Ahad, 1 Disember 2013

Addin

Addin


Berita Yang Tak Mahu Di Dengari Pemimpin Umno BN

Posted: 01 Dec 2013 08:09 AM PST

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 3 akan dibentangkan di Parlimen esok.Menurut kenyataan Ketua Audit Negara hari ini, laporan tersebut adalah mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2012 serta aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Menurut kenyataan itu, pada hari yang sama, Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat berhubung dengan isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen.

Laporan itu antara lain mengandungi perkara Mengesahkan Penyata Kewangan pihak yang diaudit seperti 419 dari 458 penyata kewangan kerajaan dan agensinya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran."Sebanyak 23 penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

"Baki 16 penyata kewangan masih dalam proses pengauditan," menurut kenyataan itu.Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh perkara Prestasi Kutipan Hasil Persekutuan, antara lain Kerajaan Persekutuan telah mengutip hasil berjumlah RM207.913 billion pada 2012, meningkat RM22.494 bilion berbanding RM185.419 bilion pada tahun 2011.

Laporan itu turut menyentuh perkara Pengauditan Prestasi Terhadap Program / Aktiviti / Projek Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri.Ia memberitahu sebanyak 47 pengauditan prestasi dan 17 pengauditan pengurusan Syarikat Kerajaan lagi telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 3 yang memberikan ulasan dan tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Kandungan laporan itu dan sinopsisnya boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Negara di alamat www.audit.gov.my mulai esok.Sebarang pertanyaan lanjut atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Cakera padat yang mengandungi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 serta Laporan Maklum Balas oleh Perbendaharaan Malaysia akan turut diedarkan kepada pihak media di Parlimen.

Dilaporkan sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri, dibentangkan dalam tiga siri.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober lepas selepas mendapat perkenan Yang diPertuan Agong. ~bernama

Iklan C (ii)







(Gambar) Pelakon Utama "The Fast And The Furious" Maut Kemalangan

Posted: 01 Dec 2013 12:34 AM PST

Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem "The Fast and the Furious" maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.

Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.




Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker membintangi beberapa siri filem "The Fast and the Furious" bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel. ~sh





Iklan C (ii)





Fenemona Terbaru Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 Nov 2013 10:34 PM PST

Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama "Band Boy". Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.

Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik.

Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang "Otai Punk" yang telah menghilangkan diri selama lima tahun. Setelah lima tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.

Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendapat sambutan golongan muda di seluruh negara. Menyedari hakikat ini usaha Peirre Andre mengarah filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" adalah usaha menarik golongan muda menonton filem dakwah itu.

Sekali lagi David Teo menerbitkan filem dakwah, "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" lakonan Shiro yang memenangi Raja Lawak dahulu. Semalam (28 November) filem itu mula ditayangkan ke seluruh negara. Saya yang menontonnya di Midvalley tak tahan ketawa berdekahdelah melihat gelagat Shiro.

Dari awal penyertaan Shiro dalam Raja Lawak, saya sudah ramal mereka akan menjadi Raja Lawak. Terbukti ramalan saya itu apabila mereka dinobatkan Raja Lawak 2012. Ini adalah filem pertama mereka.

Filem arahan Pierre Andre ini adalah yang terbaru selepas Highland Towers yang mengutip sebanyak RM3 juta. Saya yakin filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" akan mengutip lebih dari RM2 juta kerana ramai anak-anak muda yang meminati UAI akan menonton filem ini.

Ustaz Azhar hanya muncul sekejap sahaja dalam filem ini tetapi dengan gaya bersahaja Ustaz Azhar kelakar macam Shiro juga.

"Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Pada keseluruhannya, filem komidi arahan Pierre Andre ini boleh tahan mengajak golongan muda kembali kepada agama. Dengan kemunculan UAI sudah parti ramai peminatnya akan mengunjungi pawagam. Tahniah Pierre Andre. ~fmt





Iklan C (ii)




Proton Perdana Baru Hanya Ciplak Honda Accord Lama?

Posted: 30 Nov 2013 07:12 PM PST

Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek 'rebadge', tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. 

Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.

'Rebadge' merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris, yang bermaksud melancarkan sesuatu produk di bawah jenama atau logo baharu.

Dalam dunia automotif, Proton cukup dikenali dalam menghasilkan produk-produk 'rebadge' berasaskan kenderaan keluaran Mitsubishi.

Kali terakhir Proton mengeluarkan model kereta baharu yang dijenamakan semula ialah melalui pengenalan model Proton Inspira yang dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2010, sebuah model sedan dalam segmen C yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer.

Terkini, Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek 'rebadge', tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.

Sebelum ini kita sudah melihat 'spyshot' model pengganti Proton Perdana iaitu sebuah Honda Accord berwarna hitam dengan logo Proton yang ditutup sedang menjalani ujian di jalan raya, dan kini giliran gambar rasmi Perdana-Accord baharu pula bocor di internet.

Gambar di atas dengan jelas menunjukkan itulah Proton Perdana baharu yang sebenarnya adalah model Honda Accord generasi ke-8 yang menggunakan logo Proton.

Proton masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bilakah model Perdana baharu versi 'rebadge' Honda Accord ini akan dilancarkan, namun jangkaan sebelum ini menyebut pelancarannya akan diadakan dalam bulan Disember 2013 akan datang.

Jadi mana-mana rakyat yang sudah beli kereta Honda Accord generasi ke-8 bolehlah di anggap sebagai rakyat yang cukup patriotik!! ~omakkau







Iklan C (ii)



Tiada ulasan: