DUNIACACAMARBA |
- [Video] Isu Pasar Raya Sabasun: Hidup Melayu, Hidup Melayu...Dengar Luahan Pemilik Pasar Raya Sabasun
- Adik-Beradik Hilang: Kakak Dipercayai Dirogol Sebelum Dibunuh, Dua Adiknya Ditemui Mati
- Kanak-kanak Cina berkhatan
- [Video & Gambar] Pelakon “The Fast and the Furious”, Paul Walker Maut dalam Kemalangan
- Dr Asri: Kerajaan Jujur, Bersih Rasuah seperti Selangor Layak Naik Gaji
- Isu Kucing Kurap: Jeff Ooi Minta Maaf, Namun Nadanya...
Posted: 01 Dec 2013 04:56 AM PST Tanah Sabasun Akan Diserah Kepada Orang Asing……….. [BuletinOnline] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan. Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil. Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 ekar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut. Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma. Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi 'compretitor', berebut tanah yang 1 hektar tu, nak juga. Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, "kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang". Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan. Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000. Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. 'In other', nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain. Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu. Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan. Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda. Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000. Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh 'block'. Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada 'Bangla', tak ada 'Nepal' seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum. Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang 'blue ocean strategy' . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat 'red ocean'. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun. Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan. Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, 'Jaya Jusco' akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih. *** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi, pada program 'Lepak santai' anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013, di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu. P/s: Bukan DAP yang menindas dan menzalimi Melayu.... |
Adik-Beradik Hilang: Kakak Dipercayai Dirogol Sebelum Dibunuh, Dua Adiknya Ditemui Mati Posted: 01 Dec 2013 04:36 AM PST Remaja Dibunuh, Dua Adik Ditemui Mati [Bernama] ALOR SETAR - [KEMASKINI] Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang. "Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,"katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci. Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi. Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu. "Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat," katanya. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. - 1/12/13 Berita Awal: Kakak Dibunuh, Dua Adiknya Hilang [HM] ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian. Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut. Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu. Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan. Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - 1/12/13 Remaja Hilang, Dua Adik Belum Ditemui [SH] ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang semalaman bersama dua adiknya ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar di sini, petang semalam. Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan meniarap di tempat kejadian kira-kira jam 3.45 sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian berkenaan. Berdasarkan maklumat awal, katanya, mangsa keluar dari rumah bersama dua adik perempuannya berusia 12 dan tiga tahun pada malam 29 November lalu dengan menaiki sebuah motosikal, sebelum mayatnya ditemui. "Buat masa sekarang polis masih menyiasat kes terbabit dan pihak kami menunggu laporan hasil bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian. "Kita akan mengambil kira semua aspek dalam siasatan," katanya. Sementara itu, usaha mencari dua adik mangsa yang masih hilang diteruskan. Pihak polis turut menggunakan khidmat skuba serta anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sungai berhampiran. - 1/12/13 P/s: Kejam. |
Posted: 01 Dec 2013 12:00 AM PST [SH] SEGAMAT - Seorang kanak-kanak Cina menarik perhatian ramai apabila turut dikhatankan bersama 87 peserta Islam lain pada program Khatan Perdana anjuran Umno Bahagian Sekijang di Klinik Kesihatan Bandar Putra, di sini semalam. Pang Ka Yong, 11, kelihatan begitu teruja apabila dapat bersama dengan kanak-kanak lain berkhatan dan merasai sendiri pengalaman diarak dengan paluan kompang selain disiram air menggunakan hos bomba. "Dalam teruja saya juga sedikit berdebar apabila mendengar jeritan dan tangisan peserta lain yang sedang dikhatankan. Saya satu-satunya kanak-kanak bukan Islam yang hadir pada hari ini (semalam). "Memang takut sebab tanya rakan di sekolah pun tiada yang berkhatan. Jadi dalam kalangan rakan sebangsa, saya yang pertama berkhatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ka Yong dari Bukit Siput ditemani ibunya, Cheng Yin Mei, 36. Yin Mei berkata, hampir dua minggu dia memujuk anak sulungnya itu supaya turut sama berkhatan pada program itu malah meyakinkan proses berkenaan tidak menyakitkan. Jelasnya, antara sebab dia menyarankan anaknya berkhatan kerana Ka Yong sering mendapat alahan selain mengetahui ia cara terbaik bagi memastikan kebersihan diri lelaki. "Selepas mendapat tahu program ini daripada rakan saya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Daerah Segamat (HDS), saya terus mendaftarkan anak saya walaupun pada mulanya dia enggan untuk dikhatankan. "Selepas ini, adik lelakinya pula akan menyusul bila dia besar sedikit," katanya. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sekijang, Datuk Baharum Mohamed berkata, program itu bukan sekadar menyahut amalan berkhatan yang dituntut Islam malah merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan masyarakat. Menurutnya, kebiasaan, kos berkhatan sekitar RM250 hingga RM280, tetapi hari ini (semalam) semua peserta dikhatankan secara percuma. "Program ini bukan saja murah, malah lebih selamat berikutan dilakukan pegawai perubatan bertauliah selain dengan kerjasama Pemuda Umno Sekijang kerana kami hendak mereka lebih dekat dengan kanak-kanak ini. "Selain itu, kita mendapat kerjasama daripada Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr Mokhtar Ahmad dan Balai Bomba Bandar Putra pada majlis hari ini (semalam)," katanya. Turut hadir, Ahli Parlimen Sekijang yang juga Naib Ketua Umno Sekijang, Anuar Abdul Manap; Ketua Pemuda Umno Sekijang, Salleheen Mohamad dan Timbalan Ketua Umno Sekijang, Alus Kassim. - 1/12/13 |
[Video & Gambar] Pelakon “The Fast and the Furious”, Paul Walker Maut dalam Kemalangan Posted: 30 Nov 2013 11:05 PM PST [TMI] Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem "The Fast and the Furious" maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ. Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat. Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok. Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu. Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia. Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina. Walker membintangi beberapa siri filem "The Fast and the Furious" bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel. – 1 Disember, 2013 |
Dr Asri: Kerajaan Jujur, Bersih Rasuah seperti Selangor Layak Naik Gaji Posted: 30 Nov 2013 11:02 PM PST [Selangorku] SHAH ALAM 30 NOV : Anggota pentadbiran kerajaan yang jujur, bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Mengikut perspektif Islam, beliau berkata, langkah itu mampu membendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dari terjebak dalam rasuah. "Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa. "Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan selain gaji mereka semata-mata," katanya kepada Selangor Kini. Bagaimanapun, beliau berkata, sesebuah kerajaan negeri harus terlebih dahulu mengkaji sama ada kenaikan itu memberi kesan negatif dari sudut ekonomi kepada rakyat. "Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor. "Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah," katanya. Dr Asri berkata, langkah menaikkan gaji sama ada pemimpin negeri atau negara untuk mengelakkan rasuah bukan baru, malah ia dipraktik di Singapura dan negara maju lain. Katanya, tuduhan kenaikan itu tidak wajar kerana ada rakyat masih berada di bawah paras kemiskinan tidak timbul kerana ia memudahkan pemimpin membantu golongan sedemikian. "Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya bagi juga, tidak banyak sedikit. "Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari," katanya. Sebaliknya, Profesor Madya Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, berkata kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak adil kepada rakyat jika gejala rasuah berlaku dalam pentadbiran negeri. "Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati," katanya. Dr Asri berkata, wang rizab Selangor yang ketika ini hampir mencecah RM3 bilion pula mampu memberi manfaat besar kepada segenap lapisan rakyat. "Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat," katanya. -EZY FZL- 30/11/13 |
Isu Kucing Kurap: Jeff Ooi Minta Maaf, Namun Nadanya... Posted: 30 Nov 2013 10:59 PM PST Jeff Ooi Minta Maaf Atas Kenyataan "Kucing Kurap" [TMI] Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi telah meminta maaf atas kenyataannya "kucing kurap" terhadap pegawai bandar raya negeri tersebut hari ini sempena konvesyen DAP negeri di Pulau Pinang. Permohonan maaf tersebut diselebungi dengan penuh drama. Permohonan maaf tersebut dibuat oleh beliau semasa penasihat kebangsaan Karpal Singh menggesa Ooi meminta maaf ke atas kenyataan biadap tersebut, apabila bekas penulis blog tersebut naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon daripada pengacara majlis dan mengucapkan "saya minta maaf". Ooi menegaskan tiada siapa yang dapat mengarahkannya meminta maaf selain Karpal. "Tiada siapa boleh suruh saya minta maaf kecuali suadara Karpal Singh! Apa yang beliau suruh, saya akan ikut. "Saya tidak akan tarik balik ataupun minta maaf melainkan Harimau Jelutong yang suruh. Harimau Baru Jelutong akan dengar cakap Harimau Jelutong. "Saya tidak dapat tarik balik apa yang telah saya katakan tetapi saya secara ikhlas meminta maaf jika saya telah menyakiti perasaan orang lain," kata beliau. Sejurus itu, terdapat tepukan pujian di kalangan hampir 1000 perwakilan yang hadir, malah ada juga suara tidak berpuas hati di dalam dewan. Karpal sebelum itu berkata tiada pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) layak mendapat penghinaan "kucing kurap" atau seumpamanya. "Harimau Jelutong baru perlu ambil peluang di sini. Beliau perlu ambilnya untuk secara terbuka dan tanpa bersyarat meminta maaf kepada pegawai bandar raya yang telah beliau hina. "Semua pegawai rendah atau tinggi mesti dihormati. Tiada siapa yang layak dianggap sebagai rendah," kata Karpal dalam ucapannya. Karpal berkata selaku pengerusi kebangsaan, beliau tidak layak mengarahkan Ooi untuk meminta maaf tetapi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti (CEC) boleh memberikan arahan sedemikian. "Tapi ingin saya tegaskan di sini, jika Ooi enggan meminta maaf CEC boleh memberikan arahan kepada beliau," terangnya lagi. Ooi mengeluarkan kenyataan "kucing kurap" pada 16 November setelah tidak berpuas hati dengan pegawai MPPP yang tidak dapat membekalkan beliau data mengenai isu penjaja haram di pasar Jelutong. Ooi mengaku telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Walaupun dikritik dan digesa oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakannya sendiri daripada Pakatan Rakyat, ahli politik Barisan Nasional dan organisasi bukan kerajaan untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, ahli parlimen DAP dua penggal tersebut enggan mengalah. Kemudian, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memuji Ooi kerana meminta maaf tetapi menggesa beliau agar menuruti nasihat ketua negeri parti tersebut, Chow Kon Yeow. Beliau berkata kenyataan Chow mengenai perkara itu mencerminkan pendirian DAP dan kerajaan negeri. "Ooi tidak boleh mengatakan dia hanya mendengar cakap Karpal sahaja. Dia tidak menghormati parti dengan cara ini," katanya. Lim berkata perkara tersebut dibangkitkan kerana Chow dilihat tidak berpuas hati dengan sikap Ooi dalam perkara tersebut. "Saya juga rasa sedikit tidak baik," kata beliau yang disambut dengan tepukan dan ketawa. – 1 Disember 2013. P/s: Menurut HD, pada 24 Nov lepas, Ooi mengaku memberikan label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP pada 16 Nov atas alasan kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu. "You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," kata Ooi. Apa makna mohon maaf kalau nadanya ego dan tidak ikhlas? Jeff Ooi kena ingat PRU14 nanti dia akan berhadapan dengan rakyat untuk menagih undi. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan