Ahad, 22 Disember 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Guru Terlampau: Warga Pakistan Itu Turut Didakwa

Posted: 21 Dec 2013 11:55 PM PST


Ayer Keroh - Seorang peniaga jubah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan pemerasan dan memiliki gajet mengandungi video lucah.

Tertuduh, Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, membuat pengakuan itu selepas faham empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret, Syajaratudur Abd Rahman.

Irfan didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong Lizah Buang, 49, menyerahkan wang tunai RM10,000 di sebuah restoran di Bukit Beruang, Melaka Tengah kira-kira jam 12 tengah hari pada 20 November 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Irfan turut berhadapan pertuduhan memiliki komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah yang bertentangan kesopanan awam di sebuah hotel Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana, Melaka Tengah kira-kira jam 7.30 malam pada 30 November 2013.

Dia juga didakwa melakukan dua kesalahan sama dengan memiliki thumbdrive (pemacu jari) dan telefon bimbit jenama Samsung di sebuah stesen minyak di Jalan Panglima Awang, Melaka Tengah kira-kira jam 6.45 petang pada hari sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh dihukum denda maksima RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang merupakan warga asing.

"Saya membantah jaminan diberikan kepada tertuduh namun jumlah jaminan tinggi perlu diberikan jika mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya," katanya.

Bagaimanapun, peguam bela, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad merayu anak guam mereka dijamin dengan kadar rendah dengan alasan menanggung isteri dan dua anak yang kini menetap di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan itu, Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan dua penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 7 Januari depan. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Hukum Membayangkan Wanita Lain Ketika Berjima Dengan Isteri

Posted: 21 Dec 2013 07:25 PM PST

Assalamualaikum Wr Wb.

Maaf Ustadz mahu bertanya nih, bolehkah saat berjima dengan isteri tetapi membayangkan wanita yang lain. Apakah berdosa jika melakukan hal tersebut?

IMAM FAIQ

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wr.wb.

UNTUK menjawab pertanyaan Saudara ada beberapa hal yang harus diperhatikan.

Pertama, Islam adalah agama fitrah yang selalu dalam ajarannya sesuai dengan fitrah manusia. Hubungan laki-laki dan perempuan adalah di antara hamparan fitrah mulia Islam, sehingga disyariatkan adanya pernikahan. Menurut Sayyid Sabiq, pernikahan disyariatkan di antaranya untuk menghindari asupan fitrah di jalan yang haram, dan berakibat buruk bagi manusia.

Kedua, Kerana itu dalam mengikuti alur fitrah tersebut (hubungan laki-laki dan wanita) termasuk hubungan seksual, Islam tidak melepas sehingga bermuara pada akibat buruk. Islam mengajarkan batasan-batasan. Misal dalam hadith disebutkan larangan mendatangi wanita dari jalan belakang, tentu hal itu terkait kalau dibebaskan malah menjadi madharat, dan itu sudah terbukti dalam pandangan ilmiah kesihatan moden.

Ketiga, Demikian pula batasan itu terkait dengan ajaran pokok Islam lainnya, terkait dengan hubungan suami isteri dengan berfantasi pada wanita atau lelaki yang lain atau sekarang dikenal dengan fantasi seks, tentu harus digariskan dengan ajaran Islam yang lain. Seperti adanya larangan zina hati, dalam riwayat Abu Hurairah ra, disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah `Azza Wa Jalla telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Maka zinanya mata adalah melihat, zinanya lisan adalah ucapan, sedangkan zinanya hati adalah berangan-angan dan berhasrat, namun kemaluanlah yang (menjadi penentu untuk) membenarkan hal itu atau mendustakannya." (HR.Muslim).

Dan, dalam fantasi seks ada gejolak hati yang bermain, dan ketika yang dijadikan khayalan atau hasrat adalah wanita lain, tentu ini bahagian di antara yang dilarang oleh Rasulullah saw. Bila ditarik pada kategori zina hati, para ulama memahaminya dengan aktiviti membayangkan wanita atau lelaki yang tidak halal seakan sedang berjumbu, bermesraan dengannya, bahkan khayalan melakukan aktiviti berhubungan intim. Kerana itu fantasi seks dapat dikategorikan zina hati yang jelas dilarang oleh Rasulullah saw.

Keempat, Indahnya Islam, larangan fantasi seks pada bukan pasangan halalnya di antaranya disebabkan akan membangun beban psikologis yang dapat mengurangi rasa cinta, respek pada pasangan sebenarnya. Mobiliti hasrat pada yang lain lambat laun dapat mecerai beraikan pintalan-pintalan cinta, dan selanjutnya menceraikan hati, dan lebih berpotensi terjadi terjadi konflik hingga bercerai. Kerana itu para ulama telah menyatakan bagian dari yang diharamkan dan berdosa bila melakukannya. Pendapat ini dinyatakan empat mazhab, yaitu ulama mazhab Maliki, Hanafi, Hambali dan Syafi'i.

Kelima, Prinsipnya selain sebagai zina hati, juga termasuk dari larangan perintah Allah swt "mendekati zina", "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang teramat buruk." (al-Isra' : 32). Menarik Allah swt menggunakan perbuatan keji dan jalan yang buruk, kerana sejatinya yang halal dan berpahala dihalalkan Islam, iaitu pernikahan. Demikian dapat dibaca, keji dan jalan buruk, bila saat berhubungan suami isteri, dan pasangannya ada di hadapannya, tapi malah berfantasi dengan idaman lain. Dan bayangkan betapa kecewa dan dapat meruntuhkan bangunan cinta bila pasangan kita mengetahuinya.

Wallahu'alam

sumber asal: Konsultansi Syariah, Islampos

Najib Jahanamkan Masadepan Negara

Posted: 21 Dec 2013 05:20 AM PST

Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita - Sakmongkol

Setiap hari pemimpin Umno pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. Perdana menteri pun sendiri tidak jemu-jemu menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita boleh menjawab, orang lain pun mendengar juga. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?

Isu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan, PM yang kita ada ini jadi ahli Parlimen 1976 lagi. Sudah pernah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jati diri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan konsultan. Sejak 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 halaman 10. Laporan itu menyebut di bawah kepala tajuk: Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral the Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation:

15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies. Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3 billion (7.1%) and slightly worse GDP growth compared to the previous year's forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs. 4.5% in 2012).

This target will be achieved through additional tax revenues. Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.


Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa cagaran kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan cukai, RM7.4 billion adalah dua perkara ini.

Jadi ini rupanya kerja kau orang ya, belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.

Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah iaitu belanja mengikut kemampuan. Ibu bapa kita dahulu kalau tidak ada duit, jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.

Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan Umno pun buat perkara yang lebih kurang sama - menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.

Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang-undang atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Najib tanpa melanggar undang-undnag dan kebenaran mesti diperolehi daripada Parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam Parlimen. Jka demikian, kerajaan menyembunyikan penjualan aset negara.

Rupa-rupanya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri wujudkan. Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal Cina hendak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja Melayu dinyahkan, atau isu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isiu kepimpinan nektah.

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan Umno membabi buta hanya semata-mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu daripada perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik. – sakmongkol


Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit


Laporan Bank Dunia mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara dan mengurangkan hutang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Rafizi

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.

Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu 'Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.

Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.

"Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara," ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia. "Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya
-KD


Tiada ulasan: