Sabtu, 7 Disember 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Untuk Jadi Menteri Di JPM Kena Jadi Pengampu Dan Penipu?

Posted: 07 Dec 2013 12:50 AM PST


Malaysia terbaik urus banjir

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.

Menurut beliau, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.

"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai kesiapsiagaan kerajaan terutama dari sudut menyediakan bekalan makanan ketika menghadapi bencana banjir.

Sebelum itu, menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai cadangan pembinaan pusat pemindahan banjir, Shahidan memberitahu, penggunaan sekolah sebagai pusat pemindahan banjir adalah amalan biasa di negara ini.

Katanya, daripada sebanyak 4,969 pusat pemindahan banjir yang didaftarkan, sebanyak 46 peratus atau 2,331 pusat adalah sekolah manakala selebihnya merupakan kompleks penghulu, pusat komuniti dan sebagainya.

"Pembinaan pusat pemindahan banjir baharu yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana," katanya.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah menetapkan standard pembinaan setiap sekolah baharu dilengkapkan dengan bilik mandi dan tandas untuk menampung keperluan sebagai pusat pemindahan bencana seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Standard pembinaan itu, tambahnya, sudah dilaksana di sekolah-sekolah di Johor, Melaka, Perak serta Kedah dan akan diteruskan di negeri-negeri lain. -um


Malaysia wajar contohi negara lain dalam pengurusan banjir



KUALA LUMPUR 6 DIS: Malaysia harus mencontohi Thailand dan Jepun dalam pengurusan banjir dan penempatan mangsa, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kerajaan pusat dan juga Majlis Keselamatan Negeri seharusnya bersedia dengan sepenuhnya menghadapi bencana ini kerana ia melanda saban tahun.

"Peruntukkan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk rakyat bagi menghadapi masalah ini tidak berguna jika tiada koordinasi dan pengurusan yang efektif," kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengatakan bahawa sistem pengurusan banjir di negara kita antara yang terbaik di dunia, termasuk berbanding Amerika Syarikat.

"Tapi sebaliknya yang berlaku ketika banjir besar melanda negara kita baru-baru ini. Bukan sahaja bantuan lambat, tetapi mangsa banjir juga ditempatkan di pusat yang turut dinaiki air.


"Adakah disebabkan kawasan Kuantan dan Indera Mahkota di bawah Pakatan Rakyat, maka bantuan lambat dihulurkan? soal Shamsul.

Terdahulu, Shamsul melancarkan skuad khas AMK yang terdiri dari 50 anggota dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan negeri-negeri pantai timur.

Skuad khas AMK turut menyediakan empat buah bot disamping bantuan lori 10 tan yang terdiri dari makanan dan barangan keperluan asas.
-KD




ULASAN GB

Munkin sudah menjadi satu syarat tidak rasmi untuk menjawat jawatan Menteri Di JPM untuk sepejabat dengan Najib... kena banyak ampu dan menjadi penipu.

Dahulu begitulah cara dan tindakan Nazri Abd Aziz, kini giliran Shahidan Kassim.

Betul atau tidak kenyataan usah banyak soal, yang penting ampu Najib, ampu Rosmah, tipu rakyat.

[VIDEO & GAMBAR] 3 Lamborghini Terbakar, Usianya Lebih 12 Tahun?

Posted: 06 Dec 2013 07:45 PM PST


Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi semalam.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.




ULASAN GB

Sebelum ini MIROS membuat kenyataan bahawa kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Apakah 3 buah kereta Lamborghini di atas berusia lebih 12 tahun? Hukum kebenaran dan keadilan menolak kenyataan MIROS berkenaan. Bahawa angkubah kemalangan bukan berkait kepada faktor usia kereta.

[BERGAMBAR] Lihat Dulu, Siapa Yang Sebenarnya Membuat Kenyataan Bangsat?

Posted: 06 Dec 2013 05:01 PM PST


Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.

"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.

"Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau.

Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana.

Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini.

"Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini?

"Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. -mk

ULASAN GB

Shahrizat menuduh "... Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana,"

Kenyataan di atas benar-benar satu fitnah yang amat nyata. Saksikan foto-foto di bawah ini:-















Sekarang siapa sebenarnya yang membuat kenyataan yang BANGSAT? Memfitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana ternyata satu kenyataan BANGSAT.

Tiada ulasan: