RAKYAT MARHAEN |
- 'Tak duduk minum teh pun boleh muzakarah' - Muslimat PAS kepada Wanita Umno
- PAU2013: 'Songket dedah pemakainya dara atau janda...'
- Putrajaya perlu pertimbang keputusan kalimah Allah kerana bertentang Al-Quran, kata sarjana Amerika
- PRU14 jadi “Tsunami Kristian” jika tujuh ancaman kepada Melayu-Islam tidak ditangani - Perkasa
- Belajar dari Denmark, negara paling bersih rasuah
- Same old, same old when Umno talks about “ekonomi Melayu”
- Adakah muzakarah PAS-Umno akan berlaku?
- Hidup 1Melayu!
- Lebih 38,000 mangsa banjir Pahang berteduh di pusat pemindahan
- Anak muda bosan isu muzakarah
- Banjir: Punca Bantuan Lewat Dihantar...Tunggu Beg Siap Dicetak...!!!
- PAU2013: Meritokrasi, kuota tidak untungkan Melayu
- PAU2013: Selepas tiga hari perhimpunan, Umno semakin hilang sentuhan
- Wajah UMNO Sebenar...!!!
- Anwar, the Lone Ranger?
- Pakatan looks jaded and tired
- UMNO hanya layak perintah sebuah Pulau Terpencil sahaja..!!!
- DAP, PKR PAS difitnah tak apa asal jangan UMNO...Hebatkan..!!!
- PAU2013: Rakyat tanya, apa lagi naik lepas ini, kata perwakilan Umno Kedah
- Kena Taubat Dan Bangsat: Dulu boleh la ko temberang dan cakap belit bung dan kak jat ooi, skrg zaman youtube...!
- ANTARA DUA DARJAT: PAU2013 DAN RAKYAT JELATA DILANDA MUSIBAH
- Bung Mokhtar Dan Kak Jat Patut Malu Melihat Gambar2 ni...siapa yang bangsat dan kena bertaubat....!!!
- Setiausaha Agung PKR nafi Hamas mula inisiatif dialog BN-Pakatan
- Lawan cukai tanah, bantah GST
- IS UMNO AN INTELLIGENT PARTY? Let Rosmah use govt jet, her safety is PARAMOUNT
'Tak duduk minum teh pun boleh muzakarah' - Muslimat PAS kepada Wanita Umno Posted: 06 Dec 2013 09:20 PM PST SHAH ALAM - Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keraguan dengan pelawaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memulakan muzakarah dengan sesi minum teh bersama. Siti Zailah berkata, walaupun Muslimat terbuka dengan ajakan tersebut namun niat sebenar Shahrizat masih diragui. "Kita tak mahu hanya gimik sahaja, mungkin juga gimik sahaja. "Hanya nak ambil gambar yang dimasukkan dalam akhbar atau dilaporkan media kita duduk bersama minum teh, tetapi tak ada sebarang perbincangan atau penyelesaian. "Lagipun saya 'kenal' benar dengan Shahrizat, sudah lama kenal, saya selalu bertembung dengan dia di Parlimen," katanya kepada Sinar Harian Online. Terbaru, Wanita Umno menyatakan kesediaan untuk memulakan langkah pertama bermuzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini selesai. |
PAU2013: 'Songket dedah pemakainya dara atau janda...' Posted: 06 Dec 2013 09:18 PM PST Perwakilan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencuit hati hadirin sewaktu perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno 2013 pagi ini. Read More / Baca Lagi >>Arifin menceritakan tentang adat pakaian Melayu yang mempunyai maksud tersirat. Beliau memberi contoh pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan kain songket. Menurut beliau, baju kurung dinamakan sedemikian kerana ia 'mengurung' pemakainya supaya bertepatan dengan syariat Islam. "Kalau pakai samping pula, jika sampingnya atas lutut kalau bujang, bila sudah kawin samping bawah lutut. Jika Ulama, satu pelempang bawah lutut, jika dia orang bergelar (kenamaan) tiga pelempang bawah lutut," kata beliau. Beliau menambah cara wanita memakai songket turut mencerminkan status pemakainya. "Songket kalau wanita pakai, kepala kain di hadapan, dia seorang perempuan bujang, kalau kepala songket di belakang, seorang wanita berkahwin, sebelah kanan orang bergelar, kiri seorang janda," tambahnya, menyebabkan Pengerusi Tetap, Tan Sri Amiruddin Badalrudin tergelak besar. |
Putrajaya perlu pertimbang keputusan kalimah Allah kerana bertentang Al-Quran, kata sarjana Amerika Posted: 06 Dec 2013 09:15 PM PST Sarjana Islam terkenal dari New York yang juga pemimpin masyarakat menggesa Putrajaya memandang serius keputusan melarang penganut Kristian menggunakan kalimah Allah kerana bertentangan dengan ajaran Al-Quran. Imam Shamsi Ali berkata kepada The Malaysian Insider, sebagai umat Islam, beliau tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Rayuan kerana "meremehkan kebesaran Tuhan". "Keputusan itu merendahkan kekuasaan Tuhan Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Esa dan Tuhan kepada 1.5 bilion penduduk dunia," katanya yang menyebut keputusan itu mengehadkan Tuhan hanya kepada orang Islam. Beliau berkata demikian semasa menghadiri Konvensyen Keamanan Global 2013 di Kuala Lumpur. Sebahagian 400 peserta dari 40 buah negara menghadiri konvensyen empat hari itu yang bertemakan "Perpaduan dalam Kepelbagaian: Membina Keutuhan Sosial melalui Aspirasi Sejagat, Prinsip dan Nilai". Topik yang dibincangkan termasuk "Etnik global untuk masyarakat sederhana dan menyeluruh", "Bagaimana generasi muda hari ini membentuk dunia hari esok" dan "Bagaimana globalisasi memberi kesan kepada institusi kekeluargaan". Mengulas lanjut, Shamsi berkata surah pertama dalam Al-Quran tidak menyebut tuhan orang Islam atau raja orang Islam tetapi disebut sebagai Tuhan sekalian alam dan Raja Manusia. "Maka apabila kerajaan mengehadkan Tuhan kepada orang Islam sahaja, secara asasnya bertentangan dengan ajaran Al-Quran yang bersifat sejagat," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PRU14 jadi “Tsunami Kristian” jika tujuh ancaman kepada Melayu-Islam tidak ditangani - Perkasa Posted: 06 Dec 2013 09:14 PM PST Zulkifli menggariskan tujuh ancaman kepada survival perjuangan Melayu-Islam di Malaysia iaitu parti Pakatan Rakyat (PR), Singapura, badan bukan kerajaan (NGO) liberal, gerakan Kristianisasi dan Melayu liberal. "Kalau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilabel sebagai 'Tsunami Cina', saya tidak terkejut sekiranya PRU14 kelak akan menjadi 'Tsunami Kristianisasi'," katanya dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. "Sikap perwakilan DAP menjerit 'boo' kepada Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi apabila dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas keceluparan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan gelaran 'kucing kurap' membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini. "Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan! Ingat semula kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai 'anjing Umno' cukup membuktikan sikap cauvinis, ekstremis dan pelampau perkauman mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Belajar dari Denmark, negara paling bersih rasuah Posted: 06 Dec 2013 07:12 PM PST Muhammadd Imran IsmailSenarai tahunan yang dikeluarkan pertubuhan itu sering dijadikan kayu ukur kepada parti politik, pihak polis, sistem keadilan dan perkhidmatan awam dalam mengukur tahap dan usaha memerangi rasuah bagi sesebuah negara. Perkataan rasuah mungkin memberikan konotasi dan maksud yang berbeza-beza. Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Malahan, perkataan "rasuah" itu sendiri berasal daripada perkataan arab yang berbunyi "al-risywah" yang bermaksud "suap". Purata markah indeks rasuah seluruh dunia adalah 43 dengan hampir 70% negara di dunia ini mendapat kurang daripada 50 markah. Pencapaian dan peningkatan kecil yang diperolehi tidak bermakna Malaysia sudah boleh berpuas hati dan mendabik dada. Kita seharusnya menoleh ke arah negara yang berada unggul di tangga teratas dalam senarai tersebut. Denmark dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan 91 markah iaitu hampir bersih daripada gejala rasuah. Sememangnya adalah tidak wajar kita membandingkan Malaysia dengan Denmark. Negara Skandinavia itu jelas mempunyai saiz negara lebih kecil dengan bilangan penduduk hanya 5.6 juta orang, dan mempunyai KDNK per kapita jauh lebih tinggi. Tetapi, adalah wajar untuk kita mengambil ibrah serta telusuri kenapa dan bagaimana negara tersebut secara berterusan berada di kelompok teratas sebagai negara hampir bersih rasuah sejak Indeks Persepsi Rasuah mula diperkenalkan pada tahun 1995. Sejarah Denmark dalam memerangi rasuah Untuk belajar cara Denmark menangani rasuah, kita haruslah membelek lembaran sejarah sejak tahun 1860. Sewaktu pemerintahan Raja Christian VII dan diikuti oleh anaknya Raja Frederik VI, negara Denmark sudah mula memperangi korupsi. Tindakan keras secara seksaan kepada pesalah dikenakan dikalangan kakitangan istana yang memberi dan menerima sogokan. Namun, Raja Frederik VI mendapati undang-undang secara keras tersebut tidak dapat mengurangkan kadar rasuah, lalu Raja tersebut meningkatkan gaji pekerja di samping memberikan pencen yang berpatutan. Raja Frederik VI berpendapat punca rasuah terjadi adalah kerana gaji yang diterima oleh pegawai istana terlalu rendah dan juga disebabkan peri kehidupan yang daif. Sementelahan itu, Raja tersebut turut mengambil pemeriksa dari luar untuk memeriksa akaun negara dan membenarkan kebebasan kepada rakyat untuk bersuara bagi mendedahkan sebarang kejadian rasuah. Secara tuntasnya, kita boleh lihat sejak 150 tahun yang lampau, negara Denmark sudah mula mengambil prakarsa bagi membendung gejala rasuah yang nyata boleh membobrokkan sesebuah negara dan hasilnya boleh dilihat kini. Ini kerana, tempoh waktu yang singkat sudah tentu tidak mampu mengubah amalan korupsi yang telah menjadi kudis dalam masyarakat dalam sekelip mata. Pemerintahan dan pentadbiran yang telus Read More / Baca Lagi >> |
Same old, same old when Umno talks about “ekonomi Melayu” Posted: 06 Dec 2013 07:09 PM PST The preamble to the resolution on economics at this year's Umno general assembly stated that it would be different from the previous years. Yet after former second finance minister Datuk Seri Awang Adek Hussein finished his speech, the journalists who've covered past assemblies rolled their eyes, as they tried to dig out what was new. Much of Awang Adek's seven-point speech was about demands for quotas, loans and openings in the government machinery and government-linked companies (GLCs) for Bumiputeras. That is, Malay entrepreneurs' demands that are always expressed whenever the Umno grassroots meet to talk about the future of the Malay economy. It's a familiar ritual: Umno tells the government that more loans need to be given and more contracts are needed to develop Malay small and medium enterprises. Failure to do so would make the Malays "slaves in their own lands" to "foreign races" which is a code word for non-Bumiputera Chinese (and sometimes Indians). This time, delegates justified the help for Malays and Bumiputeras on the grounds that they were the ones who handed Umno its 88 seats and returned Barisan Nasional to power. Yet many of the speakers who debated the economics resolution don't seem to realise that they are trampling over familiar ground. More importantly, why despite all that was done by three presidents and prime ministers, starting with Tun Dr Mahathir Mohamad to develop Malay entrepreneurs, has Umno still not reached its 30% wealth share target? Read More / Baca Lagi >> |
Adakah muzakarah PAS-Umno akan berlaku? Posted: 06 Dec 2013 06:55 PM PST Dato' Phahrolrazi Mohd ZawawiIsu muzakarah PAS-Umno tercetus semula apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa memberi ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam baru-baru ini menyatakan kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno. Apa yang tersirat dalam pemikiran Presiden PAS menyebabkan beliau mengulangi perkara ini ? Sedangkan kita sedia maklum muzakarah PAS-Umno telah disebut lebih dua dekad lalu tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. Adakah kali ini akan menjadi kenyataan ? Ia sukar diramal kerana sehingga kini kedua-dua pihak PAS dan Umno sekadar mengeluarkan kenyataan untuk siaran media tetapi belum ada tindakan susulan iaitu rundingan wakil kedua-dua pihak mengatur untuk majlis ini berlangsung. Kenapa begitu sukar sekali untuk PAS dan Umno duduk semeja bermuzakarah mengenai kemaslahatan Umat Islam ? Pertama, sebagai pertubuhan politik PAS dan Umno tidak boleh lari daripada mengambil kira kepentingan politik dalam apa sahaja tindakan lebih-lebih lagi kedua-duanya bertarung di atas gelanggang yang sama. Hampir semua kawasan pilihan raya PAS bertanding menghadapi Umno cuma Umno menggunakan lambang dacing bagi mewakili Barisan Nasional (BN). Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 06 Dec 2013 06:53 PM PST Jika tidak berhati-hati, slogan "1Melayu" dan frasa "Sunnah wal Jannah" akan dimanipulasi ultra kiasu. Mungkin Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan wanita anggun, Datin Seri Rosmah Mansor terkejut dan kecewa dengan "sokongan terbuka" yang saya berikan terhadap gesaan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang itu. Sebenarnya, slogan "1Malaysia" diperkenalkan dalam keadaan "separuh masak" pada April 2009. Atas sebab itulah juga sehingga kini tidak ada seorang pun anggota Kabinet dan pemimpin parti-parti komponen BN yang akan mampu menjelaskan secara tepat apakah makna sebenar slogan tersebut. Atas sebab itulah juga seawal 19 Oktober 2010, apabila ditanya orang, saya akan mengatakan bahawa saya lebih memilih "7Malaysia". Lalu orang akan bertanya "Mengapa 7Malaysia, sedangkan ada satu negara Malaysia sahaja?" dan saya akan menjawab "Mengapa pula perlu meletakkan angka 1?" Maka akan berhujahlah orang-orang yang "separuh masak" bahawa slogan "1Malaysia" menggambarkan semangat "rakyat Malaysia yang bersatu-padu" dan entah apa-apa lagi ayat-ayat retori tanpa makna. Sebahagian hal ini (termasuk laporan di akhbar) ada saya dokumentasikan di blog. Jika benarlah segala hujah itu, mengapa pula Musa tiba-tiba tampil "mendedahkan" konsep sebenar penggunaan slogan itu? Berdasarkan hujah wakil Pulau Pinang itu sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), slogan "1Malaysia" tidak sesuai digunakan kerana "kaum lain" gagal membantu Umno Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Kita tak payah lagi cakap 1Malaysia; tukar kepada 1Melayu. Buat apa nak tolong depa (mereka); kita tolong depa, depa tikam belakang kita," tegasnya sepertimana dilaporkan media. Read More / Baca Lagi >> |
Lebih 38,000 mangsa banjir Pahang berteduh di pusat pemindahan Posted: 06 Dec 2013 06:17 PM PST
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan setakat pukul 9 pagi ini membabitkan daerah Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut, Rompin, Maran, Lipis dan Bera. "Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,880 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Katanya di Pekan 3,464 mangsa ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh (839 orang di 22 pusat pemindahan), Jerantut (392 orang di 10 pusat pemindahan), Maran (183 orang di lima pusat pemindahan), Rompin (172 orang di empat pusat pemindahan), Bera (116 orang di lapan pusat pemindahan) dan Lipis (53 orang di empat pusat pemindahan). Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. - Bernama |
Posted: 06 Dec 2013 06:12 PM PST NIZAM ZAIN KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mendakwa golongan muda berasa 'bosan' dengan isu muzakarah yang banyak kali dicadangkan namun tiada pelaksanaannya walaupun ia mendapat maklum balas daripada pimpinan Umno-BN. Read More / Baca Lagi >>Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas lalu itu baik, namun kedua-dua pihak dilihat tidak serius untuk merealisasikannya dan isu itu terus lenyap begitu sahaja seperti sebelum ini. "Saya lihat anak muda bosan dengan isu muzakarah, berkali-kali disebut tetapi tiada pelaksanaan. "Anak muda mahu kedua-dua pihak laksanakannya dengan baik, bukan sekadar buat cadangan dan tutup tanpa penyelesaian," katanya semasa sesi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online di Pejabat Agung Pas. |
Banjir: Punca Bantuan Lewat Dihantar...Tunggu Beg Siap Dicetak...!!! Posted: 06 Dec 2013 06:05 PM PST |
PAU2013: Meritokrasi, kuota tidak untungkan Melayu Posted: 06 Dec 2013 05:47 PM PST Wakil Melaka berkata, meritokrasi hanya menguntungkan orang yang lebih kuat Beliau berkata, meritokrasi hanya menguntungkan orang yang lebih kuat. Sebagai contoh katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioinal. "Apabila perlaksanaan PTPTN ditukar dari pinjaman kepada biasiswa, 63% dinikmati oleh bukan Melayu," katanya membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini. Akbar juga meminta kerajaan membantu kaki tangan awam sebagai tanda membantu orang Melayu. Katanya, orang Melayu dalam sektor awam adalah 69% manakala sektor swasta 27%. "Kalau nak tolong orang Melayu kena tolong orang Melayu," katanya. Beliau turut menekankan supaya perkongsian kerajaan dan swasta diperkuatkan. |
PAU2013: Selepas tiga hari perhimpunan, Umno semakin hilang sentuhan Posted: 06 Dec 2013 05:40 PM PST Sepanjang tiga hari Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung, isyarat diberikan oleh parti Melayu terbesar itu adalah mereka semakin hilang sentuhan dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Di kala orang ramai dikejutkan dengan pelarasan demi pelarasan subsidi, daripada minyak, gula dan terbaru elektrik, perbahasan perwakilan Umno dalam perhimpunan kali ini memperlihatkan mereka seolah-olah tidak hidup di bumi nyata sehingga ada yang mencadangkan Putrajaya perlu melahirkan lebih banyak jutawan Melayu untuk memastikan Islam terbela. Semalam Datuk Mohd Haniff Koslan dari Umno Selangor menegaskan, jutawan di kalangan kaum Melayu masih kecil jika dibandingkan dengan kaum lain, hanya lapan orang daripada 50 jutawan (16%) di negara ini. Lebih parah lagi apabila perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya mencadangkan agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah istilah "Ahli Sunnah Wal Jamaah" bagi mengekang penularan ajaran sesat dan fahaman Syiah. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 06 Dec 2013 05:21 PM PST |
Posted: 06 Dec 2013 05:11 PM PST Narinder SinghIs Anwar courting Umno to save his own neck? Is Pakatan Rakyat shrivelling away to the point that they may loose the momentum before the next general election? With the recent moves made by their affiliate PAS in opening possibilities to Umno to form a united Malay stand in the country with Islam as the foundation and binding factor, Pakatan may well be losing their Malay support. After all how many Malays have benefited under the Pakatan umbrella, and Anwar has definitely lost significant magnetism in keeping his loyal supporters. Just take Khalid Ibrahim, the Selangor Menteri Besar for an example. Despite projecting a calm image on the front, it is obvious that he has broken ranks with his party boss, Anwar. If there was one party that took on the tide and piggy-backed Pakatan in the last general election, it is the DAP. DAP knew that with the Malays backing Pakatan, it will be a golden opportunity to get their votes, especially in grey constituencies. And that is what exactly happened. The so-called ultra-modern Malays, in particular young urbanites, were too carried away and bit the bait with all the various promises made by Pakatan for them. It was crystal clear that the Chinese tsunami did turn the tables on Barisan Nasional. And it will be foolish to dream on that they will have a change of hearts come the next general election. BN can kick MCA and Gerakan out for all you care as they will never in the next millennium be able to harness Chinese support back, no matter how much more money they throw to them. Umno and the rest of their partners may well keep their voters happy in Sabah and Sarawak. Forget about the Chinese here. They are gone for good to the DAP, not even Pakatan. As mentioned, Pakatan was just the initial catalyst that has outrun its own function by providing DAP the Chinese support. Now, that brings us to ponder what will Pakatan do when they are basically left with only non-Umno Malay support? |
Posted: 06 Dec 2013 04:59 PM PST There must be renewal, rejuvenation and a fresh approach and fresh impetus in the way of doing things. Recently though, Pakatan leaders have been finding themselves on the receiving end in the Selangor state assemblymen salary hike issue. A salary hike is okay but an increase of over 100% is difficult to be explained although it may be justified as the PKR-led Selangor state government can afford it. Still, this state government which has always boasted about its financial prudence as one of the hallmarks of its administration is now finding itself in a tough spot due to this salary hike move. What more when Pakatan has always touted that Selangor is a model of cost-conscious management and wise administration. This being the case, a too-substantial salary hike will certainly be frowned upon by some members of the public at times like this. Yes, the timing is way out indeed. Of course BN leaders are also having a field day attacking Pakatan over this issue but if the MPs' salary is also hiked up tremendously, then it is a case of pot calling the kettle black. Back to the Selangor matter, doing damage control after the pay rise is announced shows that Pakatan leaders did not act in cohesion nor was there much discussion before this move was implemented. In future any major change in policy involving administration and finance should be discussed and a general consensus be reached before implementation because blunders like this can cause fence-sitters to swing their vote towards BN. In addition to proper discussion before execution, Pakatan's plans must also be clearly explained to the citizens. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO hanya layak perintah sebuah Pulau Terpencil sahaja..!!! Posted: 06 Dec 2013 04:56 PM PST Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme, incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar dari kegilaan mereka? Ini bukti yang sangat nyata, UMNO tidak ada kepimpinan dan Najib sebenar nya seorang pemimpin yang kosong lagi lemah. Jika ibarat UMNO itu sebuah kapal, anak2 kelasi kena tukar nakhoda supaya kapal selamat. Apa sudah jadi kepada wasatho dan wasathiyah? Cakap2 seperti 1Melayu, cipta jutawan Melayu, peduli apa orang anggap kita rasis semua cakap orang bodoh. Kalau duduk atas pulau berasingan, layak. Sebagai seorang Melayu saya sudah nyatakan kalau serius mengapa tidak beri setiap Melayu yang layak sumber pengkayaan secara lansng? Kenapa beri kepada yang terpilih, orang dan institusi pertengahan? Kenapa kita mahu mengulangi strateji yang salah? Kerajaan beri RM54 billion saham, sibingung UMNO jual RM52 billion dan hanya tinggal RM2 billion. Senaraihitamkan semua penerima yang menjual saham ini dan haramkan mereka mendapat apa apa lagi. Kenapa beri Vincent Tan ribuan ekar tapi orang Melayu nak dapat 2 ekar pun susah? Mengapa tidak merdekakan tanah reseb Melayu supaya pemilik tanah reseb Melayu miliki tanah yang berharga tinggi. Jika jual mereka boleh jadi jutawawan. Read More / Baca Lagi >> |
DAP, PKR PAS difitnah tak apa asal jangan UMNO...Hebatkan..!!! Posted: 06 Dec 2013 04:51 PM PST |
PAU2013: Rakyat tanya, apa lagi naik lepas ini, kata perwakilan Umno Kedah Posted: 06 Dec 2013 04:47 PM PST Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Osman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan akan naik selepas ini. "Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun. Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik. "Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya. Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 06 Dec 2013 05:58 AM PST Bung: Saya tak persenda usul darurat Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden tidak mengaku mempersendakan rakan sejawatnya di Kuantan Fuziah Salleh ketika membuat usul melaksanakan darurat di Kuantan Rabu lalu. Malah, ahli Majlis Tertinggi Umno dari Sabah itu turut mahu Fuziah "bertaubat" kerana menipu dan sengaja mahu mendapatkan simpati. "Kenapa beliau ada di Dewan Rakyat sedangkan rakyat memerlukan beliau (di kawasan banjir). Dulu masa Lynas, beliau sanggup berminggu-minggu duduk di Kuantan untuk berdemo," kata beliau ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Menurut Bung Mukhtar, Ahli Parlimen Paya Besar, Abdul Manan Ismail yang sepatutnya membentangkan usul pada hari sama telah terus pulang ke Kuantan untuk membantu rakyat di situ. Beliau yang juga pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) turut menafikan tidak memperdulikan nasib mangsa banjir tersebut. "Sebelum Fuziah buat usul, Felcra dah hantar bantuan makanan di Kuantan saya arahkan hantar makanan tapi saya terlupa menyentuh "Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia," katanya. Portal Harakahdaily melaporkan hari ini yang Bung Mokhtar seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang. Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk. "Berdasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," Suhaimi dipetik sebagai berkata. Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar. Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas. "Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu. "Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat. "Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau. Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana. Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini. "Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini? "Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. |
ANTARA DUA DARJAT: PAU2013 DAN RAKYAT JELATA DILANDA MUSIBAH Posted: 06 Dec 2013 05:35 AM PST Inilah realiti yang tidak siapa boleh nafi ... rakyat di Kuantan dan Kemaman dua daerah yang cukup teruk dilanda banjir tetapi para perwakilan UMNO di PAU 2013 . Termasuklah para pemimpin tertinggi suami isteri anak beranak boleh ada selera makan besar di PWTC malam tadi.Apa punya hati para perwakilan dan pemimpin-pemimpin UMNO ... Langsung tidak ada rasa ehsan dan simpati langsung kepada rakyat bawahan yang sedang menderita kerana bencana banjir. Bila nak undi pandai bermuka-muka buat muka sardin seposen .. bila rakyat dilanda duka dan kepayahan langsung tidak menunjukkan rasa simpati sedih sedikit pun. |
Posted: 06 Dec 2013 05:32 AM PST |
Setiausaha Agung PKR nafi Hamas mula inisiatif dialog BN-Pakatan Posted: 06 Dec 2013 05:26 AM PST dialog diantara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR). Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan kemungkinan Khalid Mishal dari Hamas yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 sebagai pihak memulakan inisiatif Bagaimanapun menurut Saifuddin, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat malam tadi, PR sentiasa mengambil sikap terbuka cadangan mengadakan dialog dengan BN terutama dalam perkara-perkara yang berkait kepentingan rakyat dan negara. "Kalau secara kebetulan pertemuan di antara kedua mereka berlangsung di antara pertemuan Khalid Mishal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelumnya, hal ini bukanlah bermakna pemimpin Hamas tersebut memulakan inisiatif 'perbincangan' di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 06 Dec 2013 05:20 AM PST Oleh H FANSURI PENGALAMAN yang terlalu sedikit mengenai 'penjajahan bentuk baharu' di Kuala Lumpur berhubung tujuh buah kampung warisan ini bukan menafikan hak kita bagi menyelongkar bentuk penjajahan tanah dalam bentuk yang lain pula Asalnya, daripada 17 buah kampung, kini sudah tinggal 7 buah saja, begitu kata Pak Daud di Kg Puah Seberang, Sentul. Hari ini, penjajahan ini sudah hadir dalam wajah berlainan -- percukaian berganda dikenakan ke atas para penduduk kampung di ibu kota. Tanah itu aset bagi mendapat duit. Sama ada tanah itu dirompak secara sah dan terhormat dengan perundangan atas nama kemajuan dan pembangunan, atau dikenakan kadar cukai keterlaluan, maka hajat kaum kapitalis itu adalah wang. Kini, selepas Raja Nong Chik ditolak penduduk Kg Baru, maka mereka bertemu dengan musuh baru. Dan seteru baru ini didakwa kononnya kerabat diraja. Terbaru, Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam isu percukaian (cukai pintu), katanya, ia tidak akan dinaikkan dengan mendadak. Bagaimanapun, rakyat perlu hatihati. Jaminan dan janji Umno ini selalu kosong. Maka, jaminan baru ini secara tidak langsung mengundang tanggapan lain pula, iaitu cukai pintu tetap dinaikkan, tetapi ia dinaikkan secara senyap-senyap dan bukan dinaikkan secara mendadak. Apa pun, cukai itu tetap naik juga. Bezanya, cuma antara mati mengejut, ajal mendadak tibatiba atau mati perlahan-lahan tanpa sedar. Apakah tidak boleh kadar cukai itu dilaksanakan seperti biasa? Cukai pintu Read More / Baca Lagi >> |
IS UMNO AN INTELLIGENT PARTY? Let Rosmah use govt jet, her safety is PARAMOUNT Posted: 06 Dec 2013 05:17 AM PST KUALA LUMPUR - In past decades, the quality of everything in Malaysia has been on a steep downtrend. Many of the savvy have attributed this to the fact that an insular culture was spreading and the "unintelligent" were taking control of the country via Prime Minister Najib Razak's Umno party. Indeed, the ongoing Umno general assembly has given strength to this notion, with all sorts of bizarre calls being unabashedly made in the name of the Bumiputera or to be more precise, the Malays who form 70% of this classification of citizens. On Thursday, a Youth delegate told his colleagues at the Umno assembly not to be worried by criticism about how they managed to accumulate wealth beyond their means. It was a bare-faced thumbs-up for corruption. Yet Najib, who is himself dogged by scandals, maintained a deafening silence. "Don't worry if you own a Land Rover, like our Youth chief (Khairy Jamaluddin Abu Bakar), or a Porsche Cayenne, like announced just now. Don't worry. This means you have capabilities (berwibawa), can control the economy and do everything," Johor delegate Khairul Anwar Rahmat had said on Thursday. Stand-up comedy But that was not the pinnacle of foolery and more foolery at the Umno congress. Today, a delegate from the Federal Territories, Affandi Zahari told his colleagues not to bother with criticism about the lavish lifestyle and excessive spending of Prime Minister Najib Razak and his shopping-crazy wife Rosmah Mansor. "Rosmah's safety is paramount and if anything happened to her, it will only upset Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. This involves the security of his wife. If anything happened to her, it will affect him emotionally," said Affandi, who then slammed the Opposition for making such a big fuss over the issue. "She was invited and it was an official trip. If she went on a holiday, even I will be unhappy." Needless to say, he received applause from the audience, as to not clap would pit that person against the now powerful Najib faction. Morality forgotten |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan