MIMPI SENJA |
- [Video] Kerana satu khutbah, dari P.Pinang saya ditukarkan ke Pulau Ketam
- Danok Terkini [Isnin - 23/12/13
- Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk ... {ramai yg mendoakan sebegitu}
- Isteri2, jangan la buat macam ni ....
- 2 rakyat Malaysia cedera dalam letupan di Danok
[Video] Kerana satu khutbah, dari P.Pinang saya ditukarkan ke Pulau Ketam Posted: 22 Dec 2013 11:19 PM PST |
Danok Terkini [Isnin - 23/12/13 Posted: 22 Dec 2013 09:44 PM PST DANOK: Kawasan letupan bom di Hotel Oliver, Pekan Danok masih dikawal rapi oleh polis Thailand, walaupun kawasannya kembali tenang dan pulih seolah-olah tiada sebarang kejadian buruk berlaku sebelum ini. Tinjaun Bernama mendapati premis peniagaan di kawasan berdekatan letupan beroperasi seperti biasa. Gabenor Songkhla, Girisada Booncharn dijangka melawat tempat kejadian tengah pada Isnin. Lima letupan pada pagi dan petang Ahad di Padang Besar, Danok dan Sadao mengorbankan dua orang rakyat Thai sementara 25 lagi cedera. Tiada rakyat Malaysia yang dilapor terkorban. Seorang peniaga kedai makan di Pekan Danok, Adul Halim Mahmud, 51, berkata kejadian itu yang pertama kali berlaku di Pekan Danok amat memeranjatkan penduduk. Beliau berkata sepanjang 30 tahun beliau tinggal di Pekan Danok, inilah kejadian pengeboman pertama berlaku yang mempunyai motif tertentu. "Kejadian ini mungkin memberi kesan terhadap kedatangan pelancong asing khususnya daripada Malaysia ke selatan Thai," katanya. Adul Halim yakin keadaan terkawal dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi. - BERNAMA Letupan Di Danok: Saksi Lihat Kereta Terbakar, Orang Ramai Cedera BUKIT KAYU HITAM: Banyak kenderaan hangus terbakar dan dapat dilihat beberapa orang berlumuran darah ketika seorang pelancong iaitu Douglas Alexis menghampiri tapak di mana sebuah bom kereta meletup di Danok, sempadan Malaysia – Thailand. Alexis berkata, terdapat sebuah jip yang terbakar dan letupan itu telah menyebabkan tingkat bawah Hotel Oliver yang menempatkan beberapa kedai rosak teruk. "Terdapat lima hingga enam orang terbaring di atas tanah di luar hotel," katanya kepadaThe Star. Alexis, yang ketika itu dalam kunjungannya ke Danok untuk melawat isteri dan anaknya yang tinggal kira-kira satu kilometer di Roi Phat berkata, dia sedang berjalan dengan rakan-rakan kira-kira 200 meter dari hotel pada waktu tengah hari apabila dia terdengar bunyi kuat dan sesuatu seperti letupan mercun. "Pada mulanya saya fikir ia adalah bunyi tembakan, kerana terdapat kawasan sukan menembak terletak berdekatan. "Bagaimanapun, apabila saya pergi lebih dekat saya melihat bangunan hotel dan kawasan sekitarnya rosak teruk dan ada asap berkepul-kepul memenuhi kawasan," katanya. Alexis, 35, yang menjalankan perniagaan pengangkutan di Pulau Pinang itu merasakan terdapat letupan yang berlaku. Apatah lagi dia berada di tengah-tengah kawasan yang pernah berlaku kejadian letupan hotel Lee Garden, Haadyai tiga tahun lalu. Dia berkata, anggota polis tiba di tempat kejadian dengan segera berikutan balai polis terletak berdekatan. Kawasan di sekitar hotel itu dikawal selama beberapa jam apabila polis dan anggota tentera membuat pemeriksaan untuk memastikan keselamatan di kawasan itu. Pelanggan di hotel lain yang berdekatan juga telah dipindahkan. "Kami tidak berada di bawah perintah berkurung, tetapi kebanyakan tempat dan kedai-kedai di kawasan yang terjejas ditutup dan kawalan keselamatan diketatkan. Ia kelihatan seperti kawasan yang di bawah kawalan tentera," katanya. Alexis berkata, dia bimbang kerana Danok bukan dijadikan sasaran serangan tidak seperti bandar-bandar lain seperti Pattani dan Narathiwat. Sementara itu, juruteknik eskalator yang hanya mahu dikenali sebagai Keong, 26, berkata, dia sedang mencari kedai untuk menikmati bak kut teh sebagai makanan tengah hari ketika letupan bom berlaku. "Saya berada tidak sampai pun 100 meter dari mana letupan bom berlaku. Saya merasakan impaknya seperti badan saya ditolak. "Keadaan begitu bingit dan rasa seolah-olah bergegar," katanya. Keong dan rakan sekerjanya hanya sempat beberapa minit meletakkan kereta mereka di hadapan Disco Paragon di sebelah hotel itu dan telah membuat pesanan makanan di sebuah restoran di seberang jalan ketika letupan berlaku. "Saya berpaling dan saya dapat melihat kaca-kaca berkecai dan serpihan bangunan jatuh ke bawah," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Keong berkata, pelanggan di restoran dan premis berhampiran berlari keluar ke jalan utama kira-kira 100 meter. "Saya mendengar ramai orang menjerit tetapi saya tidak melihat mana-mana orang yang tercedera atau terbunuh. "Saya tidak pasti apa yang berlaku. Ada yang kata ianya disebabkan oleh kebocoran gas. Polis mengawal seluruh kawasan itu sejurus selepas kejadian berlaku," katanya. "Saya dan rakan benar-benar bernasib baik kerana menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya. Letupan Di Danok: Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Cedera KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand, Ahad. Letupan bom itu berlaku di hadapan balai polis di Padang Besar di kawasan Thailand, di hadapan balai polis Sadao dan di hadapan dan belakang Hotel Oliver di Danok. Insiden itu turut berlaku di hadapan Disco Bangkok di Danok dan di hadapan Tesco Lotus di Sadao. "Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Hamzah ketika dihubungi pada malam Ahad. Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia. Menurut kenyataan daripada Wisma Putra, seramai 27 orang awam cedera dalam insiden letupan bom itu dan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera. - mStar |
Nur Jazlan jangka BN akan kalah lebih teruk ... {ramai yg mendoakan sebegitu} Posted: 22 Dec 2013 07:57 PM PST Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan. "Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar)," katanya. Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang menurutnya mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup. "Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu)," katanya lagi.- Malaysiakini |
Isteri2, jangan la buat macam ni .... Posted: 22 Dec 2013 07:11 AM PST "Secara luarannya, saya kelihatan seperti lelaki dan suami lain. Kecuali isteri, orang lain tidak menyedari saya menderita hampir lapan bulan apabila 'kelelakian' saya langsung tidak berfungsi. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan malu terhadap isteri tanpa menyedari ia sebenarnya berpunca daripada perbuatannya mengunci nafsu saya. Semuanya berpunca daripada sikap cemburu buta Iza. Dia tidak mempercayai kesetiaan saya yang kerap terbang ke luar negara kerana bertugas sebagai pramugara sebuah syarikat penerbangan terkemuka. Saya langsung tidak menyangka Iza tergamak meminta bantuan bomoh untuk menundukkan saya. Akibatnya saya langsung tiada perasaan terhadap wanita lain walaupun digoda kerana nafsu saya sudah dikunci sejak awal tahun ini. Akibat perbuatannya yang tidak berfikir panjang, saya hilang sifat kelelakian termasuk ketika mahu 'bersama' dengannya walaupun sebelum itu saya lelaki normal. Sejujurnya saya bukan jenis lelaki yang suka 'makan luar' walaupun sudah pasti kadangkala agak ghairah melihat wanita cantik berpakaian seksi. Pada awal perubahan itu, saya hanya hilang ghairah terhadap wanita lain tetapi normal pada isteri. Bagaimanapun, dua minggu selepas itu saya turut tiada nafsu terhadap Iza menyebabkan saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Saya cuba menyembunyikan masalah ini daripadanya kerana bimbang ia akan meretakkan rumah tangga kami. Apabila diajak Iza untuk bersama, saya cuba mengelak dengan memberi alasan letih kerana menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang. Pada waktu itu saya langsung tidak menyangka masalah itu berpunca daripada 'buatan orang' sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan Allah. Malah saya langsung tidak menceritakan masalah itu kepada Iza dan rakan-rakan kerana terlalu malu. Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan penderitaan ditanggung selain rasa bersalah kerana mengabaikan nafkah batin terhadap isteri, saya akhirnya nekad berbincang masalah itu dengan Iza. Pada awal perbincangan dengan Iza, saya dapat melihat perubahan pada wajahnya yang kelihatan takut. Mungkin dia rasa bersalah kerana melakukan perbuatan itu terhadap saya. Bagaimanapun, saya masih tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada beberapa malam kemudian, Iza mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam bagi merawat masalah itu. Pada awalnya saya menolak kerana menyangka masalah itu berpunca daripada saya sendiri dan mahu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dulu tetapi Iza tetap beria-ia mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam. Melihat saya masih ragu-ragu, dia tiba-tiba menangis teresak-esak sebelum menceritakan perbuatannya menggunakan bomoh untuk mengunci nafsu kelelakian saya. Sudah pasti saya terkejut mendengar pengakuannya selain sedih dengan tindakannya yang tidak mempercayai suami sendiri hingga tergamak melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam. Ketika ditanya kenapa dia sanggup melakukan perbuatan itu, Iza mendakwa terlalu sayangkan saya dan bimbang saya melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain kerana kami sering berjauhan. Saya akui pada mulanya gagal mengawal perasaan tetapi selepas berfikir panjang, saya memaafkannya dan kini masih menjalani rawatan secara Islam untuk memulihkan masalah ini" - myMetro |
2 rakyat Malaysia cedera dalam letupan di Danok Posted: 22 Dec 2013 12:35 AM PST PETALING JAYA 22 Dec - Two Malaysians were among 24 victims injured in bomb blast in Danok, says Malaysia Consul General Songkhla, Faizal Razali. The blast occurred some 1km from Immigration complex in Bukit Kayu Hitam at 11.40am. Sadao district in Songkhla province was rocked by four bomb attacks on Sunday and the district is adjacent to Padang Besar in Perlis. The first attack took place in front of the police station in Sadao while the second was in a parking space at the Sadao police station. Initial investigation showed both attacks were caused by explosives hidden in motorcycles, which were parked in the areas. The third explosion was in front of Oliver Hotel at Ban Dan Nok while the fourth was in a lane near McDonalds in the same area. Bagi pengemar-pengemar makanan "tomyam" dan "kerabu kaki ayam" terutama di sempadan Danok, Thailand - Bukit Kayu Hitam, Kedah, dinasihatkan menangguhkan dulu selera anda itu disebabkan Danok hari ini di bom sekali lagi. Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 petang tadi. Pada gambar pertama, kelihatan gambar Kancil dengan plat pendaftaran PEY2822. Siap dengan sticker UUM lagi. Kantooi! Kejadian berlaku berhampiran Oliver Hotel. Sayang hotel berkenaan dengan Malaysia sehingga mengibarkan bendera Malaysia di premis mereka. Motif kejadian belum dapat dipastikan. Sumber ; Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/12/gambar-gambar-danok-thailand-di-bom.html#CoXu2BJlLkTOxHo3.99 |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan