Jumaat, 6 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Banjir : Sumbangan anda diperlukan [7/12/13]

Posted: 06 Dec 2013 08:45 PM PST

Kenyataan Terbuka
7 Disember 2013

Trip Ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan: SAMM Akan Berkampung di Sg Isap

SAMM meneruskan usaha membantu mangsa banjir yang masih serba kekurangan di Kuantan. Antara barangan yang kritikal diperlukan ialah selimut, baju dalam dan lampin pakai buang, selain makanan dalam tin dan air mineral.

Trip ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan akan mula bertolak ke Kuantan bermula sekitar jam 10 malam. Kali ini, 2 pasukan dari 3 pusat pengumpulan akan menuju ke Kuantan. Pusat pengumpulan barangan mangsa banjir adalah seperti berikut;

Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di N.Sembilan
Lokasi: Dataran Senawang (Berhadapan Maybank)
Masa: 11 pagi hingga 3 petang (hari ini)
Penyelaras: Sani Md Shah (012-9781707) dan Nizam Adzmi (012-6937908)

Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di P.Pinang
Lokasi: Depan Queensbay Penang
Masa: 3 petang – 6 petang (hari ini)
Penyelaras: Isa Sanusi (0195522713) dan Faizal AB Rahman (013-4359600)

Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di Kuala Lumpur
Lokasi: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru
Masa: 6 petang – 10 malam
Penyelaras: Ilyana Rosli (019-2314161)

Untuk pengetahuan, bantuan kali ini juga akan cuba disampaikan terus ke mangsa banjir di daerah Kemaman. Namun difahamkan jalan masuk ke Kemaman telah tenggelam, dan pihak SAMM Kemaman akan menunggu pasukan Save4Kuantan di sekitar mukim Geliga untuk mengambil barangan bantuan sebelum disampaikan ke pusat mangsa banjir di Kemaman.

SAMM menyeru orang ramai yang berkemampuan ingin memberikan bantuan berbentuk barangan, sila hadir di pusat pengumpulan seperti tertera dalam kenyataan ini pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak kami tidak boleh menunggu kerana bantuan akan terus dihantar mengikut jadual.

Dalam Misi Kemanusiaan kali ini, SAMM akan berkampung di Sg Isap dan akan bersama orang ramai untuk membersihkan kawasan yang sudah reda banjirnya. Justeru, pihak SAMM amat memerlukan 'pressure-pump' water jet untuk usaha pembersihan pasca-banjir. Sila hubungi kami segera bagi yang ingin menginfak atau meminjamkan alatan tersebut.

Misi kemanusiaan Save4Kuantan ini adalah usaha kelolaan SAMM dan sekutu dengan inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada 012-6937908).

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Banjir : Lebih 38,000 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang

Posted: 06 Dec 2013 07:37 PM PST

KUANTAN: Sebanyak 117 pusat pemindahan banjir masih dibuka dengan menempatkan 38,099 mangsa daripada 10,849 keluarga di lapan daerah di Pahang yang terjejas akibat banjir pagi ini. 

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan setakat jam 9 pagi ini membabitkan daerah Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut, Rompin, Maran, Lipis dan Bera.


Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,880 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 


Katanya, di Pekan 3,464 mangsa ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh (839 orang di 22 pusat pemindahan), Jerantut (392 orang di 10 pusat pemindahan), Maran (183 orang di lima pusat pemindahan), Rompin (172 orang di empat pusat pemindahan), Bera (116 orang di lapan pusat pemindahan) dan Lipis (53 orang di empat pusat pemindahan). 

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat dan Kilometer 14 Jalan Temerloh-Bahau. - BERNAMA



  • Banjir johor
 1 / 1 
JOHOR BAHRU - Sejumlah 1,633 mangsa banjir daripada 426 keluarga di Johor masih berada di pusat pemindahan di lapan daerah di negeri ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata, setakat pukul 10 pagi ini, kesemua mangsa di Johor Baharu, Kulaijaya, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Ledang dan Segamat itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan.

"Seramai 566 mangsa berada sembilan pusat pemindahan di Segamat, Batu Pahat (422 mangsa, lima pusat pemindahan), Pontian (401 mangsa, tiga pusat pemindahan), Kota Tinggi (97 mangsa, dua pusat pemindahan), Johor Baharu (65 mangsa, satu pusat pemindahan), Kulaijaya (54 mangsa, satu pusat pemindahan), Kluang (20 mangsa, satu pusat pemindahan) dan Ledang (lapan mangsa, satu pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi.

Jurucakap itu berkata antara kawasan yang masih terjejas di Segamat ialah Kampung Sanglang, Kampung Paya Dalam, Kampung Awat, Kampung Pogoh 2, Kampung Batu Badak, Kampung Tandong dan Kampung Spang Loi.

Di Batu Pahat pula melibatkan Koris, Kampung Parit Haji Kamisan, Sungai Suloh, Parit Lapis serta Kampung Linau Kechil.

Di Kota Tinggi, kawasan yang terjejas adalah Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat; Pontian melibatkan Parit Stan dan Tampuk Laut; Ledang melibatkan Kampung Kundang Ulu; Johor Baharu melibatkan Kampung Nong Chik; Kluang melibatkan Kampung Melayu Batu 4 dekat Paloh manakala Kulaijaya melibatkan Kampung Baru Sengkang. - Bernama

Kuala Terengganu pula dilanda banjir

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.
Secara umumnya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini mula berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.
Di Dungun, jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 4,101 orang daripada 1,000 keluarga apabila hampir 240 orang dibenarkan pulang lewat malam tadi.
Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.
Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.
Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga telah dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. - Bernama, 7 Disember, 2013.


UMNO hanya layak perintah sebuah Pulau Terpencil sahaja..!!!

Posted: 06 Dec 2013 05:15 PM PST

 7 Disember 2013


Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme, incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar dari kegilaan mereka? 

Ini bukti yang sangat nyata, UMNO tidak ada kepimpinan dan Najib sebenar nya seorang pemimpin yang kosong lagi lemah. Jika ibarat UMNO itu sebuah kapal, anak2 kelasi kena tukar nakhoda supaya kapal selamat.
Apa sudah jadi kepada wasatho dan wasathiyah?

Cakap2 seperti 1Melayu, cipta jutawan Melayu, peduli apa orang anggap kita rasis semua cakap orang bodoh. Kalau duduk atas pulau berasingan, layak. Sebagai seorang Melayu saya sudah nyatakan kalau serius mengapa tidak beri setiap Melayu yang layak sumber pengkayaan secara lansng? Kenapa beri kepada yang terpilih, orang dan institusi pertengahan?  Kenapa kita mahu mengulangi strateji yang salah? Kerajaan beri RM54 billion saham, sibingung UMNO jual RM52 billion dan hanya tinggal RM2 billion. Senaraihitamkan semua penerima yang menjual saham ini dan haramkan mereka mendapat apa apa lagi.

Kenapa beri Vincent Tan ribuan ekar tapi orang Melayu nak dapat 2 ekar pun susah? Mengapa tidak merdekakan tanah reseb Melayu supaya pemilik tanah reseb Melayu miliki tanah yang berharga tinggi. Jika jual mereka boleh jadi jutawawan.

Mengapa mahu tetapkan ekwiti sebanyak 67% sedangkan orang Melayu hanya 50% lebih sahaja. Yang menjadikan sampai 67% termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengapa UMNO tidak perincikan Bumiputera Melayu berapa dan Bumiputera Sabah dan Sarawak berapa? Jika ikut prinsip ini, maka KM Sabah sepatutnya Kadazan, dusun atau murut. Demikian juga di Sarawak. Lebih baik tetapkan mengikut peratusan ethnic pada setiap lokasi.

Mengapakah orang Melayu( kalau UMNO tidak mahu tidak mengapa) tidak lagi sedar bahawa tidak ada siapa yang boleh mengancam kedudukan orang Melayu. Cina hanya 24% secara keseluruhan. Mustahil mereka dapat mengatasi dari segi jumlah kerusi.  Hampir semua lapisan pimpinan dalam negara ini orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya, menteri majority Melayu, KSN2 nya( kecuali baru sekarang mamak India), KSU2 nya, MB2 nya, SS nya, DO2 nya , pengarah2 jabatan, penghulu2 nya dan ketua2 Kampung senya- semua Melayu berkulit sawo matang. Askar dan tentera nya, semua Melayu. Perlembagaan pun melindungi kedudukan Melayu.

Jadi siapa yang boleh ancam Melayu? UMNO yang mereka reka dan mencipta cerita seram. Amat benar kata Tun Daim, orang Melayu suka baca cerita hantu dan seram. Minda orang melayu adalah minda tahap majallah Mestika. Melayu UMNO lah.

Orang UMNO patut berterima kasih kepada DAP dan PAS. Kerana ujud mereka, maka UMNO ada modal mengesahkan keujudan UMNO. Ada PAS dan DAP lah pemimpin UMNO dan perwakilan ada modal mengesahkan kerelevenan mereka. Jika PAS dan DAP tidak ada, sudah tentu sasaran perwakilan ialah kepimpinan, rasuah dan ketidakadilan pimpinan UMNO. Nahas Najib dan geng2 nya.

PM Najib lupa berterima kasih kepada Anwar Ibrahim sebab kalau Anwar Ibrahim tidak ada masaalah, Najib tak jadi PM. Malah ketika dalam jawatan naib presiden lagi, jika saya faham budaya UMNO, dia sudah ditamatkan riwayat.

Jika kita dengar ucapan2 pemimpin dan perwakilan UMNO, kita akan rasa UMNO ini hanya layak memerintah sebuah pulau kecil yang semua nya ahli UMNO sahaja. UMNO tak layak perintah Malaysia. jika UMNO suka, mereka boleh tinggalkan Semenanjung berpindah semua ke Pulau Langakawi, Tioman dan pulau2 di Sabah sana. Binalah kerajaan semua
 suka-suka semua disana.

Malah yang kedengaran siuman pula ialah Mukhriz Mahathir yang menyatakan UMNO tidak boleh mempromosi 1Melayu. KJ pula yang nampak bodoh apabila mencanggahi kenyataan supaya UMNO progresif tapi mengekalkkan fundamentalisme nya. fundamentalism UMNO ialah ekstermisme Melayu. Lagi Melayu lagi UMNO.

Politik masa depan adalah politik keterbukaan, berkerajaan atas prinsip undang2 dan demokrasi. UMNO yang tidak adapt akan musnah. Kaitan nya dengan orang Melayu ialah: jika orang Melayu mahu berjaya, mereka mesti menolak UMNO. - Ariff Sabri

"Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung," Leina Hangat

Posted: 06 Dec 2013 03:46 PM PST

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Leina mengakui semakin bahagia dengan kehidupannya kini.
PETALING JAYA: Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai.
Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu.
"Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Dalam perkembangan sama, Leina berkata, dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari semua segi selepas memakai tudung.
Jelas Leina, dia masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah.
"Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.
"Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu," katanya.
Mengimbau mengenai kehidupannya dahulu, Leina berkata walaupun sedih namun menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran besar sehingga membuatkan dia tersedar.
Malah kata Leina, dia enggan menoleh ke belakang mengenangkan zaman jahiliahnya tetapi menggunakan kesempatan diberikan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.
"Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi.
"Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan," katanya.
Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.
Sehingga kini dia masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun dia lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
"Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung," ujarnya.- mStar

WWW 1 - YB Nizar menang lawan Utusan

Posted: 06 Dec 2013 04:31 AM PST

WWW1: Mahkamah tolak rayuan Utusan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dibuat oleh Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembidaan plat WWW1.
Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.
Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak responden adalah benar bahawa Utusan telah memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar menerusi laman Twitter beliau bertarikh 28 Mei 2012.
Mahkamah juga memutuskan bahawa penulis berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar itu tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang telah dinyatakan olehnya.
Penulis berita tersebut juga didakwa tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul dengan tidak bertindak cermat didalam melaporkan berita berhubung isu tersebut.
Mahkamah rayuan juga turut mengarahkan Utusan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM20,000.
Mohammad Nizar telah diwakili oleh dua peguamnya Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim melaui tetuan Awi & Co manakala Utusan telah diwakili oleh Datuk Firuz Hussien dari firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. - Harakahdaily


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=108622:www1-mahkamah-tolak-rayuan-utusan&Itemid=2#ixzz2mhHws68A
Follow us: @MsiaChronicle on TwitterW

[Video] UMNO :Penipu Nombor 1

Posted: 06 Dec 2013 02:55 AM PST

Tiada ulasan: