Kelab Greenboc |
- GEMPAR, Runtuh Lagi Di Terengganu
- Kehilangan Batu Puteh: Tubuh RCI Siasat Peguam Negara Segera - Mat Zain
- Kes Kematian 3 Beradik: Seorang Pelajar Ditahan
- Laut Ke-4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008
GEMPAR, Runtuh Lagi Di Terengganu Posted: 03 Dec 2013 01:01 AM PST Sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (TATIuC) di Teluk Kalung, Kemaman runtuh pagi tadi. Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu. Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh. Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera. Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.
|
Kehilangan Batu Puteh: Tubuh RCI Siasat Peguam Negara Segera - Mat Zain Posted: 02 Dec 2013 10:01 PM PST Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim semalam mendesak kerajaan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan juga menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar untuk menyiasat perkara tersebut dengan teliti. Bekas pegawai tinggi polis itu memberi respons terhadap desakan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dan Perkasa Presiden Ibrahim Ali supaya beliau membuat laporan polis bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan; dengan menjelaskan bahawa Ketua Polis Negara mempunyai kuasa di bawah Seksyen 107 (3)(a)(b)&(c) Akta Prosedur Jenayah untuk menerima akuan bersumpahnya (SD) sebagai satu laporan polis. "Pada 10 Okt 2013, saya telah mengemukakan Akuan Bersumpah saya kepada Ketua Polis Negara , Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara, " kata beliau dalam satu kenyataan semalam. "Saya juga telah menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar untuk menerima Akuan Bersumpah sebagai satu laporan polis seperti yang dinyatakan di bawah Akta Prosedur Jenayah. Dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian," katanya. "Berdasarkan pengalaman lalu , Perdana Menteri telah menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk menubuhkan suatu tribunal bebas, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan seperti dalam kes bekas Ketua Hakim Negara Salleh Abbas pada tahun 1988. "Selain keputusan kabinet untuk menubuhkan sebuah RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang tidak bergantung kepada sebarang laporan polis," kata Mat Zain. Mat Zain yang sebelum ini telah menyaman polis dan kerajaan kerana penyalahgunaan kuasa, kemudian merujuk beberapa artikel yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan blog di mana beliau sifatkannya sebagai nakal. Untuk mententeramkan keadaan, beliau menambah bahawa beliau telah menghantar e-mel kepada beberapa portal berita dan wakil rakyat untuk mengelakkan sebarang salah faham dan keraguan di kalangan orang ramai, terutamanya dalam tuntutan beliau terhadap salah laku Peguam Negara Abdul Gani Patail di dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. "Terdapat banyak laporan yang membawa Akuan Bersumpah saya yang saya buat pada 7 Okt. Saya dapati terdapat laporan yang mengelirukan. "Terdapat juga satu laporan khusus menuduh Akuan Bersumpah saya sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Peguam Negara," katanya. Dakwaan salah laku Peguam Negara Mat Zain menjelaskan, dia tidak bersekongkol atau bersubahat dengan mana-mana perancangan dan menyangkal dakwaan bahawa dia telah terlibat dalam apa-apa jenis konspirasi. "Dengan penjelasan saya , saya berharap kerajaan tidak akan menggunakan isu ini sebagai alasan untuk lari daripada tanggungjawab mereka untuk menubuhkan RCI, " katanya. Pada 26 Nov, Mat Zain Ibrahim mendedahkan bahawa Abdul Gani bertanggungjawab untuk kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan mendakwa bahawa pihak AG tyelah terlibat di dalam perbuatan salah laku. Pendedahan yang telah dibuat di dalam Akuan Bersumpah 31 muka surat telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada 9 Okt. Di dalam Akuan Bersumpahnya, beliau juga menyebut bahawa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga mempunyai tanggapan yang sama tentang mengapa Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Beliau seterusnya mendakwa di dalam Akuan Bersumpahnya beliau mendakwa bahawa wang telah bertukar tangan untuk memastikan Singapura memenangi hak penjagaan Batu Puteh. Sementara itu, Putrajaya telah menafikan tuduhan bahawa Malaysia kehilangan tuntutannya terhadap Pulau Batu Puteh akibat dari gambar yang salah terhadap lokasi di pulau itu yang dikemukakan oleh Abdul Gani dalam prosiding berkenaan. Buat laporan polis, Gobind beritahu Gani Dalam perkembangan berkaitan , Ahli Parlimen DAP bagi Puchong dan peguam Gobind Singh Deo menggesa Abdul Gani supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya atas kes Pulau Batu Puteh. " Abdul Gani tidak boleh duduk dan berdiam diri. Dia mesti membuat polis yang melaporkan dirinya supaya kandungan Akuan bersumpah Mat Zain dan dakwaan yang dibuat boleh diteliti dan disiasat sepenuhnya, "kata beliau dalam satu kenyataan. Beliau menambah bahawa Abdul Gani, sebagai AG, mesti menerima bahawa ini adalah satu perkara yang mempunyai kepentingan awam. "Pada pandangan saya, tugas Gani membuat laporan polis untuk melindungi imej beliau, maruah dan kehormatan jawatannya. "Sebagai Ahli Parlimen, saya menyeru beliau untuk menyahut cabaran itu dan berbuat demikian dengan serta-merta ," katanya. -FMT/Terjemahan Bebas:GB ULASAN GB GB telah lama bagitahu tentang Gani Patail ini. Di dalam satu tulisan GB pada 24 Julai 2009 lagi GB menyatakan Malaysia sebenarnya diperintah oleh Peguam Negara yang berjaya memperbodohkan Perdana Menteri yang tidak tahu undang-undang iaitu Pak lah dan Najib. Petikan: Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu. Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin. Ingatkah lagi apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu, adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini. Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu. Maruah Malaysia yang tergadai ekoran kes Batu Putih adalah lantaran orang yang bernama Gani Patail ini yang mewakili negara di Hague yang pada ketika itu beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail. Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura di dalam banyak hal seperti pembatalan jambatan bengkok adalah juga kerana Gani Patail ini dengan alasan negara akan menghadapi pelbagai masalah perundangan antarabangsa jika meneruskannya. Krisis politik di Perak juga mendedahkan bahawa kesemua hakim-hakim yang ditentukan mendengar kes di mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) ditetapkan oleh Peguam Negara. Maka tidak hairan kesemua hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan akan menterbalikkan keputusan-keputusan di mahkamah tinggi yang berpihak kepada mereka yang tidak disukai oleh pemerintah. Justeru institusi kehakiman seluruhnya kini berada di dalam dalam cengkaman Peguam Negara. |
Kes Kematian 3 Beradik: Seorang Pelajar Ditahan Posted: 02 Dec 2013 07:40 PM PST Alor Setar - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam. "Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu. "Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini. Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu. Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui kira-kira jam 4.50 petang semalam, di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui. Walaupun kesemua mereka ditemui mati akibat lemas lemas, polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam pada itu Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti dari segenap aspek. Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka adalah lemas. "Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul," katanya. "Manakala spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi memeriksa jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa," katanya. Adzaman berkata, pihaknya turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama. Ditanya mengenai dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, kesan berkenaan mungkin disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan. Menyentuh penemuan seluar di kawasan penemuan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna, beliau memberitahu, ia bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jeans biru. "Bagaimanapun kemeja-T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya," katanya. Sementara itu, Adzaman turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang dipaparkan dalam laman sosial. "Maklumat yang polis salurkan kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol," katanya.
|
Laut Ke-4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 Posted: 02 Dec 2013 04:25 PM PST Laut Aral terletak di antara Kazakhstan dan Uzbekistan, dan ia pernah memegang gelaran laut ke-4 terbesar di dunia. Kebanyakan orang hari ini tidak pernah mendengarnya. Lautan berkeluasan 68,000 kilometer persegi ini pernah menjadi lokasi industri perikanan yang berkembang maju, kini merupakan laut yang hanya 10% daripada saiz asal, terlalu masin dan tercemar untuk menyokong kehidupan ikan dan haiwan-haiwan air yang lain. Kini 90% airnya telah kering dan menjadikan kawasan itu seperti gurun padang pasir yang tandus. Kematian Laut Aral disebabkan terutamanya oleh peralihan daripada pemasukan sungai Amu Dar'ya dan Syr Dar'ya pada tahun 1960 untuk menyediakan air pengairan untuk tanah pertanian tempatan. Aliran air secara mendadak ini mengurangkan aliran sungai, menyebabkan Laut Aral mengecut sebanyak lebih daripada 50%, kehilangan dua pertiga daripada jumlah itu, dan sangat meningkatkan tahap kemasinannya. Pada kadar semasa penurunan, Laut Aral mempunyai potensi untuk hilang sepenuhnya menjelang 2020! Kini yang tinggal adalah padang pasir yang tandus, dengan kapal-kapal besar terdampar di atasnya… sumber : carigold/fuh.my |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan