PENYAPU SIAL |
- antara pemimpin kaki mabuk , perompak wang rakyat sesuka hati dan gila demo....yang mana paling bahaya kepada kesejahteraan rakyat...????
- bila KPN sendiri terang terang jadi anjing kerajaan UMNO-BN telah menyalahguna kuasa untuk mengugut rakyat biasa dengan akta hasutan...apa yang boleh di harapkan lagi darinya setelah pistol dan gari boleh hilang di laut di bawah kawal selianya....!!!
- jadi hamba dan membodek UMNO sepanjang masa...nasib rakyat tidak di pedulikan...nampaknya sesetengan parti dalam komponen BN bakal berkubur ...!!!
Posted: 01 Dec 2013 04:38 AM PST Tengku Adnan dakwa pembangkang gila "berdemonstrasi" Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (gambar) membidas pembangkang yang disifatkannya sebagai gila "berdemonstrasi" terhadap rancangan untuk mengadakan bantahan kenaikan cukai pintu. Tengku Adnan berkata, pembangkang hanya berminat mempolitikkan dan mensensasikan isu tersebut walaupun permohonan maaf telah dibuatnya susulan kekeliruan yang tercetus. "Itulah masalah pembangkang. Mereka gila berdemonstrasi. Mereka suka mempolitikkan dan mensensasikan, politik sebegini sangat buruk," katanya. "Saya sudahpun minta maaf. Kamu tidak boleh salahkan Datuk Bandar. Saya sepatutnya semak dahulu. "Sebab itu saya minta maaf," katanya. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan merancang untuk mengadakan demonstrasi pada 16 Disember ini di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membantah kadar kenaikkan cukai tersebut yang dianggap terlalu tinggi. Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar juga sebelum ini mendesak Tengku Adnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib meletak jawatan susulan kontroversi isu tersebut. Tengku Adnan dalam sidang media di Putrajaya hari ini memberitahu media pemimpin PR menjadi isu yang terpaksa ditanganinya sejak kenaikan cukai pintu dimainkan oleh pihak media. "Maaflah saya nak cakap, tetapi mereka keliru dan suka mengelirukan orang ramai. "Mereka tidak bekerja dan hanya tahu bercakap dan menipu," kata beliau dalam nada kecewa.
penyapu sial
tu dia sikap pemimpin UMNO...bukan sebagai pejuang rakyat...tapi peliwat demokrasi dan perompak wang rakyat...cakap dia aje yang betol...kesusahan rakyat dia peduli apa...asal masyukkk...rakyat mampos pon tak apa...tapi bila musim pru dengan muka pelacur tak sudah menadah tangan minta rakyat undi parti haramjadah dokongannya...lepas pru...macam sial dia buat pada rakyat... |
Posted: 30 Nov 2013 07:44 PM PST KPN beri amaran ( ugut ) kepada kolumnis Mariam Mokhtar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan. Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia – abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun. "Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya. "(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. "Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam hari ini. Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng. "Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. "Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi, Cina. "Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?" tanya beliau. Khalid berkata tindakan tidak akan diambil terhadap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke Malaysia atas alasan wanita itu sudah berusia 69 tahun dan dia melakukan kesalahan berkenaan berpuluh tahun lalu. Mengenai kerakyatan Siti Aishah, beliau berkata polis masih menunggu laporan daripada United Kingdom sama ada wanita berkenaan telah melepaskan taraf kerakyatan Malaysia dalam tempoh 45 tahun dia berada di negara Eropah itu. Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, meninggalkan negara ini pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics di United Kingdom, tetapi mengabaikan pelajarannya setelah terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri
penyapu sial
weiii...lu pun sama jugak dengan mahakutty yang dah nak mampos asik melalak tak tentu pasal.inikah nama negara demokrasi kalau sekadar menyatakan pandangan di kira menghasut..apa yang kolumnis cakap memang betul apa... lu yang terkesan sangat apa hal...lu tu penjawat awam kerajaan dan sebagai penjaga keamanan perlu berpikiran positif..bila pandangan yang betul di anggap menghasut ...ini bermakna segala tindakan yang tidak betul oleh pihak yang berkuasa tidak boleh di tegur buat apa amalkan negara demokrasi berparlimen. nampaknya rakyat tidak boleh bersuara menyatakan apa apa ketidakadilan bila di ugut dengan akta hasutan.Ini semata mata untuk menjaga imej kerajaan UMNO-BN yang ternyatakan mengamalkan sikap perkauman, menindas rakyat sepanjang masa dan mengamalkan rasuah dalam sistem pemerintahan. Musa ahmad dan abdullah CD adalah orang melayu...siapa tak kenal mereka...demi membebaskan negara dari belenggu penjajah yang bersekongkol dengan UMNO untuk menuntut kemerdekaan negara dari penjajah british.Mereka terpaksa berjuang atas paksi komunis..mereka ini orang kuat komunis ( pengerusi PKM ) dan bila perjuangan komunis tamat pada 1980 an dengan termetrainya perjanjian perdamaian di bangkok.mereka berbangsa melayu ini di terima kembali ke negara ini sedangkan chin peng yang turut berjasa dalaam perjuangan menuntut kemerdekaan di nafikan haknya kembali ke negara ini sebagai rakyat negara ini . wa mau tanya antara setiausaha dengan pengerusi yang mana lebih besar kuasa dan pengaruh dalam menentu halatuju parti..tok sah jauh antara presiden UMNO dan setiusaha bangsatnya siapa yang berkuasa menentukan halatuju parti dan negara...tentulah pimpinan peringkat tertinggi...dan bukan setiausaha ...setiausaha hanya tugasnya mengurus dan menulis minit mesyuarat ajer..pernah ke dalam sejarah negara setiausaha UMNO jadi PM malaysia...so pikir2 lah jangan sembrono ajer...samalah juga dengan chin peng ...dia hanya seorang setiausaha PKM sahaja.. anjing ni kata chin peng yang menyebabkan rakyat ramai terkorban...pengerusi PKM dia yang berbangsa melayu tu tak pulak di sebut terlibat sama..nampak sangat sifat perkaumannya. dalam perang yang di istihar sendiri oleh kerajaan UMNO dengan bantuan penjajah british terhadap PKM yang nampak sangat tidak adilnya.PKM yang berjuang dengan darah dan air mata bagi membebaskan negara ini dari belenggu penjajah british telah di layan begitu rupa. UMNO yang lansung tiada jasa dalam membebaskan negara mengambil kesempatan untuk mencari pengaruh kunun2 merekalah pejuang kemerdekaan telah menidakkan perjuangan PKM ini lantas besekongkol dengan penjajah memerangi pejuang kemerdekaan tulin ini.Dalam perang tentulah ramai yang terkorban ,dan itulah natijahnya untuk mereka yang mengistiharkan perang sebelah pihak.kenapa pula nak salahkan PKM dengan jumlah rakyat terkorban .Keadaan perang memang begitu dan andalah yang patut di persalahkan kerana memulakan peperangan. Dengan penjajah british, UMNO tergamak menjilat tahi di celah lubang jubor...tetapi dengan rakyat tanah melayu yang berjuang dengan penuh keringat dan airmata darah UMNO tergamak memerangi mereka boleh pulak tak perlu berunding setelah termakan hasutan penjajah british.. setelah berpuloh tahun perjuangan PKM tamat, UMNO masih menyimpan api dalam sekam di dadanya..masih tak puas puas berdendam dengan PKM yang telah berkubor .abu orang dah mati pun takut...!! kalau UMNO takut abu mayat chin peng boleh pengaruhi rakyat mengagung agung kan komunis...telahan anda silap...tanpa abu pun kami rakyat yang teraniaya dengan tindakan kerajan UMNO haramjadah ini TETAP MENYOKONG PERJUANGAN PKM....WALAUPUN TANPA ABU MAYAT CHIN PENG... kenyataan keras wa....ABU MAYAT CHIN PENG WAJAR DI BAWA BALIK...!!! satu lagi nak di ingatkan ....komunis tak amalkan rasuah...tapi UMNO yang banyak mengamalkan rasuah....jadi depa takut semangat perjuangan chin peng mempergaruhi rakyat untuk menghapuskan rasuah yang jadi darah daging UMNO selama ini...itu sahaja yang paling di takutinya...!!! anjing UMNO yang kuat mengugut ini apa tau...ada makan dia melalak la...elaun dia banyak sbb kerajaan UMNO memanjakan dia dan kerabat dia berlebihan lebihan sampai penjenayah dalam negara tak terkejar olehnya...perut dia makin boroi dengan rasuah...!! |
Posted: 30 Nov 2013 05:33 PM PST UMNO bakal mampus bila parti yang jadi hamba sahaya turut mampos....!!!
Keputusan pemilihan Kongres India Semalaysia (MIC), rakan utama Barisan Nasional (BN), yang bermula semalam di Melaka terpaksa ditangguhkan sehingga ke petang ini kerana sudah lima kali terpaksa dibuat kiraan semula. Namun ia tidak menjadikannya berita utama media. Sebulan lalu, satu lagi komponen BN Gerakan, membuat pemilihannya serentak dengan perbentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ia berjalan begitu sahaja selepas hanya menang satu sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Tidak ramai yang kisah dengan apa yang berlaku dalam parti ini. Pilihan raya umum 5 Mei lalu telah menjadikan parti-parti ini seperti parti nyamuk. Mereka sedang hadapi kepupusan selepas rakan kongsi utamanya, Umno berjaya menambah sembilan lagi kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bilangan kerusi yang sedikit ditandingi dan sedikit pula yang menang daripadanya menyebabkan parti ini semakin sukar berperanan dengan berkesan dalam BN. Parti seperti Gerakan yang hanya menang satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN menyebabkan ia semakin menyusahkan parti-parti lain untuk terus berkembang. Bagaimanapun, BN nampaknya cuba memberikan nyawa untuk parti-parti nyamuk ini untuk hidup kerana nyawa mereka sebenarnya bergantung kepada mereka sendiri. Ia sebenarnya bergantung juga kepada Umno yang selama ini menjadi pengikat antara mereka. Umno yang sepatutnya memulakan semula usaha untuk bekerjasama dan bukannya menguasai mereka. Jika Umno memilih untuk terus menguasai, parti-parti kecil ini yang akan susah kerana mereka akan terus ditolak pengundi dan akhirnya bakal menuju ke 'tanah perkuburan'. Ketika parti-parti kecil ini melawan parti pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, mereka dianggap sebagai 'anjing' Umno sahaja.. Persepsi dan kemarahan terhadap Umno terutama di kalangan pengundi Cina masih kuat. Hasilnya, mereka juga menentang parti komponen BN yang lain.. Untuk membolehkan mereka relevan semula, mereka perlu bersatu menghadapi Umno, dengan memaksa agar kesemua mereka dilayan seperti rakan kongsi sebenar dan bukannya digunakan untuk melawan musuh Umno sahaja. Model BN yang hanya melihat hubungan antara kaum serta pecah dan perintah perlu dihentikan. Mereka perlu fokus kepada pentadbiran kerajaan yang baik, melayan rakyat dengan adil.. Sindrom penafian menyebabkan mereka parti-parti kecil ini semakin hilang relevannya.Jika sesuatu yang berkesan tidak dibuat, mereka akan berkubur. Mereka perlu bangkit dan berani untuk bersuara terhadap Umno atau rakan kongsi mereka yang lebih besar. Mereka mesti bercakap soal yang menjadi kepentingan rakyat. Mereka hendaklah dilihat tidak semata mata menjadi hamba kepada Umno. Parti gerakan yang sedang merudum ekoran kekalahan besar mereka dalam PRU12 dan PRU13. adalah parti nyamuk kerana mereka lansung tiada lagi berperanan dalam menyuarakan hasrat rakyat. Oleh itu pemimpin Gerakan perlu bercakap lebih berani lagi. Mereka tidak perlu menurut segala arahan kerana tidak ada lagi dalam Kabinet. Menyerang BN dan Umno secara terbuka dalam isu-ius tertentu juga perlu dilakukan.. Nampaknya parti Gerakan tidak lagi mendapat apa-apa jawatan dan tidak boleh lagi bergantung kepada Umno untuk hidup. Jadi tidak perlulah parti Gerakan membodek Umno sepanjang masa kerana sudah tidak mendapat apa-apa daripadanya. Selagi kuat Gerakan membodek Umno, lagi dalam kubur yang mereka gali untuk parti ini. Satu lagi parti yang sedang cepat menuju kuburnya adalah parti tertua di Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kini sudah berusia 64 tahun. Akibat pertembungan di kalangan pemimpin dan ditolak oleh pengundi muda bandar, parti yang ditubuhkan oleh golongan kiri dan pekerja Cina – terutama di kalangan gerakan komunis bawah tanah – sebelum ini adalah rakan kongsi penting kerajaan BN. Parti yang menjaga kepentingan masyarakat Cina ini pernah mempunyai 19 daripada 71 kerusi dalam DUN Sarawak, kedua selepas Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Masa depannya kini kabur selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2006 dan 2011 dan sekali lagi dalam PRU13. SUPP bertanding 19 kerusi – semuanya di kawasan Cina dan beberapa kerusi Dayak di pendalaman – namun kalah tujuh dalam dalam pilihan raya 2006. Kini, SUPP hanya ada enam Adun – meningkat hanya kerana mewakili Cina dalam kerajaan melalui Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Penolong Menteri Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin (Senadin). Mereka juga mendapat perhatian kerana empat wakil Dayak – Ranum Mina (Opar); Penolong Menteri Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh); Penolong Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang); dan Rayong (Engkilili). SUPP bertambah merudum dalam PRU13 apabila hanya menang satu daripada tujuh kerusi Parlimen yang mereka bertanding iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot yang berjaya mempertahankan kerusi majoriti Dayak iaitu Serian. Riot juga adalah timbalan presiden parti ini. SUPP juga kalah kesemua kerusi Cina yang ditandinginya – Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan Miri kepada PKR. Nampaknya SUPP sudah mati dan berkubur, Mereka hilang sokongan pengundi Cina dan pemimpin yang ada tidak mampu menghidupkannya semula.. Ini merujuk kepada krisis kepimpinan 2011 yang menyaksikan pemimpin yang menyokong Soon Koh memboikot proses pemilihan yang menyaksikan bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dipilih sebagai presiden. Soon Koh memboikot semua usaha rundingan yang cuba dibuat dengan Chin dan hanya menunggu keputusan daripada Pendaftar Pertubuhan terhadap aduannya bahawa pemilihan telah berjalan tidak betul. Sememangnya SUPP tidak boleh dipulihkan. Parti ini perlu ditutup dan ahlinya perlu membentuk satu parti baru dengan mengenepikan semua pemimpin yang ditolak oleh rakyat. Ia umpama kapal yang rosak teruk di tengah lautan dan sedang tenggelam perlahan-lahan..Ia bukan lagi mewakili orang Cina tetapi mewakili Dayak sahaja. Ia boleh mendapat sokongan semula jika berjaya menyelesaikan krisisnya.Jika parti ini boleh menjaga kepentingan orang Cina, sebagaimana mereka kata mereka buat, buktikan kemampuan untuk menjadi harapan kepada orang muda. Buat satu seminar untuk orang muda. Jika mereka berjaya mengumpulkan antara 8,000 hingga 9,000 peserta, maka mereka boleh berjaya melepasi ujian itu..Tetapi kita jangka ia tidak mampu untuk kumpulkan 1,000 orang pun. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan