MIMPI SENJA |
- SANTAI PETANG [Video] Toilet or A Boardroom
- Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa
- Lelaki Myanmar dituduh cabul remaja
- 'Turunkan, Bukan Naikkan Kadar Tol' - BNBBC
- Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja
- [Video] TV3suku kata perhimpunan 31 Dec di Dataran Merdeka untuk guling kerajaan?
- GEMPAR ... Puting Beliung di Johor Bahru petang tadi
- Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor
- ATM terima maklumat risik pengganas cuba masuk Sabah.
- [EDISI PELIK/LAWAK] Macam2 cerita skrg ni ... 300 ekor ayam jadi mangsa rogol seekor manusia ...
SANTAI PETANG [Video] Toilet or A Boardroom Posted: 18 Dec 2013 10:08 PM PST Toilet or A Boardroom | |
Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa Posted: 18 Dec 2013 09:51 PM PST OLEH ELIZABETH ZACHARIAH Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan. Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi. Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir. Cadangan kenaikan tol diumumkan ketika Putrajaya telah pun mengumumkan kadar tarif elektrik baru serta cadangan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam di ibu kota. "Jika anda menandatangani perjanjian, anda perlu berpegang dengan apa yang anda telah tandatangani," kata perunding ekonomi Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan seorang pegawai bank Syed Akbar Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider. "Jika anda menentang kenaikan tersebut, mengapa anda menandatangani perjanjian itu," ujarnya yang mempersoalkan tindakan kerajaan. Syed Akbar merujuk kepada manifesto (BN) pilihan raya Barisan Nasional (BN), di mana Datuk Seri Najib Razak berjanji kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun. "Beliau adalah PM ya. Tetapi dengan pihak berkuasa mana beliau berjanji? Satu perjanjian, yang mengikat secara sah telah ditandatangani." Ketua ekonomi RAM Holdings Berhad Dr Yeah Kim Leng bersetuju, sambil menambah bahawa jika perjanjian konsesi tidak dipenuhi, kredibiliti kerajaan akan berdepan risiko. "Bukan itu sahaja, penarafan kredit Malaysia juga akan terjejas. "Sudah tentu kerajaan boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini lebih bertimbang rasa dalam kenaikan tol," katanya lagi. Bagaimanapun, ahli ekonomi menggesa Putrajaya untuk melihat ke dalam isu ini 'satu persatu', meneliti mana satu tol yang buat untung atau sebaliknya. "Jadi mungkin untuk mengurangkan kesan ke atas pengguna jalan raya, mereka boleh meningkatkan tol lebuh raya yang tidak benar-benar membuat wang kerana aliran trafik yang rendah. "Kenaikan tol di lebuh raya yang sedia sesak dan banyak membuat untung kerana jumlah trafik yang tinggi bukan suatu yang wajar. "Kerana ini kemudiannya akan memberi Putrajaya lebih banyak kelebihan untuk 'memujuk dan merundingkan semula 'dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar tidak menaikkan kadar tol mereka," tegasnya lagi. Syed Akbar mencadangkan Putrajaya supaya lebih berhati-hati dalam menandatangani perjanjian pada masa depan untuk mengelakkan isu-isu kenaikan tol ketika kos sara hidup meningkat berikutan kenaikan harga petrol, gula dan lain-lain. "Salah satu syarat mereka perlu masukan adalah seperti jumlah peningkatan trafik, kenaikan tol lebih rendah dan kenaikan harus ditambat dengan jumlah wang yang syarikat konsesi berhutang kepada bank, "katanya. "Selain itu, tempoh konsesi juga perlu diteliti kerana sebahagian daripada mereka mempunyai tempoh konsesi yang panjang." Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata Putrajaya "lebih mengasihani" apabila menandatangani perjanjian dengan konsesi lebuh raya dan syarikat bekalan air. Beliau menegaskan kerajaan berkemampuan berunding semula untuk memendekkan tempoh konsesi dan untuk menghentikan kenaikan kadar tol, memandangkan perjanjian adalah berdasarkan kepada unjuran jumlah trafik untuk menggunakan lebuh raya tertentu. "Di lebuh raya bandar seperti Lebuhraya Pantai Baru dan Kesas, pengguna lebih banyak daripada apa yang mereka jangkakan. "Oleh itu, Kadar Pulangan Dalaman sebanyak 15% akan dicapai lebih awal dan mereka akan memperoleh pelaburan mereka," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor tersebut. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga menyalahkan kenaikan tol berpunca daripada 'kekurangan integriti ' yang ditunjukkan oleh kerajaan pusat, menyifatkan kegagalan untuk mengamalkan tender terbuka dalam pemberian sebagai punca perjanjian menjadi berat sebelah. "Sepatutnya , syarikat konsesi tol telah memperoleh kembali pelaburan awal mereka dan tidak perlu untuk mengumpul lagi bayaran tol tetapi disebabkan perjanjian konsesi, mereka mempunyai hak untuk terus mengumpul bayaran tol dan menaikkan kadar. Jadi ini adalah kekurangan kerajaan Barisan Nasional dalam integriti. "Syarikat tersebut hanya mengumpul keuntungan bersih daripada kutipan tol, ditolak dengan kos penyelenggaraan. Kami menentang cadangan kenaikan ini, tetapi oleh kerana perjanjian itu telah ditandatangani , orang ramai perlu menanggungnya," kata pemimpin DAP itu. Dr Dzulkefly berkata perjanjian konsesi perlu diteliti semula bagi melindungi kepentingan awam. "Tetapi ia jelas sekarang kerajaan lebih berminat untuk menjaga syarikat konsesi kroni kerajaan BN. "Butir-butir perjanjian konsesi perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan yang lebih besar kepada rakyat, "kata beliau. – 19 Disember, 2013. -TMI | |
Lelaki Myanmar dituduh cabul remaja Posted: 18 Dec 2013 09:39 PM PST BATU GAJAH: Seorang lelaki warga Myanmar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi atas dakwaan mencabul seorang ramaja perempuan pada Ahad lalu. Tertuduh Mohamad Jasim Nurul Hakim, 27, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di dapur Dewan Ballroom Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort, di sini pada kira-kira jam 5 petang hujung minggu lalu. Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh mendakwa memahami serba sedikit Bahasa Melayu dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan. Majistret Soleha Noratikah Ismail, kemudian menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh sebutan semula kes serta mengarahkan mahkamah menyediakan jurubahasa kerana tertuduh tidak fasih berbahasa Melayu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan. -myMetro 19 Dec | |
'Turunkan, Bukan Naikkan Kadar Tol' - BNBBC Posted: 18 Dec 2013 06:57 PM PST SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol. Menurutnya, ia adalah kerana BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat. "Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'. "Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya, semalam. Selain itu, Reezal turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang. "Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan. Antara lebuhraya baharu dalam peringkat kajian, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mempunyai implikasi kewangan 'harian' kepada pengguna," katanya. Katanya lagi, Kementerian Kerja Raya juga perlu menyatakan kepada umum mengenai status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). "Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula, apatah lagi ia dinyatakan secara spesifik dalam Pelan Perancangan Strategik Kementerian Kerja Raya. "Rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati, agar ia tidak membebankan rakyat dalam apa jua keadaan. Berdasarkan maklum balas rakyat, mereka terbeban dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini," katanya. - Sinar Harian | |
Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja Posted: 18 Dec 2013 08:07 AM PST PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini. Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. "Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. "Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM di sini pada Rabu. Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu. Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu. Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur. Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal. Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini. - mStar | |
[Video] TV3suku kata perhimpunan 31 Dec di Dataran Merdeka untuk guling kerajaan? Posted: 18 Dec 2013 06:38 AM PST SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan. Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan. "Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri," katanya. Beliau berkata, Protes Rakyat Ambang 2014 itu bagi menyatakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau. Menurutnya, ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran. "Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekali gus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respons kebanyakan menteri terhadap kenaikan ini turut memacu kemarahan rakyat. "SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan," katanya dalam satu kenyataan. Edy berkata, bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. "Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata," katanya, - Sinar Harian | |
GEMPAR ... Puting Beliung di Johor Bahru petang tadi Posted: 18 Dec 2013 05:20 AM PST Gambar puting beliung di JB Johor Bahru pada 18 Disember 2013. Dilaman sosial, kecoh apabila beberapa pengguna telah merakamkan fenomena puting beliung yang melanda dibeberapa kawasan sekitar Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang. Menerusi imej yang dirakam, terpapar seolah-olah puting beliung sedang berlegar di ruang angkasa dan tidak mencecah tanah. Foto tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian umum khususnya dilaman sosial. Apapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat fenomena tersebut. Sumber: melvistar | |
Anwar: PKR halang kenaikan tol melalui pegangan saham Kerajaan Selangor Posted: 18 Dec 2013 04:56 AM PST Oleh : SirajPETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang. Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol. "Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN," katanya. Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini. Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR. Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi. Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi. "Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol. Sebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,"katanya lagi. Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat. "Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina," katanya. Oleh sebab itu, Anwar n kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai. "Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,"katanya lagi. -EZY - Selangorkini | |
ATM terima maklumat risik pengganas cuba masuk Sabah. Posted: 18 Dec 2013 03:54 AM PST Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan menerima maklumat terdapat cubaan kumpulan militan dari selatan Filipina yang dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan wanita warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah, pada 15 November lalu, memasuki semula perairan negeri itu semalam. Panglima 1 Divisyen Infantri, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar (gambar) berkata, berdasarkan maklumat risikan, kumpulan militan tersebut telah melintasi beberapa pusat peranginan di negeri tersebut. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan tujuan kumpulan terbabit memasuki perairan negara. Mohd. Zaki menegaskan, pihak ATM sentiasa berhubung rapat dengan semua pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). "Penculikan yang berlaku baru-baru ini adalah di bawah bidang kuasa polis namun ATM sentiasa bersiap sedia dengan langkah pengawasan yang lebih besar sekiranya berlaku sebarang kejadian yang mengancam keselamatan negara. "Sehingga tengah malam tadi, ATM tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan pengganas Kiram di Sabah. "Tetapi ada maklumat daripada sumber mengenai kumpulan pengganas terlibat dalam kes penculikan di Pulau Pom-Pom memasuki perairan yang menempatkan beberapa pulau peranginan di Sabah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Syarahan Ancaman Bahaya Syiah yang dihadiri oleh 400 pegawai dan anggota lain-lain pangkat di Kem Penrissen di Kuhcing Selasa.-17/12/2013 [HR] [B]ESSCOM nafi khabar angin ada cubaan kumpulan Abu Sayaf nak serang Timur Sabah[/B] [IMG]/images/stories/lahad-tempurxx513.jpg[/IMG]Jangan panik dengar khabar angin yang berlegar konon kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) hendakk menceroboh masuk untuk serang kawasan pesisir pantai timur Sabah. Nasihat ini diberi oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad sendiri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa. "Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial,"katanya. Beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin. Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Sehubungan itu Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing. Khalid berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan). Mohammad berkata kawalan keselamatan di ESSZONE diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin. "Kita juga meningkatkan pengawasan dan kawalan di pos-pos keselamatan bukan sahaja di pos kawalan di pulau tetapi juga di pos kawalan daratan," katanya. Selain itu, Mohammad berkata ESSCOM, yang dipertanggungjawab menyelaras agensi pertahanan dan keselamatan di ESSZONE, mewujud dan menempatkan Pasukan Tindakan Pantas di beberapa tempat strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara ini untuk melakukan jenayah penculikan. "Pewujudan Pasukan Tindakan Pantas ini juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku atau mengelak sebarang pencerobohan. "Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan maritim kita, aset pertahanan dan keselamatan seperti kapal terbang dan helikopter turut digunakan," katanya. Justeru, Mohammad memberi amaran kepada mereka yang cuba bersekongkol dengan pihak musuh, termasuk memberi maklumat kepada kumpulan yang ingin atau cuba menceroboh masuk untuk tujuan aktiviti penculikan, supaya tidak berbuat demikian kerana tindakan tegas akan dikenakan.-17/12/2013 [HR] Pangganas nak serang Sabah esok...?[hari ini] Entah betul atau gempak saja lebih, khabar angin mengenai Pengganas dari Selatan Filipina hendak serang Malaysia esok dan hari Khamis ini tersebar luas. Sampaikan polis sendiri mengaku mereka terima maklumat tersebut. Bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing. Menurutnya bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi. "Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan 'flush out' semua anasir yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Kuala Lumpur pada Isnin. Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini. "Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia," kata Khalid. Pada 1 dan 2 Mac 2013 akan dikenang sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya. Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu. Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut. Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.- Agenda Daily | |
[EDISI PELIK/LAWAK] Macam2 cerita skrg ni ... 300 ekor ayam jadi mangsa rogol seekor manusia ... Posted: 18 Dec 2013 01:55 AM PST Bukan fenomena cuaca je semakin pelik sekarang ni, fenomena dengan perangai & nafsu manusia pun ber double pelik. Kalau bernafsu sesama jantina tu dah bersepah walau jelik tapi tak pelik sangat dah sebab bukan sesuatu yang baru & luar biasa lagi. Bernafsu kat haiwan pun sekarang dah dengar tak berapa pelik tapi bernafsu kepada haiwan bernama Ayam ni maybe akak pelik jugak sebab tak pernah dengar atau kalau yang pernah dengar pun jarang2 nak dengar. Sumber Mynewshub Ya Allah.. moga kau jauhkan la keluarga kami.. anak2 kami.. saudara mara kami.. & teman2 kami dari bernafsu pelik & songsang sehingga susah untuk di terima akal. Sesungguhnya perasaan & nafsu yang Allah anugerahkan untuk kami sudah cukup memberi nikmat. Tak perlu nak upgrade sangat sampai jadi pelik & jijik - sumber. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan