Kelab Greenboc |
- Benarkah Ada Perhimpunan Nak Gulingkan Kerajaan?
- Lagi Cuba Dipertahankan Najib, Lagi Merudum Popularitinya
- Cicak Dalam Roti: Mahkamah Tolak Saman Fitnah Gardenia Terhadap Seorang Pengguna
Benarkah Ada Perhimpunan Nak Gulingkan Kerajaan? Posted: 19 Dec 2013 12:45 AM PST Kuala Lumpur - Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan. Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin. "Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain. "Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan. Menurutnya, satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara tersebut. "Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur. "Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya. Khalid berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan. -SH ULASAN GB Betulkan ada perhimpunan nak gulingkan kerajaan? Nampaknya setiap kali hendak diadakan perhimpunan rakyat setiap kali itu ada momokan bahawa ada pihak tertentu yang nak buat perhimpunan untuk mengguling kerajaan. Yang agak menarik pihak polis menunjukkan ada gambar poster "suspek" yang menyeru kepada demonstrasi berkenaan. Kita tak tahu daripada mana polis perolehi gambarnya sebab ianya tak pun tersebar di laman sosial seperti facebook, twitter, blog dsbnya. Jika tidak sudah pasti susah gegak gempita alam siber ini dengan seruan tersebut. Kerajaan yang ada tidak perlu digulingkan oleh rakyat. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana sesebuah kerajaan akan terguling dengan sendirinya apabila ia sudah tidak layak untuk memerintah negara. Olehi itu tidak ada perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Yang ada ialah satu perhimpunan membantah kenaikan kos hidup, bukan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan, seperti laporan di bawah ini:
|
Lagi Cuba Dipertahankan Najib, Lagi Merudum Popularitinya Posted: 18 Dec 2013 08:15 PM PST Populariti Najib jatuh 10%, paling rendah dalam sejarah, lapor Merdeka Centre Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre. Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014. Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya. Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka. 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara. Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini. Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013. Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon. Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina. Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013. -TMI ULASAN GB Beberapa hari sebelum Merdeka Center mengeluarkan hasil kajiselidiknya, terdapat berita bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan kepada astro awani supaya membuang artikel yang memetik tulisan A.Kadir Jasin yang membuat sindiran supaya Rosmah dijadikan menteri sementara akhbar The Heat pula menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akibat daripada membuat laporan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Pelbagai cara digunakan oleh para pegawai Najib untuk menggilap dan memepertahankan nama baiknya, namun populariti Najib tetap merudum juga dan kejatuhan Najib tidak mungkin dapat dibendung. Bekas orang kuat UMNO Pekan yang kini menjadi ahli parlimen DAP bagi Raub, Mohd.Ariff Sabri (Sakmongkol) pernah berkata, "if Najib can become PM, anyone else can" menjelaskan kepada kita Najib merupakan PM paling tidak berkualiti yang Malaysia ada. Buatlah macamana pun untuk menggilap nama Najib, sebenarnya kemusnahan yang dibawa oleh Najib adalah lebih besar. Keborosan & ketirisan beliau dan isterinya tidak akan dapat disembunyikan dan itulah yang bakal menghancurkan partinya sendiri UMNO malah boleh menghancurkan negara. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kaca itu tetap kaca yang tidak bernilai sekalipun di letak di dalam kotak berkilau.. GB sudah lama mengulas berkenaan hal ini di SINI. Petikan: ?Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama. |
Cicak Dalam Roti: Mahkamah Tolak Saman Fitnah Gardenia Terhadap Seorang Pengguna Posted: 18 Dec 2013 04:00 PM PST Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menolak dengan kos, saman fitnah yang dikemukakan sebuah syarikat pembuat dan pengeluar roti, membabitkan penemuan seekor cicak dalam roti yang dibeli seorang pengguna pada 6 Januari lepas. Gamabr hiasan Hakim Sabariah Othman dalam penghakimannya berkata kenyataan dan gambar yang dikeluarkan jurulatih sumber manusia, Lau Kian Eng, 42, berhubung perkara itu seperti yang diterbitkan dalam lima akhbar berbahasa Cina pada 29 Mac lepas, tidak merujuk kepada plaintif, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. Pada masa sama, katanya, plaintif juga gagal mengemukakan sebarang keterangan daripada saksi bebas untuk menyokong dakwaannya itu. Gardenia Bakeries memfailkan saman fitnah terhadap Lau pada 6 Ogos lepas, menerusi Tetuan Raja, Darryl dan Loh berhubung sidang media Lau pada 28 Mac lepas, yang dikatakan memfitnah syarikat itu berhubung penemuan cicak dalam roti. Sidang media itu dibuat Lau ekoran penemuan seekor cicak dalam sebungkus roti putih yang dibelinya pada 6 Jan lepas, di sebuah pasar raya di Bukit Tinggi,Klang. Plaintif mendakwa gambar-gambar beg mengandungi roti yang dikemukakan Lau seperti yang diterbitkan di akhbar, menjejaskan reputasi perniagaan plaintif, sehingga menyebabkan kerugian besar. Ini kerana, katanya, gambar beg berwarna biru dan merah yang mengandungi roti itu mudah dikenal pasti sebagai roti yang dihasilkan plaintif (Gardenia). Selain daripada menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, plantif juga mahukan satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan selanjutnya sebarang kenyataan atau gambar yang memfitnah plaintif. Dalam kenyataan pembelaan, Lau mendakwa gambar beg roti yang diterbitkan dalam akhbar berkenaan telah dikaburkan, dan tidak dapat dikenal pasti. Beliau juga mendakwa anak perempuannya mengalami ciri-birit akibat termakan roti mengandungi cicak itu. Sementara itu, peguam yang mewakili Lau, Sreekant Pillai berkata anak guamnya tidak memohon sebarang ganti rugi dalam kes itu tetapi hanya mahu siasatan penuh dijalankan plaintif untuk mengenal pasti punca aduan yang dikemukakan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan