Sabtu, 21 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Wang Tebusan RM1 Juta Dibayar Untuk Bebaskan Wanita Taiwan?

Posted: 21 Dec 2013 10:24 PM PST


KOTA KINABALU: Wang tebusan sejumlah AS$300,000 (RM1 juta) dipercayai telah dibayar untuk menjamin pembebasan tebusan seorang warga Taiwan, Evelyn Chang An-wei yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayaff di pulau Jolo selatan Filipina.
Walaupun pihak di Filipina dan Taiwan mempertahankan bahawa An-Wei, 58, yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipinan dari pulau Pom Pom di Semporna pada 15 November berjaya diselamatkan, bagaimanapun timbul spekulasi jumlah wang tebusan itu tersebar secara meluas di media Taiwan.
Abang kepada An-Wei, Richard Chang Ta Kong tidak mempertikaikan laporan media apabila dia mengatakan bahawa kakaknya tidak dicederakan semasa tahanannya dan penculik hanya mahu mendapatkan wang tebusan.
Ta Kong, yang berhubung dengan kumpulan penculik semasa adiknya diculik selama 36 hari, tidak bercakap langsung mengenai pembayaran wang tebusan yang dikatakan dibuat oleh keluarga untuk penculik itu bagi menjamin pembebasannya.
An-Wei yang merupakan isteri kepada Lim Min-hu, 57, yang ditembak mati apabila kumpulan penculik cuba untuk menculiknya di resort, telah ditinggalkan di kawasan hutan berhampiran kampung Talipoa di Jolo apabila pasukan petugas bersama Filipina menemuinya pada pukul 4 petang disusuli dengan "bayaran".
Pegawai Filipina yang memahami tentang penculikan yang bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan menjelaskan bahawa kumpulan Abu Sayaff biasanya membebaskan tawanan mereka sebaik sahaja sejumlah wang yang dipersetujui telah dihantar menerusi orang tengah.
Mereka menjelaskan bahawa kebiasaannya, sejumlah wang tebusan itu sendiri hanya sebahagian daripada kos kerana mereka terpaksa membayar untuk "perbelanjaan operasi" bagi pengantara dan juga pemerhati kepada kumpulan-kumpulan lain yang mahu merampas wang tebusan yang banyak atau menahan pengantara yang membawa wang berkenaan.
Kumpulan penculik itu masih menahan sekurang-kurangnya sedozen tawanan termasuk dua pemerhati burung warga Eropah yang diculik di Wilayah Tawi-Tawi pada tahun lepas.
Ta Kong mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Anti Penculikan Polis Kebangsaan Filipina kerana membantu beliau untuk berkomunikasi dengan penculik dan kakaknya semasa kakanya itu ditawan.
Ta Kong, yang bersyukur kerana pihak berkuasa polis Malaysia dan Filipina atas usaha mereka dalam misi menyelamat berkata, dia dibantu oleh seorang rakan baik kepada keluarganya, Yu Ching, yang kemudiannya dikenal pasti anak saudara kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
(Yu Ching, merupakan bekas anggota beret hijau dilatih di Akademi Tentera AS di West Point dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, termasuk membantu dalam operasi menentang Abu Sayyaf.)
An-wei, yang dilaporkan menjadi kawan rapat kepada isteri Presiden Taiwan , kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Taiwan dan berkata bahawa dia lega apabila pengalaman pahitnya itu berakhir dan mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang bertanggungjawab untuk membebaskannya.
Dia memberitahu pegawai Filipina bahawa dia tidak mengetahui tentang suaminya telah dibunuh walaupun dia terdengar tembakan sewaktu kumpulan lelaki bersenjata mengheretnya keluar dari villa resort di Pulau Pom Pom. 22Dec13 mStar

Kerana Dendam 28 Keping Gambar Panas Guru Sekolah Disebarkan

Posted: 21 Dec 2013 12:36 AM PST

gambar hiasan
Kerana Dendam!!! sebagai pengajaran buat kita semua beringat sebelum terkena seorang guru sekolah menengah dianayai apabila 28 keping gambar-gambar  guru wanita tersebut dari sekolah menengah di Hubei telah tersebar meluas di internet.Ia dipercayai dilakukan oleh seseorang yang berdendam dengan beliau.

Perkara ini bermula pada malam kelmarin apabila ahli yang tidak dikenali telah memulakan topik "Gambar Bogel Guru Perempuan dari Hubei" ke papan mesej QQ group, ataupun Qichun City Netizen Club, dengan memuatnaik 28 keping gambar guru tersebut serta maklumat peribadi beliau.



Guru wanita tersebut telah membuat laporan polis ketika wartawan menghubunginya.Menurut pengetua sekolah berkenaan, guru tersebut tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan sekerjanya dan pencapaiannya juga selalu yang terbaik. Beliau sekarang dikatakan mengambil cuti berikutan insiden tersebut.

Polis membuat kesimpulan awal bahawa kes ini ada kaitan dengan dendam terhadap guru tersebut. Bekas suami beliau sekarang menjadi suspek utama dalam kes ini. 21Dec13

@ sumber

Tiada ulasan: