edyesdotcom |
Trip Ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan: SAMM Akan Berkampung di Sg Isap Posted: 06 Dec 2013 07:57 PM PST Kenyataan Terbuka 7 Disember 2013 Trip Ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan: SAMM Akan Berkampung di Sg Isap SAMM meneruskan usaha membantu mangsa banjir yang masih serba kekurangan di Kuantan. Antara barangan yang kritikal diperlukan ialah selimut, baju dalam dan lampin pakai buang, selain makanan dalam tin dan air mineral. Trip ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan akan mula bertolak ke Kuantan bermula sekitar jam 10 malam. Kali ini, 2 pasukan dari 3 pusat pengumpulan akan menuju ke Kuantan. Pusat pengumpulan barangan mangsa banjir adalah seperti berikut; Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di N.Sembilan Lokasi: Dataran Senawang (Berhadapan Maybank) Masa: 11 pagi hingga 3 petang (hari ini) Penyelaras: Sani Md Shah (012-9781707) dan Nizam Adzmi (012-6937908) Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di P.Pinang Lokasi: Depan Queensbay Penang Masa: 3 petang - 6 petang (hari ini) Penyelaras: Isa Sanusi (0195522713) dan Faizal AB Rahman (013-4359600) Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di Kuala Lumpur Lokasi: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru Masa: 6 petang - 10 malam Penyelaras: Ilyana Rosli (019-2314161) Untuk pengetahuan, bantuan kali ini juga akan cuba disampaikan terus ke mangsa banjir di daerah Kemaman. Namun difahamkan jalan masuk ke Kemaman telah tenggelam, dan pihak SAMM Kemaman akan menunggu pasukan Save4Kuantan di sekitar mukim Geliga untuk mengambil barangan bantuan sebelum disampaikan ke pusat mangsa banjir di Kemaman. SAMM menyeru orang ramai yang berkemampuan ingin memberikan bantuan berbentuk barangan, sila hadir di pusat pengumpulan seperti tertera dalam kenyataan ini pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak kami tidak boleh menunggu kerana bantuan akan terus dihantar mengikut jadual. Dalam Misi Kemanusiaan kali ini, SAMM akan berkampung di Sg Isap dan akan bersama orang ramai untuk membersihkan kawasan yang sudah reda banjirnya. Justeru, pihak SAMM amat memerlukan 'pressure-pump' water jet untuk usaha pembersihan pasca-banjir. Sila hubungi kami segera bagi yang ingin menginfak atau meminjamkan alatan tersebut. Misi kemanusiaan Save4Kuantan ini adalah usaha kelolaan SAMM dan sekutu dengan inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada 012-6937908). Sekian, Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
Tepati Janji Bawa TPPA Ke Parlimen Atau Berhadapan Demonstrasi Besar Posted: 06 Dec 2013 07:02 PM PST Kenyataan Media 7 Disember 2013 Tepati Janji Bawa TPPA Ke Parlimen Atau Berhadapan Demonstrasi Besar Mesyuarat Peringkat Menteri berhubung TPPA dijadualkan akan diadakan di Singapura bermula hari ini, 7 hingga 10 Disember, di mana ramai pemerhati menjangkakan 21 Perkara Perjanjian Perdagangan ini akan dimeterai oleh negara-negara terlibat. Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memperingatkan rejim Pemerintah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar tidak melayan sebarang agenda, tekanan atau paksaan daripada kuasa-kuasa besar diketuai Amerika Syarikat untuk memeterai perjanjian berat sebelah ini. Selagi mana segala klausa perjanjian yang akan menghancurkan kedaulatan negara tercinta ini tidak dikeluarkan daripada perjanjian tersebut, selagi itu tiada kewajaran untuk terus berbincang. Rejim Pemerintah juga harus menepati janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2013 yang lalu dalam sesi dialog Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2013 di Bali bahawa Kerajaan komited membentangkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada ahli Parlimen. Sekiranya rejim Pemerintah ingkar terhadap janji-janji yang telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri ini dengan menandatangani perjanjian ini tanpa dibahaskan di Parlimen, SAMM tidak teragak-agak untuk menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebagai isyarat jelas penolakkan rakyat terhadap sebarang bentuk tindakan yang menghancurkan kedaulatan negara dan memangsakan rakyat. SAMM akan terus menunjukkan ketegasan anak muda mempertahankan kedaulatan dan maruah negara Malaysia yang merdeka ini daripada dirobek oleh kumpulan 600 kapitalis gergasi Amerika Syarikat yang tidak henti-henti dalam cubaan penjajahan ekonomi mereka ini. Anak muda tidak akan benarkan nasib masa depan Negara ditentukan oleh kumpulan kapitalis tamak yang hanya memikirkan untung semata-mata. Tanahair tercinta ini harus dibela dan dipertahankan setiap inci daripada kegelojohan kapitalis dan bonekanya. Mohd Faizal AB Rahman Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan