Isnin, 23 Disember 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


GST Turunkan Harga? Penipuan Ahmad Maslan Dikecam

Posted: 23 Dec 2013 01:05 AM PST

Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.

"Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan," kata Pua di Kuala Lumpur.

Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.

Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.

"Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,"
katanya.

Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.

"Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan," katanya.

Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.

"Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.

Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.

"Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.

"Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.

"Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang," kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu.

Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.

"Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya.

Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST.

"Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak.

GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.

Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.

Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam.

"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan," katanya.

Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. -TMI

Pakatan akan 'gagal dan merana' kerana berbohong tentang GST, kata Ahmad Maslan


Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.

"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

"Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST.

Kempen PR menentang GST akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara menurut Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dalam satu program pada Jumaat.

SAMM adalah NGO yang menjadi pengerak utama kempen tersebut.

Salah satu objektif adalah untuk melawan kempen media kerajaan yang cuba meraih sokongan rakyat terhadap GST, kata Badrul Hisham.
-TMI


Viagra Politik: MCA Dimalukan Kerana Sudah "Mati Pucuk"?

Posted: 22 Dec 2013 11:00 PM PST

Najib malukan MCA, kata Guan Eng

DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.

"Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.

"Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.

"Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia?

"Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN," katanya.

Tambahnya, "bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama?

Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar.

Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini. -SH

ULASAN GB

Viagra adalaha sejenis ubat seks bagi mereka yang mengalamai disfungsi ereksi atau dalam bahasa mudahnya mati pucuk.

Jika MCA dikatakan Najib memerlukan viagra politik, ertinya MCA sudah "mati pucuk" di dalam politik. Tak boleh bangun lagi. Namun persoalannya apakah viagra politik boleh membantu MCA untuk bangun semula sedangkan parti Menteri Kesihatan yang diminta sediakan viagra itu yang kebetulan dari MIC juga mengalami penyakit yang serupa.

SEBENARNYA, "mati pucuk" bukan saja dialami oleh MCA & MIC tetapi UMNO juga. Prestasi BN semakin merosot dari PRU ke PRU... kerana BN sudah terlalu tua.

Walau apa pun jawapannmya, MCA sudah cukup dimalukan di dalam bangunannya dan di depan perwakilannya sendiri.

[VIDEO & GAMBAR] Flashmob: Jingga 13 Bantah Kenaikan Harga, Penggantungan "The Heat"

Posted: 22 Dec 2013 06:15 PM PST


Sekumpulan aktvis yang menggelarkan diri mereka Jingga 13 membantah siri kenaikan harga barang keperluan asas dan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat.

Jingga 13 yang rapat dengan PKR mengadakan "flash mob" di hadapan Kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sambil memegang poster menyebabkan orang ramai tertarik.

"Kami membantah kenaikan harga barang yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab kepada rakyat," kata Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam ucapannya.

"Kami juga membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung The Heat. Ini merupakan pencabulan terhadap kebebasan media," tambahnya.

Protes yang dilakukan turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Dalam selebaran yang diberikan kepada orang ramai, Jingga 13 menyatakan mereka membantah kenaikan tarif elektrik, harga tol, harga bas sekolah dan bil Astro.

"Flash mob" itu dihadiri lebih kurang 40 orang aktivis. -TMI


Demonstrasi bantah kenaikan harga


KUALA LUMPUR - [video] Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan.

Bantahan tersebut dianjurkan Jingga 13 yang dihadiri 30 peserta membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas.

"Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat.

"Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN.

"Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini.

Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya.

Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan.
-SH








Tiada ulasan: