RAKYAT MARHAEN |
- Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa kelemahan kerajaan 47%
- Tuduhan Syiah macam kemuncup melekat di seluar
- Syiah, Mat Sabu dan kesesatan terpilih
- Orang S'wak mangsa 'pengundi hantu'?
- Kenaikan: PR didesak rakyat turun ke jalanan
- Isu tol: Kerajaan 47% patut lebih prihatin kata MP BN
- Tuduhan ke atas saya hanya bersifat sementara - Bang Mat
- Demokrasi: Prinsip atau sekadar alat?
- MCA beri amaran Umno jangan bangkit kemarahan bukan Melayu
- 2014 bakal jadi tahun demo
- Rosmah Mansor...Cer Jawab Ni Dulu Beb..!!!
- Bersediakah rakyat ikat perut?
- BN tidak sensitif penderitaan rakyat
- Kalau AES boleh ambil, kenapa tidak konsesi tol?
- 'Saya tak kelahi peribadi dengan Zahid Hamidi' - Bang Mat
- Perang Bermula: Hukum Syiah boleh tetapi jangan Wahhabi kata Shahidan pada Zamihan KDN
- Cerita syiah dah habis muncul cerita guling kerajaan pulak ? ha ha ha...
- Politik '5 kaki 2 inci 3 suku'
- Kalau Tak Nak...Rakyat Pilih Jalan Lain..!!!
- Pakatan, aktivis, rancang demonstrasi raksasa Hari Buruh 2014 bantah kenaikan kos kehidupan
- Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini!
- Populariti Najib jatuh kerana jurang antara retorik dan realiti, kata penganalisis
- Kumpulan Islam selar menteri isu tol
- Adun & MP KEADILAN Pahang siap sedia gelombang kedua banjir
- MB arah PKNS guna pemilikan saham bagi halang kenaikan tol
Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa kelemahan kerajaan 47% Posted: 18 Dec 2013 09:26 PM PST Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan. Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi. Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir. "Jika anda menandatangani perjanjian, anda perlu berpegang dengan apa yang anda telah tandatangani," kata perunding ekonomi Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan seorang pegawai bank Syed Akbar Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider. "Jika anda menentang kenaikan tersebut, mengapa anda menandatangani perjanjian itu," ujarnya yang mempersoalkan tindakan kerajaan. Syed Akbar merujuk kepada manifesto (BN) pilihan raya Barisan Nasional (BN), di mana Datuk Seri Najib Razak berjanji kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun. "Beliau adalah PM ya. Tetapi dengan pihak berkuasa mana beliau berjanji? Satu perjanjian, yang mengikat secara sah telah ditandatangani." Ketua ekonomi RAM Holdings Berhad Dr Yeah Kim Leng bersetuju, sambil menambah bahawa jika perjanjian konsesi tidak dipenuhi, kredibiliti kerajaan akan berdepan risiko. "Bukan itu sahaja, penarafan kredit Malaysia juga akan terjejas. "Sudah tentu kerajaan boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini lebih bertimbang rasa dalam kenaikan tol," katanya lagi. Bagaimanapun, ahli ekonomi menggesa Putrajaya untuk melihat ke dalam isu ini 'satu persatu', meneliti mana satu tol yang buat untung atau sebaliknya. Read More / Baca Lagi >> |
Tuduhan Syiah macam kemuncup melekat di seluar Posted: 18 Dec 2013 09:25 PM PST "Saya sedar apa yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyibukkan kita (PAS) dengan kerja menjawab tuduhan atau membuat penafian. "Dengan itu pemimpin Umno/ BN berharap usaha kita menggerakkan penentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, tarif elektrik, tol dan sebagainya akan dilupakan," ujarnya. Sedangkan, katanya, 10 tuduhan yang dibuat KDN untuk mengaitkannya dengan ajaran Syiah langsung tidak berasas dan hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat. Mohamad yang ditemui di majlis Taklimat dan Dailog Menuntut Kenaikan Harga Padi anjuran Belatani di sini berkata, beliau tidak akan melayan atau menjawab semua tuduhan tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menguruskan dakwaan Menteri Dalam Negeri mengikut saluran keadilan. "Saya akan teruskan kerja saya membela rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, tol... isu peningkatan kos hidup, isu GST, TPPA, walaupun pemimpin Umno/BN cuba untuk mengalih fokus saya," tegasnya. |
Syiah, Mat Sabu dan kesesatan terpilih Posted: 18 Dec 2013 09:24 PM PST MOHAMED HANIPA MAIDIN Didakwa di mahkamah, dulu, kini dan tidak tahu sampai bila. Siapakah pemimpin PAS yang terpaksa berhadapan dengan lebih 1000 laporan polis selain Mat Sabu? Mungkin laporan sebanyak itu boleh tersenarai dalam Buku Rekod Guiness sebagai laporan yang paling banyak di Malaysia atau di Asia atau mungkin juga di dunia. Semasa kes Almarhum Mat Indera dahulu, ada yang minta Mat Sabu ditarik kerakyatan, di buang negara, diancam dengan simbahan asid ke atas beliau dan keluarga, dicuba bakar rumahnya, diganggu ceramahnya, dipotretkan gambarnya dengan bintang tiga dan akhirnya didakwa di mahkamah. Kita tidak pasti adakah Umno masih mempunyai senarai tuduhan baru di dalam stoknya untuk dilabelkan ke atas Mat Sabu selepas label Syiah. Tidak peritkah insan bernama Mat Sabu jika musuh di luar dan juga kawan di dalam berkongsi menuduh beliau dengan tuduhan Syiah. Tapi itulah Mat Sabu. Dalam keadaan orang ramai beristirehat di rumah beliau berceramah di seluruh pelosok daerah dan kampung menyedarkan rakyat betapa bobroknya Umno dalam memerintah negara. Jika orang lain gembira meraikan perkahwinan anak gadis mereka, Mat Sabu pula dikepung , dipecah cermin keretanya dengan ganas, digari, ditangkap dan diaibkan saat beliau dan keluarga ingin meraikan perkahwinan anak gadisnya. Untuk Umno, adakah kamu fikir Allah melupakan segala kezaliman yang kamu lakukan ke atas Mat Sabu? Read More / Baca Lagi >> |
Orang S'wak mangsa 'pengundi hantu'? Posted: 18 Dec 2013 08:48 PM PST Adakah penduduk Sarawak dijadikan mangsa "pengundi hantu" dan pengundi pos di Semenanjung Malaysia ekoran satu penemuan kes minggu ini? Persoalan itu ditimbulkan setiausaha DAP negeri Alan Ling Sie Kong (kanan) selepas Andrew Laja, 54, dari Ulu Tinjar, Baram, mendapati beliau didaftarkan sebagai pengundi di Perak. Selepas mendaftar sebagai pengundi pada 1996, Andrew terlepas tiga pilihan raya Parlimen dan empat pilihan raya negeri kerana namanya tidak terdapat dalam daftar pemilih di Baram. Pada Selasa lalu, beliau baru sedar bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Parlimen Tanjung Malim. Namanya juga tersenarai sebagai pengundi polis. Mengetengahkan kes Andrew itu, Ling meluahkan kebimbangannya atas kemungkinan lelaki itu menjadi "mangsa pengundi hantu" dan boleh jadi lebih ramai penduduk Sarawak mengalami nasib sama. |
Kenaikan: PR didesak rakyat turun ke jalanan Posted: 18 Dec 2013 08:21 PM PST PETALING JAYA - Pakatan pembangkang mendakwa didesak oleh orang ramai untuk turun ke jalanan membantah kenaikan kos hidup yang berpunca daripada pengurangan subsidi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat yang merasa bebanan itu mendesak pembangkang untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya dapat menimbang semula keputusan mengurangkan subsidi keperluan tertentu seperti minyak petrol. "Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan. "Sama ada kita akan adakan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, mesej yang diutarakan rakyat itu sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini. Read More / Baca Lagi >> |
Isu tol: Kerajaan 47% patut lebih prihatin kata MP BN Posted: 18 Dec 2013 08:18 PM PST SHAH ALAM - Kerajaan seharusnya lebih prihatin dengan bebanan yang dihadapi rakyat kerana banyak kenaikan berlaku dalam tempoh terdekat. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, jika kerajaan terus bertegas menaikkan kadar tol, sudah pasti ia lebih menekan rakyat. "Saya berharap kerajaan mengkaji semula kenaikan itu, kerana kita (BN) perlu berpegang kepada janji yang telah dibuat sebelum ini. "Saya percaya ada ruang untuk kerajaan berbuat (mengkaji) demikian, jika diteruskan juga rakyat akan melabel kerajaan s tidak prihatin," katanya kepada Sinar Harian semalam. Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri Umno berkata, sebagai wakil rakyat, beliau mendapat banyak keluhan daripada rakyat bawahan apabila berlaku kenaikan barangan dan perkhidmatan dalam masa singkat. "Dalam tempoh dua ke tiga hari ini ramai mengadu mengenai bebanan dihadapi dan terbaru mengenai kenaikan tol, sehubungan itu saya harap kerajaan menimbang semula," katanya. Menurutnya, sebagai kerajaan yang prihatin seharusnya memberi fokus dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat bagi membolehkan golongan bawahan dan pertengahan menampung kos sara hidup masa kini. Read More / Baca Lagi >> |
Tuduhan ke atas saya hanya bersifat sementara - Bang Mat Posted: 18 Dec 2013 08:16 PM PST Walaupun dituduh pengamal mazhab Syiah, Mat Sabu tidak berdendam dengan Zahid KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi menyifatkan tuduhan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau menganuti fahaman mazhab Syiah, adalah merupakan satu tindakan jangka pendek yang pernah dilakukan oleh pemerintah terdahulu sewaktu penentangan terhadap fahaman komunis. Sewaktu ditemubual semalam, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu kelihatan tidak gusar dengan dakwaan sedemikian malah dengan yakin menerangkan bahawa hal berkenaan akan lenyap tidak lama lagi. "Dahulu di zaman 60an, 70an,dan 80an, hasutan bahawa komunis itu jijik dan kotor dimainkan dengan begitu hebat sekali. Perang Amerika dengan Vietnam sebagai contohnya kita lihat bagaimana fahaman komunis itu dikatakan fahaman paling kejam di dunia," "Akan tetapi selepas Amerika tewas di Vietnam dan apabila Amerika mula berdagang bersama China, momok komunis itu hilang dan sehingga hari ini kita lihat bagaimana China telah menjadi satu sosok ekonomi yang kuat di dunia," "Jelas permainan seperti ini tidak akan kekal lama," kata beliau. Veteran PAS itu juga menyifatkan tindakan Ahmad Zahid yang cuba memperhangatkan isu fahaman Syiah adalah sebagai 'manusia yang terperangkap dengan permainan ideologi' sambil menambah bahawa ramai diantara kita yang telah jatuh kedalam permainan kuasa besar. "Iran ditakuti oleh Amerika dan Israel kerana berjaya menghidupkan program kuasa nuklear dan hampir semua negara di timur tengah di takut takutkan malah diugut oleh Amerika untuk tidak meneruskan hubungan dagangan," |
Demokrasi: Prinsip atau sekadar alat? Posted: 18 Dec 2013 08:04 PM PST Hasbullah FaudziDemokrasi yang dilihat sebagai prinsip, akan terrefleks melalui sikap manusia dalam menyantuni manusia lain. Bahkan, segala elemen yang mengundang pada kecelaruan prinsip demokrasi, akan jelas-jelas ditolak. Mereka tidak akan kecewa apabila sahabatnya berbeza pandangan dengannya serta berbeza pilihan calon dalam pemilihan politik kepartiannya. Mereka akan tetap menghormati keputusan yang diambil oleh sahabatnya, kerana soal kefahaman tentang perjuangan itu berbeza-beza menurut intepretasi dan pengalaman individu terbabit. Sedangkan, apabila demokrasi dilihat sebagai alat untuk sebuah pemerintahan, maka, demokrasi dilihat sebagai sebahagian daripada alat untuk mencapai tujuan. Bahkan, sekiranya perlu melakukan persekongkolan dengan penguasa, sebagaimana cubaan yang dilakukan oleh Machiavelli dalam penulisannya "The Prince" untuk mengiktiraf keluarga de Medici untuk kepentingan politiknya, maka mereka akan lakukan. Read More / Baca Lagi >> |
MCA beri amaran Umno jangan bangkit kemarahan bukan Melayu Posted: 18 Dec 2013 08:00 PM PST MCA memberi amaran Umno hari ini agar lebih berhati-hati dalam ucapan dan tindakan supaya tidak membangkitkan kemarahan bukan Melayu dan mengatakan pengundi Cina tidak akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika pemimpin hanya memperjuangkan bangsa tertentu sahaja. "Keadaan ini akan memberi kesan atau memusnahkan masa depan BN," kata bekas ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong (gambar) dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA menjelang pilihanraya sayap itu hari ini. Selepas pilihan raya umum Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalahkan 'tsunami Cina' terhadap prestasi buruk BN dengan mengatakan bahawa beliau tidak menjangka dipinggirkan oleh masyarakat Cina. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Dec 2013 07:56 PM PST Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat. Menjeling itu juga, katanya, "perhimpunan kecil-kecilan" akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu. Menurutnya, himpunan "kecil" yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok. "Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja. "Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali. "Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan. "Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat," katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini. Read More / Baca Lagi >> |
Rosmah Mansor...Cer Jawab Ni Dulu Beb..!!! Posted: 18 Dec 2013 07:35 PM PST "Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang,"- Mama Rosmah. PERGHH. Ingat aku akan terbeli dan cayor la lepas baca penjelasan kat bawah neh? Jangan harap la mama Rosmah oi. Makin bertambah2 pelik lagi ada. Nak tahu kenapa? 1. Apa bukti program PERMATA jadi beberapa negara luar sedangkan kejayaan program itu sendiri diragui dalam negara? 2. Kalau ye pergi sana buat kerja apa jadahnya pula isteri2 menteri ikut sekali? Mereka buat apa? Takan jadi makcik2 pacak kot? Shahrizat pun ada sekali. Kenapa? Apa peranan2 mereka semua? Kenapa itu tak didedahkan juga? Ce citer. 3. Siap membesar2kan lagi citer yang mama Rosmah pernah bantu rakyat Malaysia. Perlu ke citer tue? Rasanya tak perlu. Apatah lagi ada beberapa pihak menafikan bahawa mama Rosmah berperanan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia sebaliknya ia adalah hasil usaha dari pihak2 lain. Apa pun aku rasa ia mungkin hasil kolektif. Sana sikit, sini sikit, sama2 membantu, sama2 berperanan. Tak kisah la tue. Tapi perlu ke memperbesar2kan citer tue dan perlu ke bagitau satu dunia yang mama Rosmah rapat dengan isteri Hosni Mubarak? Ini bukan perkara yang membanggakan pun.. aduhai. 4. Sekali lagi rakyat minta bukti. Apa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat dengan lawatan2 kerja yang dibuat oleh Rosmah Mansur ke beberapa buah negara? 5. Tidur hotel, makan dan sebagainya guna duit sapa? Mohon mama Rosmah jawab yang ini dulu la. Ini aje pun yang penting2 rakyat nak tahu. Lain2 yang bersifat peribadi HARAM rakyat nak amek peduli. Terima kasih ye mama ku sayang. Mohon jangan spin lagi ye. |
Bersediakah rakyat ikat perut? Posted: 18 Dec 2013 07:29 PM PST Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram. Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya. Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi? Read More / Baca Lagi >> |
BN tidak sensitif penderitaan rakyat Posted: 18 Dec 2013 07:25 PM PST KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pengguna jalan raya disarankan menggunakan jalan biasa bagi menggelak membayar tol membuktikan kerajaan BN langsung tidak sensitif dengan penderitaan rakyat. Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof apa yang diperjuangkan oleh kerajaan BN hanya untuk kepentingan dan keuntungan poket sendiri dan kroni mereka. Katanya, kenyataan itu jelas tidak bertanggungjawab dan sebagai kerajaan seharusnya mereka memikirkan dan menyelami kemampuan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan bertambah mahal. Beliau menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan pendapatan rakyat masih ramai yang berada di bawah garis kemiskinan ditambah dengan isu pengangguran yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan BN. "Kerajaan seharusnya melihat beban yang ditanggung oleh rakyat begitu besar terutama mereka yang berpendapatan rendah," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kalau AES boleh ambil, kenapa tidak konsesi tol? Posted: 18 Dec 2013 07:24 PM PST "Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar serius mahu membantu rakyat daripada tekanan kenaikan tol, mengapa tidak ambilalih pengendalian tol dari syarikat-syarikat yang diberikan konsesi seperti yang dilakukan ke atas pengendalian AES? "Jika kerajaan ambil alih, tidak timbul lagi soal perjanjian atau apa sahaja yang menjadi alasan kerajaan untuk membenarkan kenaikan tol," kata beliau. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. Bagi Mahfuz, hujjah kerajaan itu tidak boleh diterima memandangkan badan-badan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham utama hampir kesemua syarikat konsesi tol. Read More / Baca Lagi >> |
'Saya tak kelahi peribadi dengan Zahid Hamidi' - Bang Mat Posted: 18 Dec 2013 07:21 PM PST Walaupun dituduh bertubi-tubi sebagai penganut mazhab Syiah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menganggap serangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sebagai bersifat peribadi terhadap dirinya. Menurutnya, beliau tetap mesra dengan pemimpin-pemimpin Umno walaupun berbeza fahaman politik. "Saya tak ada bergaduh personal, saya kalau jumpa mereka rapat semua termasuk yang paling kuat saya serang dahulu, Tan Sri Muhamad Mohd Taib (bekas menteri besar Selangor). Sekarang dia kawan baik. "Macam Zahid Hamidi juga, tiada apa-apa personal dengan dia, kita berlawan atas dasar perkara-perkara tertentu dan bukan berkelahi atas perkara peribadi dan sebagainya," katanya dalam wawancara khas bersama beberapa media atas talian, termasuk Malaysiakini malam tadi. Bercakap dalam wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama di ibu negara, Mohamad juga menegaskan, persoalan tentang kedudukan Syiah sebagai mazhab dalam Islam sepatutnya dibincangkan golongan ilmuwan. Read More / Baca Lagi >> |
Perang Bermula: Hukum Syiah boleh tetapi jangan Wahhabi kata Shahidan pada Zamihan KDN Posted: 18 Dec 2013 07:00 PM PST Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut. "Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider. Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali. "Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Cerita syiah dah habis muncul cerita guling kerajaan pulak ? ha ha ha... Posted: 18 Dec 2013 04:52 PM PST Cerita syiah dah habis, tiba tiba pulak keluar cerita guling kerajaan? ha ha ha... Kelakor memang kelakor .. Yang aku nampak semua ini satu saje iaitu untuk alih isu kenaikan harga barang dan keperluan asas yang memang menyusahkan rakyat marhaen yang tengah hangat sekarang. Rakyat dilalaikan dengan momokan isu isu sensasi seperti syiah dan ter now ialah menguling kerajaan supaya semua rakyat dan yang terutama sekali macai macai BN terleka dan berkhayal serta akan bersimpati dengan kerajaan. Aku memang sokong dan amat bersetuju untuk mengulingkan kerajaan , tetapi bukan cara kotor seperti yang digembar gemburkan. Aku hanya menyokong cara mengulingkan kerajaan BN melalui kertas undi semasa pilihan raya itu saje faham. Sekali lagi aku gelak nguling nguling pasai kelakor dengor berita ini ha ha ha..... |
Politik '5 kaki 2 inci 3 suku' Posted: 18 Dec 2013 04:39 PM PST Oleh Tarmizi Anuwar Belakangan ini gempita dalam negara apabila pelbagai harga barang dinaikkan. Ia bermula dengan kenaikan harga bahan bakar yang memberikan kesan domino kepada barangan lain dalam negara. Secara asasnya kesan domino ini adalah reaksi rantaian yang berlaku hasil daripada perubahan harga sesuatu barang yang menyebabkan perubahan yang sama terhadap barang-barang lain. Peniaga restoran terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan oleh kos pengangkutan yang digunakan telah meningkat. Ia juga disebabkan barangan mentah yang diperlukan turut meningkat disebabkan penjual barangan itu turut menghadapi masalah yang sama. Kemudian berlaku pengumuman kenaikan harga ayam, tarif elektrik, harga gula dan yang terbaru adalah berkaitan kenaikan harga tol. Turut menjadi polemik adalah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa. Negara jiran Malaysia, Singapura telah melancarkan penggunaan GST pada tahun 1994 setinggi 3 peratus. Tekanan psikologi Kemudian selepas 9 tahun ia dinaikkan kepada 4 peratus, yakni hanya tambahan 1 peratus. Tahun selepasnya, 2004 dinaikkan 1 peratus lagi menjadi 5 peratus. Akhirnya, pada tahun 2007 kadar peratusan GST yang dikenakan kepada rakyat Singapura adalah sebanyak 7 peratus dan kekal sehingga hari ini. Selama 13 tahun, Singapura memerlukan tempoh masa untuk melaksanakan GST secara berperingkat. Read More / Baca Lagi >> |
Kalau Tak Nak...Rakyat Pilih Jalan Lain..!!! Posted: 18 Dec 2013 04:28 PM PST |
Pakatan, aktivis, rancang demonstrasi raksasa Hari Buruh 2014 bantah kenaikan kos kehidupan Posted: 18 Dec 2013 04:24 PM PST Demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan aktivis kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) malam tadi. Demonstrasi raksasa 1 Mei akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin PR selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober. Langkah ini dilihat untuk mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih pada 2007 yang turut dirancang enam bulan sebelum perhimpunan pada ketika itu. Menurut Mohamad, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan akan disokong oleh parti PR seperti PAS, DAP dan PKR. Bagaimanapun, tempat demonstrasi masih belum ditetapkan. Read More / Baca Lagi >> |
Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini! Posted: 18 Dec 2013 04:23 PM PST Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya. Jika sebelum pilihan raya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihan raya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri. Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihan raya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini. Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan elektrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat. Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya? Read More / Baca Lagi >> |
Populariti Najib jatuh kerana jurang antara retorik dan realiti, kata penganalisis Posted: 18 Dec 2013 04:21 PM PST Jurang di antara retorik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan realiti kehidupan rakyat Malaysia menyebabkan populariti perdana menteri jatuh 10% dalam kajian terbaru Merdeka Center, kata penganalisis. Mereka juga memberitahu The Malaysian Insider, terdapat juga jurang di antara apa yang pentadbiran Najib mahu rakyat Malaysia lakukan dan bagaimana mereka menguruskan dana awam. "Kerajaan gagal menunjukkan mereka juga merasai kekangan kewangan dengan menghapuskan pembaziran. Semalam, Merdeka Center mengumumkan kajian terbaru penilaian penerimaan terhadap Najib jatuh mendadak daripada 62% pada Ogos 2013 kepada hanya 52% pada Disember. Kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014. Menurut Merdeka Center, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan kepada 67% daripada responden yang ditanya. Selain itu, 54% daripada responden juga tidak percaya kepada kenyataan dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara. Khoo mengatakan, pendapatan per kapita rakyat Malaysia menjadi cabaran kepada Najib berikutan kemarahan orang ramai dengan kenaikan tarif elektrik dan harga petrol. Read More / Baca Lagi >> |
Kumpulan Islam selar menteri isu tol Posted: 18 Dec 2013 07:53 AM PST Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyarankan pengguna menggunakan jalan biasa jika tidak selesa dengan kenaikan kadar tol diselar kumpulan Islam. Mereka melihat kenyataan itu sebagai celupar, angkuh, biadap serta tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) antaranya amat kesal dengan kenyataan tersebut dan menyifatkan sebagai penghinaan terhadap rakyat terbanyak. "Beliau (Wahid) sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan yang begitu biadab," kata presidennya Amidi Abd Manan (kiri) dalam kenyataan semalam. Abim turut memberikan komitmen turut berkempen menentang kenaikan tol dan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang menurutnya makin menjerut leher rakyat biasa. Wahid pada Isnin dilaporkan berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan alternatif jika menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) pula menyatakan rasa terkejut mereka dengan kenyataan "kurang bijak" Wahid itu. "Kita menganggap kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat angkuh tanpa mengambil peduli kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat melalui siri-siri penderaan satu demi satu di negara ini. "Ini bukan soal nak bayar tol atau tidak, juga bukan soal perjanjian konsesi yang terkandung, tetapi ini soal kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban dan kesengsaraan rakyat," kata Pengerusi majlis politiknya Ahmad Afif Zulkipli. |
Adun & MP KEADILAN Pahang siap sedia gelombang kedua banjir Posted: 18 Dec 2013 07:50 AM PST KUALA LUMPUR 18 DIS: Ahli parlimen dan Adun KEADILAN Pahang telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku minggu ini. "Untuk gerak kerja awal persediaan menghadapi gelombang kedua, jawatankuasa tindakan telah dibentuk," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Cheah Chung. Katanya, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan tumpuan bagi menghadapi gelombang banjir kedua. Lee berkata, empat kawasan yang berisiko banjir ialah Cenderawasih, Bukit Setongkol, Kampung Tiram dan Taman Impianku, semuanya dalam kawasan Semambu dan ia berhampiran kawasan sungai. Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) , gelombang kedua akan berlaku pada 22 Disember depan. Sementara itu, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan kerosakan yang berlaku akibat banjir kerana kebanyakan rumah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung merosakkan keseluruhan harta benda. "Banjir teruk menjejaskan kira-kira 20 taman perumahan, termasuk rumah-rumah kampung dan setinggan sepanjang jalan berhampiran fly over Batu 6 Kuantan. Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Rahman menyatakan air di kawasannya sekarang sudah surut, namun banyak yang terjejas akibat banjir. Read More / Baca Lagi >> |
MB arah PKNS guna pemilikan saham bagi halang kenaikan tol Posted: 18 Dec 2013 07:49 AM PST SHAH ALAM 18 DIS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat. Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan. "Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat. "Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan," katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini. Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini. Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan