran Umno dan sekutu mereka dalam Barisan Nasional (BN) selepas tewas undi popular meskipun menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding Pilihan Raya 2008. Umno bagaimanapun berjaya memenangi 88 kerusi berbanding 79 dalam pilihan raya sebelum itu berikutan sokongan masyarakat luar bandar dan Bumiputera. Penganalisis melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mempunyai tugasan sukar memahamkan rakyat bahawa parti itu sedang mengalami transformasi.Ia diburukkan lagi dengan persepsi bahawa parti itu mengabaikan aspek skandal, ketirisan dan pembaziran termasuk moral pemimpinnya. Persepsi pemimpin Umno hanya mementingkan orang yang mengundi mereka masih menebal, kata penganalisis. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin membunyikan amaran dua bulan lalu apabila berkata Umno gagal membawa pembaharuan dan ibarat burung Dodo yang akan pupus. Dalam blognya, beliau berkata, sama ada 2,000 atau 14,000 perwakilan mengundi pada Oktober lalu, jelas menunjukkan parti itu tidak mampu untuk terus ke hadapan dan memilih barisan kepimpinan yang baru. Berikutan perubahan dalam kepimpinan Umno pada 2009, Umno menggunakan sistem baru dengan model pilihan raya dari Amerika Syarikat. Sejumlah 146,000 perwakilan daripada 191 Bahagian mengambil bahagian dalam pengundian tersebut yang menyaksikan penyandang masih menduduki kerusi mereka. Sebelum itu, bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar parti itu semakin nazak. Namun Prof Madya Shaharudin Badarudin, penganalisis politik dari UiTM, berkata ramai tokoh baru dipilih Umno untuk menyertai barisan Ahli Majlis Tertinggi, dengan mengemukakan contoh seperti Datuk Johari Abdul Ghani, 49, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 37 dan Datuk Irmohizan Ibrahim, 37. "Persoalannya adakah pemimpin muda ini mampu menawan minda dan hati tiga kumpulan utama, belia, penduduk bandar, dan pengundi Cina," katanya merujuk kepada kumpulan yang menolak BN dalam pilihan raya."Ini cabaran untuk Umno menghadapi PRU14," katanya. Sejumlah 5,726 perwakilan mendaftar untuk menghadiri perhimpunan tahunan tersebut dengan dimulakan perasmian sayap Pemuda, Wanita, dan Puteri malam tadi. Perhimpunan tiga sayap itu akan dijalankan selama dua hari sebelum perasmian Perhimpunan Agung Umno pada 5 Disember. Antara acara yang dinanti adalah ucapan dasar Najib dan dijangka beliau akan merangka masa depan Umno untuk PRU14 dengan pasukan barunya. Perwakilan turut menjangkakan untuk menbincangkan sistem pemilihan baru yang menerima kritikan di peringkat akar umbi, agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan memartabatkan Islam dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan